Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Sederhana dan Encik Segak

Rate this book
AKU? Anak yatim piatu. Kerja biasa saja pun. Kadang-kadang aku jadi tukang kebun, kadang-kadang aku kerja kemas bilik di homestay, kadang-kadang aku kerja hantar bunga. Suka hati akulah nak kerja apa. Janji, aku gembira.

Aku jumpa seorang jejaka ni. Bajet kacaklah. Mula-mula jumpa, dia serupa terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok perempuan. Tak tahulah muka aku macam Angelina Jolie atau muka isteri Shrek. Tapi aku target macam isteri Shrek.

Lepas tu mulalah dia cari pasal. Paling teruk, dia tuduh aku curi kemeja dia yang taraf buat kain buruk. Siap nak saman aku sehinggakan aku buat-buat balik negeri, Sierra Leone.

Rupa-rupanya, dia nak berkenalan dengan aku saja. Hampeh betul!

“Saya tanya, siapa nama awak?”

“Rissa…”

“Nama penuhlah!”

Eh, tak puas hati pula dia.

“Saadiah Za'azie Rissa.”

“Siapa?”

Aku dah agak. Siapa pun yang tanya nama aku, mesti tanya balik semula walau aku jawab dengan jelas.

“Saadiah Za'azie Rissa.”

“Apa pasal panjang sangat nama awak? Ayah awak memang nak dera bakal menantu dia ke?”

Saat dia bawa aku bertemu keluarganya, aku dah mula risau. Boleh ke keluarga dia terima aku? Kami bukankah dari darjat yang berbeza?

Dan inilah kisah kami berdua. Aku, cik yang serba serbi sederhana dan dia, encik segak yang sentiasa kelihatan sempurna.

474 pages, Paperback

First published January 1, 2016

12 people are currently reading
165 people want to read

About the author

Airisz

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (22%)
4 stars
67 (41%)
3 stars
36 (22%)
2 stars
20 (12%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,013 reviews376 followers
February 16, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Adakah Airisz dan Nueen orang yang sama? Sejak N baca Cik Calla Lily Dan Encik Bos, N dapat rasakan jalan cerita dan watak-watak mempunyai banyak persamaan dengan watak-watak dalam novel Nueen. Gaya pengolahan cerita juga sama...

Cik Sederhana dan Encik Segak adalah sebuah kisah yang ringkas dan santai. Sama seperti Cik Calla Lily dan Encik Bos, konflik yang ada tidaklah terlalu berat. Fokus cerita ini lebih kepada hubungan Rissa dan Ziyad which I like.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 4, 2016
3.7*
Nampak nama je, grab. Sipnosis and jalan cerita belakang kira.

Seperti biasa, penulisan dari Airisz sentiasa santai dgn conflict yg ringan. Masih berpaksikan watak lelaki kaya dan matang bersama seorang perempuan yg sederhana kehidupannya. Rasanya, rata2 yg follow author dah tahu jalan cerita bagaimana.

Kisah 2 watak utama yg tak dijangka rupanya ada kaitan dengan masa lalu. Sejujurnya, cerita ni bagus cuma Rissa's attitude buat mood nak enjoy karya kali ni plummet sikitlah. Yg lain, saya suka pabila author bawa kita kembali ke Cameron Highland, kebun bunga, Kak Yan dan Olin..Olin and Hawa penasihat Rissa yg utterly awesome. Rindu pula dengan watak Intan.

Mmm..author bila nak kahwinkan si Olin ni. Suka dgn sikap Olin yg manja dan matang. Saya dah type panjang then realized TMI..removed baliklah. Wish, I have the skills to write without giving much spoiler. Peace.
Profile Image for Pips.
218 reviews30 followers
February 10, 2017
Kenapa saya rasa macam tak berapa suka novel ni ye?

Tak tahu nak komen macam mana.

Pertama, rasa macam tengah baca buku teks. Sesuai ke cakap macam ni ye?

Kedua, banyak sangat ayat-ayat kurang manis dibaca.
Kasar, tak sesuai, banyak letak perkataan 'bodoh.'

Ketiga, rasa macam banyak benda yang tak kena dengan watak-watak dalam ni. Baik si mama, Ziyad pun ya jugak. Ada kurangnya.

Keempat, ending tergesa-gesa.

Kelima, maaf ya ini pendapat peribadi saya. Saya tiada masalah dengan novel lain Cik dan Encik dari penulis. Mungkin ini sahaja yang tidak memenuhi citarasa saya. Maaf.




