penulis cantik molek ini, akak memang ikut karya beliau dari awal. tak pernah mengecewakan. novel ini, SUFI INDERA terbitan 2015 memang dah lama ada dalam koleksi cuma selalu terlepas pandang untuk dibaca.
penulis Fathi Fatim adalah salah seorang penulis yang berani ketengahkan kisah yang luar dari norma manusia normal. awal baca, penulis meletakkan pembaca dalam keadaan yang tertanya-tanya. semuanya berlanjutan. lepas satu persatu dibentangkan tanpa beri sebarang klu untuk pembaca fikir, apa yang akan jadi seterusnya?
sufi, punya kebolehan luar biasa. sentuhan mampu membawa dia menerjah kehidupan lampau manusia lain tanpa batasan. dia bersendirian, lebih selesa begitu setelah menerima impak kuat atas kematian abangnya, zahir andika. bagi dia, tidak ada kepentingan untuk rapat dengan manusia lain. nanti akan jadi seperti ayahnya, tidak percaya akan kebolehannya.
bertemu dengan adra. gadis bergaya gothic, yang selesa dengan kehidupannya sendiri tanpa sedar pembawakan dirinya mampu menjerumuskannya ke dalam bahaya. pertemuan dan seterusnya galakan dari sufi buat ada berjaya berubah ke arah yang lebih baik.
satu lagi watak yang kuat juga, rayyan. dia ini juga pencetus perubahan pada adra. kalau tak provoknya, mungkin juga adra masih di tempat jejak yang sama berdiri tanpa peduli. dan rayyan, punya sisi yang sangat baik. sahabat yang baik, dengan cara yang tersendiri.
kebolehan sufi membawa mereka masuk dalam satu situasi yang langsung tak terjangka. ada rantaian rupanya antara mereka. konflik diri yang rupanya buat manusia boleh berubah, dari baik jadi pembunuh!
momentum membaca berada di paras yang baik sepanjang pembacaan. takde langsung rasa nak letak. huraian satu persatu konflik yang diberi pun buat kita sama terpelangah. laa.... nyaris akal buat kesimpulan sendiri. jauh tersasar!
inilah kehidupan. bila nak jadi penjatuh hukum sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibat pada orang lain.
keluarga, yang utama. sahabat walaupun ada datang dan pergi, tapi akan ada yang sanggup sama berdiri di sisi tanpa peduli segala yang lain.
Judul buku: Sufi Indera Penulis: Fathi Fatim Terbitan: BesQ Publications Tahun cetakan: Disember 2015, Cetakan pertama. Jumlah muka surat: 667 Tempoh bacaan: 01 Oct ~ 06 Oct 2021 Pengulas: Norsamila Samsudin
Ulasan:
(Buku ini merupakan copy review).
Buku ini dikatakan sebagai cerita misteri thriller, dan merupakan cubaan pertama penulisnya menulis genre ini. Sufi Indera mengisahkan seorang pemuda bernama Sufi Indera yang dikatakan mempunyai kemampuan psikometrik. Psikometrik, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud - kaedah dan teknik mengukur kepintaran berfikir seseorang. Sementara di dalam Wikipedia bahasa Melayu memanjangkan maknanya dengan menyatakan rangkumannya termasuklah pengukuran, pengetahuan, kemampuan, sikap dan sifat keperibadian.
Sufi mampu mengetahui sesuatu kejadian yang berlaku di masa lalu, hanya dengan menyentuh barang, tempat atau individu yang terlibat.
Kisah ini di awal penceritaan menyajikan kita dengan debaran dan persoalan bila ia dimulakan dengan latar tempat di tanah perkuburan. Ada kematian. Dan, kematian itu pula adalah konflik awal kepada watak Sufi Indera. Dia tahu bahawa kematian abangnya, Zahir Andika itu bukan kematian biasa melainkan ia satu pembunuhan! Tetapi, kerana dia masih kecil dan sedang terkesan dengan pemergian abangnya itu, pihak polis dan ibu bapanya tidak ambil kisah. Malah, maklumat pembunuhan itu hanya membuatkan ayahnya marah. Sekaligus merenggangkan hubungan di antara mereka.
