Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: KEM

Rate this book
KISAH LATIFAH - Maria Kajiwa
Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit.
Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan.

KISAH MALAM JUMAAT - Zaifuzaman Ahmad
Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram.

KEM RAHSIA - Aida Adia
Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”

352 pages, Paperback

First published December 15, 2016

2 people are currently reading
94 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

66 books111 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (35%)
4 stars
28 (38%)
3 stars
15 (20%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 18, 2018
Kisah Latifah saja yang menambat hati saya, olahan yang hidup dan menyeramkan.

Ketidak seimbangan dua cerita lain menjatuhkan mood membca sikit. cerita masih ok, cuma perlu diperbaiki dan macam tak berkaitan sangat dengan tema KEM itu.

apapun, tahniah untuk penulis terlibat.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
January 6, 2017
1. KISAH LATIFAH 5*

2. KISAH SERAM MALAM JUMAAT 4*

3. KEM RAHSIA 4*

tahniah kepada semua penulis yang terlibat . semoga suksess untuk karya2 seterusnya :)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
October 18, 2019
1) KISAH LATIFAH
MARIA KAJIWA

puan Novelis Maria Kajiwa seperti biasa dengan sentuhan magisnya di dalam karya ini sangat menjadi. latifah, gadis sunti yang menjadi mangsa kekejaman askar jepun zaman dahulu menjelma kembali untuk membalas dendam. kehilangan bahiyah merungkai satu rahsia yang sangat besar.

suka dengan selok belok keadaan kem usang dan sepanjang perjalanan untuk sampai ke kem usang itu. ngeri dan seram bercampur aduk...



.
2) KISAH SERAM MALAM JUMAAT
ZAIFUZAMAN AHMAD

tuan penulis Zaifuzaman Ahmad sememangnya bijak menglibang libukan perasaan pembaca. walaupun kem hanya sebagai tempat untuk menyampaikan kisah seram tapi satu persatu seronok di baca. dalam pada seram, mau tergelak kita dengan kisah yang ada di dalam kisah ini.

penglipur laranya hanafi, azhar dan zamri. yang terkena di penghujung pun salah seorang daripada mereka. hantu-hantu yang mengambil tempat dalam kisah mereka itu adalah hantu-hantu biasa. korang berani nak baca?



.
3) KEM RAHSIA
AIDA ADIA

rasanya puan penulis Rohaidah Aida Adia tak mensia-siakan langsung pengetahuannya tentang dunia kem askar. walaupun permulaan kisah seramnya agak lambat tapi penghujung terasa sayu juga bila ada yang hilang nyawa angkara singkat pengetahuan tentang tempat-tempat lama.

kem rahsia, itulah tempat yang perlu empat sahabat iaitu zayeed, afy, ryan dan vijay lapor diri. mereka 'diusik' dengan makhluk yang mendiami kawasan itu sebagai salam perkenalan dan seterusnya sesuatu buruk berlaku bila vijay menjumpai satu keris lama.



SECARA KESELURUHAN, tiga kisah yang berlainan arah tapi berjaya mempamerkan kem sebagai tempat kejadian. pokok pangkal hati. percaya atau tidak yakin.
229 reviews15 followers
August 2, 2017
3.5* untuk keseluruhan buku nie.

Jujur saya katakan, saya beli buku nie kerana Maria Kajiwa. Dan of course karya beliau yg plg saya suka dalam buku nie. Saya bukan bias tau, saya sedang menyelam sambil minum air bila beli buku2 projek seram nie. Sebab apa, secara xlangsung saya tau ada penulis seram/triller lain kat Malaysia nie. Cuma buat masa nie, saya belum betul2 jumpa dgn penulis seperti Ramlee Awang Murshid dan Maria Kajiwa. Tapi jgn risau, saya masih beli buku2 penulis lain yg dikatakan bestseller oleh penerbit. Kita tgk sejauh mana bestnya bestseller tue yea.

Kisah Latifah adalah tu mmg teruja saya baca. Sbb wataknya dari buku Puja. Puja mmg best sgt. Kepada peminat triller. You should read Puja. The best from Maria Kajiwa. And Lengloi of course.

