Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan. “Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.
Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.
“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan
Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.
“Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya “Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam
Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Rasa macam dah lama N tinggalkan habit baca tak habis...But with this one, N memang cannot help myself.
There are too many characters, which should be okay tapi tidak sebab to begin with, the main characters pun lemah!
Watak Yuhanis tidak seperti yang digambarkan. Acah-acah berani tapi sebab kononnya nak jadi isteri yang taat, dia tidak berani melawan kata. Tapi boleh pulak mengutuk suami dalam hati yer?
Mizan and his geng pula tidak seperti sekumpulan lelaki yang bekerjaya tinggi. They acted like middle school boys yang berebut-rebut makanan di kantin.
Jalan cerita juga terlalu lambat. I only managed to read through half the book before N akhirnya mengalah untuk meneruskan pembacaan yang rasanya tak ke mana. This novel is 800++ pages and most of them are just nonsensical inner-dialogues. Most of the time, all I could think of was, "Agak-agaknya berapa banyak bahagian pokok dikorbankan untuk menghasilkan novel ini?"
N mahu menjadi seorang pembaca yang supportive buat penulis baru. But when you read novel like this, N rasa penulis itu sendiri yang membuat ia mustahil untuk seorang pembaca itu menyokong.
Exam dah habis so ingatkan buku pertama yang aku baca akan bersifat santai dan tidak menyesakkan jiwa. Oh...harapan sekadar harapan.
Tajuk: Sampai ke muka surat terakhir, aku tertanya2 apa kaitan dengan plot novel ini. Actually aku confuse, cerita ni tentang apa yek?
Sinopsis: Nampaknya skill aku untuk detect cerita itu kena atau tidak dengan taste berdasarkan sinopsis sudah outdated. Ataupun skill penulis/penerbit untuk 'memperdayakan' pembaca seperti aku makin bagus. Sinopsis memang nampak menarik. No doubt.
Watak: ARGH!!!!! Cerita dia ni tentang perkahwinan Hani/Mizan ataupun Hani dan keluarga/rakan2???
Yuhanis: Dikatakan pemegang watak ini merupakan seorang yang kuat pegangan agama, sopan, tidak tinggal solat. Tapi mungkin penulis terlepas pandang kot. Sejak bila seorang isteri membuat sesuatu keputusan tanpa pengetahuan suami? I don't care samada Mizan dah beri kata putus - hubungan mereka hanya bersifat sementara TETAPI isteri tetap isteri. Kamu juga yang volunteer diri nak ajak Mizan kahwin. Lepas tu, macam ni plak.
Memang Mizan izinkan kamu keluar rumah. Tapi suka hati kamu pergi rumah Yusri dan adik2nya. Suka hati kamu jaga Nenek tu. Suka hati kamu mendermakan darah kepada Shila. Suka hati kamu menyembunyikan hubungan kamu yang sebenarnya dengan Sharif. I just don't get it. Kalau betul kuat pegangan agama, kamu tak belajar ke yang semua di atas itu perlu mendapat keizinan suami. Sedangkan kalau seorang isteri nak berpuasa sunat pun perlukan keizinan suami, apatah lagi buatkan suami berfikir tak baik. Kalau aku ada di situ, memang patut pun Mizan sangka buruk tentang kamu dengan Yusri. Tolonglah jangan beri alasan bodoh yang kamu tiada masa dan tak tahu nak terangkan macam mana semua ini berlaku.
I just don't get it bila Mizan antara yang terakhir tahu kamu adalah adik tiri Sharif. Hello...kamu ingat kita tengah tengok drama Cinderella lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham ke?
