Jump to ratings and reviews
Rate this book

DELIMA

Rate this book
Manusia berjanji meluah kata,
Terlalu manis terlupa Tuhan,
Antara permata dengan permata,
Delima juga jadi pilihan.

Ini kisah pejuangan sebuah kumpulan muzik wanita.

Bermula dari watak utama Ruby yang bergerak dari Pulau Pinang, Baling, Kuala Lumpur hingga menempa nama ke Indonesia. Ada rahsia yang terpaksa disorok daripada rakan-rakan seperjuangannya Khartina, Zaliyah, Intan Syafinaz dan Ruhaina—rahsia yang bakal menamatkan kariernya.

Di dalam dunia pop komersil, apa yang palsu boleh diraikan dan apa yang tulen boleh tenggelam. Mereka yang tak hanyut dalam kilauan hanyalah mereka yang waspada dan kenal diri, dan tak terlalu ciwi!

298 pages, Paperback

First published November 27, 2016

1 person is currently reading
36 people want to read

About the author

Regina Ibrahim

22 books112 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (28%)
4 stars
29 (54%)
3 stars
5 (9%)
2 stars
4 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 17, 2018
3.65* untuk Delima!

Aku lebih suka Budiman berbanding Delima! Dua-dua menggunakan tema cerita yang hampir sama- kisah anak seni, jatuh bangun mereka tapi membezakan kedua-dua buku ini adalah jantina watak utamanya, isu yang ingin di ketengahkan dan beberapa hal yang lain.

Membaca Delima ibarat kau memandu kereta dari Kuala Lumpur ingin ke Johor Bharu dalam keadaan yang penuh berhemah dan hanya berhenti sejenak apabila melalui kawasan tol ataupun kau ingin berehat di R&R. Cuma ada masanya, rasa lelah dan bosan tiba-tiba datang menyerang di beberapa detik sewaktu melakukan perjalanan itu. Tapi syukur sebab musik (bahasa RI dan pesan-pesan Ruby) yang sangat asyik dan memukau, mampu membuatkan kau untuk meneruskan perjalanan yang agak panjang itu walaupun di dalam keadaan panas terik.

Buku ini sebenarnya boleh tahan sebabnya jarang penulis yang mampu mengetengahkan cerita mengenai anak-anak seni yang bertapak di Malaysia seperti ini. Liku-liku hidup Ruby sebagai seorang manusia seolah-olah terpampang di hadapan mata.

Jalan cerita naskah ini tersusun kemas. Ia juga kekadang agak laju. Mungkin RI tidak ingin melepaskan satu pun poin untuk menceritakan apa yang bermain di dalam kepalanya.

Aku terbayangkan TIARA ini seperti kumpulan ELITE yang suatu dulu juga agak popular masa aku kecil-kecil. Tapi apalah yang aku tahu masa itu kan? *gelak*

Ada buku kedua? Aku harap moga lebih power dari Budiman!

Korang tak nak baca ke? Buku ni bersih dari ketakutan para mak cik dan kakak-kakak di luar sana. Bacalah~

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 27, 2016
ironinya, selepas membaca selumbar, naskhah ini menjadi pilihan.

mengisahkan perjalanan hidup ruby, dalam meniti ranjau hidupnya sebelum berjaya menjadi artis yang disegani seantero nusantara. siapa saja tidak melakukan kesilapan, tapi yang penting - siapa yang sudi untuk memberi ruang untuk mereka terus bernafas? saya kira, tema itu yang cuba diangkat oleh mama regina dalam naskhah ini.

salah percaturan hidup, membuatkan ruby mengandung di usia 18 tahun. tanpa sesiapa disis, ruby bangkit mencari kekuatan untuk meneruskan hidup. untuk apa terus berduka, masih ada insan2 yang berhati mulia sudi membuka ruang - atas dasar insani.

apa yang saya suka, nilai2 positif yang diterapkan, lari dari kebiasaan dan membuka minda untuk masyarakat kita, yang suka menghukum bagaikan tuhan.

enggan mengulas lanjut, tapi bacalah dengan mata hati, seraplah nilai2 yang cuba diserapkan. jangan dimomokkan fikiran dengan pelbagai tanggapan negatif, apabila kita tersilap langkah. masih ada ruang untuk memperbaiki diri, dan kita sebagai masyarakat, berilah ruang kepada mereka.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
Read
April 8, 2018
Aku baca buku ni dengan kadar bacaan santai. Bila bosan baru baca yang ni. Sebab aku baca banyak buku dalam satu masa. Buku ni aku anggap novel biasa, yang tak perlukan perhatian lebih untuk memahaminya. Jadinya sesuai untuk bacaan santai.

