Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalbu #3

Empunya Kalbu

Rate this book
Di hari walimatul urus ayahandanya, Tun Manis diacukan keris di leher oleh Kunta, si panjat angkara. Lalu datang Gerhana sang empu muda elok rupa baik budi bahasa menyelamatkannya. Kisah Tun Manis dan Gerhana berjalin kait apabila tahi bintang melintas di langit kerajaan Pahang Lama. Setelah lebih seabad berlalu, kisahTun Manis dan Gerhana jatuh ke tangan Hisyam, perantis ilmu pembuatan keris yang dirundung dukalara dan tanda tanya. Adakah kisah yang selama ini berada dalam simpanan pustaka keluarga Sara Ramsay, pewaris industri pedang dari Scotland itu boleh membawa suluh pedoman terhadap kabut gelita dalam kalbu pemuda bakal empu ini?

216 pages, Paperback

First published November 25, 2016

2 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Sri Rahayu Mohd Yusop

23 books260 followers
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Hasil kerja yang telah diterbitkan:

1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.
2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.
4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.
6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.
7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.
8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013.
10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015.
12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.
13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara.
14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.
15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (59%)
4 stars
15 (28%)
3 stars
5 (9%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 23 books260 followers
December 4, 2016
Saya tulis 'Empunya Kalbu' sedikit demi sedikit' dari bulan Oktober hingga Disember 2015. Namun begitu, kajian tentang keris dan pembuatan keris saya sudah lakukan semenjak 3 tahun lalu selepas siap 'Qalam Kalbu'. Apabila saya mengalami cabaran baharu dalam tahun 2015 barulah saya tahu saya mesti tulis novel ini untuk memproses pemikiran saya tentang cabaran itu. Saya tulis novel ini curi-curi: makin saya berusia makin lama saya habiskan usia menunggu. Kali ini saya mempersoalkan kenapa sesuatu perkara/orang/objek itu boleh menjadi kecintaan & kedukaan buat kita dalam masa yang sama? 'Empunya Kalbu' saya tulis dengan matang. Saya mahu fikir yang saya sudah matang. Watak-watak protagonis saya tulis sebagai penyabar, berbaik sangka, sangat mindful walaupun diuji sebegitu dahsyat. Watak-watak antagonis pula adalah orang yang gagal memahami konsep hikmah. Saya suka tulis novel berlapis-lapis kisahnya dan 'Empunya Kalbu' mempunyai 3 lapis naratif, yang terbanyak saya tulis setakat ini. Ini juga adalah novel terakhir dalam Trilogi Kalbu (sebelumnya 'Warisnya Kalbu' & 'Qalam Kalbu') walaupun ia boleh dibaca sebagai novel 'stand alone'. Selamat membaca!
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
August 4, 2021
Dua kisah yang digabung menjadikan jalan cerita ini menarik.

Bermula dengan sebuah naskah lama tentang perkaitan antara keris dan orang melayu membawa Sara ke Malaysia. Dia berkenalan dengan Hisyam dan ingin mengetahui lebih lagi berkenaan seni membuat keris.

Sara juga memberikan Hisyam naskah lama tulisan Tuan Frey yang bercerita tentang kisah Tun Manis dan Gerhana. Bagaimana keris itu sendiri bukan sekadar senjata untuk mempertahankan diri, malah lebih lagi.

Ketika Sara merakam dokumentari tentang proses pembuatan keris itu, saya boleh bayangkan lah macam menonton Majalah 3.

Secara keseluruhannya, saya suka dengan kombinasi kisah dulu dan sekarang. Elok tersusun dan tidak bercelaru.
Profile Image for Hilmi Loma.
32 reviews9 followers
May 31, 2017
Penutup (mungkin?) kepada trilogy Kalbu/Qalbu daripada Kak Sri. Sepertimana karya Kak Long dan Kak Ngah sebelum ini yang bersulamkan dengan roh pantun, pencak silat, karya Adik Bongsu ini pula ditempa dengan jahitan-jahitan mengenai keris dan pembuatan senjata terkenal di kalangan masyarakat Melayu.

