Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?
“Pia... kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.
“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya “Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir "Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia
Tapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati. Megat Aathif.
“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.
“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik.
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pulak.. kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?
“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir.
“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
One of the best books I've read so far in 2017!
Good job buat penulis kerana membuat N rasa sangat dekat pada watak Afia. It's like every emotion and feelings that she felt, N turut sama rasa.
Pada waktu Afia rasa Wakeel ni seorang yang menjengkelkan, N juga turut rasa yang sama. Macam N tak boleh nak terima langsung watak Wakeel. But when she saw the other side of Wakeel, the real Wakeel and hati dia slowly boleh menerima Wakeel, my opinions of Wakeel changed as well.
Another thing that I find interesting is the chemistry yang Afia ada dengan semua watak. Good job! Tiada satu watak pun yang N rasa tak penting dan tak perlu untuk menggerakkan cerita.
It's a long book, yes. But memang tak terasa panjang atau meleret sebab it's really interesting and the pace juga senang untuk diikuti. Tiada babak-babak yang N rasa hanya ada untuk penuhkan mukasurat. Just when you think tak akan ada yang menarik lagi, penulis berjaya proved you wrong.
Personally, N agak gobsmacked bila dapat tahu siapa sebenarnya Kak Aisha. Terkejut ada, meremang pun ada.
Ya Allah... dlm byk2 novel aku baca pd thn 2017 ni, TAJK lah yg plg sedih! ( î – î )
sampai part Wakeel takde tu... x payah cakaplah, nangis terus kut aku! bengkak mata2. sampai aku rasa mcm dah x sanggup nk teruskan pembacaan sbb sedih sgt.
aku baca dan terus baca, then aku terkejut bila kebenaran mengenai siapa Aisha itu terbongkar. tak sangka aku...
tak sangka aku yg Pia tu.....
Aathif memang baik. baik sgt. tp antara Wakeel dan Aathif, of course lah aku lebih suka Wakeel. dan sampai ke sudah aku tetap pilih Wakeel.
dan sekali lg aku menangis bila pembacaan aku dah nk sampai ending. nangis sbb wujudnya watak Wakeel yg baru dan perangainya lebih krg Megat Wakeel jugak!
1. Terima kasih, penulis sebab buat sakit lari dari cliche. Sakit mental ada banyak cabangnya. Is it the correct word - cabang? Sound so wrong tapi you get what I mean, right? Ditakdirkan Yuni baru je khatam drama Korea - It's okay, that's love sebelum baca novel ni. So walaupun yang sakit dalam novel ini adalah wanita, tetapi TER lah juga bayangkan Aathif tu muka Jo In Sung. Okay, yuni tahu tiada kena mengena Jo In Sung dalam ini cerita.
2. Terima kasih, penulis sebab wujudkan watak Mak si Fayyad. Walaupun ada lah juga niat di hati nak tonyoh2 lada giling kat Mak Fayyad tetapi dengan kuasa veto sebagai mak, Fayyad tak dapat kahwin dengan Pia. Kalaulah Pia jadi kahwin dengan Fayyad, tak dapat dibayangkan macam mana si Hazim nak layan frust menonggeng die hard fan Tok Ti ni.
3. Terima kasih, penulis sebab dalam santai membaca, ada input yang boleh Yuni dapat. So macam sambil menyelam minum air lah juga. Takdelah baca sampai habis tapi at the end, kosong. Just puas hati sebab dapat habiskan novel. Ilmu yang baik, wajar disebarkan agar nikmatnya dirasai sesama saudara.
-------------------------------- Kalau dah suka, kenapa ada persoalan?
1. Mungkin tak tercapai akal Yuni tentang kaitan tajuk dengan plot cerita. Tiada arah jodoh kita. 'Kita' dalam konteks ini adalah untuk siapa dari siapa? Ketika bila, judul itu sesuai diletakkan? Adakah ketika Afia masih tertanya2 ada ke jodoh dia dengan Fayyad (which I doubt)? Adakah ketika Afia macam 'nak terima ke tak nak' dengan cadangan/pinangan Wakeel? Adakah ketika Wakeel teragak2 nak teruskan atau tidak majlis penikahan selepas diminta beri laluan kepada jenazah? Adakah ketika Fayyad melamar Afia selepas Wakeel tiada? Adakah ketika Aathif tahu tentang sakit Afia dan bertindak melamar Afia untuk jadi isteri dia? Atau adakah ketika Afia tahu perkara sebenarnya? Yuni confuse part tajuk tu. Sampai ke penghujung, Yuni masih tertanya2.
