Menakluk dunia. Itu agenda Konsortium. Untuk dipersembahkan kepada 'Raja Besar' yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.
Demi keselamatan, Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi pelarian tanpa rela.
"Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat." - Nur Sayang.
Tragedi menimpa. Mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di sebuah tempat terpencil. Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.
Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle. Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.
"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang. Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi? Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap dongeng, ada pengakhirannya. Bagi kita, kisah kita berakhir hari ini." - Dr. Ehsan.
Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya? Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?
Akhirnya saya berjaya juga menamatkan kisah trilogy ini bermula dari Mahar Cinta Cenderella, Konspirasi Suami dan penamatnya adalah Fugitif. Fugitif bermaksud pelarian atau buruan. Sesuai dgn maksudnya, cerita ini juga menyajikan ttg perjalanan hidup Dr Ehsan dan Nur Sayang dlm menjadi pelarian yg diburu oleh pihak konsortium.
Untuk kisah Fugitif, ianya lebih byk memainkan ledakan emosi. Bagaimana Dr Ehsan dan Nur Sayang jatuh muflis, miskin dan hidup dlm kedaifan. Hidup mereka juga sering tertekan dgn masalah kewangan. Tak cukup dgn itu, mental mereka hampir koyak kerana kematian Puteri yg secara tiba-tiba.
Berbeza KS, Fugitif bg saya lebih menumpukan terhadap penceritaan hal ehwal rumahtangga Dr Ehsan dan Nur Sayang. Masa yg senggang memberikan mereka lebih masa utk berkasih syg dan bertekak😂.
Utk Fugitif, Kak Maya ada menyelitkan ttg penempatan Frasa Baharu yg ala2 science fiction. Bagaimana tersembunyi penempatan teknologi yg canggih tanpa dpt diakses oleh GPS dan juga Google. Wowww jika benar Malaysia secanggih itu, alangkah bagusnya. Ermm tetiba teringat pula filem Black Panther🤔.
Apa yg pasti, Fugitif menyaksikan ttg kesetiaan sepasang suami isteri yg terpisah berbulan lamanya semata2 pengorbanan Dr Ehsan yg mahu melindungi keselamatan isteri dan keluarganya. Cuma pengakhiran cerita bg saya agak tergesa2. Rasa tak puas bila tiba2 shj mereka sudah ada Puteri yg lain dan kepulangan Dr Ehsan ke Malaysia yg 'sgt selamba'.
Apapun, tahniah utk Kak Maya kerana trilogi konspirasi ini. Saya mengharapkan adanya sambungan utk cerita ini. Tetapi awal2 lg Kak Maya ckp Fugitif ini adalah penamat utk kisah Dr Ehsan dan juga Nur Sayang😭. I want more!!!!
Sebelum ni, saya dah baca Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami. Kedua-duanya saya bagi 5*. Nasib baik ada sahabat yang bagi tau yang novel Fugitif ini adalah sekuel dari novel Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami. Bila ke kedai buku, berusaha untuk mendapatkannya. Terimakasih pada Ras Ali kerana bagi tau akak pasal novel ni yg sekuel dgn 2 novel sebelum ni. :)
Bagaimanapun, maaf ye Puan Penulis....untuk karya kali ni, saya hanya mampu bagi 3.30* sahaja. Tak tau kenapa....adakah kerana waktu baca novel Fugitif ni yang berselang agak jauh dengan novel sebelum ini?? Tapi, apa yang saya rasa, ada kekurangan rencah berbanding novel sebelum ni.
Rasa kesian sangat pada pasangan Dr.Ehsan dan Nur Sayang, bila tiba-tiba menjadi muflis sekelip mata sehingga memaksa mereka hidup seperti pelarian. Dr.Ehsan terpaksa membuat kerja2 mengutip sisa2 sampah dan menjadi penjual ikan. Pendekata, lari jauh dari kepakarannya sebagai seorang doktor.
Dari novel ini, saya sebenarnya mendapat ilmu baru....betapa duit simpanan kita di bank, bila-bila masa saja boleh ghaib begitu sahaja.Dan, sim card telefon serta kad kredit kita adalah suatu akses yg membolehkan kita mudah untuk dijejaki. Keadaan ini membuatkan saya teringat pada kisah Osama Ben Laden suatu ketika dulu. Saya pernah mendengar cerita yang Osama sukar di jejak kerana tidak guna telefon...hatta jam tangan pun dia tidak pakai. Tujuannya, ialah utk mengelak dari mudah dikesan.
