Leman menunjukkan sebaris tiga bintang yang elok tersusun di langit malam. Langit pekat malam dihiasi dengan bintik-bintik cahaya bintang dan seketul bentuk bulat bulan ditambah dengan bias-bias cahaya di sekelilingnya. Indah. Ada juga yang berkuning-kuning bercahaya berterabur. Dengan sipi-sipi awan litup yang membuah kepul-kepul bayang bulan, alam yang hitam pekat menimbulkan makhluk Tuhan yang ini untuk dilihat dari Bumi.
Dahulunya seorang mamat kilang yang kerjanya berdiri dan duduk membaca hal-hal orang lain.
Kemudian ditulis dan dikongsi di laman sosial.
Malamnya pula menjadi tukang masak. Acah-acah profesional dan berani membukukan pengalaman.
Jauh lewat malam, dia sambung menulis sesuka hati. Kau tahu, dia juga suka mengembara. Tengok orang, tengok budaya, makan-makan, juga suka sekali masuk ke kelas-kelas bahasa dan kelas masakan.
Kini menguruskan dan mengepala beberapa buah syarikat makanan dan perdagangan. Masih boleh menulis dan mahu meneruskan legasi penulisan. Hasrat sekurang-kurangnya ada 2 naskhah setahun.
Cubaan pertama KHM menulis novel. Sebelum ini buku beliau lebih banyak berkisah tentang riwayat hidup yang menginspirasi.
Cuma novel ini, rasa saya banyak bersumberkan tentang kisah hidup beliau sendiri. Leman pada bab "Yuda", sangat ketara ke"KHM"nya. Heh!
Tentang buku ini; 1) Membaca buku ini membawa kenangan ke zaman kanak-kanak saya sendiri. Basikal berlampu dinamo, pangkin, penggunaan perkataan "tua" dan "muda" untuk menerangkan warna, itu sangat 80-an. Eheheh! 2) Kisah Duli menghibakan. Perpisahan dengan orang yang rapat sangat menyakitkan. Pedihnya memang sentiasa terpahat dalam hati. 3) Lenggok bahasa KHM adakalanya agak janggal bagi pembacaan saya. Perasaan yang sama ketika membaca Ah Fook tempohari. Janggal baik atau tidak, saya tidak tahu. 4) Bab-bab yang pendek. Saya suka begini. Mudah untuk "pause"kan bacaan sekiranya masa tak mengizinkan untuk membaca terus. 5) Bombastik. Mungkin "bombastik" agak keterlaluan dan tidak tepat, tapi jujurnya itu yang terkeluar ketika membaca tajuk-tajuk setiap bab. Kita ada pilihan sama ada mahu abaikan atau mencari makna setiap perkataan yang digunakan. KHM sebenarnya "mengajar" pembaca secara tidak langsung. Bukan sekadar membaca, tetapi ilmu juga diselitkan. Ya, membaca jambatan ilmu. ;) 6) Oh! Kisah belajar berenang dan juga hari pertandingan, waktu di antaranya bagai tidak terasa. Tahu-tahu sudah sampai ke hari pertandingan. Kalau ada, mungkin boleh menambah lebih "drama". 7) Adegan Leman di dalam bilik Duli, itu sangat "Neng Yatimah", ok? Huuuu... 8) KHM mengangkat kanak-kanak sebagai watak utama dalam buku ini. Jalan ceritanya juga (tentang keluarga dan persahabatan) saya fikir sangat sesuai untuk bacaan anak-anak. Ya. Saya sedang mencari buku sebegini untuk bacaan anak-anak saya. Selain Kunang Pesisir Morten, buku ini juga boleh saya jadikan sebagai "homework" anak saya sempena cuti sekolah ini. 9) Saya belum selfie dengan buku ini. Segan woih!
