Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
DITERBITKAN SEMPENA BIG BAD WOLF SALE — DISEMBER 2016

Apabila novelis terulung negara Akmal Hashim ditemui mati di tempat kediamannya dalam keadaan aneh, tiada siapa pun yang dapat meneka sebab musababnya. Dia tergantung mati dengan kostum serigala masih utuh di tubuhnya.

Freddy telah diberi tugas sebelum itu untuk menyiapkan manuskrip novel bersama Akmal Hashim. Kematian Akmal Hashim membuatkan Freddy mahu membongkar rahsianya.

Ada orang yang akan mati. Ada orang yang akan selamat. Ada juga yang akan gila. Membaca atau dibaca, ditulis atau menulis. Serigala akan melolong, pabila rahsianya terbongkar.

190 pages, Paperback

First published December 9, 2016

2 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Lokman Hakim

63 books123 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (12%)
4 stars
8 (14%)
3 stars
31 (56%)
2 stars
8 (14%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 22, 2016
3.7* untuk Serigala!

Lamanya masa yang nak diambil jika membaca di PDF. Ugh! Untungnya berkawan dengan penulis yang baik hati macam Lokman Hakim ni. Thanks untuk PDF-nya! Balik KL, aku ambil dan bayar naskah bercetaknya ya (Nak autograph sekali! Itu sudah pastikan. *Gelak*)

Ok ini Lokman Hakim. Ya ini memang trademark Lokman Hakim. Hampir semua tulisannya dia memang suka membawa pembacanya berputar-putar di dalam imaginasinya yang kekadang mengujakan, kekadang menyesakkan dan kekadang 'Ugh, apa ni?!'.

Aku memang baca karya-karya Lokman Hakim jadi aku rasa, Serigala bukan karya terbaik dia walaupun cerita dan kisah dalam Serigala ini boleh tahan. Untuk twist aku bagi 'thumbs up'.

Apa-apapun moga terus sukses bang Luke. Jangan risau, Asmar Shah akan sentiasa baca karya Lokman Hakim. Kalau tak best, attack jek kan. Hahaha..

Kalian tak nak baca ke? Cetakan 3 ribu jek ni.

Peace!
Profile Image for Hilmi Loma.
32 reviews9 followers
June 11, 2017
Kalau tajuk SERIGALA tapi penulisnya Lokman Hakim, KAU JANGAN PERCAYA. JANGAN SESEKALI. Sekejap aku nak lompat bangunan. Selamat tinggal dunia yang kejam!
Profile Image for hans.
1,164 reviews152 followers
August 8, 2018
Plot yang bertarung antara mana satu realiti dan fantasi. Fred yang bawa aku mengembara mencari pembunuh Akmal dan jelajah alam fiksyen yang seakan mahu ambil alih naratif sebenar. Watak mana yang patut aku percaya?

"Ada orang yang aku tak patut masukkan dalam cerita. Dan ada orang yang kau perlu cari dan jadikan watak utama cerita."

Alam fantasi dalam babak novel tulisan Fred (atau Akmal) agak menarik dan aku suka. Transisi plot dalam plot lain begini walau rasa momentum bacaan macam dipotong-potong ia satu kelainan dan rasa istimewa. Macam dapat bonus.

Aku suka that pinch of mystery macam main puzzle-- labirin aneh dan surat-surat Akmal, teka-teki dan petunjuk dari karya-karya Akmal dahulu dan watak-watak ciptaan Akmal juga Suriani dan Zurizal. Perjalanan plot yang bizarre. Terlalu banyak pertanyaan dan kekeliruan, surrealism yang aneh dan magis. Aku pilih untuk tak percayakan Fred. Entah kenapa aku rasa ada twist cerita yang akan tipu aku bila habis baca nanti.

Sekejap. Mana hilang bab 20? (Aku tak jumpa atau memang tak ada?)

Ini pertama kali aku baca karya Lokman Hakim, idea yang padat untuk satu novella. Fantasi, surreal, segala bentuk absurdity dengan ending yang kalau kau perasan kenapa Fred overreacted sangat dengan naratif Akmal, kau memang boleh teka apa yang jadi sebenarnya. Harus baca in one sitting (kalau tak mahu rasa macam otak kau sedang dikunyah serigala).
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
December 15, 2016
Mungkin mengandungi spoiler!

Oh, wow. Aku baca terlalu banyak karya-karya penerbit alternatif (yang sejujurnya dah jadi mainstream pun sekarang) yang tak menarik minat aku sehinggakan aku skeptikal sebelum mula baca novella ini. Aku tak harapkan apa-apa pun sebelum mula baca novella ni melainkan perasaan kecewa sebab aku bazirkan masa aku baca karya yang aku tak suka. Tapi aku terbukti silap sama sekali.

