#DEEP 100 Status Sebelum Mati By Nur El-Hikmah PUBLICATION, . Hasil karangan, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani + Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre . Pernah terfikir, Apa status aku yang terakhir?? Apa gambar terakhir yang aku LIKE?? Apa yang aku lakukan sebelum mati?? . Jika kita ber "facebook", Tulislah STATUS yang membawa nilai kita di sisi-Nya. Jika dibaca oleh rakan dan teman 'fb' kita, ia akan merasakan sesuatu yang BERMANFAAT, dari tulisan yang kita ukirkan itu. Ia bukan RUANGAN LUAHAN PERASAAN sahaja, namun ia lebih kepada RUANGAN DAKWAH, dan IKATAN UKHUWWAH kita semua. Peribadi kita menjadi cerminan di atas tinta-tinta yang tak terlafaz itu. Ukirkan lukisan peribadi yang indah dari tulisan kita ini.. *Ustaz Dasuki* . Anda tidak mesti berkata semua yang anda tahu, tetapi anda mesti tahu semua yang anda katakan. Jadi, JANGAN BERCAKAP semua benda, dan JANGAN BERCAKAP melainkan kita memang BENAR-BENAR TAHU perkara itu. Masalah hari ni, SEMUA NAK MENULIS, di media baru dan sebagainya. Kononnya, KEBEBASAN BERSUARA. Walaupun sebenarnya "PERASAN TAHU" je. Moga Allah jauhkan saya dan anda semua dengan sifat ini. *Ustaz Syed Kadir* . Status-status yang ditulis sangat #Deep, Buat hati rasa SENTAP, Kalau nak tahu, Sila la baca, . Saya doakan, Semoga anda juga turut terasa, . "Tazkirah Hati Agar Tidak Mati" . #DEEP #100StatusSebelumMati #NURELHIKMAHPUBLICATION #BooksReview #ByH2dA2dN2dI