Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Sebelum N mulakan pembacaan, kebiasaannya N akan tengok dulu rating yang diberikan oleh pembaca-pembaca lain so that I can gauge my expectation. Memandangkan Melur Jelita bukanlah penulis yang asing bagi N, N agak terkejut bila tengok rating Mikayla hanyalah 3.5, which is super low for Melur Jelita.
Ia bukan hanya mengejutkan N, malah menimbulkan teka-teki.
'Apa yang tak kena dengan novel MJ kali ni?'
With that in mind, N mulakan pembacaan. Dan sepanjang pembacaan itu, N masih tak temu jawapan kerana pada N, ia elok-elok saja. Ia berjaya membuat N rasa geram, kesian, sedih dan semestinya lucu.
That is, until the ending.
Baru lar N faham kenapa rata-rata meluahkan rasa kurang suka dengan ending kisah ini.
Yes, I feel you, people!
But for me, it doesn't take away the joy and satisfaction that I felt throughout the reading.
Having said that, we need Mikayla 2.0 kerana kisah Mikayla dan Hardie memerlukan titik nokhtah yang lebih memuaskan.
Plus, Wan Embun harus mendapat balasan yang setimpal.
Banyak yang aku tak puas hati dengan cerita ni. Malas la nak review. Pergilah beli dan baca sendiri. Kehkehkeh.
Kang kok ceghito lobih-lobih kang, ado pulak yang molotup buntot ehh. Haha.
p/s1: Tak puas hati tapi bagi bintang penuh? Sebab tu aku suruh baca sendiri. Heh.
p/s2: Aku tak faham la. Kenapa ada satu bab ni tapi dalam bab tu cuma ada dotdotdot je? Adakah dotdotdot itu juga merupakan isi cerita? Aku rasa la, novel ni mungkin akan lebih nipis jika bab itu dikurangkan. Banyak sangat muka surat yang kosong sebab terlalu banyak sangat pembahagian bab di dalamnya.
#5 Ya, akhirnya naskhah ini berjaya dimiliki. Memang tak sabar ingin membacanya, gara-gara nama penulis yang tertera dan cover yang sangatlah nampak mewah.
Tapi... bila buka halaman pertama. Eh? Tidak mengapa. Teruskan juga di halaman yang lain. Eh? Betul ke ini novel Melur Jelita? Mana tidaknya, hampir separuh buku satu bab satu halaman sahaja. Ah, barangkali ini metode terbaru daripada penulis ini.
Okey, berjumpa perkataan Tamat. Juga timbul eh dalam hati? Godek2 buku sekali lagi takut ada halaman tak tercetak ke? Sah, memang itu perkataan TAMAT. Jadinya, meh review novel Mikayla ini.
Tidak tahu mengapa untuk kisah kali ini, MJ seperti kurang umphh.. berbanding kesemua karyanya yang terdahulu. Kisah Mikayla dan Hardie bagi saya seperti ada yang tidak kena. Tiba-tiba muncul watak Ad. Eh, tiba-tiba watak Ad mati. Banyak juga watak yang dimatikan MJ kali ini.
Antara semua watak yang ada, watak Wan Embun paling terkesan. Tenang, tapi wajah yang tenang jangan disangka tidak busuk hati. Diam-diam dia kikis harta Mikayla. Dah pulak tu ada Jazlan dengan Juriah. Mak dengan anak sama saja jahatnya.
Secara keseluruhannya, novel ini sebenarnya boleh dibikin dengan lebih baik lagi, tapi disebabkan ianya bakal disambung, karya MJ biasanya dwilogi (kecuali ASST), maka diterimalah kekurangan naskhah ini. Barangkali MJ mahu kita kenal-kenal dulu dengan Mikayla dan Hardie...
p/s : Terfikir dengan babak Hardie maraton sampai ke rumah tu. Err... macam pelik pulak.
Speechless.Pastinya to be continue. Harapnya secepatnya yer kak Melur. Sangat sangat meminta. Kesian Mikayla. Kenapalah mereka yang diamanahkan menidakkan haknya.