Novella ni mengisahkan seorang penulis, Fred dibawa dari satu realiti ke realiti yang lain apabila dia cuba mencari kebenaran di sebalik kematian rakan penulisnya, Akmal dan menyebabkan dia mula mempersoalkan kewujudannya. Lebih kurang macam tulah. Haha. Aku suka transisi cerita ni yang membawa Fred dari satu realiti ke satu realiti yang lain dan kemudian kembali semula ke realiti yang asal. Bagi aku cara penulisannya kemas dan tak memeningkan. Penuh falsafah, penat juga membaca, tapi rentak cerita yang pantas tak buatkan aku bosan.

Tak banyak perkara yang aku nak rungutkan tentang novella ni melainkan aku rasa sebab Fred memerlukan ubatnya tu didedahkan terlalu awal. Walaupun aku dah agak Fred ni ada masalah mental dari mula lagi sebab sikap paranoid terlampaunya, aku lebih suka kalau masalah mentalnya tu didedahkan lambat sikit dan tak diberitahu macam tu je. Apa mat saleh kata? Show, don’t tell? Bagi aku pendedahan tu lagi sesuai kalau diberitahu sewaktu dia ditahan polis selepas insiden di pesta buku tu sahaja. Perwatakan watak-watak dalam novella ini juga tidak ketara perbezaannya. Cara percakapan kesemua watak adalah sama dan boleh dikatakan hampir kesemuanya mempunyai personaliti manic. Dan penamatnya agak klise bagi aku. Tak ada apa-apa yang baru di situ. Tetapi selain daripada itu, novella ni boleh tahan bagusnya.

Aku baru ingat nak berhenti beli buku-buku macam ni. Tapi selepas baca cerpan Dayang Noor dalam II dan novella Lokman Hakim ni, mungkin aku tak jadi berhenti.

Syabas kepada penulis sebab berjaya tak buat aku rasa nak campak buku lepas habis baca.

Akhir kata, aku tak tahu pula yang The Star tu surat khabar Bahasa Melayu. Haha.

Profile Image for Syazwanie Winston Abdullah.
431 reviews28 followers
December 29, 2017
Surrealism writing - somehow the author used too much of it in this book. What the heck did I just read? I felt that the author was trying to mimic the writings of Stephen King, who actually, does knocks sense into surrealism, whereas this book, makes no sense at all. Maybe that was the purpose of this book. But making suicide an option to run away from a world when one thinks that life is too much, that is a big No-No. I am not an advocate of death by choice. I wasted my time and thank God, not too much money on this book. I hope his other books are better than this novella. Pretty disappointed with it, with so much rave on how the author's works are.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 12, 2016
plot berlingkar2 tapi masih tersusun, watak2 yang memang tak dijangka, sedikit di benci, cerita dalam cerita n ending yg twist - memang trademark Lokman!

memang mencabar minda tatkala baca dalam melawan kantuk!

wajib di ulang baca nanti.
Profile Image for Najwa .
33 reviews5 followers
June 17, 2017
3.5. Suka genre surrealism. Tak terkejut dengan plot twists but glad elemen tu ada.
Profile Image for sbmk.
10 reviews
July 15, 2021
First of all, MAJOR PROPS to the writer. For writing something that is finally not a fucking cliché among local novels, and doing a damn good job at it.

I don't read Malay novels, and there's one reason why. The last time I was at a bookstore browsing local works to support, everywhere I looked it's either the typical romance that involves a rich anak dato/datin and their kampung boy/girl love interest, or some kind of cerita hantu seram. Which, I'm not trying to discriminate against, cause I myself do have a couple of those kinds of books on my own shelves.

The problem is that's ALL I see under local works and it's getting tiring! International books have more options for fantasy lovers such as myself, and are just filled with so much more: mythical creatures, unexpected plot twists, confusion at more than one point in the story, EXCITEMENT, and a NEED to know how the conflict will be resolved because you can never predict what's going to happen next, because, well, it's a fantasy world where the laws of reality don't apply! And ALL of that was delivered in this novella, which is fucking amazing and REFRESHING to see from a local writer.

