Tragedi pembunuhan enam orang remaja di sebuah banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam orang remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranormal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, ketika mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apakah sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini.
“Saya tak tahu. Keadaan gelap-gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam.” ~ Fahmi
“Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia kat mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!” ~ Inspektor Hairy
“Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. ‘Dia’ macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail.” ~ Saleha
ya. tuan penulis cantik Hasrudi Jawawi berjaya membuat pembaca tenggelam dalam keseraman yang ada. takde pun kisah hantu pelbagai jenis tu, cuma penampakan satu makhluk bertanduk mata merah jer..
riena dok gedik-gedik nak join fazlie, amer dan farina menerjah banglo usang sebab di suka fazlie. sian fahmi yang paksa rela menemankan sahabat baiknya tu. nak cari hantu sangat, kan? haa... kematian yang datang menjemput.
suka dengan gaya penceritaan tuan penulis. cerita dalam cerita. fahmi, mangsa yang masih hidup itu saja yang cik saleha dapat soal berkenaan kejadian yang berlaku. farina hilang dan yang lain mati! memang bila baca terasa, weeiihhh... bila nak dapat tahu apa jadi nih? tapi olahan yang baik dapat membuat pembaca terus teruja sehingga helaian yang terakhir.. susunan cerita pun kemas dan pembaca dapat rasa sendiri setiap emosi sepanjang pembacaan.. keseraman tu datang sendiri dalam hati buat kita sama toleh kiri kanan sewaktu membaca. serius, tak payah muncul benda pelik-pelik dalam cerita. garapan pun dah mampu keluarkan 'rasa' seram tu. akak tak nak tertipu main tutup bukak lampu nih!
kisah yang berlaku berpadanan dengan apa yang berlaku 15 tahun dulu. makin hampir inspektor hadi dan cik saleha ketemu jawapan, makin dahsyat dugaan yang menimpa. ada saja yang luar dari kotak pemikiran berlaku. gangguan demi gangguan mereka terima. yup, manusia sesempurna kejadian tapi syaitan dan jin berupaya memanipulasi dan memberi janji palsu. kenapa nak hadap diorang nih sedangkan kita ada Allah untuk mengadu. dan korang, janganlah berani sangat nak pi ganggu 'hidupan' lain nih..
#27 1. AMARAN! Jangan membaca novel ini ketika anda berseorangan di rumah atau anda sekadar 'berdua' dengan housemate. Sebab risau nanti yang housemate duduk sebelah anda tu 'pelanduk dua serupa'.
2. Watak - Saya kira untuk setiap watak yang ada dalam novel ini sangat membantu dalam menguatkan perjalanan cerita. Tiada watak yang sekadar muncul ajak selfie dengan watak utama tetiba mati tercekik sebab watak hero handsome sangat. Eh? Kiranya, peranan setiap watak itu sangat besar.
3. Perjalanan cerita - Berbanding dengan Town Mall, saya kira novel ini lebih kemas dan unsur seramnya lagi terasa. Tiada babak yang meleret dan saya kira penulis cuba mengekalkan momentum seram dalam setiap bab.
TAHNIAH buat penulis!!! Oh ya, saya ada terlihat gambar direktor Ahmad Idham memegang naskhah Town Mall. Apakah ianya bakal diadaptasi? Kita tungguuuu...
I decide nak baca novel ni lepas murung tengok movie banglo seksyen 12. Movienya terlalu banyak kelompongan dan sangat lemah. Kami 1 family tengok movie tu tapi macam ehh apa ni, ehhhh tiberr, kenapa dia macam tu, kenapa dia macam ni. Tiba2 semua mati lahh. Banyak sangat yang tak terjawab dan tak seram so I decide untuk baca novel ni and yes baru faham dan much2 better compared to the movie. Sayang sangat sebab movie tu tak follow betul2 novel ni.
Pada permulaanya tak tergerak hati pun nak beli novel Banglo Seksyen 12 gara gara masih dilanda kekecewaan dengan novel Town Mall yang agak meleret dan membosankan(maaf ini pandangan peribadi saya).Sehinggalah pada suatu hari,terbaca review berkenaan novel BS12 yang dikatakan sangat best.Maka dengan pantasnya pergi ke Popular dan beli BS12.
