Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kief

Rate this book
Apakah perasaan bila anda kemalangan pada hari pernikahan dan hanya sedar 5 tahun kemudian?

Apa yang dirasa bila anak yang ditatang dengan minyak yang penuh, tiba-tiba ada yang mendakwa itu bukan miliknya?

Apa yang harus dilakukan, bila masa silam yang cuba dilupakan kembali menghantui dan mengekori dalam diam?

Sesungguhnya dendam itu amarah yang marak apinya. Sama ada kita berjaya keluar atau hangus terbakar terperangkap di dalamnya.

Bagi Kief dan Arin, mereka hanya mahu mencari bahagia. Namun hidup yang baru bermula adakah sudah sampai ke penghujungnya?

"There are some things in life that are worth fighting for till the end."

Paperback

First published December 1, 2016

4 people are currently reading
121 people want to read

About the author

Dhiya Zafira

23 books191 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (29%)
4 stars
74 (54%)
3 stars
20 (14%)
2 stars
3 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
March 18, 2019
Sebenarnya dah habis baca lama dah. Memang target ini novel last sebelum diri ni bersalin. Alhamdulillah selamat semuanya. Tapi itulah aku dah lupa tambah dalam pantang ni tak dibenarkan membaca. Huhuhu

Secara peribadi kisahnya sangat lah okey. Tak jauh beza pun dengan cerita Jauh Kau Pergi. Watak-watak yang ada hubungan dengan novel Jauh Kau Pergi. Gaya cerita yang memang buat aku nak tahu sangat what next memang diceritakan dengan baik dan tak meleret. Bahagian misteri sesuatu keadaan tu best. Bahagian romantik tu ada walau tak banyak tapi cukup untuk buat kisah tu jadi cantik.

Ada dua watak jahat yang pada mulanya kedua watak ni tak ada kaitan antara satu sama lain. Tapi tidak sebenarnya. Hubungan anak perempuan dan abi yang sangat rapat. Hubungan suami isteri yang saling memahami dan bertolak ansur. Hubungan kekeluargaan secara keseluruhannya memang perkara penting yang ditulis penulis tanpa ada hasad dengki di antaranya.

#akusuka
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 8, 2017
3.5*

Lama tak baca tulisan DZ. Malah yang hat cover hitam tu pun aku langkau semata-mata kerana Kief hoho.

Berbaloi? Ya, alhamdulillah. DZ dan sentuhannya masih memukau seperti dulu. Aku suka kerana kisah garapannya bukan hanya kisah cinta semata-mata. Ada aksi yang terselit yang boleh buat kita yang membaca tak senang duduk.

Tapi, kisah che abang bomba kali ni tak begitu berbisa. Mungkin kerana watak Airina yang paling banyak mendominasi kali ini. Namun ya, nama Kief memang lekat di hati usai membacanya. Adegan cemas bermain api dan air memang terbaik. Tabik abang bomba!

Dan aku suka kisah Airina@Arin walau pada mulanya sedikit bosan dengan Arin yang asyik menangis, sebab tu bukan heroin kebiasaan penulis *wink*. Namun ya Arin cepat bangkit melawan kisah lalu. Di sisi Kief, Arin jadi ‘keras’. Itu aku suka.

Terima kasih untuk nama heroin. Ecehhh… *perasan*
Terima kasih kerana masih kekal DZ yang dahulu, yang mana tak perlukan kata-kata manis atau adegan bergula untuk menampakkan pasangannya bercinta.
Moga DZ terus berkarya. Aku nantikan si Eddie pula :))
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
November 15, 2023
Such a let down. Bosan gila.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 14, 2023
My own rate for this book: 4.5⭐️

Buku Kak Dhiya setakat ni memang tak mengecewakan. Novel ni aku baca sebab nak hilangkan ‘reading slump’ aku. Dan aku berjaya ya, aku habiskan dalam masa 6 jam macam tu, sampai tidur lambat ya 😵‍💫 Tak sedar diri esoknya kerja. 😅

Tapi sebab buku ni best, aku tak boleh nak stop baca.
Jalan cerita yang menarik, dan karakter yang agak berbeza berbanding novel-novel yang aku pernah baca sebelum ni. ML dan FL, dua-dua karakter yang matang. Aku suka sangat relationship diorang. Tapi buku ni actually agak ‘pain’ jugak bagi aku. Sebab dua-dua insan ni tersakiti dan menyimpan banyak sangat luka. 🥹 Suka cara dua karakter ni sama-sama berusaha nak mengatasi masa lampau mereka. Dan satu lagi yang penting dalam ni, karakter Emma, novel ni bukan sekadar novel cinta tapi novel yang menceritakan mengenai kasih sayang dan kekeluargaan. 🫶🏻 Suka sangat relationship Emma dengan Kief dan Arin 💯

