Siapakah robot? Siapakah manusia? Adakah kedua-duanya sudah menyatu? Atau bertukar jati diri?
Faril dan Rumia, saling menjaga antara satu sama lain. Ada kalanya emosi itu mati, tetapi ia bukan selamanya. Ada kalanya emosi itu juga artifisial, tapi apakah ia memadai?
Pada masa yang sama, Menusa, sejenis cyborg mencari persempadanan antara manusiawi dan robotik. Kerakusan manusia mahu hidup berkekalan dan juga penanaman sifat manusiawi pada mesin, membuatkan sempadan antara dua kewujudan itu bercelaru.
Rakus manusia meratah alam. Dahaga sang robot pada curahan emosi. Konspirasi berselirat mencari teguh dalam memurnikan erti sebuah eksistensi.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Bila kita jatuh hati dengan permulaan sesuatu novel itu, kita akan terus cuba menyelami sampai ke dasarnya untuk ingin tahu apa yang jadi seterusnya. Samalah seperti naskah ini. Aku suka dengan perasaan yang wujud ketika Faril yang merupakan sebuah cyborg tetap setia menjaga Rumia yang melayannya acuh tak acuh dan sudah hilang jiwa. Cara LH menampakkan tindakan Faril sewaktu itu, aku suka. Aku nak tahu apa jadi di antara mereka berdua kelak~
Idea mengenai cyborg ini bukan satu benda yang baru. Buku atau movie omputeh dah lama buat. Cuma membezakannya adalah cara pengolahan jalan cerita tu. Tapi terus terang aku memang suka jalan cerita Eksistensi ini yang nampak ada hala tuju berbanding Pasca Titah Tuhan dan Selestial yang buat aku terumbang-ambing di dalam lautan pening.
Cuma satu masalah LH di dalam karya-karyanya. Dia memang suka meletakkan perasaan kosong dan suram itu pada semua watak-watak yang diwujudkannya. Dia malas memikirkan emosi apa yang perlu diberikan kepada watak-wataknya yang lain. Biar saja sama semuanya. Nampaknya LH perlu mencari bidadari yang mandi di tepi sungai yang ada pelangi dan minta serbuk pelangi yang berwarna-warni itu sedikit lalu simbah ke muka!
Bermaksud tiadalah manusia di dalam naskah ini? Mungkin ada, tapi bersembunyi di satu tempat lain kan? Atau sengaja diwujudkan konspirasi atau apa pun. Hanya LH yang ada jawabannya. Tapi motto 'merobotkan manusia, memanusiakan cyborg boleh tahan menjengkelkan.
Ada beberapa persoalan yang tiada penjelasannya. Tapi tidak apa, Faril dan Rumia masih bersama pun, dah kira okay. Kalau LH matikan juga watak dua ni, aku rasa, aku campak ke dinding buku ni. Semua nak dimatikan. *gelak*
Saifai yang masih ringan dan senang dibaca. Cover pun simple tapi lawa. Menggambarkan kisah dalam buku ni~
Sebab sebelum ni baca buku Selamat Datang ke Narkisa, saya rasa dah banyak sangat perubahan berbanding novel pertama penulis. Saya suka cerita ni, pertembungan dua cerita yang pada saya agak smooth. Tema yang nais. Watak yang pada saya sesuai dengan saifai. Latar yang cukup masuk dengan elemen futurisrik. Plot twist yang menarik. Pada saya kena dengan apa yang ellon musk kata kemungkinan kehancuran dunia atau tamadun manusia saya tak ingat, salah satunya penaklukan oleh A.I. Cuma ada dua benda yang saya agak tak puas hati gitu. Pertama banyak watak yang terpaksa mati (cuma hal personal preference). Yang kedua nama watak Faril yang meletup di lapangan terbang tu. Entah kenapa saya rasa cam kurang gi mana gitu. Apapun, saya suka.
Mengingatkan saya pada siri Westworld tetapi ditulis oleh Lokman Hakim dalam semesta yang lebih besar & menyeluruh. Konflik manusia-robot-menusa dibincangkan dari pelbagai sudut. Cerita tandus emosi kerana ia bawa persoalan besar. Tapi tidak semua cerita perlu main emosi, betul tak?
