Camellia Hayyani aka sang Kameleon, 30 tahun, pereka fesyen terkenal. Mewangi dalam dunia fesyen tanah air, tapi, membusuk dalam dunia percintaan! Satu senarai yang membariskan puluhan ciri -ciri ‘Mr. Right'nya telah menyebabkan deria rasanya tertutup untuk merasai kehadiran lelaki yang betul-betul tulus menyintainya.
‘Kalau nak jadi suami Camellia Hayyani, kenalah betul-betul jadi the Right Guy! Mr. Right. Hidup bersama bukan untuk sehari dua, kalau boleh mestilah untuk seumur hidup'.
Taufiq Mizan aka Mr. Wrong, 35 tahun, seorang guru. Tahu apa yang dimahukan di dalam hidupnya, tapi sukar mengekspresikan diri kerana terbelenggu dengan rasa kasih dan hutang budi. Membujang selama ini bukan kerana tidak laku. Menurutnya, membahagiakan ibu tercinta adalah yang paling utama dalam hidup.
“Pik bukan macam Miji. Tak perlu nak menarik perhatian perempuan dengan pakaian, mak. Kalau pakai macam ni dia ingat Pik ni selebet, sengkek, tu maknanya dia hanya pentingkan penampilan, bukannya apa yang ada dalam hati. Perempuan macam tu pun tak guna nak dijadikan bini jugak.” – Taufiq Mizan
Pertemuan yang bermula akibat salah faham, akhirnya membuahkan rasa kasih dan sayang. Lebih-lebih lagi setelah kedua-duanya puas diasak dengan rasa cemburu!
“Mata aku sebenarnya yang terlebih gatal tengok kau orang berdua yang berlagak macam pasangan dah kahwin. Merenyam! Gatal mata aku terus ke tekak. Tu yang aku tersedak tu. Aku rasa nak cari ENT specialist lepas ni. Ehem! Ehem!” – Taufiq Mizan
“Menyampah? Habis yang korang berdua asyik bergesel-gesel dari butik aku macam anak kucing tak cukup kasih sayang tu? Berbisik-bisik, tergelak-gelak gatal tu, tak apa? Orang tak menyampah?” – Camellia Hayyani
Bolehkah hubungan antara Camellia dan Taufiq yang sering tercalar oleh ego dan pendirian masing-masing ini diikat dengan tali percintaan dan seterusnya pernikahan?
Bagaimana pula nanti dengan Tirmidzi Mirza? Si adik yang muncul untuk menuntut haknya? Apa pula yang akan terjadi dengan Shaima Husna? Gadis muda yang kembali menuntut janji?
huhu..sorry. susah sy nak masuk alignment cerita ini. metaphora terover tahap ganda kuasa petala langit planet pluto.. endingnya ialah mr wrong jd mr right.. hehe
3.8* Dua beradik merebutkan satu wanita yg diberi banyak gelaran oleh pekerja butiknya. Tak suka dgn sikap pemalas dan pembawa fitnah seperti Harlina yg gedik dan perasan cantik. Apalah yg si Mizi ni nampak?
Setegas2 Camellia, dia seorang yg manja dan takut kepada ibunya. Pantang ditelephone, kelam kabut jadinya. Sering bertengkar dgn Taufiq. Pantang jumpa ada je yg dibahaskan dengan Cikgu tu.
Taufiq is the best. Walaupun laser juga percakapannya kepada Camellia, dia tetap prihatin. Mizi juga gitu. Mungkin kecelaruan hati jadi Mizi ni tak tetap pendirian..Yalah casanova katakan. For a woman age 30, she is still clueless where matter of the heart is concerned. Dan kerana Mizi, Taufiq undur diri.
Apa yg saya suka, Camellia is a go getter. She sets things straight for all the screwed up between her, Mizi and Taufiq. Kalau tak melepaslah.
psssttt... korang suka tak kalau time stress nak cari pelega jiwa?.. korang suka tak kalau nak baca novel cinta tapi takla jiwang semata?.. korang suka tak kalau dapat senyum gelak sengsorang sebab happy tak kirala orang pandang serong lain macam?.. Psssttt... Nak tak?... Haa... Kalau nak, cuba korang cari novel ni tak kira la kena beli atau pinjam. Lagi elok kalau beli sebab boleh baca banyak kali.. Unsur lawak bersahaja yang ada dalam novel ni boleh buat jiwa korang spark macam pertunjukan bunga api masa tahun baru kat klcc tau.. Heii.. Bukan aya dan taufiq jer ya boleh ada spark dalam hati.. Siapa aya dan taufiq?
Aya, camellia hayyani hendak dijodohkan oleh hajah mawar dengan anak pada sahabat baiknya puan salmah. Hajah mawar nak kahwin kan aya sebab umur pun dah cecah 30 tapi tak reti langsung nak cari pasangan hidup. Puan salmah pula sebab anaknya si tirmidzi mirza tu buaya!.. Hambik... Abang si mirza, taufiq mizan pulak punya sejarah buruk dalam pertemuan pertama dengan aya.. Kena hempuk dengan beg tangan sebab di sangka pencuri.. Ganas ko aya..