Buku ni action romance, cumanya bagi aku kurang sikit bahagian aksinya 😌 Tapi overall, buku ni best 👏🏻


Profile Image for Eyd1410.
834 reviews22 followers
May 22, 2018
Untuk kali ini, saya himpunkan sekali pandangan saya tentang watak-watak hero dari novel-novel writter sebelum ini. Rif, Jimmy, Dzar Talha, Zack Karami, Sid, Haq dan juga Kief. Bagi saya, mereka semua adalah fighter. Mereka berjuang untuk memastikan kelangsungan hidup dan melindungi cinta hati mereka dengan nyawa mereka sendiri. Pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang menbuatkan mereka punya persamaan di antara satu sama lain. Tahniah writter di atas kewujudan hero-hero Malaya ini!!!
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews200 followers
February 21, 2023
Buku ini best.. more to romance. Action-nya hanya sedikit.

Buku² penulis ini tak sah kalau tak habis dalam 1 hari. Leka weii. Baca buku hanya stop masa pickup kids from school, solat and lunch sahaja.

Okay lepas ini kita baca tentang Eddie pulak.. eehh ke Haq?
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
March 2, 2023
Pertama kali baca novel DZ. Beli stand alone sebab risau bahasa tak kena 'selera' tapi memang terbukti salah.

Aku suka dengan watak dalam buku ni, semua matang termasuk Emma.

Kief, green flag mamat ni ye. Sikap dia yang mengambil berat, bersifat pelindung, matang, tetap pendirian dan tak malu untuk tunjuk sisi yang lemah dan membuatkan aku suka Kief sangat-sangat.

Arin, penyayang, kuat, memahami, tak mudah putus asa & tak cepat melatah. Walaupun Arin rasa tak mampu teruskan hidup sebab sebahagian dirinya hilang selama 5 tahun, dia tetap kuat mencuba. Arin, aku suka watak dia.

Emma, terima kasih penulis, sebab tak buat watak dia terlalu kebudak-budakkan.

Okay jom cakap pasal plot, aku dah boleh agak sikit apa yang bakal berlaku. Plot simple tapi dikembangkan dengan menarik.

Aku juga suka perbualan Kief dengan Eddie/Hayat/Ibu.

Cuma aku tak gemar penulis guna perkataan English dalam ayat penuh Bahasa Malaysia. Nervous (gementar/menggigil), confident (yakin), happy (gembira/suka), time dll.

(BM aku takda lah sempurna mana, tapi aku rasa kalau penulis ada peluang untuk menulis dalam BM sepenuhnya tak salahkan?)

Akhir sekali, adegan terakhir Muaz ada potensi untuk dikembangkan sedikit sebelum tamat. Dia macam eh dah habis? Macam tu je?

Boleh cadangkan buku DZ yang mana aku patut beli?
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
July 1, 2024
Cuba bayangkan apabila tersedar dari lena rupa-rupanya dah lima tahun berlalu. Itu yg berlaku pada Arin. Kejadian terjatuh pd hari majlis akad nikahnya menyebabkan Arin koma selama lima tahun. Bila dia sedar, uminya telah meninggal dunia. Kakaknya pula berhijrah ke Australia. Tunang Arin pula dah menikah dgn perempuan lain. Arin kehilangan tempat bergantung.

Arin cuma ada Kief dan Emma. Kief merupakan suami kepada arwah kakaknya, Lisa. Kief sangat protective bila melibatkan Arin. Sampai tak senang duduk dia bila Arin mula buat keputusan sendiri.

Apa yang berlaku kepada hubungan mereka?

Karya penulis memang tak pernah mengecewakan walau aku agak terlambat baca novel ini. Pengolahan dan gaya penceritaan yg tidak membosankan.
Selain mengenengahkan tugas hakiki Kief sbg anggota bomba, diselitkan juga tentang dendam, persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Aku suka baca bahagian yg mengaitkan dengan bomba, dapat sedikit info sebagai pengetahuan. Paling utama penulis menceritakan dgn baik sampai aku dapat gambarkan apa yg berlaku. Best.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews227 followers
November 1, 2025
surprisingly i like this one less than haq (sebab ramai kat goodreads prefer kief over haq, so i expected i'd be the same). cerita arin ni macam tenggelam sikit lepas dia kahwin, tapi ye la kan dah nama tajuk buku pun kief, mesti la cerita highlight dapat kat kief. anyways, i betul-betul tak sabar nak baca pasal hayat ni.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
October 19, 2018
[BOOK 85]

Kief by Dhiya Zafira.
.

