Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mendung Tidak Bererti Hujan

Rate this book

Unknown Binding

Published January 1, 2013

About the author

Rejab F.I.

50 books6 followers
Rejab bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena Rejab F.I. merupakan seorang penulis dan penyair. Beliau bukan sahaja berbakat menghasilkan cerpen, novel dan sajak malah beliau juga berkebolehan menulis skrip drama televisyen. Pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional, 1971 (Puisi) dan Hadiah Sastera Esso-Gapena, 1985 (Cerpen).

Bekas guru ini dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September, 1941. Anak kepada pasangan petani Ismail Salleh dan Yah Saman ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan sehingga Darjah V, 1950, Sekolah Melayu Paya Darjah VI, 1954, Sekolah Melayu Kangar (Lelaki) Darjah VII, 1955 (dalam masa penjajahan Inggeris).

Di samping itu Rejab FI mengambil inisiatif belajar sendiri ketika masih seorang guru, beliau lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP = PMR), 1961, Sijil Pelajaran Persekutuan (SPP = SPM) 1962, Sijil Tinggi Pelajaran (STP = STPM), 1975 (setelah kemerdekaan). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) - Mahasiswa Luar Kampus - Lulus Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian (B.A. Hons.) 1980, (ketika menjadi guru).

Kerjaya dalam bidang perguruan bermula apabila dilantik sebagai guru pelatih pada 1956. Dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Rendah pada tahun 1970-1979. Mengajar pula di Sekolah Menengah dan sebagai Guru Penolong Kanan pada tahun 1982-1991. Rejab FI bersara pilihan sendiri sebagai pendidik 1991 (ketika berusia 50 tahun) kerana ingin menumpukan perhatian kepada penulisan sepenuh masa hingga kini.

Nama Rejab F.I. pula merujuk kepada nama dua orang yang menjadi kebanggaannya, isterinya Fatimah Taha dan bapanya Ismail Salleh.


Rujukan : http://rejabfi50.blogspot.com/2008/05...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (66%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
November 13, 2016
"Walau bagaimana susahpun hidup kita, ayah tidak mahu memohon bantuan daripada siapa-siapa. Kita mesti berusaha sendiri mencari rezeki hidup kita".

p/s: Begitulah yang sepatutnya. Jangan suka meminta-minta sedangkan kita ada kudrat yang Allah kurniakan.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.