Terima Kasih kak Melur jelita untuk kemunculan istimewa Sir Hilman Yong & Puteri Zulaikha , Insp. Ebrahim Firman & Iris , Asp Nur Muhammad Irvan & Tun Maryam Keumalahayani. Terubat Rindu Tau
Banyak yang tersurat dan tersirat... TAMAT. pasti ada sambungan... cerita tak habis lagi... baru mukhadimah... kalau sebegini rentaknya berapa jilid baru habis hikayat Mikayla dan Hardie :)
What the fish? Kenapa aku rasa novel ni macam mengarut dan takde hala tuju? Setiap bab kadang rasa macam pelik bila tetiba masuk citer yang entahlah... Agak takde kena mengena dengan jalan cerita dalam novel ni. Tapi aku bersangka baik, mungkin sekadar ingin dijadikan cerita bagi memasukkan unsur-unsur nasihat di situ, atau mungkin juga nak dikaitkan mengenai benda2 yang tengah viral di waktu itu.
Ending dia! Aku cukup tak puas hati dengan ending dia. Apekah? Boleh je terus TAMAT di situ?? WTF? Novel ni memang serious ditulis oleh Melur Jelita atau sekadar suka2? Dan macam mana boleh publish dowh? Haihh~
Maaflah, rasanya ini novel first aku bagi 1 bintang kot. Rasa macam merapu! Give me back my money!!! Huwaaaa~
Mikayla seorang gadis yang sangat naif. Hanya menurut dan patuh pada Wan Embun. Seorg gadis yatim piatu. Hanya berkelulusan SPM tetapi mempunyai bakat designer. Suka sgt dgn watak Mikayla ni walaupun sakit hati sbb dia patuh kata2 Wan Embun. Bila dgn Adrian, Mikayla jadi lain. Xde la lain sgt at least dia ada teman nak berborak.
Hardie? Hmm. Ok. Not bad. Kelakar. Seorg abang yg penyayang. Tapi sakit hati sgt bila dia buat Kayla mcm tu. You give hope and u ruined it. Kelakar ke mainkan perasaan perempuan?
Overall, plot kali ini tak berat sgt cuma a bit dissapointed endingnya begitu. Nak tahu kenapa kecewa? Baca sendiri. Haha. Terselit kisah Ebrahim, Irvan & Hilman juga. So terubat rindu pada mereka. Hihihi. Novel MJ tak pernah tak best. Semuanya best belaka. Utk Mikayla ni, more to kelakar maybe? Hihi. Keep it up MJ. I'm waiting for the next sequel. :D
Hardie melihat kepedihan dalam setiap kuntuman senyuman Jari-jemari yang lincah menabur kelopak bunga. Helaian rambut yang berjuntaian, Lirikan mata yang bening. Ulas-ulas kata dari bibir, Lakonan untuk menutup, Hati yang lara.
Mikayla, Saya minta maaf. Sungguh!
Tamat.
Nama saya Wan Adra Mikayla. Ayah saya Wan Awang. Nama ibu saya, Wan Malini. Saya anak yatim piatu.
Lawak, sedih semuanya secukup rasa. Hero2 MJ dari novel sebelum2 ni pun ada sikit2 terselit sekali. Kering gusi dengan perangai kelakar Hardie, geram dengan Mikayla yang ikut je semua telunjuk Wan Embun.
mmg kalini karya belasahan sgt,paling byk bab,selang satu mukasurat 1 bab,tersgt2 lain dri karya sblm ni...jika ini yg dikatakn oleh kak MJ karya belasahan,yesss 100% btul....apepn crite tergntung,kemungkinan ada smbungan lg kot kisah hardie & mikayla,nk tau sgt kesudahannya,yg psti wan embun tu sorang yg misteri.....