Best. Ni macam genre action romance kot.
.

DZ memang antara salah seorang penulis novel action romance. Dan ni novel kedua DZ yang kubaca selepas Antologi Cinta Dia: Haq.
.

Kief ni seorang ahli bomba. Seorang duda beranak satu. Anaknya Emma, 13 tahun. Dan Kief ada seorang adik ipar, Arin yang terlantar di hospital kerana Persistent Vegetative State. Dan setelah 5 tahun, Arin 'sedar'. Dan untuk menjaga Arin, Kief mengahwininya. Kehidupan mereka baik-baik sahaja sehinggalah kemunculan Rais.
.

Siapakah Rais? Kemunculannya membongkar semula kejadian 13 tahun lalu. Namun, hakikatnya hanya Lisa, arwah isteri Kief sahaja yang tahu. Kembalinya Rais untuk menuntut hak ke atas Emma. Benarkah Emma bukan anak Kief?
.

Dan pada masa yang sama, kehadiran Muaz turut menggugat keamanan keluarga Kief. Semuanya kerana dendam 8 tahun lepas. Emma hampir mati terbunuh dalam satu kebakaran yang disengajakan. Dan apakah hubungan antara Muaz dan Rais?
.

Yang kusuka dalam novel ni, wataknya yang matang. Disebabkan ni novel action romance, yes, not so much of romance thingy here. Tapi, action part pon tak banyak sangat. Just nice.
.

Dalam novel ni jugak ada cameo hero heroin from her other novels. Tapi sebab ku tak pernah baca, i can't really appreciate much.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
January 11, 2017
3.7*

Because I think I like SDN more than KIEF ;)

Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
January 1, 2017
A Great book to end 2016.

Awal cerita mmg emosi baca pasal Arin. Arin menangis, aku pon nak nangis. Tiba2 jadi sebatang kara bila bangun lepas 5 tahun tak sedarkan diri. Mak meninggal, tunang kahwin lain, paling sadis kakak sendiri tinggalkan dia dan berhijrah ke luar negara.

Bekas Abg ipar juga yg ada di sisi definitely Kief @ abang bomba I love u. Ehhhh.

Mak Yah mmg terbaik bila cadangkan Kief dan Arin kahwin sbb dua2 perlukan someone utk lupakan kenangan lalu dan tempat bergantung.

Writer mmg bijak buat aku tertanya2 siapa dalang yg nak balas dendam pd Kief dan cerita di sebaliknya. Rasa mcm nk selak belakang dulu.

Anak Kief dan arwah Lisa, Emma sgt bijak dan matang. Cuma aku kesal sikit bila Kief masih was2 Emma bkn anak dia dan percayakan fitnah Rais.

Perfect ending bila Arin dan kandungannya selamat lepas diculik si psiko.

QnA utk writer, klu sudi boleh jwb:
Q1: Eddie kenapa sentap sgt bila Hayat sebut nama Aufa.
Q2 : Hayat akan jd next hero x sbb dia ada karisma n sgt memahami.
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
May 25, 2017
3.5

Kurang berapi pada saya. Tapi DZ is my all time fav writer. Will look forward to eddie's story!
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
September 15, 2021
Karya pertama penulis yg aku baca. Best. Lepasni akan ku buru karya² penulis yg lain. Menyesal lambat kenal penulis. 😂
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
February 10, 2017
Karya DZ tidak pernah mengecewakan walaupun membaca masa yang diambil untuk sampai ke titik penamat amatlah lama. Aura >thriller DZ kuat walaupun cara kematian watak antagonis buat KakChik rasa tak puas hati.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 17, 2021
Mampukah 'ganti tikar' membawa kebahagiaan?
.

Khilfi Arami, seorang ahli bomba. Insiden 8 tahun lalu mengubah hidupnya dan pemergian isteri tercinta 13 tahun lalu menjadikan dialah ayah dan dialah ibu kpd satu-satunya permata hatinya, Emmalin Adura
.

Arin, dia diuji oleh Allah pd hari pernikahannya. Arin terjatuh tangga dan menyebabkan dia koma. 5 tahun, keluarganya menunggu untuk dia sedar namun tiada tanda positif. Hinggakan dia uminya meninggal, tunangnya bernikah lain serta kakaknya berhijrah ke luar negara. Namun kehadiran Kief merangkap bekas abg iparnya mengubah segalanya. Dia yg seakan tiada harapan tiba2 memberi tanda positif lalu sedar . Satu keajaiban yg berlaku
.