This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mslvoe.
1,965 reviews188 followers
March 2, 2022
First time F kurang minat dengan karya ini.

Dengan Ziyad yang kadangkala kurang ajar.. ntahlah cam rimas baca.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 1, 2020
seperti karya yang sebelum ini, puan penulis airisz amat menitik beratkan kisah kekeluargaan. Walau pada zahirnya bila baca macam tak de apa kecuali kisah cinta tapi kalau diamati kisah yang diolah sebenar begitu dekat dengan kita pembaca semua..

seperti dalam kisah ini cik sederhana, rissa dan encik segak, ziyad, dua manusia yang hidup berlainan taraf dan berlainan kisah disatukan dengan cukup cantik. Pertemuan yang tak disengajakan diperhentian bas dan seterusnya di homestay cameron highlands menjadi titik tolak perhubungan mereka. Rissa anak yatim piatu yang sederhana hidupnya dan tidak disukai oleh makciknya lebih senang hidup sendiri dirumah pusaka arwah ayahnya. Bekerja di homestay, diladang bunga buat dia rasa tenang. Tapi kemunculan ziyad buat hidupnya bertukar menjadi huru hara. Dengan sikap ziyad yang amat tegas dan pentingkan diri sendiri buat rissa adakala hilang nafas hendak melayan. Macam tu rupanya nak tarik perhatian anak dara ya ziyad?.. Haha!! Lawak gak baca macam-macam kerenah ziyad dan mulut menjawab si rissa.. Ada saja yang mereka tekakkan. Tapi, sebenar ziyad menaruh hati dengan rissa.. Rissa pula??

seperti biasa, pergolakan untuk mewarna warnikan emosi pembaca. Yani, sepupu rissa yang senteng perangainya, makngah rissa mak si yani lebih kurang sama perangai anak beranak. Balqis, sofea batu api dalam keluarga ziyad. Azrai yang sering dicemburukan ziyad walhal dah berkahwin anak 3.. Mama ziyad yang penuh emosi bila berjumpa dengan rissa.. Ehh... Banyak lagi rupanya.. Cumanya, perkenalan ziyad dan rissa menemukan mereka pada sejarah lama yang tersimpan.. Kenapa ziyad begitu membenci mamanya walhal mamanya cukup baik dan amat sayang pada rissa.. Kasih ibu membawa ke syurga.. Sejahat dan seteruk mana pun ibu, dialah yang membawa kita mengenal kehidupan di muka bumi ini. Sejauh mana pun sayang kita pada pasangan selagi boleh janganlah lupakan kasih ibu.. Sayang mana pun kita dengan pasangan, simpan sedikit untuk diri kita sendiri.. Jujur, percaya dan berterus terang kunci utama kebahagiaan rumahtangga.. Ok? Tahniah puan penulis.. Harap siri Cik dan Encik diteruskan lagi...
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
November 5, 2017
Best. Tapi Cik Ta dan Fahrain lagi best. Sebabnya saya kurang berkenan dengan watak Rissa yang kali-kali cakap pasal nasib dia sebagai anak yatim piatu. Lepas tu sikit-sikit minta putus dengan Ziyad. Boring. Ziyad pula cepat sangat meradang. Marah perang mulut boleh lagi saya terima tapi kalau tangan ikut naik sama, sorrylah. Itu tak segak. Tahulah dia ada masalah keluarga tapi still alasan itu tak cukup.

Pun begitu, saya suka dengan gaya penulisan penulis. Isinya simple tapi padat. Padanlah buku pun nipis saja. Nampak gayanya, lepas ni kenalah cari buku dia yang lagi tiga tu pula.
Profile Image for Yuni.
257 reviews80 followers
December 31, 2017
1. Pemilihan bahasa

Rasanya adalah lebih baik sekiranya dibuat note awal2 - mengatakan dalam buku ini, penggunaan bahasa yang agak kasar. Yuni belek2 takde pun dibuat amaran. "Bodoh" tu dah macam zikir. Walaupun dia adalah adik kamu, Ziyad, tapi perlu ke pukul kepala? Ini ke yang cik penulis nak tunjukkan sebagai seorang yang SEGAK?

2. Biadap

Di mana tanggungjawab penerbit umumnya, dan cik penulis khususnya untuk mengurangkan kadar kurang ajar (ada ke benda ini?) budak2 kepada orang lebih tua? I don't care perempuan itu dituduh perampas dan penyebab parent Ziyad berpecah-belah. Tetapi dia adalah orang tua. Di manakah SEGAKnya bila berkurang ajar dengan mak tiri sendiri? Dan selepas tahu mak tiri adalah ibu kandung Rissa, he still did it. Yuni tak boleh hadam.