Saya kira Empunya Kalbu ini lebih kepada spin off daripada sambungan kerana ia seolah-olah berkisarkan di dalam universe Kalbu/Qalbu yang sama. Kak Sri masih mengekalkan trademark seni Melayu di dalam penceritaan. Kali ini seni pembuatan keris dan juga sedikit mitos, legenda serta beberapa pantang larang berkaitan sehingga kenyang.

Penceritaan dimulakan dengan watak utama yang menerima jurnal daripada watak dari zaman lampau. Di sinilah bermula permainan watak-watak di antara batas masa lampau dan kini. Saya sukakan pengembaraan seperti ini sama seperti karya Kalbu/Qalbu yang lepas.

Secara jujur, saya sedikit terkilan kerana tidak merasakan magis seperti yang Kak Sri lakukan di dalam Qalam Kalbu (siri terbaik bagi saya di dalam trilogi Kalbu/Qalbu secara peribadi). Kurang sedikit mainan perasaan di antara watak-watak tetapi itu bukanlah kelemahan keseluruhan kerana percayalah, Empunya Kalbu pasti ada magis buat pembaca-pembaca lain. Mungkin Kak Sri mahukan kelainan buat Adik Bongsu ini.

Kembara seorang yang bergelar anak di dalam mencari tempat yang hakiki di dalam hati seorang yang dipanggilnya Ayah. Kembara seorang empu dalam mencari redha Tuan Guru dan juga senang hati Sang Pemerintah. Pengkhianatan seorang rakan, timbul kasih seorang Hawa kepada Adam, misteri buat yang dipanggil Gila, kasih saudara-saudara lain kepada saudara mereka yang berlandaskan agama bukan sedarah, amanat seorang ibu, semua itu dirangkum kemas oleh Kak Sri.

Cover Empunya Kalbu merupakan antara yang terbaik di dalam siri ini, sesuailah kehadiran naskah ini sebagai penutup yang kemas dengan ikatan yang bersimpul mati. Pengakiran kepada pengembaraan watak-wataknya yang saling mengejar dan dikejar dengan perasaan masing-masing.

"Orang Melayu hanya perlu menyisip keris dipinggang dan dia bawa sejarah kejadian alam semesta, bangsanya dan susur galurnya, yang menjaga nyawanya dan mempamerkan kehormatannya..."

"Satu-satunya perkara yang dapat dalam pengalaman ini ialah manusia mati, tubuhnya hancur tinggal tulang belulang dan tahun-tahun berlalu sehingga dia dilupakan, wajahnya, suaranya. Tetapi cerita tentang budi dan akalnya kekal, dan cerita menjadi sejarah, dan sejarah mesti dicatatkan kerana sejarah memberi kekuatan kepada manusia."

Terima kasih Kak Sri untuk pengembaraan merentasi masa dan batas akal di dalam trilogi Kalbu/Qalbu yang penuh dengan mainan emosi. Terima kasih. Takkan Melayu hilang di dunia!
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
November 16, 2025
Puan @sri_rahayu_mohd_yusop did it again to make me fall in love with her works!

Buku sebelum ni, Warisnya Kalbu saya dnf sebab tak dapat catch-up apa cerita yg nak disampaikan. Tapi‼️ Gue pantang menyerah lohh nak pula dengan penulis kesayangan semua ni. Dalam satu yang dnf ni mesti akan ada yang lain lagi best punya. Saya cuba salah satu buku dalam Trilogi Kalbu yakni Empunya Kalbu. Nahhh… kan betul cakap saya 😂

Jarang jumpa penulis yang boleh membawa tema berat dalam Empunya Kalbu. Maknanya, penulis mesti dah buat kajian dulu sebelum dijadikan ia sebuah cerita. Tema yang saya maksudkan berkaitan KERIS.

Sepanjang pembacaan, banyak ilmu yang saya dapat berkaitan keris. Dari segi pembuatan, adat dan budaya, kepercayaan bahkan jenis-jenis keris.

Walaupun tema berat (bagi saya), tapi teknik penceritaan sangat santai dan sampai. Pembaca ada akan menelusuri 3 zaman dalam cerita ini iaitu:

🌼Zaman sekarang di mana Hisyam sebagai anak angkat kepada keluarga yang susur galurnya pembuat keris boleh mewarisi seni pembuatan keris berbanding adik-beradik angkatnya yang lain. Dalam zaman ni, kita akan tahu lebih banyak lagi tentang pembuatan keris yang semakin ditelan dek zaman tapi masih ada anak muda yang mahu meneruskan perniagaan keluarga.

