Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pejuang-Pejuang Yang Benar #12

Malcolm X: Pembela Kulit Hitam Amerika

Rate this book
Malcolm X dilahirkan pada tahun 1925 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan 'white supremacist' Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka. Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beradiknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat. Malcolmdibawa untuk bersekolah di Mason di bawah penjagaan keluarga Swerlin.

Malcolm adalah satu-satunya pelajar berkulit hitam di Mason Junior High School. Dia diskriminasi oleh gurunya sendiri apabila gurunya mahukan dia menjadi seorang tukang kayu daripada cita-citanya yang mahu menjadi seorang peguam. Semua itu kerana warna kulitnya yang berbeza. Apabila memasuki gred kelapan, Malcolm berhenti sekolah untuk tinggal bersama kakak angkatnya, Ella di Boston. Selepas bekerja sebagai penggilap kasut di Boston, Malcolm berpindah ke kawasan Harlem di New York untuk menjual marijuana. Selepas diekori polis narkotik, dia menukar karier menjadi perompak.

Nasibnya tidak baik apabila dicekup polis pada tahun 1946 kerana memiliki jam curi. Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara sepuluh tahun. Sedangkan tempoh biasa untuk hukuman merompak adalah dua tahun sahaja. Dia mengalami diskriminasi sistem kehakiman hanya kerana kulitnya yang hitam. Di dalam penjara, Malcolm berjumpa dengan rakan banduan, Bimbi. Bimbi menyebabkan Malcolm kembali mempelajari bahasa Inggeris dan membaca buku. Di dalam penjara, Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam. Adik-beradiknya sering datang melawat. Satu hari, mereka mengajaknya untuk tidak merokok dan makan babi. Lama-kelamaan, Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam. Selepas keluar penjara pada tahun 1952 melalui jaminan parol, Malcolm tinggal bersama abangnya di Detroit dan bekerja sebagai jurujual perabot. Pada masa lapang, dia menyertai pergerakan Nation of Islam dan dilantik menjadi pembantu minister pada musim panas tahun 1953. Malcolm menjadi figura penting yang memperjuangkan hak asasi orang kulit hitam di Amerika melalui siri ceramah dan juga pengelibatannya dalam Nation of Islam.

Sokongan orang kulit hitam kepadanya menyebabkan Malcolm mengeluarkan seruan yang keras dan pihak berkuasa memandang perkara itu sebagai satu ancaman. Malcolm menjadi orang kedua paling penting dalam Nation of Islam selepas Elijah Muhammad menerusi kemahiran berpidato dan hujahnya yang lantang. Malcolm berjaya menginspirasikan seorang peninju, Cassius Clay atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ali untuk menyertai Nation of Islam. Pada tahun 1964, Malcolm meninggalkan Nation of Islam kerana isu kepimpinan dengan Elijah Muhammad. Dia pergi menunaikan haji di Mekah. Melihat bagaimana agama Islam boleh menyatukan penganut yang berbilang kaum dan bangsa, menghimpunkan warna kulit yang berbeza dalam satu perhimpunan yang besar membuatkannya tertarik. Dia melihat Islam sebagai satu cara untuk menghapuskan prejudis perkauman.

Selepas menunaikan haji, Malcolm melawat negara-negara Arab dan pulang ke tanah asalnya di beberapa buah negara Afrika.

Selepas kembali ke Amerika, Malcolm menggunakan nama Malik el-Shabazz dan mengakui dirinya sebagai seorang Sunni Muslim. Sejak dari hari itu, dia mendapat ugutan daripada Nation of Islam.

Pada tahun 1965, Malcolm mati dibunuh oleh tembakan shotgun ketika menghadiri satu rali di Manhattan. Jenazahnya dikebumikan di New York.

Sehingga ke hari ini, Malcolm X dikenali sebagai salah seorang sosok orang kulit hitam yang paling penting kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi dan menghapuskan penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika.

224 pages, Paperback

First published October 1, 2016

1 person is currently reading
15 people want to read

About the author

Al Ghazali

28 books12 followers
Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa.

Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (38%)
4 stars
8 (30%)
3 stars
6 (23%)
2 stars
2 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
August 10, 2018
Buku ini sudah dibaca sebelum ini -tahun lepas- ketika proses merevisi kembali buku X Untuk Pemula -yang diterbitkan awal sebelum buku ini. Buku X Untuk Pemula diterbitkan tahun 2016 -yang pertama tentang Malcolm X di Malaysia dalam Bahasa Melayu, dan buku Malcolm X (karya Al Ghazali) diterbitkan setahun selepasnya.