Buku ini aku anggap sebagai buku yang sarat dengan emosi yang bersih. Kisah suka duka anak kampung berusia 7 tahun yang berjaya mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku sendiri. Berlatar belakangkan bumi Mentakab dan Temerloh membuatkan aku lebih terkesan kerana itulah tempat aku membesar. Tak perlu malu pun kalau aku nyatakan bahawa aku menangis membaca di bab-bab tertentu. Kisah persahabatan yang cukup tulus dan ikhlas.
Buku ini layak diberi 5 bintang kerana penulisan yang sangat bagus! Malah saya beli beberapa buah naskah lagi untuk diberi kepada pelajar-pelajar saya. Sangat sesuai dibaca dari seawal 10 tahun. Ada babak yang bisa buat saya berderai air mata.
Sebagai orang yang tidak pernah tinggal di kampung, naskah begini sangat saya raikan kerana ia memberi saya peluang berangan bagaimana rasanya duduk di kampung.
Dua kali air mata bergenang (sekurang-kurangnya) dek kerana tersentuh kesedihan, hanya kerana kisah keakraban tiga sekawan kanak-kanak berumur 7 tahun. Tersenyum sendiri disitu dan sini sudah menjadi satu kemestian. Sememangnya indah buku ini.
Satu lagi karya yang layak dipuji dari penulis. Cukup serba-serbi hendaknya. Walaupun ini merupakan naskhah fiksyen penulis yang pertama saya baca (selepas tiga buah buku kisah alam nyatanya Terkenal di Langit, Cerita Viral Kebangsaan dan Emak Rindu Matanga Erissery), ternyata ianya tidak mengecewakan. Walaupun boleh diketahui banyak watak dan kisah bersangkutan dengan diri penulis sendiri, namun ianya tidak mengganggu kisah utama yang cuba disampaikan di dalam buku ini.
Susunan bahasa yang mudah namun indah. Suasana plot penceritaan yang membabitkan zaman nostalgia kanak-kanak ketika kecil, zaman ketika di kampung, zaman mula ingin mencuba dan meneroka itu dan ini, sememangnya satu kisah yang indah oleh penulis. Ditambahkan lagi dengan penghargaan kepada Buya Hamka disana-sini, sememangnya terserlah inspirasi utama penulis itu di dalam karya beliau ini.
Kisah yang sesuai untuk dinikmati semua peringkat umur.
"Demi tuhan yang memilih aku berkawan dengan Leman dan Bahari, Demi tuhan yang meminta aku pilih syurga dan neraka, Demi tuhan yang menyuruh aku berbuat pahala dari dosa, Dan demi tuhan yang menyarankan aku berbuat baik dari berbuat jahat,
latar buku ni rasanya lewat tahun 1980-an atau awal 1990-an.
masa mula-mula baca, penulis macam membiarkan pembaca meneka dulu umur Leman. aku teka Leman mungkin tingkatan satu.
meleset! darjah satu woih. darjah satu dah pandai cakap tulis macam tu. kalaulah betul latar umurnya, maka memang patut orang dulu-dulu ni cerdik dan satu persoalan kenapa budak-budak sekarang hanya bijak atas kertas je terjawab.
kalau zaman aku pun, aku tak pernah dengar dialog lebih kurang macam ni, nak baca buku hamka masa darjah satu apatah lagi. zaman sekarang ni agaknya macam mana?
jadinya buku ni memang patut dibaca oleh setiap lapisan masyarakat!
“Dan pada setiap tambahan satu detik, satu detik lagi akan ditinggalkan”
Begitulah hakikat perjalanan hidup di dunia. Sebelum tibanya hari yang kekal abadi.
Kerana telah membaca buku penulis bertajuk ‘Emak Rindu Mathanga Erissery’, saya rasakan buku kali ini menceritakan kisah hidup penulis di zaman kanak-kanaknya. Dalam bentuk fiksyen.
Saya membaca dengan emosi kerana latar belakang kisah ini sangat dekat dengan hidup sendiri yang juga berasal dari Pahang.
Elemen kasih sayang, persahabatan dan semangat kejiranan yang kuat dipersembah dalam karya ini. Menitik juga air mata berkali-kali.