Kisah Malam Jumaat. Erm.. Saya xpasti. Kalau jadi tentera mmg akan kena siksa dan dera ke? Maaf, saya xtahu. Antara byk2 kisah dlm kisah malam jumaat 2, saya rasa yg plg seram adalah kisah pocong 2. 😅

Kem rahsia plak. Apa jadi pada Tajul yea? 2 je nak tanya. 😂😂
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
February 3, 2017
#9
Antara ketiga-tiga kisah dalam KEM ini, paling saya gemari sudah tentunya nukilan Maria Kajiwa. Penulis seperti biasa sangat teliti dalam mengarang kisahnya, menjadikan Kisah Latifah seperti hidup.

Untuk dua lagi karya, iaitu Kisah Malam Jumaat dan Kem Rahsia, boleh diperbaiki lagi. Unsur seram itu kurang terkesan.

Secara keseluruhannya, Projek Seram KEM ini masih boleh dihadam oleh peminat genre seram. Tahniah buat kesemua penulis.

p/s - Silap pandang ke atau buku terbitan karangkraf makin nipis makin menaik pula harganya. Okbai.
Profile Image for Ida Ra.
Author 8 books13 followers
February 3, 2017
KEM adalah projek seram yang sentiasa saya nantikan sebab saya mahu baca Kisah Latifah. Garapan kak Maria terhadap karya-karyanya sentiasa tidak mengecewakan saya. Mengenai Malam Jumaat pula, zaifuzaman meletakkan pelbagai hantu dalam penceritaan. Zaifuzaman masih tidak lepas dengan kisah pocong. Aida Adia juga menarik lotnya tetapi kurang rencah pada kisah zaman dahulu kala. Saya sebagai pembaca rasa tidak puas menikmati konflik yang berlaku pada zaman lalu. pengakhirannya seperti ingin cepat habis. saya pada mulanya membaca, saya rasa tidak sabar-sabar mana kisah hantunya tetapi masih buah kisah yang menarik.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
January 7, 2017
tamat pd 02:58am
PROJEK SERAM KEM
(1)KISAH LATIFAH ~ Novelis Maria Kajiwa

Perkara dilarang biasanya membuatkan kita rasa teruja n terpanggil2 nk buat, itulah permulaan Kisah Latifah nie yg membawa kehilangan Bahiyah di kg terpecil junior temp dia belajar. Kehilangan adknya membuatkan Azim ditemani Ajim n Ainuha mencari sehingga ke tanjung membawa ke kem yg dikatakan keras.

Pelbagai pengalaman n gangguan yg mereka terima semasa di sana. Tak kurang kita disajikn dgn kisah ngeri, cerita kekejaman n penderitaan di kem tersebut yg boleh kita bayangkan. Kehilangan Bahiyah bersebab, sy pun terperanjat, x sangka ada dalang di sebalik semua nie.

Berjayakah mereka mengharungi n menyelamatkan Bahiyah ??? Siapa Latifah ??? Siapakah dalang yg terlibat ???? Jom ke Kg Mati Api n terjah Kem Tahanan 131.

#projekseramkem
#kisahlatifah
#mariakajiwa
#seramlicious

(2) KISAH SERAM MALAM JUMAAT - Zaifuzaman Ahmad

Sape pernah alami, yg x pernah alami bayangkan jer.... Dh syok2 dgr beberapa kisah seram, pastu leh lak sakat kwn2, pastu nk balik umh pas abis keje, malam jumaat lak tu....

Tetiba sepanjang perjlnan leh plak teringat2 cter2 td, puas pikir benda lain, tetap tu juga yg berlegar2 dlm pikiran. Dhlh naik moto srg2, x de kenderaan lain. Tup...tup... moto lak mati, x de pilihan tinggal moto ikut jln pintas. Terasa jauh perjlnan bila dlm pikiran ada mcm2 benda seram hahaha.

Leganya rasa.... bila dgr ada tapak kaki, oooo ada org jln kt dpn. Cuba kejar leh jln dekat2kn. Tapi mcm peliklh org tu, bila org tu sampai bwh lampu jln, arghhhhh....

