Jump to ratings and reviews
Rate this book

Abaya buat Ed

Rate this book
Pertama kali mata bertentang, Ed a.k.a Edrina dah suka gila pada Ilham. Kata Ed...he’s my man. Misi dalam kepala hanya ada satu. Nak jadi Mrs Ilham Danial. Well..Ilham tu kan super handsome hero yang delicious, hot, yummy plus tempting. Ada sexy burger buns pulak tu. Gilalah kalau dilepaskan. Tak boleh…tak boleh. No way!

“I suka you, you suka I. I love you, you love me. Then we get married.”–Edrina Ekram Syah

Kahwin. Kahwin. Kahwin. Awak ni tak benda lain dalam kepala ke Ed selain benda tu? – Ilham Danial.

Ed tak kira. Nak jugak. Ilham lari, Ed kejar. Ilham elak, Ed tak endah. Ilham beri nasihat, Ed buat pekak. Ilham lelah dan menyerah. Fine. Kita kahwin. Tapi…ada syaratnya Cik Edrina.

“Hantar wakil pihak keluarga awak datang meminang saya esok.”–Ilham Danial
Ed on aje. Pinang pun pinanglah. Janji dapat Ilham. Dapat kahwin dengan Ilham. Yes!

“Kita kena pinang Ilham?”- Puan Sri Sarah

“What Ed? Meminang lelaki? You must be kidding!”–Elman Ekram Syah

Tapi bila papa beri kata veto, Ed melompat suka. Oh I love you papa!
“Let’s pray and hope for the best, Man. For Ed…for her future.”-Tan Sri Ekram Syah

Hidayah itu hakNya. Hanya untuk yang istimewa dan terpilih. Dan Ed perempuan yang terpilih buat Ilham. Perkahwinan itu medan ujian. Medan menguji percaya dan curiga. Mampukah mereka mengharungi bilah-bilah ujian yang sudah tertulis buat mereka? Mampukah mereka memegang janji yang terlafaz menjadi kebahagiaan dunia dan akhirat buat masing-masing? Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah. Hanya di naskhah takdir ianya tertinta.

647 pages, Paperback

First published July 1, 2016

15 people want to read

About the author

April Snow

27 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (14%)
4 stars
4 (19%)
3 stars
7 (33%)
2 stars
6 (28%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
August 23, 2018
Rupanya sudah lama saya beli novel ini
(berdasarkan tanda tangan penulis bertarikh 17-Jun-2016)

Mungkin kerana ini antara naskhah awal penulis (saya suka naskhah terbaru beliau bersama rumah penerbitan Teratak Kasih Publication) banyak kelemahan yang boleh diperbaiki untuk mencantikkan naskhah ini.

Ada sesuatu yang penulis cuba sampaikan... tapi mungkin kerana cara penyampaian melalui watak Edrina yang buatkan saya agak kecewa (dan sedikit rasa bosan). Watak Edrina pada saya terlalu 'open dan perasan cantik/bagus', terlalu kerap pengulangan ayat bagi menggambarkan perasaan/kelaku 'gedik' Edrina membuatkan saya rasa nak tutup buku. Bahkan watak-watak sampingan -kawan-kawan Edrina dan para pekerja Ilham- juga tidak mampu membuatkan hati saya terpikat pada karektor mereka.

Nasib baik ada watak Ilham dan adik-adik kembarnya yang berjaya memujuk hati saya untuk meneruskan pembacaan hingga ke noktah akhir. Walaupun watak Nini dan Nina tak sampaipun 10%

Penghijrahan Ed daripada gadis liar ke wanita muslimah, tak sampai ke jiwa saya. Saya tak jumpa 'turning point'nya. Atau saya yang terlepas pandang kerana ada kalanya saya buat speed reading (baca: skip reading)

Si penjahat yang cuba merosakkan Edrina (lupa dah siapa namanya tu) juga tidak diberi hukuman yang sepatutnya (contoh: buat report polis ke? Kerana jenayah yang dilakukan bukan hal yang sepele pada saya! -geram+marah) Dan cubaan merosakkan Edrina bukan sekali... tapi dua kali tau! Dan tetap juga dibiarkan??? -2x geram!

