Jump to ratings and reviews
Rate this book

Minyak Dagu

Rate this book
Cintanya CINTA mati, hatinya untuk si jelita.
Tapi dia ditolak tanpa simpati.
Menyeru raga si minyak neraka, menyerah JIWA menjadi hamba, asalkan dapat yang dihajati.
DOSA tidak diendahkan lagi, maka bersoraklah SYAITAN ikut menari.

Paperback

First published October 1, 2016

31 people want to read

About the author

Ida Anuar

29 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (34%)
4 stars
15 (57%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
3 reviews
August 12, 2017
Ida Anuar nama tidak asing bagi pengemar page genre seram "kalimah Paranormal". Kali ini coretan pena beiiau dinaskhahkan dalam bentuk novel "MInyak Dagu". Novel yang mengutamakan elemen minyak dagu sebagai teras asas penceritaan. Penceritaan pembuatan minyak dagu dikupaskan dengan baik oleh penulis. Walaubagaimanapun elemen seram tergambar di muka hadapan jauh lebih seram berbanding penceritaan isi novel berikut. Penceritaan melalui plot ringkas permulaan nekadnya hati seorang lelaki setelah cintanya ditolak..proses memiliki minyak dagu...semua lancar dan mendatar. Namun penulis menghidupkan dua watak iaitu Haris dan Mustika. Watak ini membantu pembaca berfikir dan menarik pembaca walaupun pembaca seakan-akan dapat meneka hubungkaitkan kesemua watak-watak ini. secara keseluruhan tiga bintang.
Profile Image for Kufaz.
Author 2 books2 followers
January 25, 2018
Kak Ida Anuar memang seorang yang akan kaji dulu sebelum menulis, membuatkan penulisannya bukan sekadar tulisan picisan. Dan permainan karekter serta plot, termasuk plot twist dalam karya ini sangat kena.

So bagi mereka yang tak tahu apa itu minyak dagu, dan apa implikasinya, bacalah novel ini. Serius, korang akan suka.
Profile Image for Nurul Insyirah.
1 review
October 11, 2021
I read the book to brush up on my Malay and I'm glad that I borrowed the book! I enjoyed reading it although i was slow at first, the book was straightforward and not too detailed to the point where my attention would be lost. The book also had a plot twist at the end!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 14, 2016
sebenar tak seram pun. tak seram langsung macam yang tergambar pada kulit buku.. tapi korang jangan memain. walaupun kita sememangnya jangan takut dengan hantu tapi kalau tetiba dok bawak keta waktu malam tetiba toleh kat sebelah muka ni dok merenung mau menjerit gak, kan? .. tahniah puan penulis Ida Anuar sebab berjaya membawa realiti di sebalik kejadian sebenar minyak dagu yang selama ni hebat diperkatakan di kalangan yang menggunakannya. agaknya lah... hehe...

penjelasan yang terperinci bagaimana minyak dagu dihasilkan, cara ianya diperoleh, barang-barang lain yang perlu ada, jampi serapah untuk minyak dagu serta pantang larang yang dikisahkan dalam novel ini bukan untuk pembaca mencuba tapi ianya ilmu berguna sebenarnya. buat apa nak menentang qada' dan qadar Allah? hanya sebab karmila menolak lamaran farhan buat farhan terpedaya dengan ajakan ojan dan malek untuk mendapatkan minyak dagu supaya dapat dioles pada karmila. gila kan?.. nak berkawan dengan setan maka kena jadi macam setan.. haha!! I really like that sentence kak Ida..

tapi tanpa mereka sangka, lain diharap lain yang jadi. harapan farhan supaya karmila datang padanya tak menjadi nyata sebaliknya lain yang berlaku. karmila memang mula terbayang dan teringat akan farhan cumanya dia tidak pergi bertemu farhan. dia diganggu oleh semangat minyak dagu tersebut. farhan rupanya terganggu sama.. soncit, bomoh yang membantu mereka menghasilkan minyak dagu itu dapat mengesan gangguan sebenar tapi dia mati dalam kemalangan.. malek dan ojan turut diburu...

banyak pengajaran boleh dikutip dari novel ini. korang jangan ingat, ala buku seram ni taknak baca lah.. rugi beb! permulaan penceritaan yang agak simple, tiba ditengah laju bak peluru berpandu buat kita pembaca sama gedebuk gedebak nak tahu apa jadi dan pengakhiran kisah yang.... ehhhhh????......macam ada tak kena jer ni puan penulis??... sangkut jer gaya cerita nih??..... haris? damin? mustika?.. ehhh??... walaupun ada struktur ayat yang agak longgar tapi tak cacatkan penyampaian kisah.. jangan terpedaya sedikitpun dengan janji syaitan kerana janji itulah yang langsung tidak boleh dipercayai. Allah ada. percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku. bila tidak redha, jiwa mula tak selesa. bila tidak percaya takdir Allah, hmmm.......
Profile Image for Haliza.
81 reviews
December 27, 2016
tamat pd 02:03am
MINYAK DAGU ~ Ida Anuar

Sewaktu baca tajuk jer, sy terus terpikir, alahaiiii minyak dagu jer, biasalh dgr, apa yg menarik agaknya. Sebenarnya meh sy bgtahu apa yg MENARIK tu bkn sbb pasal seram.....jap sy pikir seram x, emmmm seram sgt tu xlh cuma bila ada watak yg duk sendiri tu terasa2 lak mcm diri sendiri yg kene tinggal, huwaaaa x mahu, mahu sy ngekor org hahaha

Ok berbalik pd yg menarik tadi adalh cara jalan cerita yg disampaikan, ianya bkn hanya tertumpu pd minyak dagu, tp ada misteri lg yg saling berkait antara satu sama lain. Penyampaiannya mmg cukup baik membuatkan kita hendak terus membaca sbb desakkan perasaan ingin tahu.