Bila Dr.Ehsan dan Nur Sayang di bawa ke tempat yg dikenali sebagai Fasa Baharu...tak tau kenapa, saya macam blur sikit. Rasa macam pelik ...macam tak logik je....dah ada ke teknologi macam itu??? Betul....masa baca tu, rasa macam Dr.Ehsan dan Nur Sayang ni masuk dalam dunia bunian atau alam jin pulak. Huhu....maaf ye Pn.Penulis....
Bila Dr.Ehsan membuat keputusan untuk balik ke Mesir, dalam kepala saya ni membayangkan kesusahan yang akan di alami oleh Dr.Ehsan bila berhadapan dgn konsortium. Terbayang akan penyiksaan yg akan di terimanya, seperti semasa dia di siksa Jeneral Zuckermann sebelum ini. Malah, mungkin penyiksaan yang akan diterimanya dari Leftenan Sanderson yg menggantikan Jeneral Zuckermann yg telah dibunuh itu akan lebih hebat lagi. Ternyata saya agak kecewa kerana ia tidak seperti apa yang saya bayangkan.
Kelihatannya, Dr.Ehsan tidaklah diburu sepanjang dia berada di Mesir. Tidakkah pihak konsortium dapat mengesan kedatangan Dr.Ehsan ke Mesir?? Begitu jugak dengan kedatangan Nur Sayang?? Rasa saya, jika mereka menjadi orang buruan konsortium, bukan lah satu perkara yang mudah utk melepasi sistem keselamatan di airport.
Nampaknya Dr.Ehsan boleh bergerak dgn bebas sepanjang berada di Mesir. Malah, dia pulak yg menjadi pengawal kepada Arielle bila Arielle mengadu dia macam diekori oleh seseorang. Rasanya babak di Mesir ni lebih kepada nak menunjukkan pergolakan rumahtangga Dr.Ehsan dan Nur Sayang bila ada Arielle yg juga menaruh harapan utk menjadi isteri kepada Dr.Ehsan. Tiada langsung babak2 di buru konsortium di Mesir ni rupa-rupanya....yang ada ialah kisah cinta 3 segi....yang akhirnya membawa kepada kesedaran di pihak Arielle, yang Dr.Ehsan tidak mencintainya....dan dia wajar kembali kepada orang yang masih mencintainya, kekasih lamanya iaitu Leftenan Sanderson. Malah, melalui usaha dan janji Arielle , Dr.Ehsan dan Nur Sayang akhirnya bebas dari menjadi buruan konsortium. Yup, begitu mudah....bila Arielle berkahwin dgn Leftenan Sanderson...dengan pujukan gamaknya ye...dikeluarkan nama dari senarai buruan konsortium. Aduh....simple macam tu je. Maaf ye Pn.Penulis....disebabkan saya ni terlebih berharap ada adegan2 cemas dan babak2 keganasan, yang sekurang-kurangnya menyamai 2 novel sebelum ni, itu yang menjadi asbab saya tidak boleh bagi bintang banyak2 kali ni. Huhu...
Secara keseluruhannya, bagi saya banyak info yang boleh diperolehi sepanjang membaca ketiga-tiga novel ini. Saya harap masih ada sambungannya lagi...masih banyak yang kita tidak sedar tentang tipu daya Zionis Laknatullah ini.....Teringin pulak nak tau kot2 ada perkembangan cerita 'Fasa Baharu'....mana tau boleh menghilangkan rasa 'blur' yg saya hadapi dan saya boleh menaruh harapan 'Fasa Baharu' itu memang betul2 boleh diwujudkan dan kita bebas dari cengkaman sistem ciptaan Zionis.