Umur Yuhanis ni berapa yek? Sebab dia panggil Nizam tu sebagai abang so mestilah lagi muda. Tapi kenapa Nizam baru habis belajar tapi Yuhanis dah habis belajar? And then, macam tak masuk akal bila Nizam baca surat temuduga yang diletakkan di luar rumah mereka. OMG!!! Aku rasa macam nak hentak2 ke kepala sebab tak boleh terima akal. 4 bulan baru dapat tahu kamu dapat ke tak temuduga? Kata jawatan itu diperlukan tapi 4 bulan? WOW
Oh ye, disebabkan nak sembunyi dari suami sendiri, kamu boleh yek biarkan Sharif buat adegan rapat dengan kamu. Masa tu, kamu belum tahu dia abang tiri kamu. Argh!!! Tension gila baca novel ini.
Ayat: Serius aku rasa macam aku tengah baca cerita budak2 sekolah. Tengok biodata penulis kat belakang. Okay, this is your first novel. Tapi dari ayat tu, tak rasa ianya ditulis oleh seorang dewasa. Faham tak perasaan kita ni? You tried so hard to explain the situation in details. Tapi kamu lupa, kami pembaca masih ada daya imaginasi. No need terangkan setiap perbuatan. Kami masih boleh tangkap apa yang kamu nak terangkan pada kami, wahai puan penulis. Lemah!
Cerita ini, macam ada part tu tak masuk akal. Yuhanis ni kaya sangat ke before tahu ayah dia jutawan? Pemurahnya. Or baik hati terlampau? Sorrylah. Kalau iye pun nak tunjukkan Yuhanis tu baik sangat, tapi jangan sampai macam nak tolong semua orang miskin/anak yatim/tertindas satu dunia ni. Dia tak kenal pun nenek tu siapa, tapi boleh nak tolong. Langsung tiada rasa was2 mana tahu nenek tu tipu dan nak perdayakan kamu. I just cannot lah.
Dan kenapa cerita ini tebal sangat? Aku akui, aku lebih kepada novel tebal berbanding yang nipis. Tapi rasa macam better nipis dan padatlah untuk cerita ini. Takdelah membazirkan masa orang untuk membaca dan tebal = harga lebih mahal. So, berbaloi ke invest untuk novel seperti ini? Sorry, dear author. My answer is a big NO!
Boleh tahan lawak juga cerita ni..tapi takdelah sampai ketawa terguling2. Issue kekeluargaan. Plot ringan & santai.
Kerana seorang Shila, tonggang langgang kehidupan keluarga Nizam. Nizam terpaksa berkahwin dengan Shila setelah diperangkap dan diugut. Disebabkan sikap mementingkan diri dan perangai kerek Shila, Nizam kehilangan tunang yg sangat dia cintai. Bila kebenaran terbongkar, Nizam menghilangkan diri..Mmg susah nak maafkan perbuatan Shila tapi dia memilih menganiayai Nizam kerana peribadi Nizam sendiri. Akhirnya, berjaya juga dia merai cinta Nizam setelah dia insaf dan berubah. Itupun makan masa yg lama setelah Nizam yakin bahawa Mizan dan Hani saling sayang menyayangi.
Kerana Shila, Mizan - abang kepada Nizam terpaksa jadi pengantin menggantikan tempat Nizam. Itupun setelah, Yuhanis begged him. Nizam yg cool changed into another person. Understandable..dua kali kena frame..apa tidaknya..sikap terlalu baik dan lurus..tapi dia tak channel his hatred to other people..cuma kepada Shila dan Suraya saja.
Mizan pula, setelah dicurangi oleh bekas isteri diawal perkahwinan dulu, serik untuk bercinta lagi. Kepala angin sentiasa dan kuat membebel. Tak sempat orang nak beri penjelasan, kata2 yg keluar macam bertih jagung. Tapi dia takdelah treat Hani badly. Bermulalah kehidupan roller coaster these two fella. Ada saja perbuatan meraka yg mencuit hati.
Novel ni juga ada masuk kisah Yusri dan adik beradiknya. Mereka ni yatim piatu dan Hani angkatkan dirinya sebagai pelingdung kepada these people. Dan tidak lupa juga, Hani bertemu dgn keluarga kandungnya sendiri.
