Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?

Rate this book
Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan:

-Mengapa dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah-kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu?

-Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?

-Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya?

-Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?

Jawapan kepada empat soalan ini hanyalah satu. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang telah dibawa oleh nabi-nabi terdahulu, yang diturunkan melalui wahyu oleh Tuhan yang satu. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. itu membawa agama baru, sudah tidak ada kepentingan baginya untuk menceritakan kisah nabi terdahulu dan tidak perlu mengakui bahawa kitab Taurat dan Injil itu adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhan. Sekiranya agama Islam ini tidak ada kaitan dengan nabi terdahulu, Baginda tidak perlu bersusah payah untuk mengkhabarkan mengenai orang Yahudi, Nasrani, Sabien, dan Majusi kerana Baginda berbangsa Arab, manakala kesemua kelompok itu bukanlah daripada kalangan bangsa Arab.

416 pages, Paperback

First published October 1, 2016

10 people are currently reading
49 people want to read

About the author

Ahmad Iqram Mohamad Noor

14 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (42%)
4 stars
14 (35%)
3 stars
6 (15%)
2 stars
2 (5%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Mohd Nordin Che Omar.
213 reviews9 followers
June 23, 2023
Buku ini ditulis oleh penulis bagi mencari jawapan adakah agama2 yang dianuti oleh manusia sekarang asalnya dari Islam iaitu agama yang diturunkan oleh Allah bermula dari Nabi Allah Adam kpd Nabi Muhammad sehingga ke waktu semasa. Adakah berlaku pemesongan oleh manusia yang menyebabkan wujud agama2 baru itu. Boleh dibaca sekiranya berminat dalam perbandingan agama.
Profile Image for Ruzaie Rahim.
76 reviews8 followers
March 5, 2021
Hooked! Beli sebab 'curious' tapi memang tak menyesal beli. Walaupun 400 m/s, terasa cepat dah habis.

✔ Kandungan yang tak terlalu berat macam buku perbandingan agama yang lain
✔ Istilah dan frasa yang sesuai untuk 'beginners' dalam isu ini
✔ Gaya penulisan yang menarik dan lancar
✔ Kupasan yang tak terlalu mendalam sehingga serabut
✔ Fokus dan berasaskan hujah al-Quran

Secara umumnya, buku ini ialah kupasan tentang agama-agama besar dan lama dengan bersandarkan kepada Islam sebagai satu-satunya agama tauhid yang benar. Bab setiap agama merangkumi subtopik tentang asal-usul, kitab dan wahyu, rasul atau nabi dan penyelewengan mereka sehingga sesat seperti sekarang.

Ilmu yang sangat bagus untuk setiap orang Islam tahu. Sangat disyorkan terutamanya yang ada perasaan ingin tahu yang tinggi!
5 reviews
December 23, 2017
Ada kata yang agama tertua di dunia adalah Hindu. Tapi kita seringkali terlupa bahawa manusia pertama yang diturunkan ke bumi adalah Adam A.S dan Hawa. Dan atok nenek moyang kita ni tauhidnya adalah sama dengan apa yang kita tauhidkan dalam Islam. Cuma adakah nama 'tauhid' atau agama yang Adam A.S dan Hawa pegang tu adalah nama secara officialnya Islam? Maka jawapan... mereka adalah seorang hamba Allah yang mentauhidkan Allah walaupun pada kehidupan mereka, nama Islam masih belum mereka kenali. So..mengenai buku ini, penulis bagi pandangan aku telah cuba memperbetulkan fakta yang silap (yang biasa kita baca dan dengar) bahawa agama tertua adalah hindu. Islam adalah agama terawal. Dan agama2 lain yang timbul adalah hasil dari tangan-tangan manusia. Manusia mengubah segala perintah Allah. Mengurang atau menambah sehingga lahirnya agama baru yang tidak lagi bersandarkan hukm Allah dan Rasulnya.

#bookworm #HantuBuku #ulasanBuku #ulasBuku #gengbuku #Teologi #theologies #bookstagram #BukuMalaysia #BukuBahasaMelayu #MadeInMalaysia

Rate : 👍👍👍
Penulis : Ahmad Iqram Mohamad Noor
Penerbit : PTS Publishing House Sdn. Bhd (@kedaibukupts @bukupts)
Tahun terbit : 2017
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
October 31, 2021
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلاِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلاً

"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku."

Buku ini hanya membincangkan soal dasar agama terutama dalam konsep akidah dan pensejarahan yang mempengaruhi agama-agama. Ia turut membincangkan fakta tentang hubungan 'kerasulan' yang diutuskan kepada setiap kaum.
{Mukadimah}
Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian:-
Bahagian pertama membincangkan asal usul agama, faktor penyimpangan agama dan prinsip Islam serba ringkas
Bahagian dua merupakan isi utama buku ini di mana penulis menghuraikan agama Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Zoroaster, Sabean, Sikh dan Baha'i. Bahagian ni penuh dengan fakta dan sejarah (menarik bagi yang minat topik begini)
Bahagian terakhir menceritakan agama yang bukan berdasarkan wahyu seperti Shinto, Taoisme serta ajaran Socrates dan Firaun Akhenaten. Penulis kemudian memperincikan ciri-ciri ahli kitab dan membuat kesimpulan golongan ahli kitab dan bukan.
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
May 27, 2023
Sebuah buku yang amat baik Dan menarik oleh Ustaz Iqram. Kita sudah biasa mendengar bahawa Yahudi dan Kristian berasal dari agama Tauhid namun, rupa-rupanya agama-agama seperti Hindu, Buddha, dan Majusi juga mempunyai unsur Tauhid.

Satu penambahbaikan yang boleh dicadangkan ialah agar nota kaki diletakkan di bahagian bawah, bukan di akhir setiap bab supaya rujukan lebih mudah dilakukan.
Profile Image for Sen Mariduano.
16 reviews
December 10, 2022
Penulisan yang sangat baik, pencerahan yang jelas dengan rujukan yang terperinci dan berhati hati..
Buku ini memberi kesedaran bertapa pentingnya menjaga ketulenan agama.
Buku ini juga menambahkan keyakinan kita terhadap islam.
Profile Image for Ed Ner'S.
5 reviews
November 2, 2020
Saya suggest semua orang boleh baca buku ini. penuh dengan perbandingan yang sangat teliti. plus siap ada reference dari mana setiap apa yng dibincang kan..
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.