KISAH LATIFAH - Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit. Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan.
KISAH MALAM JUMAAT - Zaifuzaman Ahmad Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram.
KEM RAHSIA - Aida Adia Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”
Kisah Latifah saja yang menambat hati saya, olahan yang hidup dan menyeramkan.
Ketidak seimbangan dua cerita lain menjatuhkan mood membca sikit. cerita masih ok, cuma perlu diperbaiki dan macam tak berkaitan sangat dengan tema KEM itu.
puan Novelis Maria Kajiwa seperti biasa dengan sentuhan magisnya di dalam karya ini sangat menjadi. latifah, gadis sunti yang menjadi mangsa kekejaman askar jepun zaman dahulu menjelma kembali untuk membalas dendam. kehilangan bahiyah merungkai satu rahsia yang sangat besar.
suka dengan selok belok keadaan kem usang dan sepanjang perjalanan untuk sampai ke kem usang itu. ngeri dan seram bercampur aduk...
. 2) KISAH SERAM MALAM JUMAAT ZAIFUZAMAN AHMAD
tuan penulis Zaifuzaman Ahmad sememangnya bijak menglibang libukan perasaan pembaca. walaupun kem hanya sebagai tempat untuk menyampaikan kisah seram tapi satu persatu seronok di baca. dalam pada seram, mau tergelak kita dengan kisah yang ada di dalam kisah ini.
penglipur laranya hanafi, azhar dan zamri. yang terkena di penghujung pun salah seorang daripada mereka. hantu-hantu yang mengambil tempat dalam kisah mereka itu adalah hantu-hantu biasa. korang berani nak baca?
. 3) KEM RAHSIA AIDA ADIA
rasanya puan penulis Rohaidah Aida Adia tak mensia-siakan langsung pengetahuannya tentang dunia kem askar. walaupun permulaan kisah seramnya agak lambat tapi penghujung terasa sayu juga bila ada yang hilang nyawa angkara singkat pengetahuan tentang tempat-tempat lama.
kem rahsia, itulah tempat yang perlu empat sahabat iaitu zayeed, afy, ryan dan vijay lapor diri. mereka 'diusik' dengan makhluk yang mendiami kawasan itu sebagai salam perkenalan dan seterusnya sesuatu buruk berlaku bila vijay menjumpai satu keris lama.
SECARA KESELURUHAN, tiga kisah yang berlainan arah tapi berjaya mempamerkan kem sebagai tempat kejadian. pokok pangkal hati. percaya atau tidak yakin.
Jujur saya katakan, saya beli buku nie kerana Maria Kajiwa. Dan of course karya beliau yg plg saya suka dalam buku nie. Saya bukan bias tau, saya sedang menyelam sambil minum air bila beli buku2 projek seram nie. Sebab apa, secara xlangsung saya tau ada penulis seram/triller lain kat Malaysia nie. Cuma buat masa nie, saya belum betul2 jumpa dgn penulis seperti Ramlee Awang Murshid dan Maria Kajiwa. Tapi jgn risau, saya masih beli buku2 penulis lain yg dikatakan bestseller oleh penerbit. Kita tgk sejauh mana bestnya bestseller tue yea.
Kisah Latifah adalah tu mmg teruja saya baca. Sbb wataknya dari buku Puja. Puja mmg best sgt. Kepada peminat triller. You should read Puja. The best from Maria Kajiwa. And Lengloi of course.
Kisah Malam Jumaat. Erm.. Saya xpasti. Kalau jadi tentera mmg akan kena siksa dan dera ke? Maaf, saya xtahu. Antara byk2 kisah dlm kisah malam jumaat 2, saya rasa yg plg seram adalah kisah pocong 2. 😅
Kem rahsia plak. Apa jadi pada Tajul yea? 2 je nak tanya. 😂😂
#9 Antara ketiga-tiga kisah dalam KEM ini, paling saya gemari sudah tentunya nukilan Maria Kajiwa. Penulis seperti biasa sangat teliti dalam mengarang kisahnya, menjadikan Kisah Latifah seperti hidup.
Untuk dua lagi karya, iaitu Kisah Malam Jumaat dan Kem Rahsia, boleh diperbaiki lagi. Unsur seram itu kurang terkesan.
Secara keseluruhannya, Projek Seram KEM ini masih boleh dihadam oleh peminat genre seram. Tahniah buat kesemua penulis.
p/s - Silap pandang ke atau buku terbitan karangkraf makin nipis makin menaik pula harganya. Okbai.