Untuk karya BS12 ini saya dpt rasakan debaran dan keseraman itu.Tak ada sikit pun rasa bosan.Tapi agak terkilan sebab misteri BS12 hampir dapat dirungkai tapi tetap juga terkubur.Nak BS12 part two please.Nak makhluk tue pulak yang kalah.Geramlah dia asyik menang.Dah 15 tahun dia menang.Apa2 pun pengajaran yang dpt diperolehi dalam novel nie.Jangan sekali kali menyekutukan Allah S.W.T semata mata nak kejar glamour.Nyawa melayang,iman entah ke mana,orang lain pun jadi mangsa.Tak pasal2 je kan.Untuk penulis,Tahniah sebab berjaya hasilkan novel seram sebaik ini.Tq
buku ini okay, not boring cuma imo jalan cerita dipanjangkan under perkara yang sama? Contohnya, banyak kali mereka mention kes 15 tahun yg lepas tapi still macam menafikan apa yg berlaku. Lepastu, macam tak logik sikit sebab kalau aku yg nampak hantu itu, assalamualaikum memang aku rujuk orang lebih pakar.
Penulisan author ini memang cup of my tea cuma jalan cerita mild huhu 🫶🏻
The ending is... taktahu nak rasa apa cuma rasa lega dah habis baca hahahaha :D
Ulasan Buku: Banglo Seksyen 12 oleh Hasrudi Jawawi
Memang mantap kisah seram kali ini! Seram 80%, konflik 70% dan misteri 80% – cukup untuk buat jantung berdegup laju dan minda ligat berfikir. Plot twist? Banyak! Lepas satu, muncul lagi dua tiga... sampai aku sendiri dah tak pasti siapa sebenarnya yang betul! Bila dah mula baca, memang susah nak berhenti sebab terlalu banyak persoalan yang timbul dan misteri yang menghantui setiap bab.
Sepanjang cerita, aku geram dengan watak-watak yang dah tahu tempat tu bermasalah, dah kena kacau sampai menangis pun... masih juga nak pergi! Kesian Fahmi, wataknya mengingatkan aku pada Reykal – tersepit dalam situasi yang penuh teka-teki. Saleha dan Hairi pun sama, masing-masing jadi mangsa. Dalam cerita ni, nampaknya misteri takkan terungkai kerana bila cuba dirungkaikan akan ada yang dikorbankan...
Yang aku tak puas hati, kenapalah tak heret je terus En. Mohsin bila dah jumpa? Kes 15 tahun lepas pun ada kaitan dengan dia. Tapi bila kes berulang, semua tak terfikir pun..macam tak urgent. Serius, itu bahagian yang aku rasa macam off sikit – macam semua orang buat-buat bodoh.
Cuma satu yang ketara, ada bahagian dalam cerita ni terasa macam dileret-leret. Ada plot yang sebenarnya boleh tamat lebih awal, tapi dilanjutkan sehingga terasa agak tebal. Namun, kekuatan utama buku ini tetap pada unsur seramnya – memang padu! Kejutan demi kejutan sampai aku pun dah hilang kepercayaan pada setiap watak 🫣.
Cerita ini juga memberi penekanan kepada isu perjanjian dengan syaitan dan bagaimana janji itu pasti dituntut – satu pengajaran yang mendalam di sebalik cerita ngeri ini.
Kesimpulan: Kalau anda peminat tegar genre seram, buku ini memang wajib baca! Penuh misteri, plot twist dan ketegangan. Highly recommended! A++ untuk penulisan penulis. 👏📚
Buku ni berjaya buat saya rasa seram. Seram dan rasa ingin tahu yang tinggi mengenai kebenaran sebenar yang menimpa Fahmi, Riena, Aqeel, Amir, Farina dan Fazlie ketika mereka pergi "ghost hunt" dekat banglo tersebut.
Buku ni vibes yang sama dengan buku Kubur oleh Syasya De Luna punya. Kalau tengok dari jauh dia cam tak sama. Tapi kalau baca dua2, dia ada persamaan dari segi macam mana benda halus tu buat kerja dan kisah misteri mengenai banglo dan tempat kubur tu.
Nak cakap yang dua-dua ada same vibes.
Suspens dia memang on point nak cakap. Sampai ada satu masa saya rasa macam diperhatikan sesuatu. Jadi paranoid haha tapi elok jer. Buku ni saya ambik dalam 2 hari tak silap untuk habiskan. Tak lama, tu maksudnya buku ni memang menariklah👍🏻✨
Part kebenaran dibongkarkan dekat hujung-hujung tu buat aku agak terpana sebab tak expect sebab macam tu DIA sanggup lakukan.
wehh tolonglah baca buku ni 😭😭😭 im begging yall 😭😭😭😭 sumpah seram and tak dinafikan hasrudi jawawi ni buku dia semua gempak nak mampoz weh 😭😭😭😭😭 hebat tahi 😭😭😭😭 eii deserved billions stars on this one !!