🌼Zaman penulis buku yang membuat folio The Malay Keris: Anecdotes of a Pahang Malay Matriarch oleh Edward Frey. Edward telah berjumpa dengan Tun Manis untuk mengetahui tentang sejarah dan kaitan keris dengan alam Melayu Nusantara.

🌼Zaman Tun Manis ketika muda remaja di mana dia menjadi saksi perjalanan seorang anak muda membuat keris dan pengembaraannya mencari arah tahi bintang jatuh. Dikatakan tahi bintang tersebut mempunyai kuasa ajaib jika dibuat keris dan empunya akan memiliki kuasa sakti.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews322 followers
August 27, 2025
Dalam Empunya Kalbu, Sri Rahayu Mohd Yusop meneruskan legasi naratif yang telah dimulakannya dalam siri Kalbu, cuma kali ini dengan nada yang lebih gelap, lebih kontemplatif, dan lebih berakar kepada falsafah warisan serta trauma sejarah. Nak kata novel ini adalah kesinambungan kepada Warisnya Kalbu dan Qalam Kalbu, tak sepenuhnya juga sebab ini sebuah karya yang berdiri sendiri dengan kekuatan naratif dan simbolisme yang mendalam. Kali ini, keris diangkat menjadi sebagai lambang peradaban, kehormatan, dan sejarah yang terpendam dalam jiwa bangsa Melayu.

Kisah bermula di hari walimatul urus Tun Selamat, apabila anaknya Tun Manis diacukan keris oleh Kunta, si panjat angkara. Gerhana, seorang empu muda yang elok rupa dan baik budi bahasa, muncul menyelamatkan Tun Manis. Peristiwa ini menjadi titik mula kepada pengembaraan dorang berdua untuk mendapatkan tahi bintang yang melintas di langit kerajaan Pahang Lama, dengan tujuan menempanya menjadi keris yang luar biasa. Lebih seabad kemudian, kisah ini jatuh ke tangan Hisyam, seorang perantis ilmu pembuatan keris yang dirundung dukalara dan tanda tanya tentang asal - usul dan takdirnya. Melalui jurnal yang diberikan oleh Sara Ramsay, pewaris industri pedang dari Scotland, Hisyam mula menyelami sejarah yang bukan sahaja mengubah POV-nya terhadap dunia empu, tapi juga terhadap dirinya sendiri.

Membaca sipnonis sahaja sudah cukup teruja bukan?

Tun Manis ialah lambang kemurnian dan keberanian wanita Melayu yang tak tunduk kepada ancaman, manakala Gerhana adalah figura lelaki ideal yang mahir dalam seni empu, dalam masa yang sama memiliki jiwa yang luhur. Watak Gerhana mengingatkan aku kepada arketip pahlawan yang gagah, bijaksana dan berjiwa seni. Hisyam pula adalah watak yang paling kompleks dalam novel ini - dia bergelut dengan kemahiran empu, juga dengan luka batin dan pencarian identiti. Sara Ramsay, sebagai pewaris Barat yang menghormati warisan Timur, menjadi jambatan antara 2 dunia, dan memperlihatkan bahawa penghargaan terhadap budaya tidak mengenal sempadan geografi.

Aku paling suka karya ini dalam siri #kalbu. "Orang Melayu hanya perlu menyisip keris di pinggang, lantas dia membawa sejarah kejadian alam semesta, bangsanya dan susur galurnya". Nampak, gaya bahasanya bukan setakat indah, tapi kali ini sarat dengan makna falsafah. Naratifnya berselang - seli antara masa silam dan masa kini, melalui jurnal dan folio yang menjadi medium intertekstual seperti ini bagi aku cukup berkesan - teknik ini aku rasa berjaya memperkaya struktur cerita, dalam masa yang sama mengundang aku untuk merenung sejarah sebagai sesuatu yang hidup dan berdenyut dalam kalbu manusia.

Novel ini sarat dengan pemikiran tentang warisan, identiti, dan hubungan antara manusia dengan sejarahnya. Keris dijadikan simbol kehormatan, keturunan, dan ilmu yang diwarisi secara spiritual dan teknikal. Aku suka isu trauma sejarah dan bagaimana ia diwarisi secara senyap dalam jiwa generasi muda yang digarapkan. Hisyam sebagai watak utama menjadi medan kepada pertarungan antara masa silam dan masa kini, antara ilmu dan emosi, antara warisan dan pembaharuan.