Gitulh lbh kurang kisah dlm novelet nie, plg sy seriau part nk tutup tingkap, dtg dekat jer, arghhhh langsir terselak, menyirap darah rasa.

#projekseramkem
#kisahserammalamjumaat
#zaifuzamanahmad
#seramlicious

(3) KEM RAHSIA - Aida Adia

Ketika Zayeed sedang bertugas di pondok pengawal, wlupun berdua tp dhlh pertama kali, kt tgh hutan plak, jauh plak dr kem. Tambah lg tgh mlm, wlupun cuma 3 jam, belum apa2 mcm2 bunyi dh dgr, nk suluh lampu pun x terang.

Tiba2 bolehlh dgr, benda berat jatuh ke tanah. Bila g tgk, terpaku Zayeed dgn Vijay sbb nk perhatikan apa benda yg berguling2 jap laju, jap pelan, bila benda tu makin hampir, amik ko bertempiar lari dua2 org tu.... Yg plg sy x leh tahan seramnya sbb terasa mcm jd Zayeed plak kt kem tu, leh bygkn x seriau mcm mner. Untunglh Zayeed n Vijay msh leh berlari klu sy... ntah apa jd agaknya hahaha.

Kalau nk tahu perasaan tu baca n hayatilh baris ayat dlm nie, seram.... Nie cuma sebahagian kecil sajer dlm novelet tu. Nak tahu hujung pangkal kene baca sendiri baru bestkn

#projekseramkem
#kemrahsia
#aidaadia
#seramlicious
Profile Image for Nur Fatehah.
12 reviews2 followers
December 30, 2016
Kisah latifah
Superb..daebak..kisah latifah diolah dgn cantik..pengenalan watak yang baik..penceritaan tentang latar belakang kem,kisah sedih latifah sangat sempurna..seksaan terhadap mangsa jepun sangat real..suka dgn watak ainuha yg berpengetahuan,tegas tp lembut mengambarkan seorang muslimah..penulis x pernah mengecewakan..saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐..
Kisah seram malam jumaat
Cerita dalam cerita..ada humor..ada nasihat..ada pengajaran yg diketengahkan..saya suka penulis susun cerita dan tidak bosan..ada diselitkan humor dan membuatkan saya ketawa dalam seram..dialog yg disusun pun santai dan rilek..sula lagi cakap besar kan dah kena baring sebelah pocong..
Profile Image for sansuriya82.
92 reviews1 follower
August 11, 2025
⭐ 3.8/5

“Projek Seram – Kem” bawa aku masuk ke tiga dunia seram yang berbeza, tapi semuanya berkongsi satu perkara iaitu rasa tak selesa yang merayap sampai ke tulang.

Kisah Latifah (Maria Kajiwa) – Ini memang juara dalam buku ni. Kisah Azim mencari adik di sebuah kem lama peninggalan Perang Dunia II yang penuh rahsia dan roh terperangkap. Campuran sejarah, emosi, dan misteri buat aku rasa macam tengok drama perang + horror sekali. Ending dia… pedih tapi puas.

Malam Jumaat (Zaifuzaman Ahmad) – Bermula macam cerita ‘borak kedai kopi’ pasal hantu, tapi perlahan-lahan jadi gangguan yang ikut balik rumah. Ada beberapa adegan yang buat aku pandang sekeliling masa baca tengah malam.

Kem Rahsia (Aida Adia) – Kisah kawan-kawan masuk kem dalam hutan, melanggar pantang larang, dan… ya, penunggu hutan memang tak main-main. Premis dia best, tapi aku rasa endingnya agak tergesa. Kalau dibangunkan lebih panjang, mesti lagi padu.

Kesimpulannya, kalau kau suka cerita seram yang campur elemen sejarah, urban legend, dan sedikit ‘hutan berpuaka’, buku ni memang kena ada dalam rak.
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
102 reviews
January 28, 2020
Kisah Latifah adalah cerita paling sedih di antara tiga cerita yg ada dalam novel ni.

Tak tahan dgn penyeksaan zahir dan batin menyebabkan manusia membuat keputusan Tuhan dengan daya mereka tersendiri tetapi terhad. Dan seterusnya menghantui generasi berikutnya.