Demi rasa tanggungjawab serta rasa sayang, Kief menikahi Arin atas saranan ibunya walaupon dia masih terkenangkan Lisa, isteri yg telah lama pergi
.

Nyawa Emma dalam bahaya. Kehadiran Rais menambah luka pd Kief. Asrama sekolah Emma dibakar dan Emma nyaris maut bersama rakannya,Fatin. Dendam lama muncul kembali. Luka lama berdarah semula. Muaz turut hadir menuntut nyawa
.

Siapa Rais? siapa Muaz? Dendam apa yang membara dalam diri mereka? Apa yang telah berlaku terhadap mereka hinggakan kebahagian Kief menjadi taruhan? Hinggakan nyawa Emma bagai dihujung tanduk?
.

Sebuah novel yg sarat dengan nilai kekeluargaan dan kasih sayang. Turut terselit part aksi, walaupun tidak terlalu banyak tp cukup sebagai penambah rasa
.

Tahniah utk kak Dhiya atas naskhah ini walaupon aku agak terlambat😅
.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
December 8, 2016
KIEF_***** kak bagi! Ini yg kak suka ttg DZ, dia tk perlukan ayat bergula utk citer jd manis, tk perlu adegan dlm bilik utk citer jd menarik.. dia cuma gunakan ayat2 kasih sayang..ayat mudah yg budak2 sekolah pun blh baca dan tidak perlu sorok simpan buku ni sbb KIEF bacaan umum yg blh dijdkan hadiah waima utk anak sekolah rendah apatah remaja mahukan dewasa!

-Tang itu kak mmg tabik DZ! Sejak dulu, DZ punya gaya citer ada jiwa! jika Hero sebelum ni dr unit berunifrom, tentera dan polis, kali ni dari bomba pula. puas disajikan dgn mainan senjata tajam dan tembak menembak kali ni kita bermain api dan air pula!

Khilfi Arami, ayah kpd Emmalin Adura, suami kpd arwah Adra Nurlisa, seorg yg tabah dan penuh kasih sayang. Kehilangan Lisa berbelas thn tdk mampu meluputkan rasa cintanya pd wanita itu. Tetap erat dan utuh! Kasih sayangnya pd Emma juga terlahir indah menyusur waktu. Tp dlm masa yg sama dia perlu meletakkan seorg lg wanita dlm hatinya! Tiada pilihan bila Airina Zahra perlu ada antara kasihnya pd Lisa dan sayangnya pada Emma.

-Kak suka cara Kief melayani Emma. Sporting tp tegas. Manja tp berpada2. Paling best Kief mampu ‘masuk’ dgn minat Emma yg suka membaca novel. Kief tetap bagai seorg ayah yg lain juga bila ada masa diusik rasa risau! rasa takut! walau tanpa kasih seorg ibu, Emma berjaya dibentuk jiwa dan diri menjadi anak gadis yg manis! Kasih sayang tiada berbelah bahagi! itulah Abi Kief yg mithali!

Airina Zahra @ Arin, adalah adik arwah Nurlisa. Dia akhirnya bangkit juga dr ‘tidurnya’ yg panjang. 'Tertidur' krn satu insiden pd hari bahagianya! Luluh hati Arin bila ketahui insan2 yg dia sayang ‘hilang’ dr sisi. Uminya tlh ‘tiada’ dan kak Intannya juga ‘pergi’. Hilman, tunangnya juga menyepi! Hanya pd Kief yg masih mahukannya saja dia berpaut. Langkah baru bg Kief dan Arin bila keputusan dibuat utk hidup bersama. Mereka mahu mencipta bahagia! Mereka ingin merasa gembira! Tapi laluan mereka dicabar! Kief tdk sangka sakit kehilangan Lisa bagai terlupus bila ketahuan status Emma dlm hidupnya! Arin bagai hilang kata2 bila tahu siapa Rais pada Kief dan arwah Lisa! Kebenaran yg menyakitkan! Tdk cukup sakit itu, muncul pula Muaz yg mahu membela nasib ‘isteri dan anaknya’.

- Gila meroyan si Muaz ni. Hilang pertimbangan bila terlalu taksub dgn kasih sayang pd isteri dan anak sampai terlupa pd qada dan qadar! Simpati la juga pd Muaz tp geram dan sakit hati lebih lg. Dia ni mmg la, mcm terlupa pd 'budi' Kief 10 thn dulu sebelum insiden 8 thn tu! aishhh...bengang betul akak!