----------------------------------- Kalau ada persoalan, bolehkah saya berikan pendapat?
1. Seperti yang Yuni nyatakan di atas, penyakit Afia jarang digunapakai dalam novel2 melayu di Malaysia. So pengetahuan pembaca mungkin kurang jelas tentang penyakit itu. Jujur Yuni katakan, sebelum menonton drama It's Okay, That's Love pun, yuni anggap Schizophrenia adalah bahasa asing dalam kamus hidup Yuni. Amat jarang didengar. Apatah lagi untuk google sakit apakah itu. So mungkin lebih baik jikalau penulis boleh terangkan dengan lebih lanjut berkaitan penyakit ini. Yes, Doktor Sakinah ada terangkan tapi bagi Yuni, tak cukup lagi. Kalau taknak buat 'sesi ceramah' dalam cerita, rasanya boleh penulis letakkan di 'Segmen Ilmu'. Instead of Obesity, why not put about Schizophrenia which is related to the story?
-------------------------------------
Amboi panjang lebar pula sesi review Yuni kali ini yek. Nasib lah. Siapa suruh kacau plan Yuni.
Tahniah, penulis. 2017 dah beranjak ke bulan March tapi mungkin baru sekarang Yuni dapat buku yang berikan impak pada Yuni. Untuk 2017. Nasib badan asyik kena buku yang tak kena taste. Sekali dah kena, adoi...jiwa kacau terus.
Pertama kali baca buku penulis itu pun setelah terjebak menonton drama adaptasi. Puas hati dengan kisah ni dan harap sangat drama adapatasinya kalau tak ikut 100% tapi mampu sampaikan apa yang penulis cuba ketengahkan sbb setakat ni mcm sedikit kurang. Annoying btul tgk si Aathif setiap kali watak dia muncul rasa nak tutup tv 😂 boleh gitu. #novellagivestdridrama
Afia - Tindak tanduk dia jelas. Jenis cakap lepas tapi apabila berkaitan dengan rahsia, dia tutup rapat mulut dia.
Fayyad - Pergilah cari orang lain yang setaraf dengan kelulusan luar negeri awak tu. Ikut sahaja piawaian yang mak awak nak.
Wakeel - Kebudak-budakan sangat biarpun dah jadi seorang suami. Agak kurang selesa sikit la dengan panggilan Ami yang dia gunakan tu. Ami? Dah macam nama perempuan la pulak. Heh.
Hazim - Sengal tahap babun. Hahaha.
Aisha - Di buru mimpi ngeri. Fuh..!
Aathif - Oh my hero! Akhirnya kau muncul jugak. Ayat sinis. Muka garang tapi kurang yakin untuk meluahkan perasaan. Mujurlah tak kena reject selamanya. Haha.
3.8* Among all her novels, saya paling suka BCS. Followed by BASA & LUZ. Kira ni nombor 4 lah. Last baru AMR.
Saya suka dgn watak Wakeel yg calm dan sweet. Saya juga suka dgn watak Aathif..Really beku, tegas dan laser tapi amat prihatin especially dgn Afia. A man of few words who cant express himself well. Rupanya, cinta dah berputik lama dulu. Agaknya, adik beradik ni, category lelaki idaman. Di didik dgn baik oleh ibu bapa mereka. Punya pendirian. Perfect in their own ways. Cuma Along je lah tergelincir sedikit.
Tak sangka ada cerita tentang Afia disebalik keceriaannya. Kalau Along yg kekwat dan amat membenci Afia tu tidak meroyan kerana gadis yg dipilihnya untuk Aathif ditolak bulat2, pasti rahsia tu tertutup kemas. Ada hikmahnya juga. Kalau tidak tak tahulah, berapa lama Afia harus tanggung bebanan tu. And Aathif mmg A class guy sanggup mengharungi bebanan yg dipikul Afia bersama. Im touch by both male character in Megat's family.
Yg saya tak puas hati adalah watak Fayyad. Kehadiran watak ni rasanya tak diperlukan langsung sebab ia mcm ajinamoto. Tak letak dlm masakan pun tak ape. Rasa kuah tu tetap sedap. Datang begitu dan dihilangkan begitu saja. I mean mmg nak dijadikan permulaan cerita lebih menarik but berapa shot je..lenyap terus after a little conflict in the middle. Too minimal in terms of involvement. Ni ke namanya cinta suci Faayad kepada Afia..bila nak pergi oversea tolak gf ke Wakeel then came back after selesai untuk ambil Afia, then was rejected indirectly after that gone with the wind..
