Auni Soraya dan Ahmad Fahim, dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Namun, kedua- duanya reda menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Auni Soraya, seorang yang nakal dan kelam-kabut, manakala Ahmad Fahim pula seorang yang tenang dan matang.
Mereka tidak pernah bertentang mata sepanjang pertunangan dek tuntutan tugas, namun hati mereka disatukan lewat panggilan telefon dan pesanan ringkas.
“Jangan awak tertinggal hati awak merata-rata sudahlah, payah saya nak cari nanti.” - Fahim
“Hati saya aje? Hati awak?” - Auni
“Hati saya dah lama saya tinggalkan pada awak. Sejak hari pertama awak menjadi tunang saya. Nanti saya balik, saya nak minta hati saya semula dan saya nak juga hati awak tu untuk saya simpan baik-baik sampai awak pun takkan jumpa.” - Fahim
Orang kata, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan pasangan ini. Sedang mereka asyik melayari manisnya alam perkahwinan, datang pula badai yang melanda perhubungan mereka suami isteri.
Kemunculan Ezlynn yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sahabat lama Fahim, akhirnya menjadi kaca yang menikam hati Auni sehingga berkecai.
“I datang nak minta tolong daripada you, Auni.” - Ezlynn
“Minta tolong daripada I?” - Auni
“I tak minta banyak, Auni. I bukannya minta you bercerai dengan Fahim. I cuma mahu minta sedikit ruang dalam hati dan hidup Fahim untuk I. I dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Sejak kecil, hanya dia yang ada dalam hati I. Dah lebih 20 tahun I cintakan dia. I cuma dapat bayangkan dia yang menjadi suami I, bukan orang lain.” – Ezlynn
Mampukah Auni terus bertahan jika Ezlynn berterusan mendesak? Dan siapakah yang menjadi pilihan Fahim? Sahabat yang sudah dikenali sejak berpuluh tahun yang lalu atau si isteri yang dicintainya?
4* kerana kesederhanaan bercerita dalam novel ini. Cerita yg okay bagi saya. Tak sarat dengan heavy plot. A simple book indeed. Mood melayang pun tetap teruskan pembacaan. I simply cant live without books..nak tidur pun peluk buku..hahaha..chronic betul..
Saya suka cara Auni tegaskan pendapatnya bila melihat kemesraan Fahim dan Ezlynn. Dan saya juga suka bila diterbalikkan soalan itu pada Fahim. Kawan baik dari kecil bercinta ke tidak perlu ada batasan bukan dibiarkan saja just because the other party tak makan saman. Bila terkena batang hidung sendiri angkara fitnah cepat pula Fahim melatah. Bila si isteri tinggalkan dia tanpa pesan untuk menghadiri kursus di Penang, menggelabah sekejap sebab ingat si isteri telah melarikan diri. Dan bertambah cemburu bila sedar isterinya juga ada yg sdg ushar.
All in all, walaupun ada sedikit bengang dgn Fahim bila dia memulaukan si isteri tapi saya juga suka cara mereka mengambil pendekatan selepas itu seperti berbincang bagi merungkai fitnah yg telah disebarkan oleh seorang yg dengki dan berhadapan dengan mereka. Sweet couple.
Ramainya peminat Auni ni. Ke mana saja dia pergi mesti ada yang tersangkut. Cantik sangat kot. Kalau tidak takkanlah engineer kacak dan kaya macam Fahim boleh jatuh cinta. Sebab rasanya karektor Auni ni biasa2 saja. Tak adalah nakal atau kelam-kabut sangat pun. Kuat termenung dan cepat berfikir yang bukan2 adalah. Karektor Fahim pula macam tak konsisten. Masa bertunang dia sudah cakap awal2 yang komunikasi itu penting dan dia tidak mahu ada sebarang rahsia di antara mereka kelak. Tapi selepas kahwin?
