Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penjara #1

Penjara

Rate this book
"Bebas mata melihat dunia. Sehingga tidak sedar kaki terperangkap dalam penjara dosa yang kau sendiri cipta."

Seperti biasa, setiap kali dia menapak masuk ke bilik tersebut, matanya akan tertangkap pada katil sebelah yang sekarangnya kosong tidak bercadar. Dia seolah-olah nampak empunya katil tersebut tersenyum manis ke arahnya seperti biasa. Dia meletakkan begnya di atas katil, mengambil frame yang sedang terpacak berdiri di atas meja belajarnya.

Ridwan melepaskan keluhan panjang. Kali ini dia mengaku, hati yang sering meminta maaf dan memaafkan itu adalah antara hati-hati yang sentiasa tenang. Meminta maaf, tidak semestinya setelah kita melakukan kesalahan. Memberi maaf pula, tidak semestinya setelah diri kita dipermainkan.

Kadang manusia lupa, skrip hidup yang ditulis olehNya itu adalah novel yang terhebat untuk kisah hidup kita. Nak redha, kadang makan masa. Tetapi jangan sampai tak redha, sehingga ia memakan diri kau sampai sakit seksa. Aku ingatkan, jangan selamanya kau terpenjara dalam sangkar dosa yang kau sendiri cipta.

Matanya bebas melihat dunia luar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku. - Rid

Paperback

First published October 1, 2016

9 people are currently reading
175 people want to read

About the author

Najmi Fetih

12 books46 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
64 (56%)
4 stars
27 (23%)
3 stars
11 (9%)
2 stars
9 (7%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 30, 2018
Alaaa... tak puas hati dgn ending! Kesian kat Fathin😢. Hrp2 laa ada Penjara 2 akn dtg.

Sebenarnya tak expect pun yg aku akn jatuh suka dgn buku ni. Sbb mula2 baca tu rasa mcm biasa jer. Tp lepas tu... plot cerita jd makin menarik. Walaupun kadang rasa serabut sbb ramai sgt watak, tp masing2 kisah hidupnya ada tarikan tersendiri yg buatkan jln ceritanya jd tak bosan. Plg aku suka kisah persahabatan antara Rid, Mahdi dan Haris. Serius ah, sweet giler diorang punya ukhwah. Best nyer ada sahabat mcm diorang ni, lebih2 lg Mahdi.

Masuk kat konflik antara Rid dan Mahdi, sedihnya rasa. Sampai hati Rid kata mcm2 kat Mahdi.

"Munafik... neraka paling bawah." - Rid

"Aku tak menangis. Ini bukan air mata. Kalau luka dekat tangan, darahnya merah. Luka hati aku, darahnya jernih. Dan kau sendiri nampak, hati aku tengah pedih. Rid, aku tak layak ke jadi sahabat kau?" - Mahdi

Setiap kisah hidup watak2 dlm buku ni, semuanya boleh diambil sbg pengajaran. Semua org ada buat salah, dan org yg plg teruk ialah org yg terlalu pandang kesalahan org lain sampaikan tak nampak kesalahan sendiri.

Dan org yg plg teruk bila dia merasakan dirinya lebih baik drp org lain.

"Matanya bebas melihat dunia luar. Liar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku." - Rid

Yeah, jgn jd mcm Rid.😢
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
August 10, 2018
Karya Najmi Fetih memang tak pernah mengecewakan aku.Tak sia2 duit yang aku laburkan untuk beli buku ni..

Aku suka semua watak dalam ni.Semuanya baik dan cool,takde yang menyakitkan hati..Cuma aku rasa kesian pulak dkt Fathin😢.

Apapun,tahniah penulis👍,harapnya ad smbungan lah. :)
Profile Image for Ayda Razak.
389 reviews24 followers
May 21, 2018
Buku yang menyentap jiwa ni mempunyai 20 bab, 8 puisi dan 5 mutiara cinta.

Pada mulanya nak bagi 3 bintang sebab banyak sangat kesalahan ejaan tapi disebabkan cerita yang menyentapkan jiwa ni ditambah lagi dengan puisi-puisi dan mutiara kata yang menarik, I bagi 4 bintang. Thumbs up kepada penulis 👍