Terima kasih Puan Penulis, kerana memberi banyak info2 dalam novel-novelnya. Semoga Pn.Penulis terus maju jaya dalam bidang penulisan. InsyaAllah.
tak sampai 24 jam habis .. gila kan .. tak kot. percubaan yang baik dan hampir tertipu masa Dr Stein dengan Goldberg ingatkan betul le kena kidnap rupanya .. ermm then then part Konsortium tu macam tak deep .. mengharap something bad ass action antara Dr Ehsan dan Nur Sayang. tapi hmm maybe action bila Dr Ehsan dan Nur Sayang terpaksa berhadapan dengan kesusahan yang rasanya tahap kesian jugalah. dapat imagine dari doktor kena jual ikan. kesian jugalah. tapikan rasa nak cekik Nur Sayang over sungguh dengan marahnya macam aishh eh sudah ler melampau le sangat. tapi bagus ler dia defend tak nak poligamy .. and Dr Ehsan pun tak macam tu. alahai dengan Nur Sayang peluh ketiak nak pujuk, masakan nak pasang dua. oh pleasee ..! so memang termaktub Fugitif adalah penutup bagi trilogi Mahar Cinta Cinderella. memang hero lah Nur Sayang, tunggu husband selama 12 bulan. kalau orang lain, dah royan gila. tak kebal emosi .. memang pasrah and end up dengan orang lain. cinta kan boleh menguatkan dan melemahkan, cuma terpulang pada individu macam mana nak gunakan cinta tu. kalau jadi tv series best ni cuma tak tahu siapa yang boleh jadi Dr Ehsan dan Nur Sayang.. hahah as if .. agaknya ada ke orang nak tonton weii .. zaman sekarang layan tv series adaptasi novel cinta sahaja. yang macam ni .. wayang dalam kepala jer lah. maybe kot saya nie jenis fast reader untuk novel bahasa malaysia .. so paparan imaginasi dia jalan punya laju sampaikan feeling tu terpaksa dikurangkan. ada ler part geram, lawak .. but .. it's a fast pace plot .. kalau dah baca tak boleh stop. terpaksa stop kalau tak, 1 hari jer dah habis. good job! good plot! tak tahu ler bagi orang lain. but this book memang best ..
best. tersangat best. bagi sayalah. lain org lain citarasa. karya maya iris tak mengecewakan. fugitif tak seberat konspirasi suami. ada sains fiction sikit. kenalah baca sikit. kisah nur sayang dan dr.ehsan yang melarikan diri dari dijejak oleh org konsotium. ending yg sweet. bagi sayalah. suspens skit. ada pengajaran. apa yg kita rasa bila dlm akaun bank kita ada angka 0. duit yg kita simpan tiada langsung. mcm mana dr.ehsan dan nur sayang meneruskan hdp yg tiada duit. jom baca. siapa nak baca novel yg tak klise. fugitif ada jawapannya.
Baca back to back dengan Konspirasi Suami. Agaknya expectation terlalu tinggi selepas digegarkan oleh getaran Konspirasi Suami. Awal awal buku ni, bila kapalterbang yang membawa Dr Stein dan Goldberg membuat soft landing di Laut Mediterranean, berjaya betenang ke sebuah pulau, berjumpa pula dengan makhluk berbulu yang Dr Stein panggil Al-Jassassah yang diperintah Allah untuk menjaga Dajjal aka Tuan Besar Israel, dah ketara sangat cerita kali ini sebuah khayalan. Kejadian menimpa Dr Ehsan dan Nur Sayang yang berjaya pulang ke Malaysia, Puteri lahir... pun agak landai. Akaun bank Dr Ehsan & Nur dikosongkan, hingga mereka terpaksa lari sehelai sepinggang, mengutip sampah untuk sesuap nasi...Hanya bila sampai ketika Dr Ehsan dan Nur Sayang diculik orang tak dikenali dan dibawa ke Phasa Baru, baru keterujaan saya meningkat satu oktaf. Apa yang berlaku? Dapatkah suami isteri itu mengecap bahagia berkeluarga? Selepas Sang Perancang, Goldberg dan Zuckermann mati, adakah Dr Ehsan dan Nur bebas akhirnya dari cengkaman Konsortium?
Yup. Fugitif adalah Romatik thriller. Titik. Saya cuba cari thriller yang lebih thrill tapi saya silap. Yang thrillnya pada hubungan dr ehsan dan nur sayang. Kekadang macam nak bagi penampaq pun ada dekat nur sayang ni. Tak abis2 dengan tak puas hati pada nama baru tu. Hehhehe..penyabar sungguh Dr ehsan. Maksudnya penulis berjaya bermain dengan perasaan pembaca.
Saya tunggu kalau kisah Dome akan ada main peranan utama untuk selesaikan konflik tapi tak jumpa, mungkin pada mss akan datang.
