1. Garpu & Camca
by Hlovate
Garpu & Camca, kedai makan yang menyediakan pelbagai menu diusahakan Yani bersama Ijat, manager merangkap kawan baiknya dan pekerja2 yang berdedikasi. Kemunculan Daria aka Husna, yang datang makan kat situ setiap hari, membibitkan rasa yang lain dalam diri Yani.
simple & sweet! saya suka sebab menggabungkan 2 benda kegemaran sya, masakkan dan buku! memang terliur je sepanjang baca! macam2 menu Yani masak, rasa nak google resepi je! belum masuk bab buku2 indonesia & buku2 lama yang terus terasa nak cari kat library je!
seperti biasa, olahan Hlovate walaupun agak details dalam sesetengah (semua pun nak cerita gittw) tapi ayat2 yang simple dan mudah. tak meleret, setiap garapan ada isi ingin diceritakan.
a good start i think!
*rating : 4.8*
2. Tenda Putih Rumah Pengantin
by Imaen
Sejak pertama kali memandang Risya, Ziyad sudah jatuh hati. Bertambah suka apabila mendapat tahu Risya berkerja sama syarikat dengan kawan baiknya, Husni. Namun, Risya menghidap luekimia dan hayatnya tidak panjang, menghalang hubungan mereka. Walaupun Ziyad tak kisah, namun Risya tetap menolak.
Hampir2 tertipu dengan awalan cerpen yang mengatakan takdir sedih telah tertulis untuk Ziyad & Risya! nasib baik happy ending.. fuh! lenggok Imaen bersaja dalam naskhah ini, tidak terlalu berat walaupun temanya agak berat. Namun, ending seperti agak tergesa2 dengan, terutama sekali part bagaimana Risya sembuh.. tapi, asalkan happy ending so tak apa la kot.. ni kan cerpen je.
* rating : 4.5*
3. Menantu Cikgu
Iman Xara
Fahim, si bujang terlajak dalam misi emncari cinta, terjatuh suka dengan Wardah, anak bekas cikgunya. Jalannya nampak dipermudahkan apabila Wardah mula bekerja di syarikatnya.
tak banyak yang boleh di ulas mengenai karya ini, pada saya biasa2 saja. tidak terlalu bosan, santai dan langsung saja kisahnya. its just ok.
*rating : 3.8*
4. Secantik Sakura
by John Norafizan
Kehilangan Sofia membuatkan hidup Aisy menjadi sasar! sehinggakan dia sanggup bercuti, untuk menjejaki Sofia di Tokyo! Namun, bagai si buta tanpa tongkat, Aisy bukan saja tidak bertemu Sofia malah dipukul dan di ragut. Nasib baik dia bertemu keluarga Hanako yang banyak membantunya. Namun, realiti memang tak seindah mimpi.
Ini kisah seorang suami yang terlalu cintakan isterinya, sehingga hilang pedoman. Begitu lemah seorang Aisy, sehingga hidupnya terumbang ambing. agak lelah juga dengan teknik penulis, bayangan dan flash back yang silih berganti, namun usai membaca pengakhirannya, mungkin ada sedikit logik dengan semua bayangan itu. saya suka dengan ending cerita ini, namun permulaan agak lelah juga nak hadam.
* rating : 4.2*
5. Merah Bunga Kertas
by Khairyn Othman
Perkahwinan yang diaturkan keluarga, memang tak menjanjikan bahagia buat Asma dan Hafiz. Lantaran, hati Hafiz telah dimiliki oleh Safia yang cantik, berkerjaya, pandai bergaya dan anak orang ada-ada. Asma pula hanya pemilik kedai jahit, yang pendidikkannya setakat SPM. Salahnya, Safia janda anak tiga lalu tidak digemari mak Hafiz.
perjalanan alam perkahwinan Asma yang tak seperti orang lain, tinggal berasingan dan dilayan acuh tak acuh seperti orang gaji, saya mengharapkan Asma lebih cekal, seperti cekalnya membantu ibunya membesarkan adik-adiknya sejak kematian ayahnya. Olahan penulis menusuk, kadang geram dengan keegoaan Hafiz dan Asma yang cenggeng. Cumanya, karya ini terlihat biasa... santai saja menelusurinya.
