Aku agak terkejut (TERKEJUT?!) bila lihat tahun lahir penulis ialah 1996, aku fikir typo, sepatutnya 1969. Sebab aku baru je beberapa hari lepas baca buku tulisan Teme Abdullah, Arkitek Jalanan dimana di dalamnya Teme ada mengkritik penulis2 muda yang tulis buku2 agama, terlalu mentah dan kurang pengalaman kata Teme (sebab tu dia tulis kisah hidup dia haha).
Tapi bila aku selidik fb penulis https://www.facebook.com/notaserbanputih , ternyata dia memang masih muda daripada aku (hadoi) dan buku ni terbit ketika dia berumur 20 tahun. Takde masalah pun aku dengan usianya, tulisannya pun adalah kompilasi ringkasan basic2 seorang daie yang dipetik dari pelbagai kitab2 ulama, bukan fatwa pandangan dia sendiri. Dan disampaikan dalam bentuk santai catchy tarbiah sentap sesuai untuk orang2 sebaya penulis.
Lagipun dalam buku ni penulis ada menyebut tentang kekaguman beliau terhadap Imam Nawawi, wafat ketika berumur 40 tahun tetapi sempat menulis beratus-ratus buah kitab. Hingga ulama sekarang pun berkata umur Imam Nawawi tak logik untuk sempat menulis kitab-kitabnya (keberkatan masa). Jadi mungkin itulah motivasi penulis untuk bermula awal dalam dunia penulisan karya2 agama ni (bila lagi nak mula?)
Satu buku yang cukup menyedarkan pembacanya! Banyak cerita yang boleh mendatangkan keinsafan kepada yang masih dalam belenggu kejahilan. Mudah bila buku ini ada dalam versi eBook sebab boleh baca di mana2 pun dengan sangat komprehensif. Link untuk eBook berikut aku sertakan di sini :- https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Buku yang menarik untuk dibaca, nipis sahaja. Sesuai untuk anak muda. Penulis memberi nasihat serta melampirkan Hadis serta Ayat Al-Quran di Endnote. Santai tapi sampai. Tahniah penulis.