Dipendekkan cerita Farhan nie sebenarnya mmg syok gler kt Karmila sehingga menghantar pinangan. Tp sygnya pinangan ditolak sehingga menimbulkn ketidakpuas hati kpd Farhan. Si Karmila nie plak jenis yg memperlekehkan n mempersoalkn keimanan si Farhan. Dek rasa terdesak n sakit hati Farhan nie termknlh hasutan Malek utk menggunakan minyak dagu. Bermulalh pengalaman seram si Farhan.....

Tp syg apa yg diharapkan mereka x berjaya seperti yg pernah mereka lakukan sblm ini. Di sinilh bermula keterujaan menyerang perasaan sy yg ingin tahu.

1.Kenapa x menjd wlupun semua syarat n pntg larang dipatuhi ??
2.Kenapa seorg demi seorg yg terlibat dihantui semangat minyak dagu tu ???
4.Adakah mereka selamat ???
5.Siapa dalang yg menghalang mereka ???
6.Kenapa bapa mentua Mustika bersikap misteri ????
7.Siapa Damin ?????

Persoalan nie semualh berkait rapat sehingga menghasilkan konflik yg berpunca dr DENDAM lama, org yg x terlibat pun merasa bahangnya. Di sinilh menjdkn novel minyak dagu lain dr yg lain. Tahniah kpd penulis semoga terus berkarya n menghasilkn lg novel yg lebih seram n lain dr yg lain.

Emmmm....ada satu yg plg misteri n tiada jwpan dlm tu, apa ek cerita disebalik Karmila menyebut ttg Mustika yg selalu sebut pasal Haris, kt cnie agak musykil sikit....

#besq
#minyakdagu
#idaanuar
#seramlicious
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
October 16, 2019
Memandang pada tajuk, saya fikir ia sebuah cerita yang mungkin akan membawa pembaca ke arah perkara-perkara khurafat, yang akan menggoyah iman walaupun hanya dilakukan oleh watak ciptaan penulis.

Tetapi semakin jauh menelusuri penulisan Ida Anuar ini, akal fikir terus bertukar. Bukan pengaruh khurafat yang menjalar, sebaliknya semakin kita rasa dekat kepada Pencipta. Semakin tinggi rasa syukur kerana kita bukan berada di kalangan mereka-mereka yang kufur dan memilih syaitan sebagai penolong saat diuji.

Setiap kali watak melakukan perkara yang dilarang Tuhan, setiap kali juga penulis menitip pesan. Bukan sekadar menceritakan yang perlakuan itu dilarang Tuhan, tetapi turut diceritakan ia satu kekejaman terhadap jasad yang tidak bernyawa, yang menjadi mangsa tanpa rela.

Penceritaan penulis sewaktu pengambilan minyak dagu dibuat memang mengesankan. Bukan seram, tetapi lebih kepada terkesan dengan rasa kesal, sedih, dan kecewa dengan perlakuan watak. Memang real sehingga rasa nak marah bila watak-watak yang diwujudkan ini seakan 'hidup' karakternya. Lebih 'hidup' bila penulis bijak mencipta watak sami Thailand dengan ritual yang sedikit sebanyak mampu kita bayangkan.

Peminat penulisan mistik boleh pertimbangkan buku.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 3, 2016
kisah yg menarik. unsur seram2 tu ade laa. tp aku lebih tertarik dgn konfliknya. berbelit-belit jugak laa nk fhm pd mulanya. nasib baik endingnya memuaskan hati aku ;)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
April 26, 2017
Memang terbaiklah..
Ada penerangan mengenai Minyak dagu dalam ini..
5 reviews9 followers
May 5, 2017
Yeay akhirnya berjaya juga baca novel Minyak Dagu karya kak Ida Anuar. Betul la macam yang lain cakap novel ni tak seseram covernya. Ada tu ada tapi masih boleh dikawal. Novel ni bukanlah seperti novel tipikal seram yang biasa. Cara Kak Ida kaitkan satu-satu watak tu sangat menarik. Rupa-rupanya semua watak tu berkait. Nak tau apa kaitannya kena lah baca..

Novel ni mengisahkan Farhan yang sangat mencintai Karmila tetapi Karmila menolak cintanya. Disebabkan inilah Farhan nekad untuk menggunakan minyak dagu hasil hasutan kawannya Malek dan Ojan. Namun, minyak dagu yang diharapkan dapat memerangkap Karmila tidak mendatangkan apa-apa kesan seperti yg diharapkan. Pantang larang semua dia ikut tapi yang berlaku sebaliknya.

Yang saya suka pasal novel ni ialah sebab novel ni ada pengajarannya. Bagi sesiapa yang menyekutukan Allah pasti ada balasannya melainkan dia bertaubat.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.