Saya menanti lompong-lompong ditutup untuk mss seterusnya. Saya menanti apa akan jadi dengan Dome yang diceritakan sipi-sipi sahaja dalam Fugitif. Saya juga menanti kehebatan yang dilagukan dalam watak-watak pendiri Dome akan mencorak 'kethrillan' untuk naskah akan datang. Saya sabar menanti wahai puan Maya Iris Novelis.
Dan saya setuju "Good books don't give up all the secrets at once".
Yes.. Settle juga.. setelah lama diperam.. Hehehe.. Sambungan kisah Nur Sayang dan Dr. Ehsan bersama Konsortium.. Asyik melarikan diri akhirnya menyebabkan mereka diserang secara financial.. Bukan Sahaja Nu Sayang dan Dr. Ehsan tapi keluarga mereka juga turut terkena tempiasnya.. Berjayakah mereka memulihkan keadaan.. Adakah selamanya mereka terpaksa melarikan diri dari kekejaman Konsortium? Disebalik petaka yang menimpa, ada juga sinar bahagia buat mereka.. #fugitif #mayairis #sopublishing #aksi #cinta #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookstagram #booklover #hobisha #bookreview #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaannovember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajamabatanilmu
satu lagi buku yang menyebabkan saya jadi pencuri masa huhu
romantik thriller, yes it is. selain beberapa babak dan ilmu yang umpama menampar-nampar diri kita untuk menyedari realiti hidup. trust me, this book is worthy.
sedikit sebanyak saya panas hati juga dengan gaya si nur sayang tu ya, aduh...mujurlah hang dapat suami macam si ehsan tu. sabar bukan main.
dalam zaman sekarang ini, kerana hal duit boleh jadi rmai yang tertekan. inikan pula diuji dengan menjadi buruan oleh konsortium dan kemelut kewangan, saya rasa sakitnya tuh di sini.
Kemudian dibawa masuk ke dalam perkampungan Fasa Baharu. Okay....ada cara tak kita betul-betul wujudkan Fasa Baharu? sebab saya benar-benar teringin nak tinggal dalam tu, please....hahaha.
apa lagi ya? oh, pasal Arielle. Fight me, Arielle! Sombong dan angkuh geram hati saya tau bacanya. time ni saya puji jugalah cara Sayang berkonfrotasi dengan perempuan tu. dan ehsan, please kalau ada sambungan lagi selepas ini, tolong jgn baik sangat dengan perempuan lain.
apa pun sebenarnya saya mengharapkan ada lebih banyak babak2 berkejaran dgn pihak penjahat, atau sesuatu yang lebih...adrenalin.
selain daripada itu saya sudah hooked siri ini. sentiasa menanti news jika ada sambungannya.
kak maya, you're an awesome author! tunjuk ajar ku sifu
Sebenarnya kebetulan rezki baru habis baca buku Konspirasi Suami tahun lepas, tahu2 ada novel ini diterbitkan semasa Pesta Buku Di PWTC akhir tahun 2016. Pulun nak jumpa penulis nya, hujan2 redah jugak ke situ. Tapi takde rezki nak jumpa, penulis baru sahaja balik.. Takpe, ins sha allah lain kali.. Terima kasih kepada allah swt mencurahkan ilham utk cik puan penulis menulis novel ini.. Novel ini ada pengisian ilmu utk para pembaca.. Tak sabar untuk menanti novel sambungan seterusnya..
Kisah aksi yang disulamkan dengan kisah kasih sayang antara Nur Sayang dan Dr. Ehsan berjaya membuatkan saya ralit dengan perjalanan cerita ini. Tahniah buat penulis atas kelahiran novel ini.
disebabkan naskah ni agak tebal , saya fikir banyak kali jugak untuk memulakan bacaan .. sangkaan awal , pasti cerita berat di dalamnya dan sangkaan saya meleset
bila dah baca , tak boleh berhenti . . romantik thriller . banyak yang tersirat . antara naskah yang buat saya memikirkan sesuatu .
