Minat melukis membuatkan Sufian rapat dengan Chop Choy. Sebab anak Cina tu pun suka melukis. Sementara di berek, hanya Mokhsin si budak nakal yang rapat dengan dia.
Sikap perkauman yang membusuk dalam hati manusia membuatkan Chop Choy merenggangkan diri; sementara sikap prajudis mesyarakat membuatkan Mokhsin hidup dalam kehinaan.
Semakin hampir dengan SPM, hubungan persahabatan Sufian dan dua sahabat dia ini semakin renggang. Tragedi demi tragedi datang menimpa, menguji kesabaran mereka, ditambah dengan kesempitan hidup yang semakin parah.
Persoalannya, sampai bila mereka mampu bertahan?
Semuanya bermula apabila Sufian – seorang budak biasa yang suka melukis, mendengar radio, menonton wayang, mandi sungai dan mengacau anak dara orang berpindah ke rumah abang iparnya di Kemunting, Perak pada tahun 1969.
Buku ni penuh dengan missed opportunities. Penulis ada premis yang menarik, topik yang controversial, watak-watak yang relatable dan penulisan/bahasa yang santai serta sedap dibaca.
Tetapi plot cerita lah menjadi downfall. Plot hanya ada any sort of development at page 158 dan peristiwa hanya disusun di mana-mana penulis rasa nak letak.
Jika penulis mengfokuskan exposition di awal cerita, instead of membebel panjang berjela tentang perkara yang tidak affect plot cerita, this story would have been great and could have packed in actual emotional punches.
Kalau korang pernah baca Kampung - Irvan Affan. may be korang akan suka buku ni.
perihal kehidupan pada tahun 1969 seorang remaja lelaki 17 tahun. pada aku, mungkin penceritaan penulis kurang sedikit dari sepatutnya untuk menulis sebuah cerita yang berkisarkan abad lepas. tapi tidak lah teruk sangat sebenarnya, cuma tak lengkap entah kenapa.
berkenaan peristiwa 16 mei, mungkin akan lebih sempurna kalau diletakkan keratan akhbar dan satu esei berkenaan racisme yang lebih lengkap berbanding yang ada dalam buku ni.
untuk buku lejen, buku ni terlampau clean. 😂
dan satu lagi, buku ni terasa dekat dengan aku yang baru habis sekolah dalam sesi pasca spm.
Penggunaan bahasa dan penceritaan plot yang ringkas, namun penulis berjaya menghasilkan suasana pembacaan yang amat menarik bagi saya. Emosi yang cuba disampaikan dapat dihasilkan dengan baik. Tahniah dan terima kasih penulis untuk karya ini.
ini adalah bacaan kedua aku untuk tahun 2020. sejak ia mula diterbitkan, buku ni memang dah masuk dalam senarai mahu beli tapi tak pernah aku beli, entah kenapa. bila LubukbukuMY buat jualan murah, cepat-cepat aku sambar.
aku habiskan hari-hari berpantang dengan membaca buku ni, sebenarnya aku mulakan bacaan pada bulan-bulan terakhir mengandung. secara tak sengaja suami aku buka balutannya dengan hasrat nak membaca tapi dia cuma membaca sekerat jalan.
bagi aku, bahasanya mudah dan aku suka dengan jalan ceritanya yang mengambil latar masa pada lewat 60an walaupun ada sedikit typo tapi ia tak mengubah jalan cerita.
1969, pasti sudah dapat ditebak, apakah isi yang ingin disampaikan oleh penulis.