KEM adalah projek seram yang sentiasa saya nantikan sebab saya mahu baca Kisah Latifah. Garapan kak Maria terhadap karya-karyanya sentiasa tidak mengecewakan saya. Mengenai Malam Jumaat pula, zaifuzaman meletakkan pelbagai hantu dalam penceritaan. Zaifuzaman masih tidak lepas dengan kisah pocong. Aida Adia juga menarik lotnya tetapi kurang rencah pada kisah zaman dahulu kala. Saya sebagai pembaca rasa tidak puas menikmati konflik yang berlaku pada zaman lalu. pengakhirannya seperti ingin cepat habis. saya pada mulanya membaca, saya rasa tidak sabar-sabar mana kisah hantunya tetapi masih buah kisah yang menarik.
tamat pd 02:58am PROJEK SERAM KEM (1)KISAH LATIFAH ~ Novelis Maria Kajiwa
Perkara dilarang biasanya membuatkan kita rasa teruja n terpanggil2 nk buat, itulah permulaan Kisah Latifah nie yg membawa kehilangan Bahiyah di kg terpecil junior temp dia belajar. Kehilangan adknya membuatkan Azim ditemani Ajim n Ainuha mencari sehingga ke tanjung membawa ke kem yg dikatakan keras.
Pelbagai pengalaman n gangguan yg mereka terima semasa di sana. Tak kurang kita disajikn dgn kisah ngeri, cerita kekejaman n penderitaan di kem tersebut yg boleh kita bayangkan. Kehilangan Bahiyah bersebab, sy pun terperanjat, x sangka ada dalang di sebalik semua nie.
Berjayakah mereka mengharungi n menyelamatkan Bahiyah ??? Siapa Latifah ??? Siapakah dalang yg terlibat ???? Jom ke Kg Mati Api n terjah Kem Tahanan 131.
Sape pernah alami, yg x pernah alami bayangkan jer.... Dh syok2 dgr beberapa kisah seram, pastu leh lak sakat kwn2, pastu nk balik umh pas abis keje, malam jumaat lak tu....
Tetiba sepanjang perjlnan leh plak teringat2 cter2 td, puas pikir benda lain, tetap tu juga yg berlegar2 dlm pikiran. Dhlh naik moto srg2, x de kenderaan lain. Tup...tup... moto lak mati, x de pilihan tinggal moto ikut jln pintas. Terasa jauh perjlnan bila dlm pikiran ada mcm2 benda seram hahaha.
Leganya rasa.... bila dgr ada tapak kaki, oooo ada org jln kt dpn. Cuba kejar leh jln dekat2kn. Tapi mcm peliklh org tu, bila org tu sampai bwh lampu jln, arghhhhh....
Gitulh lbh kurang kisah dlm novelet nie, plg sy seriau part nk tutup tingkap, dtg dekat jer, arghhhh langsir terselak, menyirap darah rasa.
Ketika Zayeed sedang bertugas di pondok pengawal, wlupun berdua tp dhlh pertama kali, kt tgh hutan plak, jauh plak dr kem. Tambah lg tgh mlm, wlupun cuma 3 jam, belum apa2 mcm2 bunyi dh dgr, nk suluh lampu pun x terang.
Tiba2 bolehlh dgr, benda berat jatuh ke tanah. Bila g tgk, terpaku Zayeed dgn Vijay sbb nk perhatikan apa benda yg berguling2 jap laju, jap pelan, bila benda tu makin hampir, amik ko bertempiar lari dua2 org tu.... Yg plg sy x leh tahan seramnya sbb terasa mcm jd Zayeed plak kt kem tu, leh bygkn x seriau mcm mner. Untunglh Zayeed n Vijay msh leh berlari klu sy... ntah apa jd agaknya hahaha.
Kalau nk tahu perasaan tu baca n hayatilh baris ayat dlm nie, seram.... Nie cuma sebahagian kecil sajer dlm novelet tu. Nak tahu hujung pangkal kene baca sendiri baru bestkn
Kisah latifah Superb..daebak..kisah latifah diolah dgn cantik..pengenalan watak yang baik..penceritaan tentang latar belakang kem,kisah sedih latifah sangat sempurna..seksaan terhadap mangsa jepun sangat real..suka dgn watak ainuha yg berpengetahuan,tegas tp lembut mengambarkan seorang muslimah..penulis x pernah mengecewakan..saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐.. Kisah seram malam jumaat Cerita dalam cerita..ada humor..ada nasihat..ada pengajaran yg diketengahkan..saya suka penulis susun cerita dan tidak bosan..ada diselitkan humor dan membuatkan saya ketawa dalam seram..dialog yg disusun pun santai dan rilek..sula lagi cakap besar kan dah kena baring sebelah pocong..