Saya membaca karya beliau ini sampai habis. Saya harus mengakui, saya kurang meminati fiksyen sejarah. Jadi penilaian saya yang kritikal -bintang yang sedikit- faktor utamanya kerana itu. FIksyen sejarah agak sulit untuk ditemui patukannya. Kita tidak dapat mengenalpasti antara kata sebenar tokoh tersebut atau sesuatu yang direka berdasarkan imaginasi penulis itu. Sungguhpun berdasarkan bacaan-bacaan buku (tentang) Malcolm X, tidaklah fiksyen ini mencacatkan Malcolm X, tetapi kaedah penulisan sebegini agak sukar untuk diterima. Kelak pembaca di masa hadapan menyangka ini adalah sejarah, sedangkan ini adalah fiksyen.

Bagaimanapun Filem -biopic- adalah dua hal yang berbeza dengan novel sejarah.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
May 2, 2020
Hidupnya penuh liku. Kesusahan hidup menekan. Ibunya pun akhirnya mengalami masalah mental lalu dihantar ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan. Ayahnya? Mati dibunuh akibat taasub sangat menjadi pendakyah ajaran seorang tokoh kulit hitam.

Bermulalah Malcolm adik-beradik terpisah mengikut keluarga angkat yang ditentukan oleh bahagian kebajikan pusat.

Namun, dia membesar dengan sikap nakal tetapi pandai mengambil hati orang tua. Tidak menamatkan sekolah dan dibawa tinggal bersama kakaknya, Malcolm mula berdikari untuk kelangsungan hidup.

Merompak, berjudi, mengambil dan menjual dadah menjadi rutin hidup beliau. Apabila tertangkap dan dipenjara, bermulalah episod baru dalam hidup beliau.

Dipendekkan cerita, Malcolm memeluk Islam kerana terpesona dengan ajakan adiknya dan mula mengagumi Elijah Muhammad. Sedangkan Elijah itu sebenarnya boleh dikatakan penunggang agama. Banyak percanggahan dalam ucapan dan perbuatannya.

Entahlah ya, selepas membaca buku ini, kemiskinan boleh mempengaruhi hidup seseorang. Jika tiada asas Iman, memang boleh hilang arah. Sedih. Hidup bagai dalam kegelapan.

Malcolm digambarkan sebagai pembela orang kulit hitam. Beliau tegas, lantang dan memiliki pendirian.
Profile Image for Miem’s.
309 reviews2 followers
Read
December 19, 2023
Berbesar hati dapat baca buku tentang sosok terkemuka ini. Perjuangan yang dibawa oleh Malcolm X penuh liku tapi keazaman beliau dalam memperjuangkan hak orang kulit hitam sangat mengagumkan. Ditambah pula dengan pendekatan melalui agama Islam yang digunakan membuatkan rasa kagum terhadap beliau semakin meninggi.

Betullah orang kata jika kita hanya bergaul dalam kelompok masyarakat sesama kita, kita mudah untuk manjadi rasis dan pesimis. Sebab itu Islam menggalakkan kita merantau, mengembara mencari ilmu dan mengenal dunia supaya kita tahu untuk hidup aman damai, kita perlu belajar untuk bertolak ansur dan menghormati sesama kita. Agar kita dapat mencapai keamanan yang diseru Islam.
63 reviews
February 18, 2019
Walaupun aku tak pernah mengenal mahupun berjumpa Malcolm X tetapi aku dapat rasa yang aku kenal beliau selepas baca buku ini versi eBook di https://www.e-sentral.com/book/info/8...
Mungkin kerana Islam itu sendiri!
Benarlah Islam menyatukan manusia sekalian alam.
Buku ini turut mengajar diriku yang betapa kotornya hati sesetengah manusia yang ingin menegakkan kebatilan yang membutakan mata manusia.
Semoga korang jugak mendapat manfaat membaca buku ini seperti aku. Kalau korang x sempat nak ke kedai buku boleh klik je link yang aku letak tu :)
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
January 22, 2018
Bagi saya buku ini memberi pemberi pencerahan tentang siapa malcolm X. dan apa perjuangan beliau. sy berhasrat membaca buku yg ditulis oleh haley mengenai biografi beliau.. yang ditulis atas arahan malcolm x sendiri.. dan sebahagiannya disemak oleh malcom X.
kisah kehidupan malcolm X yang penuh liku memperjuangkan nasib bangsa nya.. dan pencarian islam sebenar. Menjalani kehidupan yang serba kekurangan di usia kecil dan menghadapi masalah sosial ketika remaja sehingga dipenjarakan ketika berusia 20tahun. Tetapi penjara lah tempat ia kembali ke pangkal jalan sehingga menjadi sosok yang hebat memperjuangkan bangsanya serta menyebarkan agama islam di Amerika. tetapi kebenaran sentiasa dibenci.. beliau mati dibunuh di pentas ketika hendak berucap.... dan beliau seakan akan tahu maut yang mendatang.

wallahua'lam
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.