Jump to ratings and reviews
Rate this book

Madness

Rate this book
Ini kisah hidup Nadeera yang penuh azam ingin meluaskan perniagaannya dengan membuka restoran baru di kawasan baru. Tanpa tahu, kawasan itu milik gangster/samseng/mafia bernama Sazali.

Tapi Sazali ni bukan anak derhaka. Dia anak manja Wan Teeja. Wanita yang berkuasa sebagai ketua gangster di Klang. So, bila Sazali bertembung dengan Nadeera, hati lelakinya bergetar. Jantung berdegup kencang. Fikiran melayang-layang. Yup! Sazali terpaut sayang.

Hidup semua orang jadi kacau-bilau sejak Sazali jatuh cinta. Mahu tak mahu, Nadeera mesti jadi isterinya juga. Macam mana agaknya ketua gangster Wan Teeja tu nak menghadap sembah membawa pinangan kalau dah terang-terang gadis tu tak berkenan.

Sazali punya pasal, terpaksalah seorang emak menadah penghinaan. Bukan calang-calang pula kemarahan keluarga Nadeera. Siapa tak marah kalau anak dara diculik seorang teruna. Balik rumah dengan pakaian rabak sana-sini. Mana nak tutup malu? Orang kampung mengata. Makin Nadeera tentang, makin hebat dugaan mendatang.

Bila Nadeera jadi sengal, dia heret rombongan meminang dan menikah terus di rumah Sazali. Dengan agenda balas dendamnya. Hurgh! Kita tengok pula, macam mana Nadeera jadi samseng. Memporak-perandakan keluarga Wan Teeja. Sementara Sazali menukar peranan jadi anak, suami dan menantu yang matang.

350 pages, Hardcover

Published November 1, 2016

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

SheisBell

37 books23 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
4 (36%)
3 stars
5 (45%)
2 stars
2 (18%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for nrrafitah.
118 reviews4 followers
April 10, 2021
3.5 ⭐

Light reading. Boleh layan utk hilangkan stress sebab ni cerita romantik komedi gitu. Rasa annoying sikit dgn perangai nadeera yang ntah apa apa tapi masih boleh layan. Cumanya i rasa mcm buku ni nak cepat cepat habis.If panjangkan sikit part belakang selesaikan apa yg deera pikir pasal sazali dan buktikan black dragon ni samseng yg baik kepada deera pun okay.

Apapun, goodjob kakbell 🌼
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
August 4, 2025
Sebuah kisah romantik komedi yang lain dari lain. Sebuah kisah gengster kumpulan Black Dragon yang diketuai oleh Mummy Wan Teeja dan anaknya Sazali. Musuh mereka adalah kumpulan White Giant yang diketuai oleh Edwin dan Imran.
Duit perlindungan yang diminta Black Dragon tidak diendahkan Nadeera. Pergelutan dan pertengkaran sering berlaku bila Malik, Bernard dan Faizul dari Black Dragon datang untuk bincang dengan Nadeera.
Bagaimanapun, bila boss mereka Sazali datang bersama untuk memberi pengajaran pada Nadeera, lain pula yang terjadi. Sazali telah jatuh cinta pandang pertama pada Nadeera dan terus ajak dia kahwin.
Hairannya, Sazali sangat melindungi Nadeera. Sazali sentiasa mahu berada dekat dengan Nadeera dan juga mengawasinya dari jauh walau dia tahu Nadeera benci padanya.
Nadeera yang kasar dan ganas selalu jerit-jerit kat Sazali yang dia tak akan kahwin dengan seorang gengster dan penyangak macam Sazali.
Nadeera terdesak dan setuju kahwin dengan Pak Daud, orang tua yang ada kedai sederet dengan restoran Nadeera untuk mengelak dari berkahwin dengan Sazali.
Keseluruhan jalan cerita yang agak menarik cuma kurang dikemas kini. Banyak plot yang boleh dipanjangkan lagi serta diberi paparan yang lebih terperinci.
Profile Image for Minowentalib.
51 reviews2 followers
May 24, 2017
Cerita tentang gangster yg jatuh cinta..
Bila kita jatuh cinta kita akan buat sesuatu yg kadang kala tidak masuk akal..
Untuk mengenali seseorang kita kena kenal dia secara menyeluruh, bukan kenal hanya melalui kata2 orang lain sahaja kita perlu menyelidik samada kata2 benar atau tidak..
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
October 19, 2017
santai-santai sahaja.Garapan dan olahan okay tak meleret-leret cuma bukanlah naskah terbaik daripada penulis
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
December 20, 2016
jalan cerita yang sangat santai. terhibur dengan gelagat sazali ketika ingin memikat nadeera. suka jugak dengan watak wan teeja yang agak gangster demi melindungi anaknya serta empayar yang dibina. best sgt.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.