~ Eddie, Rif, Jimmy, Sid dan Jan. Watak2 terdahulu yg muncul menambah ‘kemeriahan’ KIEF! memasing punya peranan dan watak yg buat kak rasa seronok dan terubat rindu kat dorang2 tu! Setiap mereka dr bidang kerjaya berlainan tp bersatu hati dan punya semangat setia kawan yg kukuh! Kief dan Eddie rupanya kembar tahun! Hubungan mereka sgt rapat sementelah mereka bertiga beradik lelaki! Mmg patutlah kamceng!

Psssttt DZ, Kief dah 2 kali kahwin, anak pun dh ada..Eddie punya bila? Mak mah bg tempoh 6 bln aje kan?, Eddie dah jumpa ke belum? hihi

Keseluruhan? KIEF_ masih mampu memukau akak utk membaca dlm tempoh tdk lama! Tak blh rasanya nk biar lelama. Tak senang duduk..huhu....TAHNIAH DZ! Kak tunggu yg seterusnya pula…EDDIE dan ……??? AUFA??? eh! eh! \/ Peace..(•◡•)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 11, 2017
waaahhhhh.... heronya bapa tunggal punya seorang anak perempuan dan ahli bomba. hidupnya memang pembaca boleh rasa sama, kosong hanya untuk anaknya saja... Kief, watak yang digambarkan amat bertanggungjawab dan ambil berat tentang insan lain. Kalau tidak masa kan bekas adik iparnya Arin yang terlantar tidak sedarkan diri selepas kemalangan sejak 5 tahun lalu sering dilawati dan bila intan putus asa dan terbang ke perth meninggalkan adiknya arin keseorangan, kief mengambil tanggungjawab penuh untuk menjaga Arin.. Siapa tahu rahsia Allah. 5 tahun terlantar akhirnya Arin sedar. Tapi sedih kerana hanya kief saja yang ada. Kakaknya intan ke perth, tunangnya hilman berkahwin dengan sahabatnya izzah setelah 8 bulan dia terlantar.. Hanya kief sekeluarga yang ada... ada beza rupanya koma dengan PSV - persistent vegetative state....

Dua prolog babak aksi yang ada di awal kisah sebenar dah mampu buat pembaca teruja untuk meneruskan pembacaan. walaupun ada rasa terpinga-pinga, ehh.. kisah apa ni?.. tapi momentum keterujaan itu kekal hingga helaian terakhir. mula masuk kisah pembalasan dendam.. dendam yang membuatkan hidup kief huru hara. walaupun pada awalnya perkahwinan dengan arin membahagiakan tapi rais mula datang mengganggu. rais yang pernah membuatkan rumahtangganya dengan arwah lisa bergolak tapi aib lisa tetap di simpan sampai lisa tiada. Cuma bila kedatangan rais yang menuntut mahukan haknya membuatkan kief hilang pedoman, hilang rasa. Arin berjaya memujuk kief memberitahu apakah rahsia terbesar itu dan hasilnya, emma???.. Aduhai...

Bukan emma saja sasaran. Dan bukan rais saja yang berdendam. Rupanya ada lagi. Kief, kenapalah watak sebaik kamu punya musuh yang seperti bom jangka?. Hubungan adik beradik yang kuat antara kief, eddie dan hayat juga sokongan yang tidak berbelah bagi dari arin buat kief mampu bertahan. Cuma satu, mampukah dia bertahan bila keputusan darahnya dengan emma tidak sama dan mampukah dia terus bertahan bila emma hilang dan seterusnya arin pula diculik? Watak memang banyak, dok terkejip gak bijik mata bila fikir ehh.. ada lagi watak?.. Tapi rupanya semuanya berkaitan.. Perkaitan yang tak di duga...

Ini adalah kisah cinta kekeluargaan. tapi bukan kisah cinta bergula antara pasangan berkasih. Suka dengan aksi yang digambarkan. Suka dengan penceritaan tentang tanggungjawab ahli bomba. Suka dengan ikatan erat kekeluargaan, sahabat sejati. Dendam, lagi di simpan lagi di pendam akhirnya mampu membakar diri. Nak pula dituju pada pihak yang konon bersalah tapi sebenar tidak tahu apa-apa.. Tahniah puan penulis Dhiya Zafira untuk kisah yang tidak perlukan ayat berbunga, tidak perlukan madah pujanga, tidak perlukan hero yang kaya berharta.. KIEF, berpijak pada realiti dunia, apa yang ada di hadapan mata...
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
September 23, 2017
Ini merupakan kali pertama aku membaca hasil karya penulis. Bagi aku, aku suka dengan storyline novel ini. Ada aksi, cinta dan kekeluargaan. Tidak membosankan untuk dibaca. Aku akan cuba untuk membaca karya penulis yang lain.
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
September 4, 2021
Epilognya buat ku menangis terharu. Tak ada lagi rasa resah. Semuanya terjawab.