Yang paling aku tentulah seni empu seni sebagai teras naratif, sesuatu yang pertama kali aku dengar dalam sastera Melayu moden. Rupanya ia bukan sekadar kemahiran, tapi satu bentuk zikir dan tafakur terhadap alam dan pencipta. Dan warisan ini bukanlah sekadar nostalgia, tapi sumber kekuatan dan kebijaksanaan yang harus diteruskan.

Highly recommended.

5 / 5 stars
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
May 13, 2025
Naskah yang sukar untuk diletakkan kembali setelah dibuka.

Kehalusan pengertian seni bagi penulis boleh dilihat pada ragam naskahnya. Bermula dengan keindahan pantun dalam naskah Warisnya Kalbu, keanggunan seni khat dan ketangkasan seni silat dalam Qalam Kalbu serta keutuhan keris dalam naskah ini - Empunya Qalbu.

Seluruh trilogi ini mencakupi keindahan alam Melayu yang dipertahankan turun - temurun. Saya menjangkakan trilogi ini tidak akan terhenti di sini (walaupun penulis sendiri mengesahkan ini adalah naskah yang terakhir dalam siri ini).

Mungkin akan ada naskah yang akan membawa pembaca menelusuri dan membongkar warisan - warisan lain yang ada di tanah air.

Syabas buat penulis!

NOTA :

Muhammad Azim (Bilal yang melaungkan azan) yang ketengahkan dalam secebis babak daripada penulisan ini - mungkinkah individu yang sama dalam naskah Qalam Kalbu memandangkan penulis masih mengekalkan Ganchong sebagai pilihan latar tempat untuk naskah ini sebagaimana naskah sebelum - sebelumnya…

Tun Sufiah - adakah individu yang sama yang membawa watak Sophy dalam Qalam Qalbu….

???
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
March 11, 2023
Saya mendambakan sambungan kisah Tun Hassan Perwira setelah selesai membaca Qalam Kalbu. Ternyata penulis memilih sisi lain untuk menyambung trilogi Kalbu ini.

Mungkin ingatan saya yang sudah semakin pudar kerana tidak dapat mencantumkan sendiri kaitan antara buku pertama dan kedua dengan buku ketiga ini. Atau mungkin juga kerana jarak masa berhenti dari membacanya terlalu besar, maka fikiran saya tidak dapat menangkap tali sambungan daripada buku kedua ke buku ketiga ini.

Kesimpulan mudah, Empunya Kalbu seperti berdiri sendiri dan terasing daripada Warisnya Kalbu dan Qalam Kalbu. Malah QK yang agak kurang sifat fizikalnya itu lebih kuat meninggalkan kesan di hati, apabila penulis memilih kesudahan tertentu bagi watak lelaki utamanya.

Sungguhpun demikian, saya mempelajari banyak sisi baharu tentang seni pembuatan keris, dan soalan-soalan yang terkumpul sejak zaman kecil perihal keris Melayu sudah pun terjawab melalui buku ketiga ini.

Di dalam dilema antara 4/5 dengan 3/5, akhirnya saya memberikan 3.5/5 kepada novel ketiga siri Kalbu ini.
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
August 20, 2022
Buku yang sarat dengan ilmu keris. Di sampaikan dengan cara yang tidak membosankan, beserta kisah yang mengharukan. Kisah kasih tanpa ikatan darah antara ayah/ibu dan anak. Kisah kecekalan jiwa. Kisah yg menginsafkan.
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
February 28, 2024
Sangat detail penceritaan tentang pembuatan kerisnya.

Drama saudara seguru dan konflik anak-bapak seronok dibaca.

Nak lagi buku macam ni!!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 4, 2024
28/2024

-Empunya Kalbu
-Sri Rahayu Mohd Yusop

Cuma nak review novel ini sangat menarik dan luar daripada kotak. Penulis sangat bijak dalam mengarang cerita tentang keris. Ketiga tiga novel berkenaan Kalbu sangat menarik dan wajib dimiliki oleh semua pembaca. Tahniah buat penulis. Semoga karya seperti ini diangkat lebih tinggi memandangkan ia mengangkat kisah warisan dan budaya Malaysia.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
June 15, 2024
Seperti novel Warisnya Kalbu, Empunya Kalbu turut mengandungi rentetan kisah Perang Bendahara Pahang.