Dua lagi cerita iaitu Kisah Malam Jumaat dan Kem Rahsia meletakkan unsur komedi dan keluarga/sahabat. Kurang sedikit keseraman, tapi jalan cerita agak menarik juga.
104 reviews3 followers
Read
January 7, 2023
Nota hanya untuk aku
Cerita maria kajiwa best..cuma tak puas ..rasa tak cukup..haha..
Cerita kedua sorry kali ni aku tak berapa gemar.Cerita nya..cerita dalam cerita..hmmm..banyak aku langkah2 baca..
Cerita aida adia pun boleh tahan best..suka baca pengalaman tentera..dan ada juga kisah mistik dari zaman sebelumnya..Ni first time baca dari penulis aida adia..ingat eh..cari apa lg novel dari aida adia
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews9 followers
October 15, 2018
Jika dibayangkan kehidupan waktu zaman itu. Allahuakhbar.

Kisah Latifah membuatkan aku rasa amat amat bersyukur dilahirkan pada zaman kini. Jauh dari penyiksaan dan peperangan.

Kepada wanita wanita zaman lalu yang pernah dijadikan comfort woman. Semoga roh roh kalian ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. InsyaAllah.

Terima kasih kak Maria untuk cerita kali ini. Saya sangat terkesan dengan cerita akak ni. Azim, Macam saya cakap kat akak dulu, 'saya suka watak azim. Suka sangat!!!' •
Profile Image for Farhana Esa.
9 reviews1 follower
August 31, 2024
Nostalgic moment bila tahu watak sama macam dalam Puja. Terlalu banyak scene seram dan perjalanan agak serabut for me.
Profile Image for Syafiqha.
67 reviews2 followers
October 5, 2021
Kisah pertama- 5stars.
• mengandungi unsur2 agama
• jalan penceritaan agak slow awalnya
• plot twist
• great adventure!
• please check trigger *rape * torture *cruel japanese soldier

Kisah kedua- 4.3stars.
• pengumpulan kisah2 seram yang seram
• pengajaran yang baik

Kisah ketiga - sorry dnf (did not finish)🙂
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
March 5, 2017
ketiga-tiga kisah dalam novel seram ni best. tapi kisah latifah nukilan kak matia kajiwa lebih menonjol keseramannya dibanding 2 kisah yg lain tu.
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
January 19, 2017
Hampir jam 11 malam tanggal 14 Jan 2017, barulah aku berjaya keluar dari kem-kem yg ada dalam novel Projek Seram Kem ini..
Sepatutnya novel ini harus menunggu giliran yang lama namun atas sebab musabab tertentu, ia terpaksa memotong giliran..
Ok jom review 3 tajuk dalam novel ni..