Mulanya teragak agak juga nak start pembacaan tu. Bukan apa sebenarnya tak sanggup nak melarutkan diri dalam emosi seorang isteri kehilangan suami tercinta. Bila terlebih menghayati ni memang terasa la sakitnya tu. huhu.. so kisah afia dan wakeel ni memang drama air mata. Sedih sangat bila dah jatuh cinta then kena terima hakikat akan berpisah dengan kekasih hati. Sekuat kuat Afia lastnya kecundang jua. Nasib baik Afia pilih Aathif instead of Fayyad. Aathif ni seorang yang rasional dan walaupun dah lama terjatuh hati dengan Afia, tapi tidaklah berlebihan dalam meluahkan perasaan. Cuma rasa dibayangi watak Wakeel pulak bila si Aathif ni kerap sangat bagi ayat pick up line. Yeala dah awal2 digambarkan seorang yang serius dan malu nak meluahkan isi hati tetiba jadi tak tahu malu pulak... Bagi saya elok je dikekalkan watak awal Aathif tu. sebab walaupun serius tapi masih boleh nampak sweet n bertanggungjawab. Watak Afia pun agak contrast dibandingkan bila bersama Wakeel n Aathif. Lepas berkahwin dengan Wakeel dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaiknya walaupun kahwin tanpa cinta. Mengikut ajaran Islam sebaiknya. Berbanding menjadi isteri Aathif,dia mengambil masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Apa pun novel ni memang best dan mengusik emosi. Memang tak expect langsung bab Kak Aisya tu..
1. Usai menghabiskan naskah ini, aku tersenyum puas. Puas kerana akhirnya, inilah rentak Ezza Mysara yang aku suka. Akhirnyaaa, setelah dikecewakan oleh LUZ.
2. Oleh sebab BASS ialah novel pertama yang aku baca dan terus menjadi novel kesukaan aku, jadi aku akan meletakkan novel itu sebagai titik bandingan bagi setiap karya Ezza Mysara. Jadi, untuk TAJK ini, aku kira, selayaknya boleh duduk di tangga pertama disusuli BASA kot? Ataupun boleh kata, duduk setanding dengan BASS? Hehe.
3. TAJK, olahan dan garapannya menarik. Jalan cerita menaik, tidak mendatar. Wataknya dikemaskan dengan baik, kecuali Fayyad yang dimatikan terus setelah kecewa dan juga, walaupun tak ada konflik yang terlalu berat, tapi aku suka. Inilah yang orang kata tebal-tebal pun berbaloi.
4. Cuma, antara Wakeel dan Afia vs Aathif dan Afia, aku lagi suka kalau dipanjangkan kisah Aathif dan Afia. Boleh pulak aku belek check ketebalan muka surat sampai mana je kisah Wakeel dan Afia ni. -_-' Mungkin sebab aku tak suka bila mereka berkahwin? Vote for Aathif! Hahah.
Lebih-lebih lagi bila panggilan ami tu buat aku teringkatkan FJ dan Tri pulak. Ami aye? Ahh NO NO NO!
5. Ada beberapa scene yang aku perasan sudah terjumpa sebelum ini. Muka surat 302 dalam novel Hlovate dan muka surat 454 (tajuk novel tak ingat). Tapi tidak mengapa, perkara berupa kebetulan ini sering terjadi dalam dunia ini.
6. Dalam novel Ezza Mysara, mesti akan diselitkan dengab tazkirah pendek. Dan aku suka :)
7. Terima kasih untuk ini Cik Puan penulis. I want more! ;)
The first half of the book totally destroyed me. I was crushed to no end, my eyes suffered like no tomorrow.
Eventhough only for a short period of time, Afia was indeed happy with her husband. Just don't make me recall that, my heart cannot handle it.
Then the second half, that's where the butterfly builds up slowly. I'm really happy for Aathif, though his actions always contradict his intentions. Tch, such a tsundere. But I still like it hihihihi.