A decent coming of age story. Sekilas lalu mengingatkan saya kepada buku Kunang Pesisir (juga daripada penerbit yang sama), cuma buku Nilam ini kurang menyengat. Mungkin sebab terlalu ringkas. Kewujudan beberapa kecelaruan dari sudut pop culture reference turut mengurangkan magis.
Mengenangkan rentetan pemergian Sudirman serta ‘pipi gebu Ogy Ahmad Daud’ selaku skala ukuran kejelitaan, saya fikir kisah ini berlatar masa sekitar hujung 80-an dan awal 90-an. Dalam masa yang sama, terselit istilah ‘viral’ serta rujukan kepada siri Gerak Khas yang hanya akan muncul sekurang-kurangnya sedekad kemudian. Barangkali sudut ini dilepas pandang. Remeh, dan boleh dimaafkan.
Walau bagaimanapun, aspek paling menganggu diri selaku pembaca ialah mengenai adik-beradik si watak utama. Di awal buku, Leman digambarkan sebagai anak 3 beradik. Namun sampai ke hujung cerita, langsung tidak disebut tentang adik-beradiknya yang lain. Umur. Jantina. Hatta nama. Sedangkan jiran tetangga serta watak-watak tambahan keliling kampung diberi peluang masuk spotlight berulang kali. Aneh.
Saya terpaksa tarik balik saranan saya sebelum ini selepas membaca terbaru beliau ‘Ya Tuhan, Ini amat menyakitkan’ kerana rupanya penulis sudah pun menulis sebuah cerita yang menarik. Cuma saya saja baru baca.
Jujur saya fikir ini hanya buku koleksi entri beliau di Facebook tapi tidak. Kisah Leman betul betul menarik hati dan membuat saya terus membaca hingga ke muka surat akhir. Menarik, gaya penceritaan yang bagi saya layak untuk dipertandingkan. Sesuai juga untuk bacaan anak-anak.
Yang menarik bagaimana murninya persahabatan di zaman kanak-kanak. Buat kita tersenyum membaca gelagat leman dan menjatuhkan airmata atas pengorbanan Faduli.
Saya harap Tuan Khairul pertimbangkan untuk menulis cerita sebegini. Walaupun kuat andaian saya merasakan bahawa Leman itu adalah Tuan Khairul...hahaha.
Mentakab, Temerloh nama dua buah tempat yg sgt dekat dihati. Aku sebagai anak jati kelahiran Pahang, memang tidak asing lagi dengan dua tempat ini. Sungai Semantan selalu aku susuri, bas Union sentiasa disisi.
Semua yang dikisahkan dalam cerita ini umpama imbasan kembali kepada zaman kanak-kanak aku satu masa dahulu. 133 muka surat yang aku rasa begitu nostalgia. Dulu, tanpa media sosial, tanpa handphone, tanpa internet tapi hidup tetap meriah dengan macam-macam aktiviti. Ada suka, ada duka. Semuanya menjadi kenangan yang disimpan kemas dalam ingatan.
Leman yang ceria, anak bongsu kesayangan Cikgu Muhammad dan Mak Cik Vijaya. Berkawan baik dengan Duli dan Bahari. Jatuh cinta dengan si comel Nurul. Kelakar masa first time Leman jumpa Nurul. Aku tak nak cerita, korang baca sendiri. 😁😁😁 Kisah Leman walaupun singkat tapi padat dengan isi. Semangat setiakawan, muafakat masyarakat kampung, saling mengambil berat, bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain. Walaupun berlainan bangsa, mereka hidup dalam muafakat.
terlalu ringan dan bersifat novella remaja berbanding label IndieKe / Dubook yang lebih luas. penulisan yang lurus menerus tanpa hentakan dari plot, dari olahan bahasa dan dari tamatan/gantungan bahagian-bahagian yang tidak seiringan peri pentingnya pada penceritaan.