Side note; maybe I’ve shied-away from local novels for too long. If there are indeed more options in this genre, among local works, then I’m thinking I needa get back into it. But if not? Well then, we need more. So much more. Again, props to the writer. This is the first 5* rating I've ever given to a Malay novel. And I feel like a majority are giving 3*s cause maybe they're just not used to it? :) As a bookworm who mainly reads international fiction, fantasy fiction at that, I dare say the story here is on par with MANY other western titles.
Profile Image for Athirah Salleh.
85 reviews10 followers
April 12, 2018
3.1/5 ⭐️

Tengok tajuk, tak expect pun ni surrealism writing. I thought ni cerita pasal serigala di hutan lols 😂

Takda spoiler, but nak listkan benda yang aku suka dan tak,

Suka:
1. Jalan cerita ( walaupun agak susah nak hadam, memang kena fokus bila membaca, jalan cerita berjalan pantas dan teratur)
2. Plot twist after plot twist after plot twist
3. But unexpected ending actually

Tak suka:
1. Urghhhh kenapa perlu dedahkan penyakit penulis. Kalau kekal misteri mungkin lebih mengejutkan
2. Agak susah nak bezakan watak mungkin dialog hampir punya gaya yang sama
3. Agak berat untuk hadam

Anywayyy good job bro lokman hakim
Profile Image for Natsume Faiz.
26 reviews
April 17, 2018
Sejujurnya aku mengambil masa selama 3 minggu untuk habis pembacaan fuhh 😅
Betul lah apa yang dikatakan oleh penulis di muka surat 161 yang berkata 'Dia tak tahu ke yg ramai pembaca fiksyen tak gemar cerita yg terlalu berat falsafahnya' Jujur aku bagitau cerita ini agak berat bagi aku mungkin aku x berapa reti utk memahaminya secara senang. Di akhir cerita telah menjelaskan Akmal masih lagi hidup dan watak Freddy adalah rekaannya. Ianya seperti cerita dalam cerita. Good job writer. 👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ira Nadhirah.
605 reviews
January 1, 2018
Hampir give up baca sebab separuh jalan masih berperasaan apakah yang cuba disampaikan. Sampai penghujung pun masih apakah? Penghujung yang tiba-tiba. Cuma kalau kau nak try, kena try habiskan one sitting. Kalau tak nescaya you will let it pass je.
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 11, 2016
Rasanya buku ni the only bacaan melayu yang ada succinct twisted plot yang aku pernah baca.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
December 11, 2016
Awesome. Mother of all twisted plot. Dang!! Very strong schematic and technical storyline. Narrated by a talented novelist in a novel. It's a novel-ception!
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
January 9, 2017
Nasib baik aku bleh follow lagi buku ni... huhuhu. Mencabar imaginasi dan kesabaran. Kesabaran untuk menghabiskan pembacaan.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 13, 2021
Kalau tulisan Lokman Hakim, janganlah dianggap cerita tu biasa² sahaja. Kau akan dibawa ke merata tempat dalam penceritaan kali ini. Kau akan keliru yang mana realiti atau fantasi.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 27, 2021
Cerita dalam cerita yang dikarang oleh penulis sendiri. Watak-watak dikarang oleh penulis yang mempunyai cerita tersendiri. Cerita yang sangat 'mind blown' dan penuh dengan kejutan.
Profile Image for Kufaz.
Author 2 books2 followers
January 25, 2018
Kalau kau jenis suka cerita simple, malas berfikir dan nak semuanya mudah, senang saja. JANGAN BACA BUKU INI.

Karya2 Lokman memang kau harus selami bukan sekadar apa dalam kepala kau je, tetapi di luar daya imaginasi. Pernah tengok badan orang terbelah dengan kertas? Dan persona sebenar kegilaan dalam diri seseorang? Bacalah novel ni.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 17, 2017
Lokman Hakim ada gaya penceritaannya yang tersendiri. Kau tak boleh nak expect orang macam 'alien' ni. Dia punya gila, dia dengan Tuhan dia je tahu.

Sebenarnya aku dah bosan dengan plot-twist dari Fixi. Termasuk Serigala ni, aku tak terkejut pun dengan plot-twist Lokman. Tapi yang bestnya buku ni ditulis dengan surrealisme (ya macam Lokman yang dulu) tetapi lebih ringan sebab tak ada angkasa lepas-alien-watak lain tiba-tiba muncul tanpa pengenalan watak-yada yada yada. Lokman garap novella ini cantik.

Buku ini unik.

Maaf Lokman. Kalau kau ingat dulu memang aku ada order buku ni sebuah. Lepas tu aku hilang. Kahkahkah. Lupa. Lepas tu PBAKL2017 tempoh hari, kau pula bagi free buku kau, aku ambil la yang ni. Dah la cetakan terhad 3000 unit je. RM8 halal ye Lokman.
Profile Image for Miss A.
9 reviews
September 5, 2023
Buku yang paling buat aku pening sebab nak fahamkan apa yang dah jadi. Aku tak kata cerita dia tak best, okay je plot dia cuma tulah dua kali jugalah aku baca balik buku ini. Bila dah baca kali kedua, barulah faham ceritanya.

Nak kata mindfuck pun ya juga. Tapi disebabkan buku ini jugalah aku suka dengar lagu 13 Horses-Alexander Rybak. Lagu dia sesuai dengan situasi yang berlaku dengan watak orang itu. Agak tragis.

Ending part, bahagian itu yang buat aku wait what?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.