Saya mengharapkan cerita ini menjadi lebih mendebarkan dengan Sufi Indera melakukan sesuatu demi membuatkan orang lain percaya dan demi membela kematian abangnya, agar tidak sia-sia. Tetapi, ia tidak jadi begitu. Cerita ini berubah menjadi sebuah cerita persahabatan di antara lelaki dan perempuan dengan penceritaan kehidupan si gadis pula. Gadis gothic yang sudah jauh daripada Tuhan selepas kehilangan ibu tersayang, diabaikan oleh ayah yang sudah memiliki keluarga lain. Dihina oleh bekas teman lelaki. Gadis bernama Adra ini hanya ada seorang kakak yang sama-sama hanyut jauh daripada kehidupan seorang muslim.
Cerita ini kemudiannya memaparkan kehidupan Sufi Indera sebagai seorang barista pula. Penulis nampaknya begitu berpengetahuan dalam perkara kopi. Dimuatkan jenis dan nama menu yang berkaitan kopi (vanilla latte, mocha, espresso, medium pure macadamia dll), dengan perbezaannya yang diterangkan dalam dialog watak Sufi Indera.
Aksi menyiasat Sufi Indera hanya bermula di sekitar muka surat 300. Pada waktu ini juga dimunculkan watak misteri yang mengekori Sufi Indera. Hampir separuh buku barulah seolah-olah ada hint kepada sesuatu. Itupun bukan lagi bayangan kepada kes arwah Zahir Andika, abang Sufi Indera, sebaliknya ia lebih kepada misteri rumah kosong di atas rumah sewa Sufi Indera yang seringkali bunyian dari rumah tersebut mengganggu tidurnya. Nampak bahawa, tindakan menyiasat Sufi tidak sepenuhnya tertumpu kepada kes abangnya. Sebaliknya kes lain yang kemudian membawa Sufi kepada kes yang seakan-akan kes abangnya. Andai tidak ada gangguan mistik itu, mungkinkah Sufi melupakan terus kisah pembunuhan abangnya? Tiada usaha untuk menyelongkar kematian Zahir Andika?
Cerita ini sangat baik dari segi idea bagi sebuah cerita misteri thriller. Tetapi pembawakan cerita ini agak lemah sehingga merubah ia menjadi cerita biasa, kisah seorang barista dan gadis gothic bernama Adra. Dialog yang dipilih juga kurang memberi kesan kepada pembacaan. Hanya ayat-ayat tuturan biasa yang sukar hendak dikaitkan dengan tema misteri thriller sebuah penceritaan. Malah, dialog itu juga membuatkan gambaran sifat watak berubah. Digambarkan Sufi sebagai seorang yang pendiam dan hanya bercakap perkara penting. Tetapi, ada waktu, tiba-tiba bergurau akan hal-hal yang seperti tidak kena dengan dirinya yang pendiam dan misteri itu. Wataknya terus bertukar menjadi watak lelaki biasa. Tidak diselubungi misteri lagi.
Peleraian konflik dan hubungan Adra dan Rayyan juga dibuat seperti tergesa-gesa. Hanya pertemuan, penjelasan dan penerimaan. Mudah. Tiada ragu terhadap penjelasan yang dibuat oleh Adra kepada Rayyan. Tiada bukti atau sebarang babak yang menambah yakin Rayyan.
Keinsafan ayah Adra juga seperti tiba-tiba. Tiada satu kejadian yang menyentap hati lelaki itu sehingga dia ingin kembali kepada anak-anaknya. Dan, usaha untuk meraih kemaafan daripada Adra dan Alesya juga nampak tidak bersungguh. Yang mana, ia berakhir begitu sahaja. Hubungan di antara watak Adra, Aleya dan ayah mereka kekal 'putus'. Tidak tahu cerita ayah mereka selepas itu. Masihkah akan ada usaha dengan cara lain, atau ia tidak penting dan tiada kaitan dengan babak lain di dalam cerita ini?