Kisah cinta mereka ni memang mudah sangat. Simple. Tak banyak drama. Sungguhpun mereka dijodohkan oleh keluarga, mereka masih dapat saling menerima. Tapi ada jugalah perasaan best semasa membaca terutama part push and pull di antara Auni dan Fahim tu. Bukan saja Auni yang marah dengan Fahim, saya pun ikut marah sekali. Cara Fahim handle BFF dia tu memang melampau la. Rasa macam mahu bersorak saja bila Auni pergi berkrusus secara senyap2. Baru padan muka Fahim tu. Sudah terhantuk baru tergadah. Bila Fahim datang memujuk, marah saya belum hilang, ego saya belum turun lagi, tapi hati Auni pula sudah cair. Hesy. Tak apalah.
Secara keseluruhan, saya suka dengan buku ini. Cuma, kadang2 saya macam dibayangi dengan karya2 Airisz. Dari segi gaya penulisan mungkin. Tak tahulah. Mungkin sebab buku yang saya baca sebelum ini adalah buku2 Airisz kan.
First title from Rissa Ahdiya yg aku baca. Not bad. Yg ni light read. No heavy conflict. No suspend yg macam naik roller coaster. Really suitable for those yg suka baca something light.
And thru the title pun dah boleh tau sebenarnya sape yg bertahta di hati hero.
Sesuai lah kalau buat selit lepas baru habiskan novel heavy read and full of conflict then switch for this. Boleh chill, relax kan minda dan hati 😂
Okay, next! Dah boleh start cari novel RA yg lain 😁
Cover: Simple. But I like simple. Zaman nak bubuh semua dalam satu mukasurat itu sudah berlalu. Cuma apa kaitan dua cawan (kopi?) panas siap ada asapnya sekali? Dan ada pula ladybird kat situ. Motif?
Title: Not sure how to pronounce it. Samada tajuk itu satu soalan atau ayat penyata. Dia suka aku? Dia suka aku! Dia suka aku. Tapi pada agakan yuni, mula2 ianya adalah ayat soalan. Sepertinya Auni tertanya pada mula bertunang dan awal perkahwinan, sekiranya Fahim suka dia ke? Like, gila apa engineer kacak dan kaya minat kat dia yang biasa2 aje. Then towards the end, Auni macam dah yakin yang Fahim suka/cinta dia, dan dia pun mempunyai perasaan yang sama. That's why dia berani untuk kata tidak kepada Datin Faridah. Like, gila apa? XD
Auni: Duduk kat Mersing kan? Besar sangat ke bandar Mersing tu sampai penat layan mak dia cari barang kahwin? Unless, diaorg pergi sampai ke Kota Tinggi or Johor Bahru. Jalan cerita dia nampak seperti dipermudahkan betul. Habis study je tunang. Tolong mak untuk persiapan kahwin. Dapat posting di KL. Kahwin. Pregnant. Dapat cuti setahun tanpa gaji. Okay, reason dia agak kuat untuk dapat cuti setahun itu walaupun baru setahun kerja. Cuma bila semuanya macam dipermudahkan, nampak macam tak real pun ada. Tapi kalau nak real sangat, mana ada dalam novel kan, yuni?
Fahim: I just don't understand this guy. You know Ezlyn's feeling but then...still dibiarkan. Kalau iye pun, dia tu anak kawan karib ayah sendiri, sanggup dibiarkan isteri bersangka buruk? Mula2 lagi, Encik Fahim sudah beritahu, dalam satu hubungan, komunikasi itu penting. Cakap terus terang. Jangan beri hidden meaning semua itu. Tapi dia juga yang buat kesimpulan tanpa mendengar penjelasan dari Auni ataupun Fikri. Dah terjadi, baru tahu nak menyesal. Padan muka!
