Apabila kejujuran itu menghuru-harakan... Patah bicaranya yang tulus mengundang pelbagai reaksi. Kadangkala boleh membuahkan tawa dan kadangkala akan membuatkan jiwa tersentap. Namun, kepolosan itulah yang membuatkan Zafrin jatuh hati. Bukan sahaja jatuh tapi siap tergolek-golek. Lurusnya Rania bukan sekadar tahap bendul lagi tapi dah macam pembaris besi. Hidup Zafrin sentiasa berwarna pink... Manis dengan gelagat wanita yang mencuri hatinya tanpa dipaksa. Dapatkah Rania yang polos, jujur dan penuh dengan rasa cinta itu menarik insan lain dalam lingkungan rasa kasih sayangnya? Dia Rania... Satu-satunya Sweet Rania!
Rania yang lurus bendul ni berjaya pikat hati Zafrin. Kadang² Zafrin suka mengusik Rania. Rania ni nampak je ceria tapi dia ada kisah silam yang hanya family dan sepupu dia je tahu.
Sweet jugak Rania ni. Sebab tu title buku memang tepat untuk Rania.
Ada few parts part yang mencuit hati bila Zafrin dok skodeng Rania. Konon nak pergi majlis pak saudara. Sekali betul² pak saudara itu datang.
Watak Umar tu F kurang minat.. sangat tak beradab..Telatah Samad pun mencuitkan hati. Pantang berjumpa dengan Rania ada jela bab nak membebal.
Overall okay jalan cerita dia. Rania pun tak give up bila mak sebenar Zafrin tak suka kat dia. Rania layan dengan baik.
mmg sengal + polos si rania ni.....nasib lah zafrin syg....so bersabar je lah dia dgn kerenah si rania....hihihi
sebuah kisah yg santai yg bt kita gelak tergelak....namun ada ketikanya penulis bisa menyentuh hati saya yg bt kan sy sebak tika membaca kisah rania dan zafrin ni.....
Sweet Rania ni citer pasal Rania yang lurus bendol dan polos. Tapi, kelurusan dan kepolosan tu la yang memikat hati Zafrin. Dan, di sebalik keriangan seorang Rania, ada duka yang masih berbekas. Dan, jalan bahagia mereka ternyata tidak mudah apabila Rania dibenci oleh ibu Zafrin. .
Sweet Rania ialah novel pertama Cute Publication dan Azizah Ami yang kubaca. .
And, as per title, novel ni memang sweet pon. Tambah lagi, dengan kelurusan Rania, boleh menghiburkan hati. .
Cuma, i was a bit disappointed with the typo. Contoh: anak gadis jadi anak hadis. Air mata jatuh jadi air mata jauh. Typo ni boleh buat ku termenung, cuba memahami maksud. Hahaha... Hopefully, the typo could be minimized in the future. .
Ini hanyalah sebuah kisah cinta yang santai dan sesuai dibaca untuk menghilangkan stress. .
hahaha gelak aku ngan sengalnya si rania nie.. ada ke dia namakan kucing nita ngan nama zafrain.. dah laa boss dia pun nama zafrain gak.. tensen je zafrain bila rania ngadu yg kucingnya zafrain tu berak merata-rata. hehehe..
suka dengan watak Rania ni....dia ada sejarah hitam bersama bapa kandung yang suka mendera mak,abang dan Rania. Disebabkan kisah kanak-kanak Rania tidak seindah dengan rakan sebayanya, dia menjadi seorang yang pendiam dan murung. Mak dan abang Rania lah yang membantu Rania untuk kembali pulihkan semangat. Bawa kaunseling sehingga Rania yang dewasa menjadi seorang yang periang dan tegas. Cuma yang tak boleh tahan tu. Rania ni lurus sangat. Rakan-rakan office selalu usik Rania. Dan kerana sikap lurus dan jujur ni la Rania telah menawan hati seorang jejaka bernama Zafrin merangkap bos Rania. Punya lah berusaha Zafrin ni menawan hati Rania. Rupanya Zafrin tak bertepuk sebelah tangan. Akhirnya cinta diterima. Cuma bila Zafrin nak masuk meminang Rania, bermulalah masalah dimana ibu kandung Zafrin tak mahu terima Rania sebagai menantu kerana dia ada pilihan sendiri. Nasib baik Zafrin mendapat sokongan padu keluarga susuan Zafrin dan meminang Rania. Zafrin ni dulu dijaga oleh keluarga Pn Fatimah kerana ibu Zafrin tidak mahukan Zafrin. Kerana ada masalah keluarga. Jadi Pn Fatimah yang menjaga Zafrin dan berikan kasih sayang sebagai seorang ibu.
Akhirnya selesai juga majlis perkahwinan Zafrin dan Rania. Tapi kisah mereka belum habis. Sebab misi Rania nak menawan pula hati ibu mertua. Bukan mudah nak melembutkan hati Pn Hanum, macam-macam cara Rania buat sehinggakan mengembalikan trauma kisah silamnya...
Apakah yang berlaku seterusnya...jom dapatkan Cerita Sweet Rania ni yang memang sweet ja .