Plot yang menarik. Action ada, romance ada.
Profile Image for Ain Hamdan.
7 reviews1 follower
December 26, 2025
Masa baca prolog, saya teruja. Nampak macam genre aksi dan thriller. Tak sabar nak menikmati novel ni.

Beberapa bab pertama cerita tentang Arin yang terlantar sakit selama 5 tahun. Part itu saja dah panjang dan cerita tentang hubungannya dengan Kief. Saya mula ternanti-nanti bila nak masuk part yang berkaitan dengan prolog.

Hanya beberapa bab terakhir baru la saya teruja untuk tahu apa kesudahan konflik yang timbul dari dendam seseorang pada Kief.

Arin dan Kief adalah dua watak yang kuat yang saling mendokong antara satu sama lain. Cuma hubungan mereka yang bermula sebagai adik-abang ipar agak janggal untuk saya.

Gaya penulisan Dhiya Zafira banyak kelainan dari novel beliau di bawah terbitan Alaf 21. Penulisan beliau kali ini lebih seronok dibaca dan tak draggy.

Tapi emosi dan kesakitan yang dilalui oleh kedua-dua watak utama tak dapat saya hayati. Mungkin disebabkan premis ceritanya yang lain dari biasa.

Ada 2 backstory untuk kedua-dua watak yang perlu dihuraikan dengan lebih mendalam untuk saya betul-betul menghayati kisah hidup mereka.

Novel ini banyak mengetengahkan tentang kebangkitan watak utama dari pengalaman silam dengan sokongan dari orang sekeliling. Juga tentang hubungan kekeluargaan antara ayah dan anak yang erat.

Saya tak rasa nak reread cerita ni. Cukup la saya tahu kesudahannya dalam misi saya membaca semua karya Dhiya Zafira. Cerita yang tidak susah untuk dihabiskan tetapi tidak begitu meninggalkan kesan untuk saya.

☕ Genre: Drama (70%), Romantik (20%), Thriller (10%)
💡 Tema: Healing, Kekeluargaan
⭐ Rating: 4.15 - I enjoy it 😄
26 reviews4 followers
February 9, 2017
aku suka!!! antara penulis yg mempunyai 'signature'nya tersendiri.

1. Penceritaan yang sama seperti novel penulis terdahulu, pembaca tidak perlu berteka-teki lama, setiap kekusutan akan dirungkai pada bab/bah yang seterusnya (ini maksud aku 'signature' - tak tahu nak guna perkataan apa :P)
2. Kief- si abam bomba, hero yang lebih matang dalam setiap tindakan berbanding hero sebelumnya (ye la yg ini heronya duda :P)..direct to the point pinang Arin...ku suka :D
3. Aksi/thriller yang lebih loose berbanding HBR, JKP & TBK..namun cukup rencah, aksi penyelamatan kebakaran digarap baik oleh penulis
4. Romance? DZ ada caranya yang tersendiri yang boleh membuat aku sebagai pembaca blushing dgn bersopan santun!
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 19, 2018
Karya ini ada jiwa dan empati. Kief seorang bapa yang sangat sayang kepada anaknya Emma. Pada masa yang sama, dia menyimpan sebuah rahsia yang perit.

Arin, sudah 5 tahun tidak sedarkan diri. Kakaknya Intan akhirnya putus asa untuk terus menunggu.

Jalan cerita memang agak lain dari kisah yang selalu kita baca. Kisah Kief dan Rais, dendam yang tiada hujungnya. Arin yang baru sedar dan cuba memulihkan semangat untuk terus hidup dan dendam Muaz.

Perkaitan kisah mereka digarap cantik oleh penulis. Cuma aku rasa, part dendam Muaz kurang detail sedikit, tapi masih difahami.

Watak Yana sedikit sebanyak membantu kisah ini, tapi bila dia dibunuh dan tidak ada plot tentang kehilangan dia rasa macam kesian pulak, takde pembelaan.

Ending Muaz pun macam kurang sikit la, sebab dia dah buat macam-macam, akhirnya ... (tak boleh tulis, nnt jd spoiler).

Kalau penulis keluar lagi novel baru, aku akan beli. Hehehe.
Profile Image for Yan.
116 reviews2 followers
October 17, 2023
My emosi waktu baca novel nie, memang naik turun. Nasib baik boleh teruskan baca sampai habis.

