Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kenapa Babi Tidak Halal?

Rate this book
Membongkar Hikmah Pengharaman Babi

“Banyak sekali perkara yang bermain di fikiran apabila membaca buku ini. Daripada isu mudarat lebih daripada khasiat, pengubahsuaian genetik, peranan kajian, kepada pelbagai lagi idea dan hikmah yang tersirat. Saya memang sarankan untuk anda baca!”
Yang Berhormat Hajjah Mumtaz Md Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
ADUN Demit

“Sebuah buku yang menarik kerana membincangkan perihal hukum haram haiwan babi dari sudut saintifik, khususnya kesan negatifnya kepada otak dan saraf. Kesan ini secara langsung menular ke bahagian jasad yang lain, oleh itu boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada masyarakat. Ia patut dibaca oleh semua individu dalam usaha bagi menjadi ‘lebih bersih dan sihat’.”
Prof. Dr. Zamzuri Idris
Ketua Jabatan Neurosains USM
Consultant Neurosurgeon

“Perkataan BABI adalah satu perkataan yang sinonim dengan hal-hal yang jelik dalam komuniti Muslim. Sedangkan ia adalah sumber makanan utama bagi sesetengah komuniti bukan Islam. Pertembungan ini banyak mencetuskan persepsi negatif antara satu sama lain dan menyebabkan pengkelasan babi sebagai najis berat dalam Al-Quran dipandang serong. Inginkan hujah islamik dan saintifik pengharaman babi dalam Islam? Buku ini ada jawapannya!”
Dr. Zulkifli Mustapha
Pensyarah Neurosains USM
Bidang Kepakaran Comparative Neurosciences

264 pages, Paperback

First published November 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Jainatul.
18 reviews1 follower
October 29, 2019
Satu kupasan yang sangat2 menarik bagi masyarakat mengenali dengan lebih mendalam mafsadah2 ataupun keburukan yang ada pada babi. Baru tahu kenapa masyarakat Barat lebih memilih daging babi bagi dijadikan hidangan mereka berbanding dengan daging ayam & daging lembu. Sebabnya daging babi ni sedap. Lebih lembut dari daging lembu dan lebih pejal dari daging ayam.

Selain tu, penulis juga turut mengupas tentang enzim2 & protein2 yang ada pada babi. Benda ni lah yang masyarakat Barat dok bangga2 kan sampai menutup keburukan yang ada pada babi. Walhal kalau dah dibandingkan dengan 1 kebaikannya, ada 1000 lagi keburukan babi ni. Antaranya adalah babi ni banyak cacing yang membahayakan dalam badannya. Selain tu, babi ni kan makan taiknya sendiri. Jadi, sudah semestinya taiknya tu pun dah banyak kuman.

Kira tak wajar lah kalau kita makan babi ni. Sebab tu Allah larang walaupun untuk kita menyentuh babi ni. Tapi seperti yang penulis katakan, pembiakan babi ni semakin lama semakin banyak, yang menyebabkan industri kita sedikit sebanyak akan terkait jugak dengan seluruh badan yang ada pada babi ni. Tak kiralah dari segi industri makanan ke.. contohnya gelatin tu.

Jadi, terima kasih kepada penulis yang telah menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini tentang babi kepada masyarakat am keseluruhannya. Bacalah !

p/s : Oh, lupa nak cakap. Baca buku ni dah macam baca buku Biologi pun ada 🤭
Displaying 1 of 1 review