Mikayla ni saya tak begitu teruja mcm novel m. J yg lain. Saya beli di kedai buku ja. Pembacaan awal yg kelakar di antara hardie dan mikayla. Pertengahan buku yg menyentap perasaan masa hardie mempermainkan perasaan mikayla. Slps itu semuanya berubah. Kematian mak yang membuatkan mkayla tinggal dgn wan embung ank-beranak yg kejam. Saya slp baca waktu mlm buat saya susah nak tdr.teringat-ingat kekejaman yg berlaku ke ats mikayla. Mentang-mentanglah mikayla ank yatim piatu sng sungguh wan embun buat mikayla mcm lembu dicucuk hidung. Sgt menyentap peraasaan saya. Dua tiga hari tamat baca kisah mikayla ni pun saya masih teringat-ingat. Kisah yg dkt dgn masyarakat sbnarnya. Ank yatim piatu yg ditindas. Saya tak sabar nak tgk pembalasan miksyla kpd org yg menzaliminya. Wtk mikayla ni mcm maryam yg lembut dan sopan. Sekali mengamuk terduduk semua org. Sbab ketidak puasan hati saya saya bermesej dgn melur jelita. Sungguh ada sambungan. Dah siap sbnarnya. Melur jelita sengaja bahagi dua. Wah... Tak sabar nak tgk pembalasan mikayla.. Hoorat... Tahniah melur jelita dpt hasilkan karya yg hebat ini. Lain org lain citarasa. Citarasa saya serasi dgn mikayla.
Melur Jelita mampu buatkan anda jatuh cinta. Ayat dia, Ya Allah.. Buku ni best, plot cerita best dan tak rugi laa bace. Semua karya Melur Jelita mmg terbaik
Sakit hari dengan Wan Embun, perempuan tua yang tak tahu malu kerana makan harta anak yatim. Mikayla bersungguh sayangkan dia, sanggup buat apa sahaja asalkan maknye gembira tapi Wan Embun ibarat ular yang menyusur tak berbunyi mencari si mangsa, sekali patuk terus mati. Senyuman dibibir sangat beracun.
Paling sedih bagi saya la masa part Hardie berlari tanpa arah tuju tapi akhirnya pulang ke pangkuan orang paling dicintainya. Betapa besar rasa bersalah Hardie pada Mikayla. Dan juga, part Mak Yang dengan Pak Yang tu...kuang asam betul Wan Embun pergi halau Pak Yang...geram giler..rasa nak pergi lempang teranjang je si Embun tu.
Paling seronok bila Hardie bercakap loghat n.sembilan dengan keluarga dia. Comei je..hehhe Semua lauk pauk yang mak Hardie buat perghhhh terliur pulak masa baca tu🤤
Takmau cakap pasal Mikayla sebab Mikayla tu lurus betul😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pertama agak kecewa dlm bab awal2 kerana bosan dan terlalu draggy.. "kenapa melur jelita tulis mcm ni"- saya "Buku kali ni sangat lain dari buku sebelum ini"-saya "Pendeknya chapter"-saya "Kenapa ada lukisan ni"-saya
Tapi saya tetap boleh lihat 'trademark' MJ..buku pertama semestinya hanya pengenalan.tapi untuk hal ini belum sempat buku kedua ditulis beliau meninggalkan kita semua (Alfatihah) kini idea sebenar untuk mikayla 2 menjadi misteri dan rahsia. Pengakhiran mikayla tergantung! banyak persoalan yg bermain di minda.
Apabila semua watak MJ muncul saya agak terkejut dan sedih seolah olah beliau sudah tahu mikayla bakal menjadi karya terakhir beliau.
Watak2 yg dicipta MJ semestinya tidak pernah dibuat oleh penulis lain. Watak embun yang bodoh!maaf saya geram. Saya harap mikayla 2 yg ditulis oleh anak beliau dapat menjawab segala pertanyaan saya. ASSALAMUALAIKUM
Ulang baca novel tulisan penulis kegemaranku, Melur Jelita.
Untuk novel kali ni wataknya berlatar belakang anggota polis. Tapi watak heroin tu sedih sikit la. Kematian ibu bapa, dipergunakan oleh makcik yang pandai memanipulasi dan sepupu2 yang berpenyakit mental kesan penderaan oleh si bapa dari kecik, kematian suami dihari pernikahan, kehilangan makbapak angkat secara tiba-tiba. Dan ending novel ni agak tergantung dan kurang padu pada pandangan aku. Lain dari karya-karya penulis sebelum ini.