Yg saya tak pasti kata ada 3 Omar. Siapa nama yg satu lagi..dah baca dua kali tapi still tak tahu yg seorang lagi. Definitely not Omar Sharif or Dato' Umairah.
cerita yg agak santai penuh dgn isu kekeluargaan walaupun novelnya agak tebal. sy suka dgn watak yuhanis yg agak blur2 sengal tetapi setia patuh pd arahan suaminya, mizan. walaupun mereka boleh dikategorikan kawin paksa namun jalan cerita tak brp cliche. mizan yg pd mulanya sombong konon tkkn jatuh hati pd yuhanis akhirnya tersungkur jua di kaki yuhanis hahahaha...
konflik yg ada pun tak berapa berat, ringan2 saja sesuai utk pembaca yg inginkan novel tebal tetapi cerita yg santai.
perjalanan hidup ini memang bukan kita yang pegang. kita manusia hanya mampu merancang. itulah yang berlaku. rancangan perkahwinan antara nizam dan yuhanis berkecai bila nizam sebenar telah bernikah di luar negara. yuhanis, tunangnya terpaksa memujuk mizan, abang nizam supaya menikahinya demi mahu menyelamatkan maruah keluarga sekaligus mengurangkan beban rasa dalam hati kedua ibu bapa angkatnya.
bila dah terpaksa, syarat dikenakan. yuhanis hanya tanggungjawabnya di dalam kertas. selainnya, mizan tidak mahu ambil tahu. yuhanis pula, bukanlah gadis dungu. dia bijak memenuhkan masa lapang dalam kehidupannya dengan perkara berfaedah. yusri, suri dan sara antara yang penting yang buat hidup yuhanis sangat bermakna.
837 muka surat yang penuh dengan pelbagai kisah sikap manusia. yang baik hati, yang redha, yang tajam menikam, yang tidak menerima ketentuan, tamak, sombong... pelbagai. semua ini memang realitinya. penulis bijak mengadun semua buat jadi sedap dibaca.
bila hati penuh kasih sayang, tak perlu sombong mengepung takut melimpah.
hidup hanyalah sementara.
nikmati setiap saatnya dengan penuh kesyukuran.
bila lagi masa yang ada? bila pinggan retak? bila nasi dingin?
Dek kerana kertelanjuran, Nizam bernikah dengan Shila tanpa pengetahuan ahli keluarga yang sibuk membuat persiapan pernikahannya dengan Hani. Sehari sebelum majlis, barulah perkara tu sampai ke telinga keluarganya. Maka demi menyelamatkan maruah keluarga yang hampir hancur, si Mizan dipujuk mengambil-alih tempat Nizam.
Mizan, duda yang sudah tidak mempercayai wanita di atas kecurangan bekas isterinya, Suraya, setuju juga tapi bersyarat. Hani diizinkan untuk buat apa saja tapi mestilah halimunan di matanya. Maka dengan lesen besar itulah Hani meneruskan hidup sebagai isteri Mizan.
So, instead of cuba memikat si suami, Hani ikutkan syarat Mizan. Memang serius jadi halimunan. Kalau Mizan di rumah, Hani berkurung saja dalam bilik dan langsung tak ada bunyi. Okey, part ni memang lucu. Macam Mizan cakap sorang diri pula. Hamik kau Mizan.
Dan mungkin Hani sendiri tak menganggap Mizan macam suami, lebih kepada rakan serumah kot, ditambah lesen besar dari Mizan, maka banyak kelakuannya yang boleh masuk kategori nusyuz.
Untuk menambah rencah, Nizam dan Suraya muncul semula. Yang Suraya tu boleh la kata gila talak. Yang si Nizam ni gila apa pula?
Cerita yang patutnya boleh tamat segera jadi meleret dengan pelbagai watak tambahan yang sebenarnya untuk apa mereka ni ada? Nak kata sebagai medium untuk watak utama ni berubah jadi baik, tak juga sebab watak utama memang sedia okey.