Aku ingatkan konflik akan berlaku pada hujung cerita. Tetapi Mama Regina twist konflik duduk di depan, lalu mebuatkan cerita ini jadi macam drama. Konflik datang dulu, dan penceritaan, kemudian diakhiri dengan peleraian. Drama yang menarik, agak berlainan dengan karya Fixi yang lain yang lebih kompleks dan meletakkan plot twist pada tujuan penceritaan. Tetapi Delima agak berbeza. Dengan ayat yang digarap dengan baik, penulis menceritakan dengan begitu terperinci mengenai dunia hiburan terutama nyanyian.

Kisah yang menarik. Bacaan menjadi santai. Kisah perjuangan seorang Delima dalam dunia nyanyian. Bagaimana Regina dapat menggarap kisah yang penuh liku dan jujur. Karya sebegini agak realistik berbanding karya (penerbitan) Fixi yang lain yang banyak mengenengahkan konsep yang agak tak fantasi dan idealisme.

Cerita Ruby, hanya disekeliling kita.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
August 22, 2017
Seperti novel mama sebelumnya, Delima menyajikan kisah kehidupan yang disisipkan dengan banyak nasihat tetapi dalam fiksyen yang begitu melancarkan. Sudah tentu saya seronok dengan Delima.
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
February 10, 2017
Ke hadapan Mama Regina yang dikagumi,

Inilah buku terbaik daripada Mama setakat ini. Sepanjang 300 muka surat saya membacanya, tak pernah sedetik pun timbul rasa bosan. Mama berjaya memancing pembaca dengan jalan cerita dan isu yang dekat di hati pembaca Malaysia. Sewaktu membaca naskhah ini, saya terbayangkan figura figura artis yang pernah meletup suatu masa dulu. Kumpulan Feminin, Elite, KRU, Fazura (Oooppsss) dan bintang bintang segera keluaran Akademi Fantasia.

Kepada pembaca yang sedang membaca review ini untuk mengetahui novel Fixi daripada Mama Regina ini berbaloi dibeli dan dibaca ataupun tidak, saya katakan nilai kandungan naskah ini jauh melangkaui harga runcitnya. Saya tak mahu bercerita panjang lebar kerana saya mahu anda mengalami keseronokannya sendiri.

Terima kasih Mama atas pengembaraan hebat ini.
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
February 8, 2017
sejak membaca koleksi cerpen garapan mama regina, saya tidak boleh melepaskan peluang untuk terus membaca karya mama. sungguh mama sudah membuka mata saya tentang dunia transgender dengan adil sekali. juga kisah kisah wanita yang tidak didendang selama ini tetapi wujud dalam masyarakat.

tentang buku delima, saya sebagai perempuan merasakan mama sering meletakkan wanita itu dalam pelbagai masalah dunia. tapi dalam setiap masalah, diselitkan watak baik baik yang mendukung duka lara siwanita itu.

memang jadi perempuan ini rumit, selalu kalah dengan nafsu dan mudah ditinggalkan bila tak diperlukan lagi. tapi wanita akan bangun semula demi kehidupan yang lebih baik.

saya merasakan ayat ayat mama sangat jujur. tidak memaksa saya membaca, dan mama berkisah dengan lembut sekali. selalu ada nasihat yang diselit untuk kami kaum wanita.

akhir kata, saya tak sabar menunggu karya mama yang seterusnya. teruskan menulis tentang wanita dan kesengsaraannya, mama regina.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
February 6, 2017
Mengisahkan tentang Liku-liku perjalanan seorang Ruby, mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang penyanyi. Flow ceritanya smooth, jadi aku tak berhenti membaca. Ayat yang digunakan pun sedap, dengan selitan berbagai nasihat buat Ruby dan pembaca. Aku boleh ambik banyak ayat-ayat dalam buku ni untuk dijadikan quote. Cuma satu, dialog Inggerisnya kedengaran kaku. Tidak dapat tidak, aku cringe di beberapa ayat tersebut.
Profile Image for Muhammad Fatrim.
Author 43 books174 followers
December 8, 2016
Hanya ambil masa 3 jam, dahsyat apabila kita kena HOOK oleh sebuah novel. Itu yang saya rasa bila baca DELIMA. It was amazing story, mudah baca, senang faham.