"Ada masa, kau perlu berhenti seketika daripada larian kau mengejar cita-cita dan mengimbas kembali segala duka yang pernah kau beri dalam perjalanan kau mengejarnya......"
5 reviews1 follower
February 2, 2017
first time baca buku koleksi tarbiah sentap ni. huhu before ni pandang je buku2 jenis mcm ni. rasa mcm tk bole nk masuk, tk interested pun dgn buku tarbiah sentap yg lain. rasa mcm buku2 ni utk golongan remaja. so hari tu pergi popular wangsa walk, nk beli satu buku but nk cari yg betul2 worth reading la. kalau dah masuk kedai buku kalau tk sampai sejam tk sah lah, tu pun tk ckup. cari punya cari last2 ternampak buku penjara ni. terus hati kata mcm OK. so amikla. ayah belanja lg. haha and alhamdulillah! masyaAllah best sgt2 buku ni. mmg mengalir air mata. huhu awal2 tu mcm tk confident juga, tp jap je terus masuk. 2 hari dah habis buku ni.

cuma cuma cuma tk setuju part Mahdi je. pd aku dia yg create syak wasangka org, dia yg create sangka buruk org, dia yg buka pintu fitnah tu. sbb tu bkn perkara nikah ni kena hebah kan ke.. dia lah yg salah, bini pun bole ke saja2 kau panggil dtg asrama laki? kan bongok tu. geram pula aku. haha najmi fetih pls explain to me..
Profile Image for Nurwani Enn.
7 reviews
December 13, 2016
"Bebas mata melihat dunia. Sehingga tidak sedar kaki terperangkap dalam penjara dosa yang kau sendiri cipta".

Tahniah Najmi Fetih kerana berjaya menulis Penjara. Sebuah buku yang penuh pengajaran yang berhikmah. Ditunjukkan melalui setiap watak yang dihasilkan. Padu dengan pelbagai emosi dan dikuatkan lagi dengan jalan cerita, bukan sahaja mengejutkan malah menimbulkan rasa ingin tahu apa yang bakal terjadi untuk seterusnya. Sememangnya Penjara sangat berkualiti dan penuh dengan nasihat.
Profile Image for Erin95.
148 reviews6 followers
May 22, 2019
"Aku tak menangis. Ini bukan air mata. Kalau luka dekat tangan, darahnya merah. Luka hati aku, darahnya jernih. Dan kau sendiri nampak, hati aku tengah pedih."

👉 Buku yang sarat dengan kisah iktibar, persahabatan, cinta sesama keluarga dan agama.

👉 Penuh iktibar, konflik dan tanda tanya. Sampai aku tutup buku konon nak relaks jup. Then aku bukak balik sebab setiap bab buat aku nak tau dan tau apa jadi sebenarnya ni.

👉 Ada jugak part yang pening sikit. Bab yang membuatkan aku still tertanya-tanya. Tapi semua tu mcm dijawab dekat hujung cerita. Sampai aku lupa asal jadi mcm ni tadi.

👉 Mungkin kalau aku ditempat Mahdi aku dah xnak jumpa Ridhwan langsung dah. Yelah sebab Ridhwan Mahdi kena buang kolej.
Moral: Jadi seorang yang pemaaf dan bersahabatlah dengan ikhlas bukan dengan sebab.

👉 Tapi aku tak nafikan Mahdi sendiri jugak yang timbulkan fitnah tu. Kenapa bawak isteri dia pi asrama lelaki.

👉 Terlampau banyak suspen. Sampai aku rasa yang Husna kena hempap kipas tu aku ingatkan mimpi si Ridhwan jugak. Rupanya real.

👉 Plot twist yang bijak. Plus dialog yang disampaikan pun buat aku rasa macam aku ada sekali dalam cerita ni.

👉 Senang cerita aku bagi 4.5 bintang sebab buku ni buat aku tertanya-tanya apa ending cerita ni.

👉 Oh ya aku edit review ni sebab rasa mcm sedih pulak ending Fathin macam tu je. Tapi tak dpt dinafikan manusia hadir dalam hidup kita ni untuk memberi pengajaran dan mengajar kita utk jadi lebih kuat.

👉 Kadang watak seseorang tu hilang gitu je dalam hidup kita. Dia datang sekejap tapi tinggalkan kesan yang lama pada kita.

👉 Semoga bertemu sahabat sejati

👉 Penulis Najmi Fetih punya moto "Apa² yang lahir dari hati, akan turut sampaikan hati"

👉 Pesanan aku teruskan menulis dari hati. Mungkin asbab tulisanmu yang putus asa kembali ke jalanNya. Yang rasa dirinya betul sentiasa terhenti lalu muhasabah diri.
2 reviews
May 9, 2023
buku penjara antara buku terbaik yang saya pernah baca dari tarbiah sentap.
dalam buku "nafas istidraj" saya mengharapkan mahdi untuk bersama ridwan satu university.