Rating: 🌟🌟🌟🌟.5

Seorang wanita finally sedar, setelah 5 tahun tak sedarkan diri dan terlantar di katil nursing home. Alangkah terkejutnya dia, sebab dia dah hilang masanya 5 tahun. Ibunya meninggal dunia, tunang dia dah kahwin lain, even kakak dia dah pindah duduk Australia…😩

Hanya bekas abang iparnya sahaja yang masih setia untuk menjaganya. Tetapi, kerana ada batasan agama, mereka berkahwin supaya bekas abang iparnya (merangkap suaminya) boleh menjaga wanita tersebut.

Dalam masa yang sama, ada yang berdendam dengan suami wanita tersebut. Ada orang nak dia mati. Ada orang nak seksa dia. Siapakah dia? Kenapa dia berdendam sangat2 dengan suami tue?

ML - Khilfi Arami / Kief
Seorang duda yang mempunyai anak perempuan berumur 13 tahun. 13 tahun juga ML menduda sebelum dia kahwin dengan FL. Bekerja sebagai penyelamat bomba.

“𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒓𝒊𝒏 𝒘𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒖𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖. 𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑨𝒓𝒊𝒏… 𝑰 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 𝑰 𝒘𝒐𝒏’𝒕 𝒍𝒆𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒈𝒐.” 𝑲𝒊𝒆𝒇 𝒕𝒐 𝑨𝒓𝒊𝒏.

Dah hujung2 camnie, barulah ML ucapkan perkataan sayang tue kat FL…😩😩😩 Susah tau ML nak ucapkan sayang kat FL nie.

FL - Airina Zahra / Arin
Kerana satu insiden sebelum majlis perkahwinannya, FL jatuh dan tidak sedarkan diri selama 5 tahun. In the beginning, setelah sedar, FL banyak menangis dan banyak menyalahkan orang2 kesayangannya. Especially her sister and her fiance. Tapi, lama kelamaan, FL cuba bangkit dan membina kehidupannya kembali bersama ML.

Pada permulaan novel, watak anak ML, Emma, agak annoying untuk kita. Mungkin sebab anak tunggal, and cara dia dibesarkan pun gaya macam kawan2 jer dengan ayahnya. Jadi, ada time, Emma nie melawan cakap ML. That makes me feel annoyed. Like, he’s your father kot…😠

Itu belum lagi watak FL. Semua benda nak disalahkan. When her sister cuba pujuk FL untuk datang ke Australia and tinggal bersama dengan kakaknya, she refused. And I like when her sister tanya balik, “So, what do you want me to do?” Betul. Dalam keadaan macam nie, no one is to be blamed. Bukan salah kakak FL, bukan salah tunang FL sebab dia berkahwin lain. Bukan salah FL. In the end, ini adalah ujian daripada Allah, dan these people have tried their best.

And ML. Oh come on! Communication is penting dalam perkahwinan. Kena ada komunikasi 2 hala. I like when in the beginning, ML memang kuat untuk membantu FL untuk bangkit semula. And after they got married, apabila ML ditimpa masalah bertalu2, FL menjadi kuat untuk membantu ML supaya dapat bertahan dan melawan musuh2 nya.

Character development FL memang terbaik. Daripada suka menangis dan murung, FL slowly bangkit semula. Of course, dengan ada pertolongan dari ML dan ahli keluarganya…👍🏻 In the end, hanya diri sendiri yang hanya dapat membantu diri sendiri.

Ada 3 themes yang dibincangkan dalam novel nie. Grief, acceptance and communication (which kita dah huraikan kat atas).

Apabila kesedihan yang melampau, tidak dirawat, akibatnya akan menjadi seperti watak orang jahal dalam novel nie. Daripada sedih, and tidak menerima takdir (redha / accept) dengan baik, akhirnya bertukar menjadi dendam. Sehingga memakan diri sendiri.

Redha / berdamai dengan takdir itu perlu. Kalau sedih, kalau gembira, dalam apa jua keadaan, in the end, berbalik pada Allah. Baru hati kita akan tenang.

Panjang sungguh review kali nie. Apa2 pun, penulisan author nie seperti biasa, memang terbaik. Bahasa, plot, semua okey. Cuma, bahagian aksi agak kurang dalam novel nie kalau nak dibandingkan dengan buku HAQ. Konflik pun, selepas sebahagian novel nie. Itupun cepat sangat diselesaikan.

Ada satu bahagian yang buat kita agak confused. Bahagian Emma melarikan diri. Dari Taiping, Perak ke Melaka. Like how? She didn’t bring any money / purse. Tiba2 dah sampai ke Melaka. Part tue kita macam confused…🤔 (P/S: Author dah explain bahagian nie kat IG kita ❤️💛💖)

Other than that, kita berpuas hati bila baca buku nie. Buku nie membuatkan kita nak baca kisah Eddie (adik ML). Apa2 pun, teruskan berkarya yer, author…👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
May 6, 2023
✨KIEF by Dhiya Zafira✨
Akan aku pertahankan hingga akhir hayat.
.
🌟5/5
Novel KIEF sama seperti naskah DZ sebelum ini yang menjadikan abang-abang beruniform sebagai hero.Dan seperti yang dijangka KIEF tak mengecewakan malah buat saya rindu nak baca novel DZ yang lain.Banyak tema dan pengajaran yang dibawa oleh penulis menemani pembaca dalam menyelusuri kisah Kief-Arin.