Thanks Mama Regina Ibrahim for ur great novel. Really like it. ^_^
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
July 26, 2022
Manusia berjanji meluah kata,
terlalu manis terlupa Tuhan,
antara permata dengan permata,
Delima juga jadi pilihan.
.
.
I actually thought that this novel will be about how Ruby Carrem managed to penetrate Indonesia Entertainment Industry and went to become a huge star there. The prologue made me feel that the plot will unfold like that. I was wrong and it went differently from my guess. Ruby decided to go to Penang to look for work, She didnt think that she will continue her study as her family is not able to pay for it and her spm result also is not that good, She met Rahimah when they worked at the same place in Penang and were introduced to Kak Noor whom later will let them rent the room together. She met Amir Mirza, fell for him
hard and long story short, she got pregnant. She is not aware that she’s already 3 months pregnant and making it difficult to abort as it is dangerous for herself. Rahimah’s parent adopted her and she went to Baling, Kedah and stayed with them until she gave birth to a healthy baby girl. The baby then were given to Rahimah’s relative and Ruby went to pursue her dream in KL. She excelled in series of audition with KPR company until she was selected to become part of TIARA group. This is where it gets interesting as we can see how the entertainment industry work back then in the late 90s - early 2000s. From intense recording session, dance practices activity, fan meetings, ruthless press conferences and tabloids - Ruby knew that she has to persevere in order to achieve her dream. Even Ruby’s group, Tiara gave the same ‘Elite’ vibe - one of the female groups that once famous in Malaysia during this era. Honestly, this could have been better if Ruby just keep on building her career and not involve herself in any man. Then once she become a mega star, maybe she could take back her daughter. However, it was not how the story goes. Ruby Married Arman and let Arman managed her career. Their marriage was kept secret and Ruby maintain her identity as a daughter of businessman in the eye of public. While the prologue may open with Ruby already were known in Indonesia, but the part on how she made remain very minor at the end of the book. I am disappointed as i was hoping to see the differences of Indonesia Entertainment Industry. Afterall, their industry are much bigger and complex. Overall, this is still a good book. I would have given this 4 stars but my expectation was high and unfortunately, it was not achieved while reading it.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
June 17, 2018
Naskah yang santai, cerita yang straight forward... Tapi secara peribadi, aku lebih gemar karya Mama Regina yang lain.

Jalan cerita yang dikarang oleh penulis tak pernah lari dari satu aspek yang kritikal, iaitu kejujuran. Inilah satu hal yang buat aku sangat menghormati tulisan Mama Regina.

Suka untuk aku bandingkan dengan novel Budiman... Budiman lebih menarik dengan plot twist di hujungnya.

Novel ini ada satu kekuatan yang membezakan novel penulis yang lain, iaitu tema feminist yang jelas dan menyentuh di jiwa. Sebagai perempuan, aku mengerti bagaimana keadaan perempuan muda yang jiwanya diuji dengan gelora pada nafsu dan keliru dengan cinta yang sejati.

Naskah yang baik, cuma novel2 penulis yang lain lebih menarik.
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
February 13, 2017
susah nak describe buku ni.Pada aku,sangat sangat biasa tapi senang dibaca tanpa meleret leret.Direct sungguh .Sebuah biografi jatuh naik seorang anak seni.yang power,aku boleh dapat feels tahun tahun dulu (80an ke) melalui tulisan mama Regina.Lain macam sikit ayat ayat dia. Nak kata olsdkul tak juge. Entah la.

Part speaking english tu apehal takrasa natural eh?
6 reviews
March 21, 2023
This book was written in the most exquisite beguiled style ever. The words that were used in this book, was tremendously poetic and engaging. But not to the extent that it felt like reading a literature. It was still informal and trendy, yet was written with perfect syntax.

In my opinion, this book’s concept was pretty outdated for the time it was released, which was in 2016. The concept and theme for this book was the golden years of malaysian entertainment industry which was in the early 90s. So in order to understand the book, and get the flow it’ll be better if you actually understand pop culture in the 90s. Like elit, faminin, res2, kru, sheila majid, yasmin yusuff, and lots more. Simultaneously, you also have to know the fact that most celebrities in the 90s aren’t like today. The majority of them were said to be uneducated, and came straight from kampung to pursui a career. Of course not all, but there were quite a number of them. Not sheila majid and yasmin yusuff obviously.

Tw: I would highly recommend this narrative to juveniles. With the exception of, I personally recommend this book to be rated as 16+ because there were included substances, pregnancy out of wedlock, age gap, sexual activity and many more!

Ultimately, already stated yellowback is an amazing story, with numerous of moral values. Just keep an open mind, while you’re reading this. Don’t wonder why are muslims drinking, and having sex. It took place in Penang Island, and Kuala Lumpur in the 90s. These 2 cities was known to have the craziest nightlives ever, but I think til today it does. It was a trend to drink and go clubbing at that time. So please acknowledge the time period and keep an open mind.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
April 12, 2017
Mcm biasa novel mama Regina mmg x pernah menghampakan diri daku utk menghabiskan bacaan dlm temmpoh kurang seminggu..jalan crita yg smooth dan tak meleret2..kisah kehidupan yg realiti berbanding dgn novel cinta dan drama Melayu..kdg2 terimbau balik kenangan ms muda2 dulu minat ngn lagu kumpulan penyanyi wanita Elite..hihi.. :p
Profile Image for Atiqah Ghazali AlKashif.
237 reviews11 followers
September 22, 2020
Delima oleh Regina Ibrahim
Diterbitkan oleh Fixi
Penilaian Goodreads: 4/5
Penilaian Saya: 4.35/5

"Pembahagian hidup harus ada, yang nyata tetap kekal nyata, manakala yang ilusi dan impian itu ada waktu mereka tersendiri."