Saya memilih membaca Projek Seram yang tidak berapa tebal terlebih dahulu, selepas itu barulah membaca baki Projek Seram yang tebal belaka.
Projek Seram Kem dibaca dahulu kerana adanya karya penulisan Maria Kajiwa kesayangan saya, diikuti dua penulis yang dikenali saya terutamanya Zaifuzaman Ahmad penulis lama Alaf 21 yang tidak asing lagi namanya.
KISAH LATIFAH - MARIA KAJIWA ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Kisah pertama dibaca bukan kerana ianya yang pertama, sebaliknya penulis kesukaan saya Maria Kajiwa.♡ Ternyata seperti yang saya jangkakan, Kisah Latifah tidak mengecewakan saya sebaliknya mengujakan serta menyeronokkan. Selayaknya 5 bintang diberikan.✌🏻
Babak tiga orang memasuki kem tentera berhantu demi mencari adik perempuan Azim, semuanya berlaku dalam hari yang sama dan ianya berakhir dengan baik. Alhamdulillah...nyaris adiknya menjadi mangsa seterusnya jika mereka terlambat.
Terasa sepanjang membaca sepanjang pencarian mereka, begitu juga dengan babak masa lalu di mana kekejaman Jepun di tanah air kita. Boleh merasakan betapa terseksa perempuan menjadi mangsa nafsu serakah tentera Jepun saban hari tanpa henti, siang dan malam sehinggalah nafas terakhir mereka.
Kasihan melihatkan budak sekolah rendah menjadi mangsa pemasangan nafsu sampai menemui ajal, belum lagi lelaki menjadi mangsa tawanan dan seksaan memang mengerikan jika dibayangkan.
Alhamdulillah saya bersyukur tidak dilahirkan pada zaman lama semasa Jepun ataupun British datang negara kita dahulu, tetapi zaman sekarang lain cerita perempuan yang menjual maruah diri mereka semurah itu macam tidak bernilai.
Jika bapa Latifah tidak mengikut keegoan dan naluri pendekar malah tidak mendengar nasihat ketua kampung, sudah tentu isterinya tidak akan dibunuh dengan kejam dan satu-satunya anak perempuannya tidak akan menjadi mangsa rogol tentera Jepun.
Tentera Jepun masa itu memang sangat kejam, bukan sahaja merogol semua perempuan tidak kiralah isteri orang ataupun budak-budak bawah umur. Sungguh malang nasib perempuan yang berada di zaman itu, nasib baiklah orang Jepun sekarang tidak macam nenek moyang mereka iaitu tentera Jepun.
Semasa babak Bahiyah merungut terasa macam dikongkong abangnya, Azim sewaktu balik bercuti minggu belajar. Saya merasakan dia memang tidak bersyukur mendapat seorang abang yang prihatin, pelindung, ambil berat dan penyayang.
Kalau ada abang yang macam Azim saya suka, bagus adanya abang macam itu sebagai pelindung, pengawal peribadi jika mahu keluar ke mana-mana. Saya tidak merasa terkongkong sebaliknya dilindungi orang tersayang, beruntungnya dapat abang seperti itu.
KISAH MALAM JUMAAT - ZAIFUZAMAN AHMAD ⭐️⭐️⭐️
Satu sahaja yang saya kurang sukakan dari permulaan cerita adalah watak-watak ketiga-tiga pekerja kedai makan perokok, begitu juga dengan watak pelatih tentera yang diganggu pocong. Perlukah ada keperluan babak dari bermula merokok sampai tak berkesudahan?!!
Sudahlah merokok di kedai makan, tempat menjual makanan pula itu. Nasib baiklah sekarang larangan merokok sejak beberapa tahun ini di banyak tempat termasuklah kedai makan, padan muka mereka semua. Nampaknya penulis ini semestinya perokok juga, jika tidak buat apa dimasukkan babak tiada keperluan langsung. 3 bintang diberikan.
Makanan dengan cerita seram tidak lari dari penulisan Zaifuzaman Ahmad selama ini, asyik mi goreng kerapkali disebut dalam novel penulisan beliau yang lain. Untuk cerita kali ini, beliau memilih penceritaan watak-watak di kedai makan.
