Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biniku Ninja

Rate this book
Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni. Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar. Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.

Paperback

First published January 1, 2016

33 people are currently reading
371 people want to read

About the author

Azlan Andi

4 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
54 (50%)
4 stars
22 (20%)
3 stars
16 (14%)
2 stars
8 (7%)
1 star
8 (7%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Fina S.
59 reviews14 followers
April 26, 2017
Tajuknya pasal bini tapi betul ke Azlan cerita pasal bini dia je?

I flipped this book while having my dinner then I could not stop reading, despite knowing that I have to finish some work that night.

Buku ini membawa kita untuk sentiasa berserah kepada tuhan. Berserah dalam segala apa hal yang kita lakukan. Buku ini membawa kita mengembara dan belajar daripada pengembaraan Lan dan pengembaraan Lan dan Saba. Bukan buku cliche tentang orang kahwin muda, tapi sebuah buku yang memberi peringatan agar kita selalu dekat dengan Tuhan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 13, 2017
bila yang berpengalaman duduk di luar negara tambah pula seorang backpakers, kita pembaca akan bertambah seronok membaca semua pengalaman yang tercatat. adakala tempat yang dilawati pun tak pernah terlintas dalam pengetahuan kita yang cetek nih.

bermula dengan perkenalan 3 minggu dan ijab kabul yang meriah, penulis dihadiahkan dengan kamera dan itinerary perjalanan ke beberapa buah negara eropah. sangat seronok membaca setiap perjalanan penulis yang agresif berlari sana sini, memanjat, melompat, kena tahan dengan polis, salah checkout masa dan pelbagai lagi kisah. buku ini juga dihiasi dengan gambar-gambar yang cantik.

sebagai siswa di luar negara, pengalaman sebegini memang amat dikejar terutama buat yang berani dan sukakan cabaran serta memang minat berjalan. keberanian memang sangat perlu tak lupa juga segala ilmu dan info banyak lekat dalam kepala. jangan marah bila kata siswa di luar negara lebih berani dan berdikari.

ninja? isteri penulis Azlan Andi berniqab tapi bukan penghalang untuk beliau sentiasa agresif dan aktif. even ada dua baby dalam perut pun sangat cergas. suka baca. pengalaman yang tak boleh dijual beli tapi pasti boleh di kongsi bersama...
Profile Image for Umi Syahirah.
7 reviews2 followers
April 12, 2017
saya suka cara pengolahan cerita yang santai tapi banyak memberi input berguna kepada pembaca sebagai contoh tentang perjalanan-perjalanan yang telah dirancang sebagai hadiah perkahwinan dari Saba untuk Azlan.
2 reviews2 followers
June 9, 2017
They teach us to have a good and strong faith towards His power, anytime, anywhere...
Good sharing especially the travel part, tourist attraction, accom, tips, etc.
2 reviews
July 13, 2017
Baru tengok drama..tapi belum sempat dapatkan buku lagi.
sempoi life..

Profile Image for Hasni Jamali.
9 reviews7 followers
September 10, 2017
Selesai baca, Biniku Ninja karya Azlan Andi.
Bersaksikan bukit-bukau dalam perjalanan ke Utara, pembacaan selesai. Sesuai dengan cerita pengembaraannya, saya juga membaca buku ini dalam tempoh pengembaraan juga. Tidaklah jauh, ketika membelinya di kedai buku Labis, Segamat-mula baca ketika di Kuala Lumpur-bawa baca dalam tren di Gemas-sambung baca di Kuala Lumpur-terus baca di Labis-dan usai baca dalam perjalanan menuju Pulau Pinang.

😊

Apa yang menarik buku ini? Saya sangat selesa dengan gaya penceritaan penulis, sangat santai dan mudah masuk otak. Segala bicara tentang pengembaraan Azlan dan Saba tidaklah semudah dan semanis anggapan pengikut mereka di laman sosial mereka. Kata penulis sendiri, banyak liku yang perlu mereka harungi dan bagi saya sebagai pembaca menganggap melalui liku itulah ujian kesetian, kesabaran dan pengorbanan mereka saling menguatkan antara satu sama lain untuk cekal meneruskan kehidupan.

Pada awal membacanya, saya keluarkan ungkapan tentang mudah dan susah. Betullah, jika kita fikir susah maka susahlah kita dapat malah jika kita fikir mudah bukan sahaja kita dapat mudah malah dipermudahkan semuanya. Ini dapatan/kesimpulan saya tentang Biniku Ninja.
Profile Image for Zwanrizly.
16 reviews1 follower
March 27, 2017
Bukan novel cerita cinta..tp lebih kepada catatan perjalanan pasangan saba dan azlan..bnyk kita boleh belajar dari cerita mereka. Sesuai untuk mereka2 yg bru berjinak2 dengan dunia backpacker, walaupun penulis tidak menceritakan sedetail mumgkin..tp masih bnyk isi yg boleh kita guna pakai.
Profile Image for Jaz Meen.
9 reviews3 followers
May 13, 2017
suka layout buku ... wit color pics
Profile Image for Elle Syeila.
18 reviews2 followers
May 18, 2017
Kalau beranggapan penulis akan menulis cerita cinta mereka suami isteri, sememang tiada dalam buku ini. Cerita bab perkahwinan mereka yang berlangsung selepas tiga minggu perkenalan hanya dijadikan sebagai perjalanan cerita ini. Tiada emosi dimasukkan. Tiada kisah menarik pasangan yang diceritakan dalam buku ini.

Jadi apa yang diceritakan? Ia lebih kepada sebuah travelog, cerita pasangan dari sebuah negara ke sebuah negara. Dengan bajet rendah, pasangan ini ke sana ke mari kembara ke negara orang. Kisah bagaimana mereka pergi dan di mana mereka mengidap. Lebih menarik untuk jadi panduan backpacker. Mungkin drama di Astro Ria nanti lebih menarik. Mungkin dekat drama itu akan terjawab sepenuhnya kenapa penulis ini gelar isterinya 'biniku ninja'.

Cerita tanpa emosi memang sangat longar. Mungkin pengalaman yang dicoret di Instagram lebih menarik untuk dibaca kerana ada gambar dan hashtag. Sebenarnya kalau sekadar panduan untuk mengembara, jom kita baca di the vocket, sudah mencukupi rasanya.
February 5, 2019
Seawalnya saya fikir buku ini berkisar tentang cinta mereka berdua. Namun, saya salah kerana buku ini berkisar tentang mereka berdua yang suka mengembara ke merata-rata tempat.

Seperti buku penulis yang sebelum ini, dapat saya gambarkan bahawa mereka berdua sangat mahir dengan tips and tricks backpackers.

Malah, mereka juga sangatlah kental dan sabar disaat mereka diuji ketika mengembara di tempat asing.

Buku ini memuatkan kisah mereka yang mengembara ke Madeira, Poland, Rom, Brussels, Paris, Switzerland, Cawsand, Istanbul, Dubai dan India.

Terasa seperti turut sama terbang bersama mereka.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
July 3, 2018
Kisah travelog yang dipaparkan oleh penulis ini mengajak pembaca untuk sama-sama mengembara ke beberapa negara yang menarik. Gaya penceritaan yang bersahaja dan mudah tetapi menunjukkan kurang tersusun menyebabkan jalan cerita sedikit kurang murni memandangkan naratif agak 'berkecamuk'
Profile Image for Raihana.
212 reviews4 followers
July 9, 2019
Told in a short upbeat style, the travelogue details how the couple met and an honest sharing of the journeys they took. Addictive.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.