BAHAGIAN SATU: Cemerlang dengan Menguasai Dua Ayat Cara Hidup yang Komprehensif Sumber Ajaran Islam Iman adalah Nyawa Menguasai Dua Ayat Ayat Di Alam Semesta Mementingkan Bukti Dan Dalil Al-Quran Melahirkan Minda Progresif Sains Berkonsepkan Tauhid Matlamat Dan Metodologi Sains Keharmonian Antara Quran Dan Sains Pentafsiran Quran Menggunakan Sains Sains Memantapkan Kefahaman Quran Sains Membawa Kepada Iman Penutup
BAHAGIAN DUA: Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-Galanya Quran Dan Teori Kejadian Alam Penciptaan Alam Daripada Asap? Alam Semesta Mengembang Penciptaan Alam Dalam 6 Hari? Arasy Di Atas Air? Langit Atau Bumi Dicipta Terlebih Dahulu? Kronologi Kejadian Alam Kosmos Gelap Ataupun Cerah? Black Holes Dan Kejadian Bintang-Bintang Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-Bintang? Bintang Yang Menembus Bintang-Bintang Dan Nebula Ros Matahari Dan Akhir Hayatnya Matahari Pelita Dan Bulan Cahaya Orbit-Orbit Bumi Dan Objek Di Langit Zulkarnain Dan Matahari Matahari Dan Solar Apex Proses Kejadian Bumi Bumi Adalah Bulat? Ruang Antara Langit Dan Bumi Wujudkah Hidupan Di Kosmos? Penutup
BAHAGIAN TIGA: Manusia Dan Asal Usulnya Hidupan Berasal Daripada Air? Air Asas Kepada Kejadian Manusia Manusia Dan Adam Kejadian Hawa Teori Evolusi Darwin Sains Menemui Adam Dan Hawa? Kejadian Manusia Dan Ilmu Embriologi Fasa-Fasa Kejadian Bayi Pendengaran, Penglihatan dan Akal Kegelapan Yang Tiga Embriologi Quran Dan Pandangan Saintis Quran Menciplak Embriologi Yunani? Benih Terbit Antara Sulbi Dan Taraib? Sistem Saraf Dan Darah Roh Ditiupkan Pada 40 Atau 120 Hari? Penentuan Jantina Mengikut Quran Asal Wanita Daripada Rusuk Lelaki? Susu Ibu Mengikut Quran Dan Sains Penyusuan Dua Tahun – Masih Relevan? Penutup
BAHAGIAN EMPAT: Tujuan Dan Matlamat Hidup Manusia Ibadah Sebagai Tujuan Hikmat Ibadah Ibadah Yang Paling Utama Padah Maksiat Budaya Seks Bebas Media Massa Merangsang Seks Bebas Pengharaman Seks Bebas Pengharaman Seks Ketika Haid Ibadah Dalam Aspek Pemakanan Pengharaman Arak Kemudaratan Arak Penyalahgunaan Najis Dadah Pengharaman Daging Haiwan Liar Pengharaman Babi Makanan Yang Halal Lagi Berkhasiat Khasiat Diet Nabi Nabi Seorang Vegetarian? Khasiat Madu Lebah Khasiat Buah Zaitun Khasiat Buah Tin Khasiat Buah Tamar Buah Tamar Dan Ibu Mengandung Buah Tamar Dan Tahnik Khasiat Air Zamzam Cara Penyembelihan Islam Penyembelihan Islam Saintifik Cara Penyembelihan Di Barat Ibadah Dan Kebersihan Kebersihan Diri Dan Islam Kebersihan Yang Diwajibkan Khatan Dan Sains Perlukah Khatan Wanita Dilakukan? Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan Bersuci Menggunakan Tanah Tanah Sebagai Agen Pencuci Kerelevanan Mandi Wajib Kewajipan Berwuduk Wuduk Dan Sains Kebersihan Alam Sekitar Dan Islam Kesan Pencemaran Solat Dan Khusyuk Hikmat Solat Solat Dan Kesihatan Solat Dan Meditasi Solat Dan Yoga Hikmat Menutup Aurat Aurat Wanita dan Kesihatan Hikmat Puasa Puasa Dan Detoksifikasi Rahsia Bersahur Penutup
BAHAGIAN LIMA: Epilog Sains Menonjolkan Tuhan Al-Quran Pemangkin Ilmu Sains Sains Membenarkan Quran Bibliografi Biodata Penulis
Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.
Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.
Pengalaman beliau amat luas kerana sering kali dijemput menjadi penceramah serta pemudah cara bagi program-program di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003 beliau menjadi penceramah khas bagi Petronas Carigali membincangkan tajuk Quality Principles di Terengganu, Sabah, Sarawak, KL dan Vietnam. Pada tahun 2004 pula beliau dijemput memberi ceramah khas kepada Kerabat di Raja Negeri Perak, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan dif-dif jemputan bertajuk ‘Quran dan Sains’.
Di samping itu beliau juga di undang menyampaikan ceramah di luar negara, antaranya, di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.
Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan. Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bermula tahun 2005. Beliau pernah menjadi Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dari tahun 1992-2001. Dari tahun 1996-2000 pula beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah iaitu, Konsep Perubatan Islam, Islam The Misunderstood Religion, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., Empayar Minda Muslim, 7 Formula Individu Cemerlang, Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Quran Saintifik. Lima daripada buku-buku ini telah mencapai status terlaris atau bestseller di Malaysia. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden pula menjadi Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006. Setakat ini empat buah buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.
Di sudut kekeluargaan, beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama beliau ialah seorang doktor perubatan dan isteri kedua beliau ialah seorang pengurus syarikat. Beliau dikurniakan dengan lapan orang cahaya mata. Anak pertama beliau memperoleh ijazah dalam bidang Bio-Teknologi, anak kedua dalam bidang Kimia Analisis, anak ketiga dalam bidang Teknologi Persekitaran dan anak keempat sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia. Anak-anak yang lain masih bersekolah.
Buku ini ditulis berdasarkan pengharapan semoga setiap pembaca sedar akan keagungan Allah dan betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai umat Islam. Al-Quran adalah sebuah kitab yang lengkap lagi mencakupi seluruh kehidupan manusia. Tambahan lagi, Allah telah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 3 ; “Pada hari ini, Aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku sempurnakan nakmatku ke atasmu dan Aku redai Islam menjadi agamamu”. Jadi, tidak ada sebab untuk seseorang Islam mencari agama selain Islam.
Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian 1 – Cemerlang dengan menguasai Dua Ayat, Bahagian 2 – Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-galanya, Bahagian 3 – Manusia dan asal-usulnya, dan Bahagian 4 – Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia.
Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat hangka pendek ialah untuk mengenal hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu bagi kebaikan semua manakala matlamat jangka panjang ialah mengagungkan dan membesarkan Allah. Sains dapat memantapkan kefahaman terhadap Quran.
Antara yang menarik perhatian saya ialah “Bab 43 – Saintis menemui Adam dan Hawa?”. Menurut saintis, semua manusia mempunyai 99.9 % gen (genomes) adalah sama (identical) dan 0.1% sahaja yang berbeza. Terdapat 2 bahagian gen manusia yang tak dipengaruhi oleh benih @ DNA. Iaitu kromosom Y (lelaki) dan DNA mitochondria (yg ditrnkn oleh perempuan). Pada thn 1987, sekumpulan pakar drp Univ. California di Berkeley buat kajian yang dilakukan ke atas 147 org perempuan yg berlatarbelakangkan geo yg berbeza, mendapati semuanya dtg drp ibu asal yg satu (adakah Hawa??).
Kemudian, Majalah The Times pada 23/11/1995 melaporkan hsl ujian kromosom Y yg dibuat oleh Dr Michael Hammer, sorg pkr genetik drp Univ Arizona dpti kaum lelaki juga mempunyai asal yang sama (Adam??). Subhanallah! Tidakkah penemuan ini mengagumkan? Banyak lagi fakta-fakta sains yg dihuraikan bersumberkan dalil di dalam Al-Quran. Jadikan buku ini sebagai bacaan wajib anda dan jadikannya sebagai simpanan koleksi. Sebarkan lagi ilmu yg bermanfaat. Jom baca buku! (",)
understand Al- Quran in a scientific way. accepted by the logical mind. truly proved that Al- Quran is words by Allah. Allah know better and He know everything in the past, and in the present.
buku penuh warna warni. saya beli edisi kemas kini
Banyak topik2 yang menarik contohnya:
"langit atau bumi yang diciptakan dahulu? " inilah salah satu topik yang menarik perhatian saya😍
sejujurnya terlalu banyak maklumat yang bermanfaat saya peroleh melalui hasil pembacaan buku ini. bukan sahaja semua perintah Allah itu sebenarnya mempunyai manfaat yang dapat dijelaskan secara saintifik.
selepas membaca buku ini, saya merasakan betapa kerdilnya diri ini di alam semesta yang sangatlah besar. Tetapi mengapa manusia masih bersikap angkuh dan merasakan diri mereka hebat! buku ini menginsafkan saya dan banyak ilmu yang baharu saya perolehi
HARAPAN saya berharap saya dapat mengingati maklumat2 yang telah saya pelajari melalui buku ini kerana setiap penjelasan diterangkan dengan bukti2 saintifik tanpa mengendahkan hadis dan ayat al-Quran.
Hadis dan Al-Quran sebagai panduan manakala bukti saintifik hanyalah sebagai satu medium yang menjelaskan setiap perintah Allah.
Solat, Puasa semuanya mempunyai manfaat yang kurang kita ketahui jika tidak dikaji. Semakin dalam kita mengkaji, semakin kukuh iman kita dan semakin khusyuk ibadah kita.
semoga kita semua dapat membaca buku ini sebagai penambah ilmu kita dari sudut sains
Bagi mencapai ulul albab iaitu orang yang berfikir, buku ini patut dibaca oleh semua golongan agar dapat pengetahuan Quran daripada perspektif sains.
Waima buku yang menarik dibaca, terdapat sedikit bab yang tidak sesuai dibandingkan iaitu antara solat dan yoga kerana yoga bukan sekadar meditasi tetapi ianya juga ritual agama hindu. Yoga telah difatwakan haram oleh Jabatan Fatwa Kebangsaan.