Dimuatkan tiga buah cerita berbeza dan bab terakhir di mana watak utama yang menjadi mangsa diganggu hantu tidak berkepala, disebabkan dia tidak pernah dikacau sepanjang melalui kawasan perkuburan akhirnya menjadi mangsa di malam jumaat. Kasihan..
Kesemua cerita seramnya ada yang biasa biasa, boleh tahan menarik juga terutamanya manusia berkepala anjing pada saya yang paling menarik dibaca diikuti pelatih tentera yang diganggu pocong. Manakala kisah pertama tidaklah menyeramkan kerana bukannya kisah seram, sengaja membuatkan orang terkejut sahaja.
Semasa membaca kisah pertama membuatkan saya tertanya-tanya berapa ramai orang islam yang sibuk menonton wayang pada 7.15 malam dengan meninggalkan solat 5 waktu? Bukankah lebih baik menonton tayangan selepas itu 9.15 malam ataupun waktu siang yang bukannya ketika masuk waktu solat!!?
KEM RAHSIA - AIDA ADIA ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Nampaknya penulis ini peminat kedua-dua penulis novel seram terkenal Maria Kajiwa dan Zaifuzaman Ahmad, samalah seperti saya. Memang menyeronokkan bekerjasama dengan orang dikenali.
Cerita ini adalah yang kedua menarik selepas karya penulisan Maria Kajiwa, sejujurnya pada pandangan saya ianya menyedihkan di mana watak Vijay dan Ryan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian.
Simpati dengan nasib mereka berdua di mana masing masing dibuang keluarga kerana memilih menjadi tentera, berakhir meninggal dalam keadaan macam itu. Sudahlah mereka bukan islam, sudah tentu tempat mereka di neraka sana.
Kasihan mengenangkan nasib orang bukan islam yang baik di luar sana, namun sayangnya tidak beriman. Alangkah baiknya jika mereka sempat memeluk islam dan mendapat hidayah, tentulah lebih indah.
Terasa jalinan persahabatan bangsa Melayu, Cina dan India yang terjalin di antara mereka berempat, namun semuanya musnah selepas Vijay mengutip keris pusaka tanpa pengetahuan kawan-kawannya.
Sebab itulah dikatakan jangan main sesuka hati mengambil benda bukan hak milik kita, terutamanya di tempat sedemikian. Selain dari menjaga tingkah laku dan percakapan serta perbuatan kita di sana, jika tidak buruk padahnya. Apapun ketiga-tiga cerita menarik dibaca dan berbaloi dibeli.
Projek Seram: Kem oleh Maria Kajiwa, Zaifuzaman & Aida
Tiga penulis, tiga cerita—semuanya bertemakan kisah seram di kem.
Ketiga-tiga cerita memang menarik dengan gaya tersendiri. Tak sangka pula kisah Latifah ada dalam buku ini—aku pernah baca sebelum ni, dan tetap rasa seramnya. Part lagu buaian tu… memang melekat dalam kepala. Bila dah tahu latar belakang cerita, terasa sedih juga. Dalam masa sama, mesej yang dibawa cukup kuat—tentang manusia yang sanggup memuja dan mengambil jalan mudah sampai mengorbankan nyawa orang lain.
Cerita kedua pula lagi “menjadi”. Satu kisah, tapi sarat dengan pelbagai elemen seram—idea yang fresh dan buat kita rasa tak senang duduk. Jujur, ini jenis cerita yang elok elak baca waktu malam… nanti lain pula yang terbayang 😅
Cerita ketiga lebih kepada nilai dan makna di sebalik kehidupan. Ia menyentuh tentang tujuan sebenar menjadi seorang askar—bukan sekadar uniform, tapi tanggungjawab mempertahankan negara. Ada juga elemen persahabatan dan cemburu yang cuba diketengahkan. Walaupun seramnya tak terlalu kuat, nilai yang dibawa tetap memberi kesan.
Kesimpulannya, buku ini bukan sekadar seram—tapi ada mesej di sebalik setiap cerita.
“Projek Seram – Kem” bawa aku masuk ke tiga dunia seram yang berbeza, tapi semuanya berkongsi satu perkara iaitu rasa tak selesa yang merayap sampai ke tulang.
Kisah Latifah (Maria Kajiwa) – Ini memang juara dalam buku ni. Kisah Azim mencari adik di sebuah kem lama peninggalan Perang Dunia II yang penuh rahsia dan roh terperangkap. Campuran sejarah, emosi, dan misteri buat aku rasa macam tengok drama perang + horror sekali. Ending dia… pedih tapi puas.
