Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pejuang-Pejuang Yang Benar #13

Ibnu Battuta: Pengembara Ulung Islam

Rate this book
Dalam masa 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta melengkapkan kembaranya ke Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara (termasuk Melaka) dan juga China.

Kembaranya bermula ketika Ibnu Battuta berusia 21 tahun semasa dia menunaikan haji ke Mekah. Selepas dari hari itu, dia langsung tidak pulang ke Morocco selama 24 tahun yang berikutnya.

Inilah novel yang menceritakan dengan ringkas bagaimana kembara Ibnu Battuta akhirnya melahirkan 'Rihla' yang menjadi kajian di seluruh dunia.⁠⁠⁠⁠

272 pages, Paperback

First published November 1, 2016

4 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Al Ghazali

29 books12 followers
Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa.

Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (50%)
4 stars
5 (27%)
3 stars
4 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
March 24, 2020
Perjalanan pengembaraan beliau sangat panjang. Bermula sebagai seorang anak muda yang mempunyai semangat luar biasa! Sanggup berjalan kaki seorang diri merentasi gurun dan gunung hanya untuk menunaikan haji. Umum mengetahui jika ingin bermusafir haruslah mempunyai teman atau mengikuti mana-mana lagilah pedagang bagi menjamin keselamatan diri.

Namun, Allah sebaik-baik penjaga. Ibnu Battuta selamat mengerjakan haji selepas mengharungi perjalanan yang membahayakan.

Bermula selepas menunaikan haji di Makkah, beliau merantau ke serata dunia. Namanya meniti dari mulut ke mulut sebagai orang alim, berilmu, berani dan luas pengalaman.

Entah berapa kali bagaikan hidup semula ekoran kemalangan di laut, suasana politik tempat kerja dan seumpamanya. Beliau banyak kali juga menerima pelawaan raja-raja bagi menjadi Kadi atau menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Namun sudah sebati jiwanya sebagai pengembara, beliau tidak betah tinggal di sesuatu tempat terlalu lama. Sehinggalah beliau akhirnya menetap di Ibu Kota Fez pada tahun 1354 dan diminta oleh pemerintah masa itu, Sultan Abu 'Inan supaya membukukan keseluruhan 29 tahun pengembaraannya.

Ibnu Juzayy ditugaskan mencatat Dan sememangnya beliau orang yang parking layak kerana sangat teliti serta berseni dalam menulis. Namun sayangnya tidak diketahui di mana jasad Ibnu Battuta dikebumikan.
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
April 2, 2018
Pertama kali membaca kisah ibnu battuta. sedikit sebanyak membawa kite menyelam ke dunia lampau sekitar tahun 1300-an...

Jauh perjalanan kembara ibnu battuta sehingga puluhan tahun...
1 review
July 7, 2020
Sejak saya mengetahui kisah Ibnu Battuta, saya rasa terinspirasi. Teringin rasanya mengelilingi dunia seperti Ibnu Battuta. Setidaknya seperti Hijab Traveller. Jadi, apabila terjumpa buku ini di kedai, tanpa ragu lagi saya terus grab.

Bagi saya, buku ini sangat ringan untui dibaca namun sangat padat dengan fakta dan sejarah. Gaya penulisannya seperti menulis novel. Sangat bersahaja. Buku ini adalah ringkasan kepada karya Ar-Rihlah Ibnu Battuta. Dalam buku ini juga turut mencerita bagaimana terbitnya sebuah catatan Ar-Rihlah Ibnu Battuta Yang disusun oleh Ibnu Juzay.

Pengembaraannya bermula sewaktu berumur 21 tahun. Ibnu Battuta menyuarakan hasratnya untuk menunaikan haji dan ingin pergi berseorangan. Niatnya itu dihalang oleh ramai orang termasuklah penduduk kampung. Tapi semangat juang anak muda yang tinggi tidak dapat menghalang Ibnu Battuta. Dalam pengembaraanya beliau menempuhi begitu banyak cabaran, dugaan dan pengalaman. Sehinggakan beliau ditimpa sakit akibat terlalu letih dan kurang menjaga kesihatan diri.

Selamat menikmati perjalanan pengembaraan bersama penulis ke 44buah negara.
19 reviews
Read
February 12, 2017
sifat kecekalan dan keberanian ibnu batutta sepanjang pengembaraannya selama 29 tahun membuatkan tiada pengembara-pengembara islam yang boleh menandinginya sehingga hari ini. Tiada apa harta yang ditinggalkannya kecuali rihla ibnu batutta, yang merupakan catatan pengembaraannya sejak selepas dia menunaikan haji di mekkah, ke Afrika Utara, Afrika barat, timur tengah, asia selatan, asia tengah, asia tenggara termasuk melaka dan juga china dan india.
really recommended to read.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.