Tahniah Puan Penulis . semoga suksess untuk karya seterusnya .. ^_^
Ini kisah cinta luhur yang telah tercipta di syurga. Bukan sekadar kisah dongeng Cinderella. Tetapi ini kisah kasih sayang syahdu yang diadun dengan segala rencah kisah para Nabi dan para sahabat. Penuh berilmu dengan kata-kata nasihat dan teguran, penuh teladan dan tauladan buat para isteri dan suami di luar sana dalam melayari bahtera rumahtangga. CUMA tak sangka aku cerita tentang Along, Angah, The DOME, Zaim, Arielle dan Konsortium berakhir dengan begitu jer...apa yang terjadi kepada mereka semua tuh...maaf ye Pn Penulis aku memang agak kechewa sebab aku memang menantikan aksi-aksi yang lebih umpphh dan cerita tentang Arielle dan Konsortium dikembangkan dengan lebih gempak lagi...kalau ada mesti lagi kebabom meletopss tau he he he.
FUGITIF (perkataan France) bermakna PELARIAN, itulh yg dialami oleh DR Ehsan bersama isterinya, Nur Sayang. Setelah berjaya melarikan diri drpd diculik oleh org2 sebuah pertubuhan zionis yg menggelarkan diri mereka Konsurtium. Semuanya gara2 minat pertubuhan tersebut kpd penyelidikan DR Ehsan terhadap sel stem n pembedahan plastik. Kononnya dgn penyelidikan DR Ehsan dptlh mereka membantu Tuan Besar mereka dgn rupa yg lbh menarik. Dr situlh bermula susah payah, cabaran yg terpaksa beliau hadapi bersama is3, lbh2 lg ujian utk dia sebagai mualaf. Sungguh menyentuh perasaan, ditambah lg ketakutan yg terpaksa mereka hadapi sepanjang bergelar pelarian. Kehilangan org yg tersayang, mereka sentiasa diuji. Penuh dgn mainan perasaan perjlnan hidup mereka.
Byk ilmu yg akn kita perolehi drpd novel nie, kdg2 benda yg kita x amik tahu sgt, mls nk amik tahu, susah nk hadam tp bila ianya digabungkn dgn cerita dlm novel nie terasa mudah difahami, perasaan ingin tahu lbh lanjut pun melonjak2. Sangat terkesan cara penyampaian. Menarik.
Benda yg plg sy suka dlm nie bila mereka diselamatkn dan ditinggalkan di Fasa Baharu, pd mulanya penuh tanda tanya, bila dh terbongkar kagum, agak2nya wujud x temp mcm tu yg aman n kehidupan berlandaskan islam. Damai membayangkan. Sayang sungguh bila mereka terpaksa keluar n x dpt kembali huhuhu
Terus terang sy x tahu yg nie trilogi, insyaallah sy akn dptkn yg pertama n kedua. Dulu sy selalu nmpk novel tu, cuma fikir ingatkan pasal cinta, x berkenan nk dptkn. Rupanya sy silap menilai, maafkn sy huhuhu
Apa kata sapa yg lum baca tu, jom dptkn fugitif supaya kita sama2 boleh rasai pengalaman watak n cara penyampaian ilmu yg menarik. Terasa seolah2 menonton movie bila membayangkan situasi yg berlaku. Nmpknya sy dh leh tambah satu lg nama penulis kegemaran dlm senarai sy.
Puan penulis Maya Iris Novelis ada menyebut mahukan pendapat sama ada novel ini boleh berdiri sendiri tanpa membaca episod yang terdahulu. Novel ini adalah episod terakhir untuk sebuah trilogi. Sebenarnya walaupun jika pembaca tidak tahu tentang trilogi, bila dibaca pembaca boleh dapat agak yang ada kisah sebelumnya. Nak kata sama ada ianya boleh berdiri sendiri mungkin ada sesetengah bahagian kita akan tertanya-tanya, apa jadi sebelum ni?..
Sebuah perjalanan kisah yang boleh buat teruja diawalan, tertanya dipertengahan dan maaf puan walaupun puas hati di akhiran tapi macam masih ada yang tertinggal. Suka di masa awalan yang mana ketika soal jawab antara tuan besar dan dr. stein. Bila ada soal jawab itu buat pembaca mengharap suatu yang lebih besar impak. Frust jugakla watak dr. Stein dan Goldberg dimatikan lebih awal. Kisah Dr Ehsan dan Nur Sayang pula - fugitif. Memang mereka adalah pelarian. Pelarian dalam kehidupan mereka sendiri. berjaya mengelakkan diri dari menjadi mangsa kapal terbang terhempas, mereka dapat pulang ke malaysia dengan selamat. Cumanya kehidupan menjadi terbejat. Kerana tidak mahu kewujudan dihidu oleh Konsortium, identiti diubah. Tapi disebabkan kesilapan nur sayang menggunakan kad kredit semasa mahu membayar kos rawatan hospital dr ehsan yang diserang denggi, mereka berjaya juga dikesan. Melarikan diri lagi, pak bakar dan mak tijah menjadi pasangan manusia yang berhati mulia. Sanggup membantu walaupun tidak kenal dengan dr ehsan dan nur sayang..