Watak adik Sufi, Adl seperti tidak membantu banyak di dalam penyelesaian misteri. Hanya berperanan sebagai adik yang inginkan perhatian dan kasih sayang abang. Juga, sebagai pelerai, perantara bagi akses Sufi ke bilik arwah abangnya, (jika watak ini ingin dikaitkan dengan kes pembunuhan yang menjadi tema penceritaan asal).
Memandangkan ia buku pertama hasil penulisan penulis, ia sebenarnya boleh dimurnikan lagi. Dialog harian yang tidak memberi impak kepada pergerakan plot seharusnya dikurangkan. Babak tugasan seorang barista, tidak perlulah diulang-ulang di dalam setiap bab. Slot itu boleh digunakan untuk fokus kepada kes pembunuhan Zahir Andika. Atau, boleh juga fokus kepada kelebihan unik, psikometrik Sufi Indera.
Kurangkan juga suara penulis di dalam diri watak. Pembentukan ayat yang menyuarakan suara penulis boleh disenyapkan. Biarkan watak yang berbicara melalui dialog atau monolog. Bukan daripada kata-kata penulis yang membantu menerangkan apa yang ada di dalam fikiran dan perasaan watak.
Nantikan ulasan dalam bentuk video di saluran YouTube NORSAMILA SAMSUDIN.
Gaya bahasa memang sudah diketahui, santai dan bersahaja. Pertama kali, suasana cafe & mempunyai 'hero' seorang barista memang umph! Alahai~~~ NH dahlah tak pernah minum/lepak @ cafe. Tapi NH suka minum kopi even skrg dh lama tak minum. Oh! Mengenai personaliti Sufi, memang ada kesamaan dan i like it. Jalan cerita tersusun, kemas dan tak serabut. Tapi mengikut pemahaman & pembacaan NH, ada sedikit kesilapan teknikal rasanya Kak Fathi? Sebenarnya NH tak tahu nak review macam mana...jarang merasakan sukarnya NH nak type sebuah review. Cuba diteruskan utk kakak tersayang. Oh lalala tersenyum-senyum baca cerita ni. Ada kala kita perlu serius sama seperti watak, ada kala kita perlu 'relax, chill' seperti watak-watak dlm novel ini. Daku begitu mengerti perasaanmu wahai Sufi Indera! Sungguh! Tak lupa juga kisah hidup Adra~ pasti yg mengenali mengerti. Sukar mencari karya yang ada perasaan peribadi NH... tertumpah jua airmata pada akhir-akhir cerita. Betapa betuahnya Sufi mempunyai kawan istimewa yang mengerti dan mendukungnya. Malah lebih bertuah dan jelesnya NH tentang kehadiran Rayyan sebagai sahabat Sufi. Adik Sufi, Adl whyla u tampak menarik seperti Sufi 😂 *eh??? Twist plot agak menjadi la kot. Sebab kedua-duanya berjaya mengagak berdasarkan klu yang ditinggalkan. Tapi apa-apapun memang sangat puas hati. Salah satu ciri storyline yg NH suka...scene ala-ala CSI tu (?) Ehhh pengaruh Rayyan ni!
Kisah seorg psikometris,sufi indera. Olahan cerita santai & mudah hadam. Tp kannn...mcm,x puas la baca.hehehe.. Xde penghujung,tp x tergantung.open ending. Sufi indera mengguna kn kelebihan nya utk mnyelesaikan kes bunuh yg mlibat kn abg & kwn2 nya. Kes yg telah bertahun ditutup tpksa dibuka semula sbb penemuan bukti oleh sufi indera. Twist plot nya..eeee..mmg skt jiwa la baca nya.hehehe..xde siapa sangka dia menjadi dalang nya.
"Dah mampus tu dia punya fasal lah! Kau yg hidup ni sibuk sgt kenapa? Tak reti syg nyawa ke?" -NASHRIN-
dikatakan ini cubaan pertama menulis genre yg jauh menyimpang dr kebiasaan, boleh dikatakan ia berjaya. dan aku percaya, untuk karya yg lebih baru dari buku ni, dah banyak improvement dia buat.
moga terus sukses fathi untuk terus hasilkan karya yg lebih baik.