Cakap tentang Fikri, boleh tak saya sebagai peng-review pertama untuk novel sulung Cik Penulis di GR ni, nak buat request. Kononnya, ala2 request lagu dalam radio gitu. Kena buat hashtag tak? Oklah... saya nak request kalau2 cik penulis ada nak buat second novel. Who knows, right? Me demand #Fikri story after this. Pretty please *winks* LOL Nak tahu juga cerita anak kedua yang kasanova kononnya.
AUNI SORAYA, AHMAD FAHIM, HISHAM, EZLYNN, WAIDA, FIKRI, IZZATI, TASNIM, EN RASHID, PN HAMIMAH, HJ TAJUDDIN, HJH SALMIAH, KAK SARIMAH, JUNAIDA, HAIKAL, AZRINA, IMRAN, NORASYIKIN, DATIN NINA, EN KAMAL , EN HAMID
Auni Soraya setelah tamat pengajian sementara menunggu panggilan posting sebagai guru, dia dilamar oleh abang angkat abahnya, En Tajuddin. Pada masa yang sama, Auni telah pun mempunyai kekasih pilihan hati, Hisham. Perkenalan mereka sudah lama. Namun, Auni lebih mementingkan perasaa ibu dan abahnya. Maka dia terima lamaran tersebut walaupun dia tidak kenal bakal suaminya.
Ahmad Fahim, bekerja di syarikat oil dan gas berumur 32 tahun. Kesibukannya tidak menyempatkan diri mengenali mana² wanita untuk dijadikan calon isteri. Maka, uminya Hjh Salmiah bersama suaminya, memilihkan calon. Setelah beberapa calon yang diutarakan, akhirnya terbuka dia menerima Auni. Alasan sebab nama itu unik dan setelah beristikharar sebanyak 3 kali, hatinya tenang dengan pilihan tersebut. Setelah kedua-duanya setuju maka mereka pun bertunang.
Auni mendapat panggilan posting ke sekolah yang terletak di Kuala Lumpur. Ada guru lelaki yang cuba memikat Auni tanpa Auni sedari. Cikgu Haikal. Cikgu Sarimah menjadi telangkai. 3 minggu sebelum Auni dan Fahim bernikah, mereka berjumpa buat kali pertama. Terpegun Auni. Fahim pakej lengkap seorang lelaki. Tinggi, berbadan tegap, putih melepak, kerjaya mantap. Majlis kahwin mereka berlangsung sebanyak 3 kali. Di rumah Auni, Fahim dan di hotel. Usia perkahwinan mereka yang masih muda diuji dengan fitnah yang ditabur oleh Ezlynn. Kenalan lama Fahim, keluarga Fahim dan Ezlynn berjiran hampir 20 tahun lebih ketika di United Kingdom.
Ezlynn punya perasaan pada Fahim. Ezlynn sanggup memfitnah bahawa Auni ada skandal dengan adik Fahim, Fikri. Ezlynn sanggup merayu pada Auni untuk menjadikan dia isteri kedua Fahim. Buntu Auni dan akhirnya Fahim bertindak untuk berbincang dengan uncle Hassan, papa Ezlynn. Obses Ezlynn terhadap Fahim telah menyebabkan Ezlynn bertindak di luar kewarasannya. Akhirnya, dia dirujuk kepada psikiatri.
Siapa je yang suka bila tiba-tiba ade perempuan menggedik dengan suami kita kan? Berkawan tak salah tapi please jaga gap and don't ever cross the limit! Or people will call you sundal... I'm sorry tapi geram sangat dengan Ezlynn tu...
Fahim tu dahla sweet dengan Auni... Tiba-tiba Ezlynn tu datang mengganggu gugat ketenteraman rumah tangga diorang... Dosa tau kacau rumah tangga orang!
utk novel pertama, cara penceritaannya boleh dipuji. takde konflik melampau2 dan berat. jalan cerita lancar je. suka cara Fahim melayan dan bercinta dgn Auni. terbuai2 rasanya.
good job writer. hopefully we can have better novel next.