Kisah pergolakan agama dan dunia akhir zaman sebenar di adun cantik. Banyak perkara yang luar pengetahuan kita sebenarnya. Itu membuat pembaca ralit untuk mengetahui apa jadi... apa jadi... apa jadi... Cuma yelah, bila baca kisah yang besar, saya ni nakla impak yang besar.. Tamakkan saya ni puan penulis?.. Sebab kesudahannya agak simple. Sungguhpun begitu masih mengujakan.. Tahniah untuk penyampaian kisah besar ini.. Satu tandatanya - FASA BAHARU.. agak-agaknya wujud tak sebenarnya puan penulis?
saya akui cerita ini boleh berdiri sendiri tanpa cerita sebelumnya iaitu mahar cinta cinderella dan konspirasi suami, namun saya sendiri jatuh cinta dengan cerita ini melalui dua novel sebelumnya tu lah. banyak pengajaran yang diperoleh dari novel ini, bukan sekadar perjuangan agama islam semata-mata, tapi elemen kasih sayang dan kesetiaan suami isteri juga diterapkan sekali. watak zaim dalam kuseru namamu kekasih ada juga dalam novel ni. tak tau nak tulis apa lagi, sebab semua naskhah penulis maya iris saya dah baca, tunggu hasil beliau seterusnya pulak.
Naskhah yang membuatkan emosi saya terumbang -ambing dan cemas sepanjang masa. Ku tunggu sambungan kalau ada. Salah satu naskhah thriller terbaik pada tahun ini.
Bagi aku, Fugitif ni takde lah thriller sangat, as compared to Konspirasi Suami. .
Kali ini, masalah yang dihadapi oleh Ehsan dan Nur ialah, dorang kena bersembunyi daripada Konsortium sebab dorang ni dah tahu apa rancangan Konsortium ni. Dahlah masa bersembunyi ni, Nur tengah pregnant. Kesian dorang ni. Daripada jadi seorang doktor, Ehsan kerja jual ikan dan banyak lagi cabaran yang dihadapi mereka berdua. .
Bila dorang selamat bersembunyi di Fasa Baharu, orang-orang Konsortium ni pergi kacau family Ehsan pula. Yang akhirnya menyebabkan Ehsan keluar daripada persembunyian. Hasilnya, Ehsan dan Nur terpisah selama setahun. .
Kali ini, penulis fokuskan kepada penyeksaan emosi. Penyeksaan fizikal tu hampir tiada dalam novel ni. Penyeksaan emosi ni la yang sering buatkan Ehsan dan Nur bergaduh. Tapi, dorang ni cepat baik bila Ehsan pandai pujuk. Dahlah Nur ni agak childish. Tapi, at one point, ku suka semangat Nur pertahankan suaminya daripada Arielle. Hahaha... Boleh pulak si Ehsan ni bendul semacam bila datang part Arielle ni. Dan nasib baik, Nur sabar menanti. .
Sebenarnya, ku mengharapkan lebih. Mungkin part dorang dalam pelarian tu, tak cukup menyeksakan bagi aku. 😅 Mungkin sebab penulis lebih menekankan bahawa pihak Konsortium menyerang kewangan mereka, dan bukanlah fizikal. Dan bila Ehsan ke Mesir untuk berunding dengan Arielle, macam tak mendebarkan sangat. Hahah.. Patutlah Nur boleh cemburu. Dan ku lebih curious bahagian mereka yang terpisah selama setahun tu. Ku curious apa usaha Ehsan selama dia mendiamkan diri di Mesir dan Syria. .
Walaupun ni novel thriller, part romantic pun ditekankan sama. Ku suka bila Ehsan selalu berzikir menggunakan jari Nur. Katanya, supaya pahala boleh dikongsikan bersama. .
Dan ku suka peringatan tentang Dajjal yang disampaikan dalam buku ni.