3. Hidup/Mati

Senangnya announce ibu kandung Rissa sudah meninggal. Bercerai itu adalah masalah ibu bapa. Kenapa diheret anak2 dalam ini cerita? Walau apa pun, Rissa masih ada ibu yang hidup. Ibunya yang mengandung dan melahirkan. Yuni tertanya, sepanjang 23 tahun Rissa hidup, takde ke perlu menggunakan sijil kematian ibunya untuk urusan rasmi? Tak tertanya ke di mana kubur ibunya? Tak tertanya ke di mana keluarga belah ibunya? Tak tertanya ke dokumen2 yang boleh membuktikan ibunya sudah meninggal? Bagi Yuni, adalah lebih baik sekiranya ayah Rissa memberitahu kisah sebenar. For me, kebenaran di mana ibu sendiri menolak anak adalah lebih baik dari disumbatkan cerita kematian ibu sejak lahir.

Oh ye, keluarga Rissa pun tak kan tak tahu. Impossible nenek or Pak Ngah or Mak Lang or Mak Long tak tahu samada ibu Rissa hidup atau mati.

Cik penulis, nak buat cerita itu boleh. Tapi janganlah sampai tak masuk akal dan memperbodohkan pembaca!

4. Santai

Yes, I admit it. Ceritanya memang santai. No conflict yang complex. No watak jahat melampaui akal. No kaya-raya yang seperti raja dunia.

TETAPI disebabkan perkara 1-3 di atas, sorry lah cik penulis. I can't. This is just not my cup of Longjing.
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
January 10, 2017
Seperti biasa, heroin Airisz ... berjiwa kental, bermulut lantang, tak mudah dibuli.

Santai & spontan.
242 reviews12 followers
March 7, 2017
santai baca kisah rissa Dan ziyad. yg saya tak puas hati ending hbs mcm tu ja. tiba-tiba hbs... keseluruhan cerita o.k
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews28 followers
December 31, 2017
Trying to catch up 2017 challenge... tak leh review banyak.

First time kurang bintang bagi ke Airisz... Its like rereading Cik Bunga... Sorry Airisz... I still all ur other books tho...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
February 7, 2017
Cerita yang santai. Heroinnya adalah Saadiah Za'azie Rissa. Seorang gadis sederhana yang berkerja di homestay dan kebun calla lily. Heronya pula Ziyad Shaari. Seorang yang segak, tegas, baran tapi penyayang. Mereka bertemu, mula mengenali diri masing-masing lalu terus bernikah. Jalan cerita sama. Tetapi kejutannya adalah mama tiri Encik Ziyad.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews63 followers
January 5, 2018
CIK SEDERHANA ENCIK SEGAK
by Airisz

Rissa, anak yatim piatu yang hanya bekerja di homestay dan kebun bunga Kak Yan. Namun, figura itulah yang menarik minat Ziyaz tuk mendekati Rissa, sejak Rissa membantunya ketika dompetnya hilang.

Rasanya, semua dah tau trademark Airisz macam mane, heroin jenis selamber, keje biase2 n biase saje penampilan nya tapi dikejar hero yang lengkap segalanya. And, ada je pedengki - kali ini yani dan mak ngah Rissa, kak ema yang kerja sekali dekat homestay n balqis adik Ziyad dan Alaina, sepupu Ziyad.

tapi tak banyak pun part dengki mendengki ni, ade pun banyak tak berjaya, separuh buku pasal nak tawan hati Rissa ni. Yelah, die asyik pesimis je n cakap tak layak tuk Ziyad.

Bacaan santai je, ade la bebrapa cameo dari buku sebelum ni macam cik bunga n cik blur tu. tapi ntah kenapa bile baca olahan macam dejavu.. macam pernah baca dalam buku sebelum ni je... ade gak review kata cam nueen, pun ye jugak. dialog heroin, cara pikat lebih kurang je cam cik calla lily n semua tu..

n, agak kurang ajar balqis dan ziyad dengan mama, walaupun mak tiri je. mungkin sebab dendam lama, tapi bile asyik tengking menengking stress jugak baca. ziyad nak menengking, balqis pun same, pastu kena tampar lak tu.. ngan ziyad n kamarul.. tu pun tak serik lagi.. buruk laku sungguh. cam biadap sangat diorg dua beradik tu.

yang lain, ok...memang laju je baca, suka gak dengan olahan penulis.