* rating : 3.8*
6. Persis Kasih
by ManjLara
Perkahwinan Arista dan Syed Irwan atas dasar kontrak, kerana Doktor Hanafi, ayah Arista yang memaksa. Sedangkan, Arista sudah mempunyai kekasih, Rafali yang tak disukai Dr Hanafi kerana Rafali suami orang tapi Arista tak pernah percaya. Penuh sabar Irwan melayan kerenah Arista yang bebas dan sosial.
kahwin paksa yang biasa dihidangkan dalam novel2 biasa, dipaparkan dalam novellet ini. Geram dengan perwatakkan Arista, yang tak habis2 memberontak, degil dan seperti tidak bersyukur. Tersusun indah olahan penulis, namun naskhah ini gagal memikat hati saya.. mungkin kerana temanya yang sedikit klise...
*rating : 3.5*
7. Sang Pangeran
by Noor Suraya
Zana, pelajar jurusan undang2 yang meminati muzik (biola) hasil asuhan pakciknya, Anjang Zahari. Ayahnya, Dr Azizi nekad menjodohkannya dengan Annas, cucu Tok Hendon saudara jauh ayahnya dari Kedah. Perkahwinan yang di atur keluarga, sedangkan dia masih muda dan baru nak habis belajar! Keras dia membantah, namun tetap jua ayahnya bertegas. Sedangkan, dalam hati nya tertambat pada H, yang tak pernah sedar pun kewujudan Zana (agaknya la)...
Memnelusuri gejolak hati Zana kali ni, sedikit keliru dengan perasaan dan keinginan Zana - antara kehendak sendiri dan orng tuanya. Sejujurnya, sedikit tidak menggemari tindakkan Dr Azizi yang memaksa, dan terasa awal sangat untuk berbicara soal perkahwinan sementelah Zana dalam kemelut menghadapi peperiksaan akhir. Zana sendiri berbolak balik sifatnya, tidak tetap pendiriannya. Memang diakhiri dengan bahagia, namun maaf masih tak dapat menerima perlakuan orang tua Zana dan Annas sendiri yang seperti tiada usaha untuk meluah.
* rating : 4.0*
8. Romantika Fantasia
by Pingu Toha
entah bagaimana, Maya sampai ke tempat itu setelah membaca sebuah buku bertajuk Romantika Fantasia yang dijumpainya di kedai buku. Di sana, dia bertemu Zora Iskandar dan Faizal yang menjadi beruang! benarkah dia yang akan menyelamatkan Maya Pada? benarkah Maya hanya bermimpi atau realiti?
Bak membaca dongeng Sleeping Beauty ataupun Snow White, begitulah perasaan ketika menelusuri novellet kali ini. MAsih berpaksikan cinta, namun diolah dengan sedikit fantasi, bagi saya karya ini dipersembahkan secukup rasa buat tatapan pembaca. Ada cinta yang tertulis untuk semua di ujung cerita.
* rating : 4.2*
9. Homemade Sweet
by Rynsa
Kesukaran mendapatkan pekerjaan yang bersesuai dengan kelulusannya, memaksa Erissa menerima tawaran bekerja di bakeri milik Umi Hana. Di sana, dia berkenalan dengan anak Umi, Hadi. Dan, perlahan2 mematangkan dirinya dalam pelbagai aspek kehidupan.
Saya suka dengan novella ini, terasa santai namun tersulam konflik berat mengenai keluarga Erissa, terutama adik beradiknya yang asyik bergaduh dan hubungannya yang tidak mesra dengan ibu bapanya. Ada potensi dikembangkan, nanum kalau menjadi novel tentu berserabut.. haha.
Dalam masa yang sama, perjalanan hidup Erissa juga menarik, mengambil konsep bersangka baik dengan takdir Tuhan. tak semua yang kita harapkan akan kita dapat, Tuhan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita hendak.
Twist di hujung cerita agak mengejutkan, namun saya suka. Erissa bukan tipikal seperti yang disangkakan!
* rating : 4.3*
10. Alviso
by Syud
Kafe Alviso yang diusahakan oleh Aira dan Julia, menjadi bibit pertemuan orang2 disekelilingnya, yang saling berkaita tanpa disedari. Kembali menautkan kasih yang telah lama terpisah bersama kisah sedih yang cuba ditanggung sendiri.
Wah, sungguh teruja membaca karya Syud ni! bersulamkan menu yang enak2 dan kek cawan yang menyelerakan, memang menjadi favourite saya! akhirnya yang misteri, seakan2 menamatkan antologi ini dengan sedikit tanda tanya buat pembaca.
* rating : 4.8*
overall, bercampur rasa tatkala membaca 10 novellet dalam ni. ada yang memikat di hati, namun ada juga yang terlihat biasa.
apa pun, tahniah untuk semua penulis dan penerbit!