Tapi sebab mirza ni playboya, taufiqla yang selalu berjumpa dengan aya.. Berperang saja kerja diorang berdua. Ha.. Part perang ni memang boleh gelak sorang -sorang baca. Ada jer sengal diorang berdua nih.. Spendar oren sangkut kat kaki?.. Haha!!... Cuma tak best, bila mirza dapat tahu yang aya jodoh pilihan ibunya, dia mula la tunjuk belang. Nak pulak segala sifat yang ditunjukkan menepati piawaian aya dalam list mr right nya itu. Bila dengan mirza dia bertukar identiti. Dah macam ada penyakit apa yang banyak identiti tuh?.. Haa... Macam tu la aya sampaikan taufiq pun panggil aya kameleon, alahai.. binatang yang boleh tukar kaler tu.. Antara aya dan taufiq, siapa yang jatuh hati dulu ya? Akan terus mengalahkan taufiq pada kehendak ibunya yang nak menyatukan aya dengan mirza?..
Novel ni tak meleret. Puan penulis Sara Kyoko tahu mana nak letak penamat. Cukup jalan cerita, takde lebih takde kurang. takde meleret takde tergantung.. Watak yang ada pun semua berperanan menguatkan kisah ini.. yang tak suka baca novel cinta apa kata cuba baca.. tak tebal pun and serious, sangat enjoy sepanjang pembacaan.. that's it and that's all..
Overall... Ckup rencahnya... Sya suka dgn kisah yg dibentangkan oleh penulis kta nie... Camellia Hayyani dan Taufiq Mizan... Pelbagai kelucuan berlaku diantara mrka berdua nie... Watak Haji Hamid pn mmg lucu... Dgn Hajah Mawar n Mak Cik Salmah pn lucu... Puas hatilah... Bcaan ringan yg x berat konfliknya... Hehe
Mengisahkan Camellia yang mencari calon suaminya based on criteria Mr Right, yang kebiasaannya hanya boleh didapati dalam novel. Pada pertemuan pertamanya dengan Taufik Mizan, Camellia menganggapnya sebagai pencuri. Namun, bermula dari situ, hubungan mereka semakin rapat, sebagai kawan. Tambahan pula, both families ingin menjodohkan Camellia dengan Taufik Mirza, adik kepada Taufik Mizan. Kebetulan pula, pertama kali Camellia berjumpa dengan Mirza, sememangnya dia merasakan Mirza is her Mr Right. Namun, konflik bermula apabila sebenarnya Camellia dan Mizan suka satu sama lain, but they try to deny it. Apabila si Mirza buat keputusan drastik untuk bertunang dengan Camellia secara surprise, si Mizan pulak mengalah. Nasib baik la si Camellia ni is a go getter. Selamba dia tukarkan majlis pertunangan tu kepada majlis dia dengan Mizan aka Topik....
This book is highly recommended for those; 1. Yang suka cerita santai, tak peningkan kepala 2. Yang suka cerita sweet, manis manis buah 3. Yang suka buku yang nipis, 388 ms
Suka cerita ini! Camellia Hayyani (Aya) sudah 30 tahun dan seorang pereka fesyen terkenal tapi masih belum jumpa Mr Rightnya. Taufik Mizan (Topik) sudah 35 tahun, anak susuan Mak Cik Salmah dan seorang guru bahasa Inggeris. Juga masih belum jumpa cinta hatinya. Pertama kali bertemu, Topik dihempuk dengan beg. Kemudian dia jumpa Aya yang baru bangun tidur dengan rambut mengerbang dan belum berus gigi. Tapi walaupun tiap kali bertemu dan bertekak, kenapa hati buat irama kencang. Tapi Mak Cik Salmah nak jodohkan Aya dengan Tirmidzi Mirza (Miji). Miji menolak mahu dijodohkan. Tetapi tanpa sedar siapa Aya, dia cuba untuk memikat Camellia. Kesempatan tiba bila dia selamatkan Aya dari kemalangan. Dia memenuhi semua ciri-ciri Mr Right Aya tapi kenapa wajah Topik yang selalu diingat. Dengan Topik, Aya rasa selesa dan selamat. Kelam-kabut dibuatnya bila Hajah Mawar kata Mak Cik Salmah nak datang meminang untuk Miji. Topik pula kata lupakan dirinya. Jika ada rasa cinta dan 'cinta saling melengkapi' apa yang harus Aya buat? Mengapa Miji terburu-buru untuk meminang dirinya?
terhibur dgn perangai Aya yg degil suka melawan ckp maknya Puan Mawar Baiduri a.k.a Berduri. suka dgn watak Taufik Mizan yg protective terhadap Aya. juga watak ayah Aya yg penuh humor sampai mukasurat terakhir pun boleh buat lawak lg.