I'm gonna give this book a 4.5⭐. -0.5 for the English grammatical mistakes.
sebuah novel yang penuh pengisian. permulaan yang agak mendatar bagi akak sebenarnya sebab terasa alahai... kisah cinta putus bertaut kembali ke?.. tapi macam bukan pulak. kawan baik jatuh cinta pada kekasih hati ke?.. ehh... letak tepi dululah. serius, memang akak letak tepi.. bila sambung baca beberapa hari kemudian iaitu petang semalam, wah... sesuatu yang amat berlainan rupanya. membawa emosi pembaca seperti naik buai pusing yang besar kat funfair tu. adakala di bawah, ada kala di atas. terhenti-henti sekejap, berbuai di tiup angin sewaktu di atas. nampak pelbagai jenis panorama alam, cantik, buruk... dan tak di duga juga emosi punya pembalikan pantas, ketawa dan sesaat kemudian rasa sebak menikam dada...
afia, bersetuju menerima lamaran fayyad untuk teman baiknya megat wakeel. pada mulanya dia ingin menolak kerana memang dia tak kenal siapa wakeel dan lagi, dia sedih dengan tindakan fayyad yang seperti menggadaikan hubungan mereka yang kelam tergantung kepada orang lain. tapi bila tahu keadaan sebenar kesihatan wakeel dan bila melihat sisi baik wakeel automatik dia bersetuju dan juga persetujuan keluarga buat afia makin kuat untuk mendirikan rumahtangga. tapi, megat aathif amat tidak bersetuju sebenarnya dengan tindakan adiknya wakeel kerana baginya wakeel menggelapkan masa depan afia dan sebenarnya dia sudah lama menaruh hati pada afia. cuma dia tidak tahu gadis yang di puja selama 3 tahun itu adalah afia..
suka dengan cara puan penulis menghidupkan suasana cerita. dialog-dialog yang menceriakan bersama punchline yang adakala buat pembaca tergelak sama bersama watak. jangan katalah part yang sedih. memang sebak sama jugak. susunan ayat puan penulis juga menarik buat rasa sayang nak alihkan pembacaan. watak yang di bina juga kuat, tidak sempurna sifat dan tersusun melengkapkan kisah. walaupun banyak watak tapi langsung tidak menimbulkan kecelaruan pembaca. nama pun taklah panjang walaupun ada yang unik.
wakeel makin tenat. rahsia pecah jua pada umi wakeel bila sakit wakeel makin melarat. dan akhirnya, wakeel pergi jua bertemu Maha Pencipta. memang sepanjang pembacaan babak wakeel mula tenat, pembaca akan ketawa bersulam tangisan. jarang akak nak menangis baca buku sebenarnya tapi yang ini memang terasa sungguh... makin sakin hati bila saudara mara yang tinggal mulut celupar. aathif berjaya menenangkan keadaan. afia, kelihatan sangat tenang tapi rupanya menyimpan sakit yang amat dalam jauh di sudut entah mana dalam hatinya. sesekali, dia terlupa yang dia telah kehilangan wakeel. sesekali dia menyeru dan mencari wakeel. dan, aathif mula mengorak langkah. kehadiran semula fayyad yang konon menuntut janji dan ibu fayyad yang mahu afia menolak lamaran fayyad buat afia tidak teragak menerima aathif. aathif garang? tenggiling? persetankan!
mereka berkahwin. cahaya ceria mula masuk kembali sedikit demi sedikit di celah-celah kehidupan afia cuma kadang kala dia tersasul. aathif, membenarkan kerana dia tahu afia berusaha untuk menerimanya dan berusaha untuk meletakkan wakeel sekadar cuma dalam ingatan. tapi kali ini, dugaan lain yang lebih besar mengganggu. aisha, kawan pada afia mula mengganggu lingkungan kasih mereka tanpa di sedari afia. aathif sedar keadaan itu. cuma dia berusaha untuk bawa afia jauh dari aisha. berjayakah aathif?.. kenapa aisha tiba-tiba muncul sewaktu afia kehilangan wakeel dan kenapa pula aathif mahu menghapuskan aisha dari hidup afia?... haa... di sini bukan klimaks tapi penutup yang penuh emosi...
sesungguhnya segalanya milik Allah jua. udara, air, cahaya matahari dan apa jua bentuk jasad dan benda di alam semesta ini. pujian juga buat puan penulis Nur Ezzah Maisarah Mokhtar kerana berjaya menterjemah idea yang di kurniakan sebaik-baiknya untuk tatapan para pembaca dan terima kasih buat semua ilmu yang di serap sama dalam karya ini. walaupun ada antaranya amat ringkas tapi sesungguhnya ianya perkongsian yang amat mendalam buat pembaca. siapa kata novel cinta tiada ilmu?.. tahniah buat puan penulis dan moga akan lebih hebat berkarya..
Ni buku terbaik EM yang pernah kubaca. Haha... Walaupun EM ni dah keluarkan banyak buku, ku baru baca 5. So, TAJK is the best among those. .