*rating : 3.5*
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
285 reviews15 followers
May 12, 2025
aku rindu nak baca novel airisz, buku ni pun dh agak lama aku beli tapi tak pernah baca

Masih mengekalkan trademark santai which aku suka tp tbh aku bagi rating sebegini sebab watak hero dgn heroin

Ziyad ni sangat red flag, sangat kasar dan baran dia ya tuhan... tang mana segaknya, angin kus kus satu badan, Rissa pulak jenis hot cold gitu.. ending pun agak abrupt
Profile Image for Nur.
31 reviews8 followers
July 10, 2020
Not my kind of novel.At first excited sbb Airisz yang tulis and i really like novel cik isteri encik suami but this novel plot cerita yang agak mendatar.I also dont like hero and heroin punya personality
Profile Image for Qayiem Razali.
885 reviews85 followers
February 15, 2017
#23
1. CSES bagi saya merupakan naskhah ringan tanpa banyak dugaan berat untuk heroin. Tapi.. rasa macam berat jugak.

2. Suka dengan heroin sebab tak terlalu cengeng. Kurang suka watak hero sebab baran sangat. And, sebab perangai dia layan keluarga sendiri. Watak-watak lain ditulis dengan baik.

3. Perjalanan cerita untuk novel ini saya kira agak macam tergesa sedikit. Kalau penulis boleh panjangkan sikit lagi kisah mama dengan Rissa dan Ziyad saya kira lebih menarik.

Apa-apa pun naskhah ini sebuah naskhah ringan dengan unsur kekeluargaan yang tinggi disamping penulis berjaya mencuit hati saya dengan sifat Rissa.
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
January 1, 2017
suka baca novel dari penulis ini.. konflik yg ringan.. ada citer ttg kekeluargaan..
Profile Image for Xin Ya Jian.
400 reviews36 followers
April 27, 2023
Perjalanan cerita kurang menarik. Maybe sebab dah byk baca cerita2 Airisz yg sbelum2 ni. Klu buat comparison, yg ni mmg kurang menarik sikit. But, anyway, I still enjoy Airisz writing style
Profile Image for Diniy Qistina.
113 reviews5 followers
June 27, 2024
Akhirnya habis juga baca novel ini. Dengan ini, saya telah khatam semua novel penulis Airisz! 🥳

Novel ini berkisarkan Rissa yang bekerja di kebun bunga dan Ziyad sebagai Encik Segak.

Sejujurnya tak nampak kat mana segaknya si Ziyad ni selain dia yang agak biadap dan kurang ajar terutamanya dekat emaknya. Okaylah, faham tentang masalah dia dan emaknya tu. Tapi still rasa dia agak berlebihan. Mak dia tu elok je lemah lembut cakap dia. Layan pun elok-elok. Dia pulak yang macam over. 🙃
Pastu Ziyad ni selain dari suka tinggikan suara, dia juga mudah angkat tangan even dengan perempuan. Ya, perempuan tu mulut macam puaka tapi... Haish... Susah nak cakap. Setiap kali Ziyad buka mulut, mesti menyirap je aku rasa. 🤧

Jalan cerita kehidupan Rissa pulak dah macam Intan Asnidar, watak heroin dalam novel Cik Bunga dan Encik Sombong. Anak yatim piatu, tinggal dengan mak pak saudara, mulut mak sedara & sepupu macam puaka, kerja kedai bunga dan lain-lain. 😅