Malam Jumaat (Zaifuzaman Ahmad) – Bermula macam cerita ‘borak kedai kopi’ pasal hantu, tapi perlahan-lahan jadi gangguan yang ikut balik rumah. Ada beberapa adegan yang buat aku pandang sekeliling masa baca tengah malam.
Kem Rahsia (Aida Adia) – Kisah kawan-kawan masuk kem dalam hutan, melanggar pantang larang, dan… ya, penunggu hutan memang tak main-main. Premis dia best, tapi aku rasa endingnya agak tergesa. Kalau dibangunkan lebih panjang, mesti lagi padu.
Kesimpulannya, kalau kau suka cerita seram yang campur elemen sejarah, urban legend, dan sedikit ‘hutan berpuaka’, buku ni memang kena ada dalam rak.
Best sangat cerita ni. Kesengsaraan keluarga Latifah dan semua penduduk kampung ketika zaman Jepun sangat terasa. Kekejaman askar Jepun sangat lah dasyat. Seram pon seram.
Infinity stars from me.
Kisah Malam Jumaat - 5⭐️ Kisah - kisah hantu pendek dalam sebuah kisah hantu pendek. Semuanya seronok dibaca dan seram tu terasa menghantui diri inii.
Kem Rahsia - 5⭐️
Saya suka cerita dia. Straightforward and direct to the point. Ada kelakar. Ada seram. Ada sedih. Cukup rasa.
Kisah Latifah adalah cerita paling sedih di antara tiga cerita yg ada dalam novel ni.
Tak tahan dgn penyeksaan zahir dan batin menyebabkan manusia membuat keputusan Tuhan dengan daya mereka tersendiri tetapi terhad. Dan seterusnya menghantui generasi berikutnya.
Dua lagi cerita iaitu Kisah Malam Jumaat dan Kem Rahsia meletakkan unsur komedi dan keluarga/sahabat. Kurang sedikit keseraman, tapi jalan cerita agak menarik juga.
Nota hanya untuk aku Cerita maria kajiwa best..cuma tak puas ..rasa tak cukup..haha.. Cerita kedua sorry kali ni aku tak berapa gemar.Cerita nya..cerita dalam cerita..hmmm..banyak aku langkah2 baca.. Cerita aida adia pun boleh tahan best..suka baca pengalaman tentera..dan ada juga kisah mistik dari zaman sebelumnya..Ni first time baca dari penulis aida adia..ingat eh..cari apa lg novel dari aida adia
Jika dibayangkan kehidupan waktu zaman itu. Allahuakhbar.
Kisah Latifah membuatkan aku rasa amat amat bersyukur dilahirkan pada zaman kini. Jauh dari penyiksaan dan peperangan.
Kepada wanita wanita zaman lalu yang pernah dijadikan comfort woman. Semoga roh roh kalian ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. InsyaAllah.
Terima kasih kak Maria untuk cerita kali ini. Saya sangat terkesan dengan cerita akak ni. Azim, Macam saya cakap kat akak dulu, 'saya suka watak azim. Suka sangat!!!' •
Kisah pertama- 5stars. • mengandungi unsur2 agama • jalan penceritaan agak slow awalnya • plot twist • great adventure! • please check trigger *rape * torture *cruel japanese soldier
Kisah kedua- 4.3stars. • pengumpulan kisah2 seram yang seram • pengajaran yang baik
Hampir jam 11 malam tanggal 14 Jan 2017, barulah aku berjaya keluar dari kem-kem yg ada dalam novel Projek Seram Kem ini.. Sepatutnya novel ini harus menunggu giliran yang lama namun atas sebab musabab tertentu, ia terpaksa memotong giliran.. Ok jom review 3 tajuk dalam novel ni..
KISAH LATIFAH - Novelis Maria Kajiwa ~~~~~~~~~~~ Penantian kisah ini begitu lama dan mengujakan... Kepuasan membaca kisah ini memadamkan rasa menunggu itu... Kisah ini mencetuskan pelbagai emosi dan rasa apabila menekunnya. Airmata begitu murah mengalir dipipi. Ngeri.. Geram... Sakit hati.. Marah.. Semuanya dirasai tatkala membaca kisah Latifah. Olahan cerita begitu sempurna. Imbasan yang diceritakan oleh Ainuha begitu terperinci seolah-olah dia ada semasa kejadian.. Kisah Azim yang berjaya mengubat rindu pada novel Puja. Begitu berubahnya karekter Azim. Segala persoalan terjawab diakhir cerita. Namun pada aku.. Betulkah dia yang membawa Bahiyah ke sana?? Markah penuh buat kak Maria Kajiwa atas novelet ini... TAHNIAH!!!