Apa yang saya suka mengenai novel ini ialah :

-Ketika perihal keris diterangkan, ilustrasi keris turut diselitkan bersama. Makanya, apabila saya cuba menghadam info baru, saya tidak perlu bersusah-susah payah membayangkan bagaimana rupanya sampir, bagaimana rupa pendongkok.

-Dapat membetulkan perspektif saya tentang keris. Sebelum ini, kita lazim mendengar banyak benda khurafat/tahyul yang berkait dengan keris.Namun, setelah saya membaca cara pembuatan keris oleh Pak Busu,Hisyam dan Gerhana yang sering dilazimi dengan bacaan Basmalah dan ayat suci al-Quran, tahulah saya bahawa pemahaman saya selama ini salah.

-Ada diselitkan tentang kekeluargaan. Kekecewaan ayah Hisyam kerana tiada seorang anak kandungnya yang mewarisi bakatnya selaku pembuat keris(malah anak angkatnya pula yang mewarisi) sering kita dengar dalam situasi harian. Saya suka apabila isu ini diketengahkan dan bagaimana akhirnya ayah Hisyam belajar untuk berdamai dengan takdir pada akhirnya.

-Tuan Frey. Saya suka dengan monolognya.

"Satu-satunya pengajaran yang diraih dalam pengalaman ini ialah manusia akan mati, tubuhnya akan hancur tinggal tulang-belulang dan tahun-tahun bakal berlalu sehingga ia dilupakan, baik wajahnya mahupun suaranya. Akan tetapi, cerita tentang budi dan akalnya kekal, dan inilah kisah yang perlu dicatatkan kerana ia memberi kekuatan kepada manusia."

Sudah terang lagikan bersuluh, inilah novel kegemaran saya dalam Trilogi Kalbu! (Yang lain pun suka juga, tapi vibes novel ini tak ada yang boleh lawan, hehe)
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
March 3, 2024
4 orang anak lelaki
3 anak kandung
1 anak angkat
Warisan seni empu keris diminati oleh anak angkat

Apa kaitan kisah Tun Manis dengan Hisyam?

Warisnya Kalbu ... Mendalami dunia pantun
Diselit sejarah perang di Pahang

Empunya Kalbu ... Mendalami dunia keris
Indahnya seni keris
Masih ada lagi ke pembuat keris? Sarung keris?

Bangga bila ada tukang keris dari golongan wanita
Jangan main-main ya ...

Terasa sedih bila Hisyam melihat maknya
Hisyam ingin tinggalkan dunia
Namun ibunya berkata belum masanya ...

Sweet pula Gerhana dan Tun Manis
Hehehe ... Ternyata Tun Manis bukan sebarangan wanita
Ada ilmu didada ...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatihah.
182 reviews15 followers
October 20, 2025
Jalan cerita yang menarik dan kemas walaupun setiap bab diselangselikan di antara dua masa yang berbeza. Watak-watak yang menarik dan bahasa yang kemas.
Profile Image for izz4hx .
46 reviews
August 8, 2025
Terus baca buku ni lepas Qalam Kalbu. Jalan cerita yang hampir sama menyebabkan timbul rasa jelak. Syabas dekat penulis sebab boleh perincikan pembinaan keris dari mula sampai akhir.


Perasaan syak wasangka tidak sepatutnya diletakkan pada bangsa, tetapi orang dan tujuannya. Khianat dan kejahatan ada di mana-mana hatta saudara kita sendiri. Jadi, kenapa perlu berduka cita menyangka semua orang jahat lagi khianat?
Profile Image for Aisy.
11 reviews
October 1, 2025
Buku ini sangat menarik sebab sambil dia mencerita dia juga mengajar macam mana keris direka dari awal sampai akhir. Saya rasa dengan tulisan sebegini, dapat menarik minat orang muda dalam industri menbuat keris.
3 reviews
November 27, 2024
i like the slow pace of this book, but i wish there's more on the history part of the buku catatan frey
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.