Yang menariknya, latar tempat novel ini ialah sekitar jb-danga bay, stulang, IPD jb, majidee. Quite familiar la tempat yang disebut -sebut.. Selain tu, penulis jugak menggunakan dialek nismilan - aku bace sambil terbayang acik2, cikgu2, junior2 sembang kek jompo duluuuu 😅😅😅😅 Rindu ♥️
MIkayla membawa kisah tentang nasib anak yatim piatu yang dianiaya oleh ibu saudara sendiri. Hartanya digunakan untuk kepentingan peribadi dan kesenangan orang lain yang mana Mikayla anggap seperti ibu kandung sendiri. Walaupun kisah dalam novel, tetapi realitinya memang ada kisah seperti ini dikalangan masyarakat kita. Ia membuka mata kita betapa teruknya kesan mengambil/mencuriharta anak yatim.
Oh yaa..if yang nak dapatkan sambungan mikayla boleh klik link ni https://shopee.com.my/MIKAYLA-2-BY-ME... . Novel mikayla 2 adalah sentuhan terakhir dari almarhum Melur jelita dan disambung oleh anak beliau Tiffirah.
Mikayla , buah tangan terbaru dari Melur Jelita. Karya yang berbeza dari sebelum ini seperti I love you stupid ..tetapi Polis memang tidak ketinggalan dalam karya Melur Jelita. Kisah si anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudara namun tidak mengetahui ibu saudaranya amat kejam. Kehilangan suami pada usia perkahwinan yang amat muda, Walaubagaimanapun pada pandangan saya novel ini bagaikan terlalu ringkas sehingga terdapat satu bab yang tiada bertulis apa pun. Mungkin Melur Jelita ada buat sambungan yang lain. Hanya sekadar pandangan dari seorang pembaca,
Tak mampu bagi banyak ⭐ ...kecewa baca buku ni. Menyesal pun ada. Dah lar 1 bab 1 page. Biar betoiiii??? Cerita pun slow. Mikayla tu macam cinderella zaman moden. Macam bengap pun ada, bleh mak saudara dia kata dan buat macam², tapi dia "ya mak" je. Mak kata...mak kata..mak kata...geram plak tengok mak sedara dia tu buli anak yatim piatu ni sebab dia kan berharta. Pastu tengah dok rancak baca, tengah sedap dah, tiba² tamat! Apakah???? 😤 patut tunggu buku ke 2, pastu baca 1 kali harung ja. Sis menyesal.
dengar banyak review tentang buku ini so macam teruja nak baca. memang best ceritanya pada awalnya. Ada cross over antara watak dalam 'Awak Suka Saya Tak' (Hilman & Intan) dan 'The One' (Irvan & Maryam). Kisah hidup mikayla pun menarik. tetapi ending macam tergantung. nak tahu juga kesudahan antara Hardie dan Mikayla. nak tahu juga apa motif Wan Embun, Jazlan dan Juriah. tak best jadiya pasal cerita tergantung. harap2 Melur Jelita dapat buat sambungan cerita ini. penasaran dibuatnya.
I DNF this book sebab I rasa cerita ni macam ada yang tak kena. Tapi I faham mungkin arwah masa menulis cerita ni dah tak berapa sihat. Rasa sedih sangat sebab we'll no longer get to put our hands on her masterpiece anymore. Semoga arwah Kak Melur Jelita ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, amin.
One word...Tak Puas Hopely Sis Melur Jelita x cuti lama sangat tuk Mikayla 2...dan hope memang ada sambungannya...hehehe...rindu Sir Hilman Rindu Zulaikha Rindu Tuan Ebrahim Rindu Iris Rindu Tuan Irvan Rindu jugak Maryam dan yg pasti akan lebih rindu HardiE dan Mikayla....
masih mengekalkan institusi polis dalam novel sama seperti 4 novel sblm ni. menantikan sambungan Mikayla 2 yg khabarnya akan keluar pada Pesta Buku Antarabangsa 2017 ni. kehadapan Puan Melur Jelita, saya menanti sambungan Mikayla. terima kasih
Saya. Memang suka tulisan MJ tapi tidak pada Mikayla ni. Dah bertahun saya beli sampai sekarang saya tak blh habiskan novelnya. Padahal novelnya nipis berbanding novel yg lepas². Saya rasa MJ hilang arah. Entah laaa. Rasa tak best. Sory sangat ...