Saya bagi 3 bintang sebab drama adaptasi adalah penyelamat novel ni. Pelakon yang pegang watak utama tu pada pendapat saya berjaya bawa watak mereka dengan baik. Kedua-dua novel dan drama saya baca/tonton secara fast forward. Sebab babak terbaik pun yang ada both Hani dan Mizan ja.
Biasa-biasa jer. Setiap bab dalam novel ini terlalu panjang. Aduyai! Saya berpendapat imaginasi penulis lebih menarik berbanding apa yang telah saya tonton di TV menerusi slot Akasia. Berderet pelakon yang masih kaku. Keseluruhannya, cerita ini xde impak.
Punyalah ber-iya ramai yang dikatakan memburu buku ni dah kenapa? Agaknya sebab hebat bergetar sangat drama ke filem dia kat tv ?? entah sorry saya memang tak sure. Kalau ikut hati, tak sampai suku buku saya pun nak give up baca buku ni, lawak sangat (lawak tak kelakar ok). Cerita dah la cliche, watak utama pulak entah kenapa takde ciri-ciri untuk kita nak suka kat dia; yang wanita pun lemah dan entah apax2, yang lelaki si Mizan, aduhhh lagi bikin rasa nak ketuk kepala dia sejuta kali, kuat menggerutu macam mak nenek. Perangai Mizan kerek potato menyakitkan hati, Nizam yang poyo dan mehhhhh, Hani hebat sangat dengan skill panjat pagar rumah sebab takde strength nak mintak kunci kat suaminya yang mangkuk tu & pandaiii masak agarx2 laici hohoho.... Uncle Muthu dengan Nek Limah jer kot la yang strong character. Parents depa pun,... cukup la cetita pasal yang tak best. Nasib baik la saya kuat semangat (huhu angkut bakul sikit) nekad nak tahu apasal buku ni boleh jadi top selling dalsm bulan Jun Julai 2017 ni, so saya teruskan baca. Dah lepas part Suraya agresif buat aksi nak rebut Mizan semula, dan part dimana Karl a.k.a. Kalsom jatuh tertonggek disondol si Sharif (Dooll samseng Kampung Pisang haha), baru ada warna warna menarik sikit buku ni. Adengan Yusri & adikx2 kembarnya, PI Karl & abangx2 nya menggertak ex boyfriend Shila, Suraya & Dato Fuad, ... plot twists dah kemudian sikit baru boleh nampak kelainan cerita ni. Tapi kasihan sebab pasti ramai yang dah give up baca jauh lebih awal.
by 500 pages, i totally lost interest and just skimming. mind you, this book is 800+ pages. this book is wasting my time and it's quite painful to read. what a nightmare for a debut novel. not recommended.
"Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.
Saiful Mizan mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.
Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai."
So far its good - best. Jaa bg 4.5 Bintang.
-Yuhanis seorang gadis yang baik (baik sangat). -Mizan pula kuat cemburu orangnya (tp sweetlaa bg Jaa "Cemburu tandanya sayang", nasib bukan jenis yg naik tangan kat bini). -Selain Nizam, kawan baik Mizan 'Sharif' turut minat pada Yuhanis sejak pertemuan pertama d kedai dobi. -'Kalsom - Karl' kawan Yuhanis (kelakar orgnya)(rasanya, dia dgn O. Sharif mungkin ade something. haha.. sayangnya x mention relationship diorg)
*Harap penulisan seterusnya juga best & menarik* Kipidap penulis!
Wow! Cerita yang saya sangkakan biasa-biasa aje apabila membaca sinopsis di belakang buku, ternyata padat dengan sub-plot yang cukup menarik & tak diduga. Yuhanis adalah seorang yang berhati mulia dan seperti magnet, dia dapat ‘tarik’ orang dekat dengannya hanya dengan keprihatinan & keikhlasannya. Sayang Yuhanis ketat-ketat! Her heart is so big and so giving. Masha Allah! Sense of humour dia pun boleh tahan. Sampai tak terkata si Mizan!