Dulu, sebelum buku ni diadaptasi, ku memang dah masukkan dalam list untuk dibeli. Tup tup, sebelum sempat beli, dah jadi drama. Ku dah rasa kecewa sikit. Hahaa.. Biasalah, mestilah kita nak baca dulu, sebelum tengok tv. Lagipun, ku takut bila dah jadi drama, takut dah takde rasa nak baca novel. Tapi, disebabkan ku yakin yang buku ni best, ku beli. Tapi sebab busy ngan exam (final year student la katakan 😅), tak sempat baca. Dan even tak tengok pon drama. Sekarang ni barulah berjaya habiskan. .
Beruntungnya menjadi seorang Afia, dicintai oleh 3 lelaki yang sama hebatnya. Untuk pertama kalinya, ku tak rasa menyampah bila heroin tu terlalu cantik sampaikan semua lelaki suka kat dia. Because Afia deserves that love. .
Kerana Fayyad, Afia berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Dan kerana Fayyad, Afia bertemu jodoh dengan Megat Wakeel. .
Sebelum berkahwin, Afia ingatkan yang dia akan mudah melepaskan Wakeel bila tiba masanya. Ternyata salah. Dengan Wakeel, Afia banyak berkongsi ilmu. Dan mereka bahagia walaupun jodoh mereka hanya sementara. Dan bukan mudah untuk Afia bangkit. (Haihhh.... Ku pun dah terjatuh hati ngan Wakeel ni) .
Aathif mengahwini Afia di saat Afia tengah sakit. Sama situasinya ketika Afia menerima Wakeel. .
Sepanjang baca novel ni, tak tahu lah berapa gelen air mata ku tumpah. Sedih sangat part Afia ngan Wakeel. Boleh rasanya hebatnya cinta mereka. .
Part Aisya.... Disebabkan ku dah tahu spoiler beforehand, so, takde la curious sangat. Tapi boleh nampak macam mana penulis cuba untuk mempermainkan hati pembaca. And thanks to EM. Tak lokek berkongsi ilmu. Banyak sangat ilmu dan tazkirah yang ku dapat. .
Dan ku suka penulis elaborate part Afia seek for medical attention. And of course, i love the ending. Wakeel versi anak dorang is too cute. Cheeky macam Wakeel (dewasa). .
P/s: Separuh Takdirku Ada Kamu will be in the list. Hahaha.. Sebab nak baca kisah Fayyad.
Dulu buku ni saya baca separuh. Sebab awalnya saya rasakan banyak sangat watak Aifa, Wakeel, Fayyad dan Aathif. Rasa susah nak hadam. Tapi semalam masa menyusun atur novel-novel di rumah tergerak hati nak baca kembali buku ni.
Rasanya bersyukur sebab saya terbaca balik. Padat ilmu, tak ada adegan suami isteri berlebihan dan banjir. Haha. Apa ni suka-suka bagi saya nangis ni. Teresak-esak teruk sampai terpinga anak saya tengok umi dia menangis. Seingat saya buku terakhir yang saya menangis beria macam ni contengan jalanan.
Waktu Wakeel meniti detik akhir hayat dia, entah kenapa saya rasa macam saya ada dalam buku ni jugak. Perhati ja keadaan Wakeel dan Aifa menghitung detik menunggu mati. Berat mainan emosi dia. Waktu Aifa kejut Wakeel solat subuh dan Wakkel dah tak ada rasa macam nak meluru lari peluk Aifa.
Jodoh dan rezeki tak mungkin salah alamat. Aathif hadir ubat rindu di hati Aifa. Hadir menlindungi Aifa. Rezeki Aifa di temukan dua beradik yang baik hati. Rezeki Aifa berjodoh dengan mereka yang sayangkan dia sangat. Dari stranger to lover. Bukan mustahil kalau dah itu aturannya. :)
Berkahwin semata-mata untuk berpindah keluar dari rumah agar dapat merahsiakan penyakit yang dihidapi dari ibu sendiri. Relevankah?
Saya bersimpati dengan Wakeel, tapi adakalanya saya tidak bersetuju dengan dia. Memang Wakeel seorang lelaki yang baik. Sangat pemurah even to strangers. Tapi kenapa tidak mahu bermurah dengan diri sendiri juga? Jika mampu, kenapa langsung tidak mengambil ubat atau membuat medical treatment sejak dari awal? Saya kecewa bila Wakeel beritahu yang dia tidak mahu membazir. Jika ini membazir, kenapa ada ramai orang yang mengambil 2,3 polisi medical insurance sekaligus?
