Peranan wanita memberikan kesan yang amat mendalam pada kehidupan seseorang lelaki. Agama Islam itu sendiri melihat kuasa wanita mempengaruhi sesebuah kejayaan. Golongan ini memainkan fungsi yang sangat penting dalam setiap struktur masyarakat.
Begitu juga perbahasan mengenai isteri-isteri kepada para utusan Allah. Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan usaha dakwah dapat dijalankan dengan baik. Isteri yang solehah akan melahirkan keturunan yang mempunyai tarbiyah dan didikan yang tinggi.
Naskhah ini menerangkan kisah isteri-isteri para Rasul di sebalik perjuangan yang dibawa. Ada isteri yang taat dan sanggup berkorban demi agama dan ada juga yang sebaliknya. Moga apa yang dipaparkan ini mampu memberi pengajaran tentang betapa besarnya pengaruh seorang wanita.
Baca untuk tambah pengetahuan. Kebanyakan cerita dah pernah tahu sebelum ni. Ada juga yang baru pertama kali dengar. Saya tak pasti sebanyak mana kisah-kisah Isra'iliyyat yang dikongsi dalam buku ni kerana tidak dinyatakan.
Saya suka layout yang cantik dan sedap dibaca. Walaubagaimanapun, sayang sekali kerana ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW hanya diletakkan terjemahan sahaja. Saya lebih suka jika disertakan juga teks berbahasa Arab.