Jalan cerita KIEF dibahagikan kepada dua bahagian 1️⃣permulaan kisah Arin setelah bangun daripada tidur yang panjang.
🌻It's never too late to start over again and be happy.
Bahagian pertama fokus pada apa yang terjadi pada diri Arin selepas lima tahun.Tiada jaminan daripada doktor yang dia akan sedar jadi menunggunya bukan sesuatu yang mudah untuk orang terdekat Arin.Hanya Kief,bekas abang ipar dan Emma anak saudaranya yang masih setia menunggu Arin sedar.

Keadaan Arin yang berputus asa untuk hidup selepas bangun dan menyedari hakikat yang dia kini 'sebatang kara' sedikit sebanyak menyentuh hati.Tapi Arin beruntung sebab dikelilingi insan lain yang banyak memberi semangat dan nasihat.Watak-watak petugas hospital seperti Agnes dan Azwa banyak menyedarkan Arin tentang peluang kedua yang diberi Allah untuk meneruskan hidupnya.

Jiwa Kief pula masih terpenjara dengan cinta Lisa selama 13 tahun.Kata Kief dia bahagia tapi hakikatnya hidup dia hanya untuk Emma dan kerja.Tiada ruang dalam hati yang diberi untuk wanita lain menggantikan Lisa.Tapi hatinya sedikit terbuka untuk menerima dan menikahi Arin selepas mendengar cadangan dan nasihat daripada uminya dan Eddie.Ya,dia berhak bahagia seperti orang lain.

2️⃣rahsia Kief tentang Lisa dan Emma.
🌻Family.Where a life begins and love never ends.
Bahagian akhir pada mulanya ingat pasal Arin yang sedaya upaya cuba membuatkan Kief untuk mencintai dirinya seperti cinta Kief pada Lisa.Tapi kali ini cerita tentang kasih sayang dan pengorbanan Kief pada anaknya,Emma.

Tema kekeluargaan dalam bahagian ini ditonjolkan melalui hubungan Kief-Emma.Suka baca betapa teguhnya kasih Kief pada anaknya walaupun ada yang cuba menabur fitnah dan mengelirukan Kief.Arin pun semakin matang bila menjadi kekuatan untuk Kief dalam menghadapi masalah keluarga mereka.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
January 15, 2021
Tak cukup bintang yang ada kat GR ni nak bagi. 😅 Memang best. Macam-macam rencah ada. Sedih, gembira, marah, kekeluargaan, dendam, persahabatan, psiko macam-macam la. Antara Kief dengan Emma, rapat sangat hubungan diaorang, suka tengok, kadang-kadang tak macam bapak dengan anak, dah macam kawan. Suka dengan watak Hayat, selamba badak dia je. Arin plak, sleeping beauty dalam cerita ni. Terjaga dari tidur yang panjang. Dah jaga tu, dia asyik nak nangis je pastu salahkan orang tinggalkan dia. Part tu kurang berkenan skit dengan Arin. Dah awak tu "tidur" lama sangat, takkan lar life orang lain pun nak "tidur" sekali macam awak kot Arin. Nasib baik lepas tu dia tahu gak nak move on. Pastu part watak jahat tu tak payah cerita lar, harus ada untuk tambah rencah cerita ni.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
December Roll Up (2)

03/12/2017

Kief
Dhiya Zafira
Penerbitan Poreng Kertas
472 ms

Kisah perjuangn Kief,duda kematian isteri,dlm mbesar kn satu2 nya ank tunggal perempuan nya. Kemunculan lelaki psiko membawa bala yg mnganggugugat keselamatan keluarga kecil nya.
Perkahwinan dgn Arin,bks adk ipar atas rs tggjwb sementelah Arin yatim piatu,kakak pula jauh ke luar negara,mbina bahagia sendiri. Lbh kpd putus asa utk bharap bhw Arin akn sembuh dr PVS nya.
Kuasa Allah,Arin bgkit tnpa sdkt khlgn memori..tp rapuh,tiada ibu mahupun kakak di sisi saat dia bnr2 sdr dr 'koma'..

Kisah yg benar2 buat sy kagum dgn watak Kief!
👍

★★★★
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.