Buku ini tebal dan jelas bahawa cerita ini boleh dibahagikan kepada dua. Maka, saya tidak sabar-sabar untuk beralih ke bahagian kedua kerana saya bosan dengan karektor Wakeel yang jiwang karat tu. Dengan lagu hindustan dia lagi. Tapi bila masuk bahagian kedua, saya rasa watak Wakeel yang jiwang tu beralih pula kepada Aathif. Aduhailah. Saya tidak menyangka dos jiwang cerita ini sampai sebegitu sekali.
Apa-apa pun, masih satu cerita yang menarik dan punya pengisian.
tahniah 4*. sedih semasa wakeel derita menanggung sakit.jika lebih huraian confirm nanges..sob3...kagum dgn pia yg sgt tabah.namun pia diduga pula dgn kehadiran si aisha..mujur cinta aathif yg setia membuatkn pia kuat.namun jd pelik pia seolah2 lupa pd amalan tahajuj apabila berkahwin dgn aathif...hurm..watak payyad membawa diri ke luar negara dimatikan begitu shj..belum terungkai kehendak umi fayyad utk pia menolak pinangan si anak..best watak si wakeel junior yg mengajuk panggilan daddynya...overal best..dan naskah ini anda tidak perlu risau..langau yg jinak tiada sengat..
semua novel writer ni memang wajib bengkak mata ke apa? sedih sangat part wakeel meninggal tu. nak2 part dia sediakan hadiah kat isteri dia walau dia dah xda. tapi maigadddd Aathif ni walau kekadang rasa nak backhand, tapi dia sweett sangat kot. sayang giler ke Afia. nasiblah afia x pilih fayyad. tapi apa jadi kat dia eh? tapi ok jeh dia hilang dari dia muncul balik nk dptkan afia.
part ending tu.. memang speechless! pandai writer twist plot ya? tiba2 berdiri bulu roma. fuh! tapi boleh tak tampar si along tu? kenapalah wujud manusia yang pentingkan diri macam dia tu eh? mohon kena makan dek rimau.
Aku kurang suka dengan storyline buku ni tapii aku suka dengan bahasa buku ni.
Bahasa digunakan sangatlah indah dan berbunga-bunga.
Aku sejujurnya kurang auka dengan watak Wakeel yang nak cari isteri sebab kononnya nak jaga dia sebab dia disahkan ada penyakit. Jadinya babak awal yang mengandungi babak Wakeel ni aku tak suka sangat.
Aathif niiiiiiiii aku suka watak dia. Awal pembacaan memang aku tercari-cari je nama dia. Walaupun dia agak sinis dengan Pia.
Pia pulak sangat tabah dan penyabar. Watak dia ni sangat kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang tak putus-putus.
Overall macam aku bagitahu storyline dia aku kurang suka lagipun aku dah pernah tengok drama adaptasi novel ni dulu jadi turn off sikit 😭
Excellent!! Buy this book! you need a box of tissues but you will get a BIG smile to your face later! Kehilangan itu pasti... and it takes time to heal. But we must be very brave... if we want to kecap bahagia..we must be strong. This book will make you cry as if you have lost someone.. and then when you dare to love again... you will also feel as if you yang sangat bahagia. hahahah buy this book!
Olahan yang menarik. Garapan yang kemas oleh penulis. Bagi Ai, tiada sebarang complain mengenai Fayyad sebab sedari awal lagi dia takda aura yang kuat nak jadi hero. Talk about plot twist, Ai sangat terkejut bila tahu kebenaran pasal Kak Aisha. Kudos to cik penulis sebab berani gunakan isu sensitif macam tu.
Sedih buku ni tahap tak hingat. Adoiii. Nasib baik happy ending untuk pia. Tapi satu masalah bila baca buku yang dah adaptasi drama ni, terbayang bayang muka pelakon. Punahhh
Novel setebal 692 halaman ini berkisar tentang Afia yang telah lama mengikat cinta bersama Fayyad. Namun sayang, cinta yang diharapkan menjadi sebuah rumah tangga hanyalah menjadi anganan saja pabila dia diminta Fayyad untuk menikahi Wakeel atas dasar persahabatan dan perikemanusiaan. Afia akur... Wakeel menjadi peneman hidup.
Mengenali Wakeel, dia mula kenal erti cinta. Walau dia dikahwinkan atas dasar sakit yang Wakeel miliki, namun itu semua merubah perasaannya kepada cinta. Tapi... cinta bersama Wakeel cumalah cinta sementara. Hendak atau tidak, dia tahu pengakhiran itu yang bakal terjadi.