Karya saifai yang mengisahkan tentang zaman manusia dan cyborg yang semakin kabur garisan perbezaan antara mereka. Ia dibolehkan dengan perisian dan penjaringan kebijaksaan artifisial yang sofistikated.
Ceritanya tidaklah begitu 'hype' tetapi ia akan buat kau terfikir berkenaan meta-etika cyborg yang manusiawi dan manusia yang robotik. Bagaimana mereka boleh jadi begitu? Bagaimana pula konsep kehidupan dan kematian apabila kau senang-senang boleh klon mana-mana manusia dan mana-mana cyborg dengan hanya menaburkan wang?
Fikir punya fikir. Sekali lagi ditipu perasaanku kerana ini semua satu eksperimen besar yang hanya melibatkan cyborg, untuk meramal sama ada manusia ada peluang menujun ketamadunan ataupun 'decadence' sekali lagi.
Aku kurang jelas sama ada masih ada lagi kah manusia dalam novel ini. Tapi aku rasa lah, masih ada sekumpulan kecil manusia yang hampir pupus, dan "tembok-tembok" didirikan sebagai tapak eksperimen sahaja. Entah-entah, empat orang pemerintah manusia di Lembah Kelang juga adalah cyborg semata.
"Saya hanya cyborg penjaga, Rumia. Awak boleh lakukan apa sahaja ke atas saya dan awak berhak juga buang saya bila awak nak. Sebab itu saya tak perlu maafkan awak dan awak pun tak perlu minta maaf daripada saya. Tiada keperluan itu, Rumia." - Eksistensi, Lokman Hakim
Fuhhh! Tak sangka pada akhir-akhir bab buku ni ada plot twist. Sebenarnya, buku ni banyak mengelirukan aku. Apa yang aku faham, pada pendapat aku sebagai pembaca, Eksistensi ni lebih tertumpu kepada macam mana kehidupan manusia dan robot apabila disatukan dalam satu ekosistem yang sama. Tapi dalam buku ni, robot tu sendiri yang lebih berperikemanusiaan berbanding manusia tu sendiri. Menarik. Cerita yang sangat realistik bagi aku. Daya imaginasi penulis yang sangat hebat. Tak kurang juga dengan gaya penulisan💪🏻❤️
Aku kadang bingung baca kenapalah ada sesetengah tindakan watak jadi begitu dan begini.
Tapi bila baca ending, aku baru faham. 😂 Dasar Lokman! Penamat yang sungguh Lokman Hakim!
Aku ambil masa sikit sebab mungkin belum biasa baca novel sai-fai yang naratifnya agak berat untuk aku. Tapi konsep dan falsafah kemanusiaan-robotik sangat menarik. Itu yang buatkan aku mahu terus membaca novel ini! Aku siap buat penanda lagi kalau jumpa quote yang best! Banyak juga!
Ada kawan aku kata, cerita ini ada game material. Ala-ala Detroit: Become Human, walaupun aku tak pernah main game tu.
Tahniah, Lokman! Aku mungkin tak cukup pandai untuk menghargai karya ini secara menyeluruh (sebab aku pun masih baru dalam bacaan hard sci-fi). Tapi aku tetap merasa kepuasan dari membaca Eksistensi! Keep it up!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Membaca karya ini mengingatkan aku kepada video game Detroit: Become Human. Suka dengan tema buku ni, SaiFai. Kecelaruan identiti antara manusia dan cyborg, sampai aku pun ikut keliru. Ada yang awalnya aku fikir watak itu adalah itu, tapi rupanya bukan - dan akhirnya betul. Peralihan naratif pula sangat smooth, mudah membezakan cerita antara babak.
Aku bukan penggemar genre saifai futuristik robot-robot, tapi apa yang cuba disampaikan dalam buku ni agak menarik, lagi-lagi POV dari robot yang cuba mendalami sifat seorang manusia yang memiliki hati sedangkan hati manusia tu sendiri 'hilang' dek kemajuan dunia, atau lebih tepat korupsi dunia.
Somehow aku boleh imagine yang karya ni ada potensi besar jika dijadikan sebagai sebuah movie.