mengisahkan tentang 3 kawan yang hobinya suka benda mistik paranormal ni. tapi diorg bukan ghost hunter ye! sekadar suka-suka gituh. nak feel apa rasa duduk banglo sorang-sorang. kalau kena cuit apa rasanya ha gituh ah. one day diorg decide nak pergi banglo seksyen 12 dekat dengan uni diorang. btw nama diorang farina, amir dan fazlie. so diorang open permohonan siapa nak join trip diorang. fahmi dan riena pun join. riena join sebab dia syok dekat fazlie dari sem satu. fahmi pulak teman je riena walaupun tak sedao hati. aqeel? aqeel suka-suka je nak dapat rasa cane duduk kena kacau hantu. maka mereka berenam pun mulakan lah trip ke sana. so time dekat situla berlaku banyak benda pelik dan seram. mind yall buku ni sebenarnya penceritaan after semua mati kecuali fahmi dan farina yang hilang. fahmi seolah-olah dilanda ketakutan yang amat dan ada yang memerhatinya sepanjang masa. dan polis yang terlibat hairy dan saleha sedia membantu nya. btw case ni sama dengan case yang berlaku 15 tahun yang lepas.
overall im so happy with the story 😙🫶🏻 bacalah sejuta kali stilk seram nak mati. jumpscare everywhere 🙃🙃 and tipulah saya cakap klau saya tak takut huhu seram ni. serious suka each scenes banyak pengajaran and banyak benda baru yang saya belajar hehe
Sejujurnya, novel Banglo Seksyen 12 buat saya baca sambil menahan nafas. Dari awal lagi Hasrudi Jawawi berjaya menjerat rasa ingin tahu, bukan sekadar dengan elemen seram, tetapi dengan misteri yang terasa sangat dekat dengan realiti. Cerita bermula dengan tragedi pembunuhan enam remaja di sebuah banglo usang hampir dua dekad lalu. Banglo itu dibiarkan terbiar, penuh kisah gelap yang menakutkan penduduk sekeliling. Saya sendiri dapat membayangkan bau lembap, bunyi lantai berkeriut, dan kegelapan yang seolah-olah memerhati.
Kisah kemudian beralih kepada kumpulan pencinta paranormal “Ghost to Ghost” – Fazlie, Amir, Farina dan beberapa rakan lain – yang berani menjejak banglo itu demi merakam aktiviti mistik. Keberanian mereka membuka semula luka lama, dan di situlah degupan jantung saya mula laju. Setiap bunyi, setiap bayangan, terasa seperti amaran. Dalam masa sama, penyiasatan oleh Inspektor Hairy dan Dr. Saleha menambah lapisan realiti; adakah semua gangguan itu benar-benar supranatural, atau hanya sisa trauma manusia?
Saya suka cara penulis bermain dengan psikologi. Ketakutan di sini bukan sekadar “hantu terjah”, tetapi ketidakpastian: siapa yang boleh dipercayai, apakah motif sebenar, dan apakah yang berlaku pada malam berdarah lima belas tahun lalu. Dialognya ringkas tetapi cukup untuk membuat saya rasa seolah-olah berada di tengah kegelapan bersama mereka.
Ada bahagian yang sedikit meleret, terutamanya babak spekulasi yang panjang, namun ia tidak memadamkan rasa seram yang konsisten. Watak-wataknya hidup, meski saya berharap beberapa karakter sekunder diberi ruang lebih.
Keseluruhannya, Banglo Seksyen 12 bukan hanya kisah seram, tetapi juga perjalanan menyingkap rahsia silam dan berdepan ketakutan paling dalam.
🌟 4/5 – menyeramkan, mendebarkan, dan sukar ditutup sebelum helaian terakhir.
Addicted tanpa sengaja dengan naskhah Banglo Seksyen 12 ni...sis memula impression adalah buku ini beshe2 je kot tapi setelah baca memang ibu jari terangkat! Kalau kau jenis lemah semangat baik tingkatkan semangat tu dulu sebelum baca tau! Just to share..sis baca guna eBook so 'feel' seram dia melonjak2. Link eBook tu disini ya:-https://www.e-sentral.com/book/info/9...
Jalan cerita disusun rapi. Penceritaan yang menarik. Ape yang menyakitkan hati adalah ending. Semua mati. Misteri iblis tu x terungkai. Siapa pakcik tua tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Seram. Jalan cerita penuh tanda tanya. Apa yg mampu pembaca lakukan adlh membaca hingga habis utk tahu kesudahan cerita. Bagi saya, ending sangat tidak di jangka. Terbaik
Ohsem.. Menyeramkan.. Sadis dan kesian pada yang tak bersalah.. Perkara yang mereka lakukan itu salah kerana meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.. Selamat menjelajah Banglo Seksyen 12.. Review lain di Blog - http://kasihkuamani.blogspot.my
Cerita penyiasatan yang melibatkan makhluk alam ghaib. Akibat janji yang telah diikat tanpa disedari... nyawa menjadi galang ganti hingga melibatkan orang yang tidak bersalah.
Cuma ada 1 cerita yang aku nak tahu apa sebenarnya yang terjadi..