Perginya Wakeel, membuatkan kehidupan Afia tidak terhenti di situ. Muncul kembali Fayyad menagih janji. Tapi... dalam masa yang sama, Aathif juga mengirim cinta buat Afia. Dia jadi nanar sendiri. Sedangkan cintanya buat Wakeel masih utuh. Jadinya, siapa yang bakal memiliki hati Afia?
Sejujurnya, novel Tiada Arah Jodoh Kita ini punya plot penceritaan yang segar. Tidaklah terlalu banyak babak klise. Penulis juga sangat bijak dalam mewujudkan watak 'Aisha' sehingga pembaca mula mewujudkan syak wasangka pada Aathif. Namun, tidak terduga pabila mengetahui siapa Aisha sebenarnya.
Kesimpulannya, novel ini sebuah karya cinta yang bagus. Kadang kala cinta pertama itu tidak menjamin ianya menjadi cinta terakhir. Tahniah buat penulis!
"Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sampailah saat tanggungjawab itu tergalas di bahu kita."
Atas satu permintaan, demi sebuah perasaan...Afia Awliya rela disatukan dgn Megat Wakeel yg dikenalinya tak sampai 2 minggu, setelah penantiannya bertahun2 bertukar hampa. Lorongan jodoh... kebaikan & kerendahan hati Wakeel menjawab istikarahnya. Bermula dgn rasa simpati, ehsan lantas bertukar reda. Namun kerelaan hati Afia berat untuk beroleh restu lantaran Wakeel tak punya banyak waktu sebelum kembali menghadap Yang Satu. Atas izin-Nya, pernikahan terjadi jua.
Sungguh tanpa Afia sangka, meskipun pun berat dugaan yg melanda, cinta hadir tanpa disangka...bahagia tetap dirasa biarpun hanya seketika cuma. Sehinggalah saat Wakeel menutup mata...di sinilah bermulanya sebuah cerita.
Kagumnya kita dgn semangat Afia... tabah menghadapi sebuah kehilangan. Demi menutup kesedihan yg melanda, dia tampil ceria agar tiada kerisauan oleh org2 di sekelilingnya. Dia tak mahu menagih simpati sesiapa. Sedangkan dia sebenarnya hanyalah gadis biasa... tetap perlukan paruh apabila patah sayapnya, perlukan tongkat ketika kakinya tak mampu melangkah gagah. Sudahnya dia terperangkap di antara emosi & ilusi.
"Bahagia bila dikongsi, semua mampu sebarkan senyuman. Derita bila dikongsi, semua beban akan ringan imbangannya."
Hadir Megat Aathif menawarkan diri menjadi pengganti Wakeel. Dia tidak hadir atas rasa simpati... malah ada cinta yg dah lama berakar umbi, semenjak Afia belum dinikahi lagi. Mampukah Afia menerima Aathif, si bekas abang ipar sendiri? Dapatkah Aatif membantu Afia keluar dr belenggu kecelaruan emosi? Dalam masa yg sama pula, Fayyad, bekas kekasih Afia datang menuntut janji.
Satu cinta telah mengajarnya erti kecewa Satu cinta juga menzahirkan kepadanya maksud bahagia Satu cinta telah membawa pergi separuh jiwanya Satu cinta juga yg menuntunnya kembali ke alam yg nyata
Kisah ini bg saya sgt menyentuh jiwa. Berjaya menebak emosi... sehingga beberapa kali pecah kolam airmata. Byk pick up lines yg best... serta usrah yg disampaikan dlm bahasa & contoh yg mudah difahami.
Apa yang aku boleh cakap : Aku suka sangat dengan cara penulisan author ni. Buku pertama yang aku try drpd author ni. Buku yang sangat banyak pengajaran dan ayat2 yang menusuk ke hati ya. Buku ni aku baca sbb orang ckp pain, aku memang suka buku2 yang pain ni 🤭
Buku ni sedih ya, tp aku berjaya tak nangis 😅 Sbb, bg aku. Aku lg suka pain yang 'angst' tak taulah nak explain mcm mana. Tp tak kisahlah yg tu 😑 Yg pntg, buku author ni aku rasa terpaling 'clean' sekali. See, buku ni still best ya without those scene yg tak diperlukan pun. Dan buku ni banyak buat aku berpikir ya, betapa kuatnya ujian yg dtg, dan bagaimana pentingnya peranan orang di sekeliling kita. Thumbs up 👍 to author sbb buat karya yang sangat baik drpd segi plot dan juga gaya penulisan yg sentiasa penuh dengan nasihat2 🥰
Next, kita sambung dengan novel 'separuh takdirku ada kamu' pulak 😌 #emptycanvashida
Kita tak akan merasa nikmat bahagia yang sebenar andai belum pernah merasa terseksa. Kita tidak akan merasa nikmat keampunan andai tiada dosa untuk diampuni. Nyata, kelebihan tak pernah datang tanpa kekurangan. Begitulah resam kehidupan.