KISAH SERAM MALAM JUMAAT - Zaifuzaman Ahmad ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Himpunan cerita-cerita seram pendek... Hakikatnya sememangnya kisah-kisah seram menjadi topik bualab tatkala kita mempunyai masa terluang lagi-lagi malam Jumaat. Semakin galak kita bercerita. Kisah yang ringan. Namun ada pengajarannya. Kita hanya manusia dan insan yang lemah. Bumi ini bukan kita saja yang ada. Tak perlulah nak mendabik dada dan bercakap besar. Kelak ada natijahnya.. Kisah-kisah seram ini berjaya mencuit hati.. Mencetus rasa seram.. Terutama pengakhiran kisah watak utama. Tahniah buat penulisnya abg Zaifuzaman. Otai masih berbisa..
KEM RAHSIA - Rohaidah Aida Adia ~~~~~~~~~ Bila mula membaca kisah ini, aku ingatkan kisah mengenai anak buah Zayeed. Rupanya kisah Zayeed bersama sahabatnya semasa mereka menjalani latihan di Kem Rahsia. Perjalanan cerita yang lancar. Laju dipermulaan cerita. Apabila masuk ke cerita utama semasa mereka berempat barulah elemen seram dan teruja untuk tahu punca kejadian yang menimpa Vijay. Walaupun tahu apa sebenarnya yang telah berlaku namun masih ada persoalan yang belum terjawab. Bagaimana Tajul hilang? Akibat tidak faham pantang larang, Vijay menanggung akibatnya hingga menyebabkan nyawa melayang.. Peristiwa tragis yang tetap diingati hingga keakhir hayat. Dalam kisah ini, dipaparkan semangat setiakawan, persahabatan, perpaduan antara kaum, kekeluargaan, penyesalan semuanya diadun dengan baik. TAHNIAH buat kak Aida.
Naskah Projek Seram KEM ini memang berbaloi dimiiliki... TAHNIAH buat semua.
Aku nak mulakan review kalini dengan sepotong doa untuk previous book owner Projek Seram: Kem, Tuan Abd Rohni bin Othman yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan July. Moga arwah tenang di sana.
Buku ni aku memang dah lama aim nak beli sebab nama Maria Kajiwa. Walaupun dah baca buku Gerbang Puaka - Kisah Latifah, tetap nak beli Projek Seram: Kem. Kalau aku baca 1 Gerbang Puaka best, mesti aku nak beli jugak Projek Seram untuk baca cerita yang lain. Ni lah peri pentingnya kenapa cerita dalam buku Gerbang Puaka wajib best.
Selain tu, nama Zaifuzaman Ahmad pun menarik. Sebab last aku baca Angkara Saka tak silapnya hampir 20 tahun lepas. Masa tu baca buku Karangkraf pun pinjam Cik Ta sebelah rumah sebab sekolah rendah lagi.
Keseluruhannya untuk tiga-tiga cerita dalam Kem, aku bagi 5 bintang. Semua best. Review Kisah Latifah boleh check dekat #StarlitStoriesbyS
Kisah Seram Malam Jumaat best sebab ada 3 cerita dalam cerita ni. Satu, pasal Zainuddin yang nak duduk seorang diri ketika keluarganya pulang ke kampung. Dua, Shidee yang takut balik sorang lepas mengaji dan tiga, Akub yang diganggu sesuatu ketika rekrut dalam kem. Jeng jeng jeng
Kem Rahsia seram dan menyayat hati, mengisahkan Zayeed yang perlu melapor diri selepas tamat latihan di PUSASDA Port Dickson. Cerita ni memaparkan serba sedikit tugas tentera darat.
Memang best dan terbaik.. Ketiga-tiga penulis memberikan cerita yang ohsem.. Bukan cerita sahaja tetapi ada pengajarannya.. Ilmu juga ada diberikan.. Memang ohsem.. Tahniah buat ketiga-tiga penulis.. Ingat.. Mereka masih mengawal tempat itu... Sebab bukan dalam hutan aje, dalam kem pun banyak.. jadinya jangan ganggu ketenanganku, petakalah hidupmu... Ingat tu.. Review penuh dekat Blog Kasihkuamani.. https://kasihkuamani.blogspot.my/2017...