nidwan, mimpi yang sama setiap malam. mimpi demi mimpi diselesaikan. paling takut nak baca part fatin, kipas jatuh atasnya,korang kene baca untuk tahu apa yang dah jadi dengan dia. ridwan menyesal sbb tak dengar mahdi terangkan apa yang terjadi dalam bilik itu.mahdi kene buang dari matrik sbb ridwan?? siapa lelaki yang selamatkan dan dermakan darah dekat kakak ridwan,sapu tangan siapa dengan kakaknya itu?mmg plot twist yang sangat hebat dan comfirm korang akan menangis. korang rasa sampai sini je ke mimpi ridwan berhenti. di buku "nafas istidraj"korang akan terkejut dan lebih terkejut dengan apa yang akan terjadi dimana adakah persahabatan ridwan , mahdi dan haris hancur sebabkan melissa ??siapa mellisa?? siapa yang terperangkap dan siapa punca semua masaalah ni??

7 reviews1 follower
July 10, 2018
Antara buku paling mengarut aku pernah baca. Memanglah pengajarannya bagus, cuma jalan cerita dia ada scene tak masuk akal. Pastu kata 'Allah Maha Kuasa'. Fine, aku setuju jer, cuma bila buat camtu rasa macam penulis ni nak buat plot twist yang tak logik. Satu lagi benda, ending dia sangat tak sedap dan saya sangat dissapointed dengan ending dia. Kawan aku pun setuju dengan aku, cerita ni ending dia mengarut. Saspens je banyak, last-last sekali takda apa pun.

Saya galakkan anda untuk tidak bazir duit anda beli buku ini.
6 reviews
February 11, 2021
Tak menyesal beli buku ni, and jalan cerita yg memang tak jangka akan berlaku. Bila baca memang menyentap jiwa betul. Puisi puisi dia semua best best.

Ayat yg tak boleh lupa sekali bila najmi fetih tulis dekat penghargaan 'Bilamana kau menulis dari hati, maka ia akan sampai ke hati'

Tersentuh sangat bila baca ayat tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
6 reviews
June 14, 2021
Buku nie mengajar kita apa itu persahabatan yang sebenar.. terbaikkkk👍👍👍
Profile Image for aDaM.
45 reviews
January 8, 2023
Banyak tersentap sepanjang masa membaca buku ini. Bagus sekalinya.
Profile Image for Adrini Chia.
221 reviews
May 6, 2024
i vividly remember ustazah q going "baca novel pulak" when i had this book with me lol, i also tried to redraw the cover of this and ARSHIA WAS HIGH AND KEPT LAUGHING AT MY DRAWING LOL
Profile Image for bunga.
26 reviews2 followers
October 17, 2020
Menceritakan tentang seorang lelaki yg matanya sudah dibutakan oleh dosa-dosa orang sekelilingnya sehingga kan langsung x nmpak dosa sendiri. Ha cntuhhh..
Act, buku pling lama aku nk hbiskan hahaha. Dia mcm tak kena kut dgn taste aku. Pastu aku nmpak org review dia nangis bila baca buku ni, so aku pun try la. Ye la dia nangis kut Hahaha. Tapi, ada mesej yg mmg betul2 aku faham apa yg writer ni nk smpai kan. Dan! Buku ni ada byk terselit puisi. Dan aku suka mostly puisi dia! ❤ Dan juga! Buku ni ada byk juga quotes menarik smpai aku tak tau yg mna fav! Dan! Aku bru thu writer ada tulis penjara 2. Buku ni tak lah tergantung tpi mungkin dia nak buat kesinambungan centuhhh. Recommended klau korng nk pembacaan yg sesantai je.. If korang tgok drama kerana syurga bukan percuma tu haaa adaptasi dri buku writer ni jugak & dia cute hahaha.

Okay maybe ni my fav quotes, common but it's meaningful for me:-
" Orang yg baik itu bukan lah mereka yg kekal baik, tetapi mereka yg sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Kalau kau baik tetapi kau tak berusaha langsung untuk jadi lebih baik, sebenarnya kau tak baik. Kalau kau jahat tetapi kau ada usaha nak jadi baik, engkaulah yg terbaik"
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
November 8, 2016
ms25 dan banjir..power buku ni...
Dalam kehidupan kita kena berani untuk meminta maaf. Kerana sebutir ayat "maaf" mampu mengubah apa yg terjadi selepas itu..Tak susah pon nak ucap "maaf" "miane"and other languange else. Yang susahnye nak rendahkan ego nak cakap tu. T_T
Its seriously a good book. recommended to every muslim teenager hadam buku ni
tahniah bro!

Profile Image for Enna.
9 reviews
June 1, 2024
best walaupun tak logic but it’s still fiction so its good
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.