AKU BUKAN CIPAN memaparkan kisah hidup Amit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Berlatarbelakangkan era lapan puluhan dan muzik rock masih bermaharajalela di bumi Malaysia. Dilahirkan sebagai anak kepada seorang yang dituduh sebagai penagih dadah, hidupnya dipulaukan setelah kematian ibu, dan ‘hilangnya’ seorang ayah. Amit terpaksa berdikari dan hidup sendiri seawal umurnya lima belas tahun.
Sepanjang hidupnya, pelbagai ragam manusia yang dijumpainya. Daripada sejahat-jahat Parjo dan Cikgu Hamidon, sehinggalah sesengal Jimi and the gang yang sentiasa membuatnya tidak kering gusi. Kisah cintanya dengan Shima juga penuh dramatik. Daripada kekecewaan akibat Shima dinikahkan dengan lelaki lain, mereka bertemu dalam situasi yang tak disangkasangka. Satu per satu rahsia hidup Amit terungkai selepas pertemuannya dengan Papa Rock. Apakah rahsia hidup Amit itu? Apa kaitan Papa Rock dengan Amit?
bila kesedihan dalam menyelusuri kehidupan tapi disampaikan dalam gaya bersahaja maka inilah hasilnya. Pembaca akan terhibur sepanjang pembacaan tapi kalau pembaca mendalami erti dan hakikat sebenar yang disampaikan, sebak gak rasanya... Tahniah buat tuan penulis Harith Hakeem untuk garapan yang sempoi rock nih.. Oooo... Rock sangatla ya...
Serbamula, kisah amit di zaman persekolahan. Bagaimana dia dipulau oleh rakan sekolah dan juga guru bila tersebarnya kematian ibunya kerana menghidap HIV dan ayahnya yang menghilangkan diri. Amit dengan dunianya sendiri bersama walkman kesayangannya. Kemasukan shima ke sekolah itu merubah sedikit dunia amit. Shima tertarik untuk menegur amit walaupun amit beku saja. Parjo yang minat padanya pun tak dipedulikan. Zakiah yang obses karipap suka pula bercerita keburukan orang lain dan dari situ shima tahu kisah kehidupan amit.. Sesuatu berlaku, amit dibuang sekolah atas kesalahan yang dia sendiri tak pasti. Amit menjadi pelarian, mahu mencari kehidupan yang lebih baik... Di sinilah dia berjumoa dengan jimi, mail, abas dan papa rock.. Mereka yang membawa amit kenal dunia realiti. Dan dari sinilah amit mula tahu satu persatu kisah kehidupan yang dia tinggalkan dibelakang....
Panjang tempoh masa sebenarnya.. Dari sekolah, alam pekerjaan rock dan terus sehingga amit berjaya jumpa dengan shima semula.. Pembinaan dialog yang bersahaja dan olahan jalan cerita yang ringkas tak berjela buat pembaca selesa membaca tambah lagi banyak babak lucu yang terselit.. Korang bayangkanla jimi heret kipas ke kedai gunting rambut bila rambutnya yang panjang tersekat pada bilah kipas dan jumpa pulak botol minyak gamat celah rambut.. Tak ke bengong.. Walaupun ada lompong sikit here and there tak mencacatkan jalan cerita dan tak mengganggu pembacaan. Kesian amit sebenarnya kan?... Hmm... Buku solo pertama yang berjaya untuk tuan penulis harith hakeem dan all the best untuk seterusnya...
inilah rasanya novel pertama yang buat saya menangis dan ketawa pada masa yang sama. baru nak menghayati perasaan sedih, ada ja babak yang lucu. kisah kehidupan amit dari zaman sekolah sehingga usia 40an, memang sedih menjadi amit ni tapi dengan kehadiran sahabat-sahabat baiknya menjadikan kehidupannya ada rasa manis dan haru juga lah. saya kagum dengan watak jimi yang mempunyai sikap setiakawan yang tinggi, sanggup berkorban duit untuk kesenangan sahabatnya. tidak ketinggalan juga watak shima selaku heroinnya, yang awalnya setia pada cinta hatinya. nak ulas pun saya tak tahu nak susun ayat dah, tapi buku ni sangat sesuai kalau nak baca novel yang ringan isinya tapi sarat dengan pengajaran. antara buku yang boleh saya ulang baca lagi ni
Untuk buku ini saya bagi 4.0/5.0. Saya kurang minat dengan penggunaan bahasa slanga atau terlampau santai sebegini dan terlampau banyak sangat penggunaan ayat yang sama contohnya (hehehe) . Untuk mesej yang terdapat dalam buku ini saya bagi 5.0/5.0 kerana banyak mesej yang dapat saya belajar dan pelbagai perspektif yang saya dapat lihat contohnya perspektif dari masyarakat (sosial), agama dan individu itu tersendiri.