KISAH LATIFAH - Novelis Maria Kajiwa
~~~~~~~~~~~
Penantian kisah ini begitu lama dan mengujakan... Kepuasan membaca kisah ini memadamkan rasa menunggu itu...
Kisah ini mencetuskan pelbagai emosi dan rasa apabila menekunnya. Airmata begitu murah mengalir dipipi. Ngeri.. Geram... Sakit hati.. Marah.. Semuanya dirasai tatkala membaca kisah Latifah.
Olahan cerita begitu sempurna. Imbasan yang diceritakan oleh Ainuha begitu terperinci seolah-olah dia ada semasa kejadian..
Kisah Azim yang berjaya mengubat rindu pada novel Puja. Begitu berubahnya karekter Azim.
Segala persoalan terjawab diakhir cerita.
Namun pada aku.. Betulkah dia yang membawa Bahiyah ke sana??
Markah penuh buat kak Maria Kajiwa atas novelet ini... TAHNIAH!!!

KISAH SERAM MALAM JUMAAT - Zaifuzaman Ahmad
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Himpunan cerita-cerita seram pendek...
Hakikatnya sememangnya kisah-kisah seram menjadi topik bualab tatkala kita mempunyai masa terluang lagi-lagi malam Jumaat. Semakin galak kita bercerita.
Kisah yang ringan. Namun ada pengajarannya.
Kita hanya manusia dan insan yang lemah. Bumi ini bukan kita saja yang ada. Tak perlulah nak mendabik dada dan bercakap besar. Kelak ada natijahnya..
Kisah-kisah seram ini berjaya mencuit hati.. Mencetus rasa seram.. Terutama pengakhiran kisah watak utama.
Tahniah buat penulisnya abg Zaifuzaman. Otai masih berbisa..

KEM RAHSIA - Rohaidah Aida Adia
~~~~~~~~~
Bila mula membaca kisah ini, aku ingatkan kisah mengenai anak buah Zayeed. Rupanya kisah Zayeed bersama sahabatnya semasa mereka menjalani latihan di Kem Rahsia.
Perjalanan cerita yang lancar. Laju dipermulaan cerita.
Apabila masuk ke cerita utama semasa mereka berempat barulah elemen seram dan teruja untuk tahu punca kejadian yang menimpa Vijay. Walaupun tahu apa sebenarnya yang telah berlaku namun masih ada persoalan yang belum terjawab. Bagaimana Tajul hilang?
Akibat tidak faham pantang larang, Vijay menanggung akibatnya hingga menyebabkan nyawa melayang.. Peristiwa tragis yang tetap diingati hingga keakhir hayat.
Dalam kisah ini, dipaparkan semangat setiakawan, persahabatan, perpaduan antara kaum, kekeluargaan, penyesalan semuanya diadun dengan baik.
TAHNIAH buat kak Aida.

Naskah Projek Seram KEM ini memang berbaloi dimiiliki... TAHNIAH buat semua.
Profile Image for Starlit Stories by S.
100 reviews1 follower
December 30, 2025
Aku nak mulakan review kalini dengan sepotong doa untuk previous book owner Projek Seram: Kem, Tuan Abd Rohni bin Othman yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan July. Moga arwah tenang di sana.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu. Aminnn

Buku ni aku memang dah lama aim nak beli sebab nama Maria Kajiwa. Walaupun dah baca buku Gerbang Puaka - Kisah Latifah, tetap nak beli Projek Seram: Kem. Kalau aku baca 1 Gerbang Puaka best, mesti aku nak beli jugak Projek Seram untuk baca cerita yang lain. Ni lah peri pentingnya kenapa cerita dalam buku Gerbang Puaka wajib best.

Selain tu, nama Zaifuzaman Ahmad pun menarik. Sebab last aku baca Angkara Saka tak silapnya hampir 20 tahun lepas. Masa tu baca buku Karangkraf pun pinjam Cik Ta sebelah rumah sebab sekolah rendah lagi.

Keseluruhannya untuk tiga-tiga cerita dalam Kem, aku bagi 5 bintang. Semua best. Review Kisah Latifah boleh check dekat #StarlitStoriesbyS

Kisah Seram Malam Jumaat best sebab ada 3 cerita dalam cerita ni. Satu, pasal Zainuddin yang nak duduk seorang diri ketika keluarganya pulang ke kampung. Dua, Shidee yang takut balik sorang lepas mengaji dan tiga, Akub yang diganggu sesuatu ketika rekrut dalam kem. Jeng jeng jeng

Kem Rahsia seram dan menyayat hati, mengisahkan Zayeed yang perlu melapor diri selepas tamat latihan di PUSASDA Port Dickson. Cerita ni memaparkan serba sedikit tugas tentera darat.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,545 reviews1 follower
February 6, 2017
Memang best dan terbaik..
Ketiga-tiga penulis memberikan cerita yang ohsem..
Bukan cerita sahaja tetapi ada pengajarannya..
Ilmu juga ada diberikan..
Memang ohsem..
Tahniah buat ketiga-tiga penulis..
Ingat.. Mereka masih mengawal tempat itu... Sebab bukan dalam hutan aje, dalam kem pun banyak.. jadinya jangan ganggu ketenanganku, petakalah hidupmu... Ingat tu..
Review penuh dekat Blog Kasihkuamani..
https://kasihkuamani.blogspot.my/2017...
Displaying 1 - 20 of 20 reviews