Wonderful story! Thank you! Walaupun tebal, tak terasa tebalnya kerana filled with plots yang tidak meleret!
Cerita ni sangat best, kelakar lagi. Walaupun mulanya kena kahwin paksa tapi Mizan dan Yuhanis ni sweet je. Tapi, tak suka ending dia. Kalau boleh, biarlah ending tu pasal main lead. Tapi boleh pula ending their mak's pov. Ending pun banyak gantung. Kawan Mizan, Zulkifli tak tahu apa-apa. Tak keluar lagi. Mizan dan Yuhanis pun gantung macam tu je. Patutnya ada sambungan lagi. Ingat nak tengok PTRNTD Raya tapi ending dia Mizan mati and Nizam cerai dengan Shila. Pastu Yuhanis kahwin dengan Nizam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
i will be happy if i can read this book. because i already wacth the malat drama but i know its all not based the story of this novel. i wanna read the real sti
Okay first of all, tahniah author dapat hasilkan karya pertama anda. Masa saya baca penghargaan or whtever is that tu, saya dh tak expect lebih" sbb ini karya pertama anda. So saya akan baca dan review
HONESTLY, I LIKE DIS NOVEL HAHAHAHHAHA BANYAK SANGAT YANG BERLAKU YA DALAM NOVEL NI😂 i bought dis novel 3 years ago bcuz of the title and aiyoo she's thick! Tapi akibat kesibukan sebagai student (eceh) aku terpaksa batalkn niat nak baca tu. So this year, here i'm. Ok start- ______________________________________________ Cara penulisan not bad -authorr i like it, tersusun, rapi, ada ayat bila baca macam baca pantun weh🤣 lawak pun dapat. Nak dikatakan it's pretty well written for beginners as you. Maybe author pernah buat karya kt online?
But, here is the reasons why aku hanya bagi | 🌟🌟🌟 |
- TOO MANY CHARACTERS Honestly, Aku sebenarnya tak kesah pun psl isu ni..banyak je novel, buku luar or dalam negara mcm ni. Tapi tulah characters dia yg msukkn tu mcm penting lepstu tak, lepstu ya. Dh nk smpai tengah pun still.. eh character baru. Ha gitu
- TOO SLOW MASYALLAH Omg i love dis novel. But i can't stand it how much i have to spend my time to read this novel. Bayangkan muka surat dia 800++ and diorng nak❤️ were so damn long. N banyk betul terjadi ya sebelum ❤️ . Tapi tulah aku still nk tahu apa jadi so aku baca secepat yang aku boleh🧍🏻♀️
- THEM Yo, dlm novel ni, nak ceritakan psl diorng tengah bersama and dalam in a good mood sangatlah rare ya😂 too much spices dlm novel ni n membuatkan ni bukan kisah cinta, tapi kisah keluarga. I had to say enough for it😂 ______________________________________________
Oh haah. Aku kesian dgn Nizam sksksk poor him🥺 and i like the ending. Tak cilche. Just gooddd well done.
Anyways, authorr!! i just can claps my hands with the unpredictable plots, just tolong kurangkan sikit cerita yang tak penting sebab seriously, novel ni are soo thick ya. Muka surat 800++ tapi tak banyak plot yang nak dikatakan buat saya ermm camne nak cakap ea? Ermm.. amazed. so saya harap author dpt balancekan hahahahah.
Ada jalan cerita yg menarik tetapi terlalu banyak watak sampingan. Dan ada sesetangah naratif tu terlalu panjang dan ada yg ditulis berulangkali yg membuatkan buku jd tebal. Terdapat juga beberapa kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan yg menyebabkan sy terpaksa baca berulang kali unt bg faham apa yg cuba disampaikan oleh penulis. Good job writer. Jangan patah semangat. Teruskan menulis