Dari segi editing, banyak kelemahan yang perlu diberi perhatian.

Apa-apapun... saya bangga dengan diri sendiri kerana berjaya menghabiskan naskhah ini. Ini menunjukkan masih lagi ada 'sesuatu' yang membuatkan hati saya bertahan dan habiskan bacaan ini.

Buat penulis, jangan patah semangat menulis ya. *wink* kerana saya percaya anda mampu menulis dengan lebih baik di masa akan datang...

~ #kakakmembacasambilmenyerusemangatmembaca
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 26, 2018
Bila ada org mencadangkan novel ni pada saya including Akulah Perempuan Yg Kau Singkirkan, saya mmg benar2 tak mahu cuba. But saya tewas bila dia bersungguh2 kata novel ni bagus. Satu yg saya setuju, dia kata novel ni ada perubahan dari cara penulisan author yg lalu. Maaf author, novel ini tak serasi dengan saya especially bila Ersyam muncul in the picture. Edrina masih tak sedar khilaf dia di mana.
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
January 2, 2023
Baca kisah ini terbayang² Kareena Kapoor and Hitrik Roshan.

Gediknya Ed masyaAllah.. miang sungguh Ed dan bff dia Ria.

F tak dapat nak ambil feel sangat kisah Ed and Am. Adakah sebab Ed terlalu gedik sampai F tak sure F gelak or tersengih.

Ermm
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
November 18, 2016
sy letak high expectation pd novel ni bahkan sggup keluarkan rm50 utk memiliki buku ini sbb byk positif feedback dr pembeli ygdh baca buku ni. tapiiiii betullah, lain org lain citarasa huhuhu...

serius sy tak boleh habiskan buku ni. terlalu byk monolog si edrina yg perasan cantik. smpaikan sy naik muak dgn watak edrina. begitu juga dgn watak2 sampingan spt kwn ed dan pekerja2 bengkel si ilham. sy hnya mampu baca smpai 2-3 bab shj. kemudian puffff...terus tutup buku kemudian simpan smula pd rak.

Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
November 7, 2018
#AbayaBuatEd.... citarasa setiap kita manakan sama kan? saya suka dan senang dgn kisah ni...
Iya, saya mudah suka! saya susah menolak! apa pun saya suka memberi peluang sebenarnya..

ABE ni kisah Edrina yg sgt sukakan Ilham. Jatuh cinta sesungguhnya la... berbeza status tdk menyukarkan mereka krn bila hati dah suka semua tentu boleh saja! tapi begitu pun Ilham bkn lelaki mudah terima sebegitu saja...dia ada cara sendiri...Ed mahu dan sedia terima apa adanya Ilham...fikiran mudah seorang Ed! berbeza Ilham dia memandang jauh dan merasakan rasa suka Ed hanya suka luaran sahaja.... soalnya hati siapa sahaja yg mengerti kan?

Kalau dah jodoh! mereka bersatu juga! mana ada manis selalu! tak mungkin indah sahaja! begitulah Ed dan Ilham...bahagia mereka masih jauh! impian mereka tdk mudah tp tdk juga susah!

keseluruhan? peluang mencuba dan ruang memberi! itu yg Ilham dan Ed lakukan! mereka mahukan bahagia dan mereka membina percaya! ada ujian buat mereka yg menguatkan hati utk teguh bersama!...saya suka ABE! lain org lain terimaannya! jika mahu membaca saya suka mendengarnya dan jika rasa anda tdk sama rasa saya, itu perkara biasa dan normal!...kerana....kita perlu membaca dahulu....apa yg kita mahu dan rasa bkn bermakna kita perlu setuju dan terus terima!

Tahniah April Snow! saya tetap suka karya2 awak! tetaplah menulis dgn hati lapang dan fikiran terbuka hokeyyyy!



Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.