Buku ini dibuka dengan episod akhir terkini kisah Ruby Carrem, atau Rubiah bt Abdul Karim. Kisahnya dimulai dengan bait-bait kehidupan yang sakit, pedih dan penuh menekan di usia muda sehingga umur 18 tahun. Berkat kekuatan semangat dan kepandaian membawa diri, dia berjaya melakar nama di persada Asia Tenggara persis bintang.

Penulisan Mama Regina kali ini berbeza dengan karya-karya sebelumnya. Jika cerita ini merupakan sebuah graf, ia bermula di tahap positif kemudian turun merundum ke paras negatif dan naik perlahan-perlahan sehingga mencapai tahap begitu membanggakan seperti carta jualan album artis evergreen, keren bangat.

Dihabiskan pembacaannya dalam dua sesi bersama seteko teh hangat dan biskut ice gem timbang, ia peringatan jiwa dan mengukir senyuman kerana banyak kebenaran dalam ceritera fiksyen ini. Press publicity, begitu. Penghujung ber-twist pada 30 mukasurat yang terakhir, sangat mengujakan membacanya.

"Dia ingat semua, dia ingat lagi bagaimana dia bernyanyi-nyanyi di kawasan sawah padi untuk menghiburkan hati, teratai, lompatan ikan-ikan kecil dan pepatung bewarna-warni, kerap menjadi penghiburnya."

📸: @atiqahnikghazali
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
November 17, 2018
Novel mama selalunya tentang perjalanan hidup seseorang yang berliku-liku: mulai daripada perjalanan hidup seorang mak nyah, kepada seorang artis lelaki gay dan kini tentang seorang artis perempuan.. endingnya pulak happiky ever after seperti cerita mak nyah yang terdahulu... (saya masih sedih pasal pengakhiran hidup Budiman)...

Seperti biasa, banyak nasihat dan moral yang disampaikan oleh Mama Regina, agar tidak membuat keputusan yang bodoh demi cinta, dan sentiasa cuba untuk hidup dengan lebih baik walaupun pernah alami masa2 gelap dalam hidup. Pertemuan orang2 dan rakan2 yang ikhlas (not judgemental) juga banyak membantu seseorang untuk bejalan keluar dari gelap.

Cerita yang agak santai.

P/S: Gadis tengah2 kat kulit depan tu Mama Regina ke? Mcm pernah nampak gambar mama ni mana2... dan gadis2 TIARA dlm novel juga buat saya teringat akan kumpulan ELITE yang baru2 ni kluar bertanding di GV tapi kalah...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
June 22, 2025
[BOOK 21_2025]

Delima by Regina Ibrahim.
.

Okay. Ni buku lama. Dan aku tak expect yang aku akan suka buku ni sebenarnya. Well, aku baca tanpa sebarang expectation. And surprisingly, it was good.
.

Cerita tentang perjalanan sebuah kumpulan penyanyi wanita. Lebih kurang macam zaman Elite dulu kot.
.

Tapi disebalik itu, setiap sorang tu, ada kisah yang cuba disembunyikan, rahsia yang boleh menghancurkan kariernya.
.

Dan watak utama dalam buku ni ialah Ruby. Ruby pernah tersalah percaturan suatu ketika dulu. Tapi dia bangkit menebus kesalahannya.
.

Aku suka sebab aku rasa buku ni realistik. Realistik untuk kita yang biasa-biasa je ni. Juga realistik untuk golongan artis diluar sana.
.

Dan buku ni ada positive vibe la jugak.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
August 9, 2021
Honestly, i've never read regina ibrahim novel before except some of her short stories by fixi either online or printed. I like this type of novel. No complicated plot, no plot twist ending or heavy story telling. The story is about a girl who wants to be a singer but then she terlanjur with her first boyfriend which drag her into dificult life. I also think that this book is really to be read especially to girls out there as an inspiration to keep living and dont past the boundaries with man. Ow ye, the timeline used in this novel i think around late 90s and early 2000s.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 9, 2020
Kisah perjalanan hidup Ruby menempa nama dalam industri musik. Jatuh bangun dia bersama kumpulan TIARA. Ceritanya sangat lembut, satu persatu mudah dihadam. Aku terbayang filem Dreamgirls.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
94 reviews
February 3, 2023
Buku ni terlalu banyak nilai moral yang perlu dibaca setiap lapisan masyarakat. Ketegasan dalam penulisan dan realiti yang perlu dihadam
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.