Overall, rasanya si Ziyad ni hero Airisz yang paling red flag. Cerita ni macam banyak konflik. Tak ada scene pun berjaya buat aku senyum apatah lagi gelak. Tak ada santai. 🥲
Pastu ending dia pun macam rushing. Bab terakhir baru nak selesaikan konflik terakhir. Dia cam... Lah gitu je masalah besar tu diselesaikan? 😨
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
May 19, 2017
Ambil masa sehari untuk habiskan novel ni. Sejujurnya, jalan cerita tak menarik langsung sebab saya expect MORE than this. And ending of the story sangat MENGHAMPAKAN sebab habis macam tu jerh. Ingatkan ada sambungan Rissa berbaik dengan saudara maranya iaitu Yani, Mak Ngah dan lain lain. And saya agak menyampah jugak dengan Rissa yang asyik asyik dengan anak yatim piatu walaupun dia sebenarnya tak ada niat nak suruh orang berasa simpati ngan dia tapi tak payah kot asyik sebut benda yang sama. Memang klishe bila saya dapat tahu ibu tiri Ziyad is MAK KANDUNG Rissa. So i'm gonna rate it 1/5 tapi disebabkan hardwork penulis ni saya bagi 2/5 .
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
September 28, 2017
Aku tidak pernah terlepas untuk membaca setiap novel hasil tulisan Airisz. Tengok tajuk dan penulis terus beli. Jadi, aku agak kecewa kerana novel kali ini tidak memuaskan hati aku. Seolah-olah ada sesuatu yg tidak cukup. Mungkin disebabkan oleh watak heroin. Watak Rissa bagi aku agak membosankan dan 'lembap', bila berkaitan dalam hal Ziyad. Tapi kadang2 aku suka bila Rissa tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan musuhnya. Happy ending buat Ziyad, Rissa dan mama tapi aku juga berharap akan ada happy ending di antara Rissa dan saudara maranya. Diharap novel akan datang akan menebus sedikit kekecewaan aku...
6 reviews
December 7, 2017
Antara semua novel Airisz, saya langsung tak berkenan dengan novel ini. Selalunya heroin Airisz pandai membela diri dan tidak mudah beralah, dan heroin kali ini tidak terkecuali. Cuma Rissa ini tetap memaafkan and menerima Ziyad yang begitu biadap dengan ibunya, walaupun Rissa telah menyatakan akan meninggalkan Ziyad jika perangainya tidak berubah. Kalau saya, saya terus jauhkan diri dengan Ziyad yang panas baran ini. Rasanya ini kali pertama Airisz mengenalkan hero yang panas baran, kebenciaan saya terhadap Ziyad tetap berkekalan walaupun kisah sebenar telah diceritakan.

Entah kenapa, saya rasa jalan cerita kali ini membosankan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
21 reviews
September 11, 2020
Cover dah lawa tapi cerita biasa sangat. Ziyad jenis kuat melenting. Nama Encik Segak tapi suka marah dan herdik. Kalau benci sangat kat second wife ayah dia tak perlulah sampai nak layan teruk. Same goes to her sister too. Perangai tak sesuai dengan watak sebagai Encik Segak. Ziyad terlalu baran tapi bila dengan Rissa boleh pula jadi baik walaupun beberapa kali pernah herdik Rissa. Tapi watak Ziyad agresif sangat sampai nak memukul. And cerita pun biasa-biasa :(
194 reviews9 followers
December 4, 2016
sinonim sgt tajuk2 begini dgn airisz. yes, santai2 je baca novel cik penulis. cumanya, novel kali ni mcm rushing je endingnya. langau2 pon sat je hinggap. takde la bermukim dalam hidup hero n heroin. mudah mencari jalan pulang gitu....
56 reviews2 followers
August 23, 2017
Cerita yang senang untuk dibaca. Tapi kadang-kadang, bingit jugak dgn perangai Rissa yang asyik fikirkan bende yang bukan2.. Ziyad pun, tegas nya kadang-kadang melampau. Suka sangat paksa-paksa orang..
suka buku ni sebab watak Rissa ni, kuat menjawab. Tak mcm cerita2 lain, yang selalunya biarkan dirinya dibuli. Tema keluarga yang pada saya, violent jugak lah. Siap kene tuang kari lagi hahahaha!
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
Currently reading
February 14, 2017
Mcm selalu citer dr penulis ni santai & comel. Tapi mcm pernah terbaca jln citer yg hampir sama mcm ni & mcm dah boleh predict apa nk jadi lepas satu² bab. Hmmmm... Stop baca dulu....
Profile Image for Ana Anne.
58 reviews1 follower
November 5, 2016
Nampak je nama Kak Airisz, terus pasang niat nak beli. Kebetulan KS ada join festival dekat Kuantan, terus pergi grab sebuah. Hehe.

Rasanya semua dah tahu style Kak Airisz ni. Lelaki kaya, perempuan sederhana dan tak ada apa-apa. Tapi disebabkan dah tahu style dialah aku beli. Sebab aku nak baca novel santai. Tak nak sakit kepala digest. Beli petang, habis baca malam. ;)

Rissa and Ziyad. ♥
Profile Image for Cik Milah Sekupang.
31 reviews3 followers
November 7, 2016
Kalau dah penulis nama Airisz ni memang cerita dia santai dan tak serabut. Cerita dia sesuai untuk orang yang nak release stress. So, highly recommend.
Tahniah penulis.
Tapi kenapa... mama dalam cerita ni aku banyangkan Zur Eda ek? Hahaha.. Penangan Gegar Vaganza la ni.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.