Finally, jumpa jugak perkataan tamat setelah sekian lama baca. One word yang zati nak cakap 'best'! Setiap karya EM tak pernah mengecewakan saya. Kali ni penceritaan yang penuh emosi lak. Nasib baik tak kena serang demam duk nangis bila baca.
Afia. Aathif. Wakeel. Semuanya ada keistimewaan tersendiri. Kalau saya di tempat Afia, belum tentu mampu nak hadap dugaan hidup yang tiba-tiba muncul ni. Sebuah novel yang tak cliche bagi saya. Kalau boleh nak cakap suka semua part dlm tajk kecuali satu part yang tak terfikir dek akal iaitu Kak Aisha. Menyeramkan betul. Kesian Afia kena lalui benda tu semua. Nasiblah Aathif tu jadi hero penyelamat yang penyabar.
Tahniah kak ezza utk tajk. Semoga trus hasilkan novel yg best2 lagi. Will support you .
4.5* untuk TAJK.. sangat suka novel ni rasanya ni novel paling best saya baca tahun ni hehe.. jalan cerita yang menarik.. selama wakeel dan pia bersama saya asyik nak senyum ada nak nangis pun ada sebab wakeel ni dalam sweet dia mesti nak selitkan kata kata bila dia dah tak dek nanti.. paling sedih bila pia dpt bunga masa birthday dia daripada wakeel walaupun wakeel dah tak dek masa tu. Aduhh wakeel...tak boleh move on dengan dia ni tapi sangat suka jugak dekat aathif.. aathif sweet ler aduiii..mana nak cari orang macam aathif ni HAHA! untungnya pia kerana dapat kasih sayang kedua dua megat ni .. Tapi alaa watak fayyad mati mcm tu je tapi it's okay .. wakeel jr persis arwah wakeel sweet dgn mummy dia. Yes megat wakeel takkn pernah mati dalam hati afia awliya dan megat aathif
tahniah buat penulis sebab buat cerita yang menarik dan buat orang kena sediakan baldi untuk menangis
karya ezza yg kedua yg dibaca saya. frankly sgt2 mengagumi bakat penulis ini. berjaya membuatkan saya tertewas beberapa kali disaat pia menghadapi saat kehilangan itu. awalan n pertengahan yg sgt ohsem which i think deserve my 5 star rating. however dipengakhiran nya agak terlalu pantas with too many plots. menghilangkan sikit momentum pembacaan. apa2 pon keep it up sis. u r such a talented writer..no doubt about it!
Aku mula mengenali penulis cantik manis ni slps lahirnya Bidadari Tanpa Sayap. Agak terlambat. Tp skrg aku dlm usaha mengumpul koleksi beliau .
Bagaimana rasa kalau kekasih kita, minta kita menikahi sahabat baiknya sendiri? Afia Awliya, penantiannya menjd sia2 pabila kembalinya Fayyad ke Malaysia memintanya utk menerima Wakeel. Wakeel menghidap kanser buah pinggang tahap 4. Dia kembali ke Malaysia kerana ingin mati di negaranya. Namun, dia perlu merahsiakan penyakitnya drpd uminya sendiri atas sbb kesihatan uminya. Lalu, pd Afia dia sandarkan bantuan demi menutup rahsia .
Idea Wakeel ditolak mentah oleh abgnya, Atthif. Pd awalnya, Afia turut menolak, namun setelah melihat keperibadian Wakeel, dia menerima. Mereka bahagia di hujung2 waktu hayat Wakeel .
Kematian Wakeel menyebabkan Afia nanar. Atthif yg pd awalnya bersikap sarkastik terhadap Afia berubah laku. Dia mulai menunjukkan dirinya sebenar. Afia ingin dinikahinya atas sbb cinta. Namun ditolak mentah oleh kakaknya dan Afia sendiri .
Tanpa sedar, ada rahsia yg disimpan Atthif serta sepupu Afia, Nur. Kemunculan Aisya menjd tanda tanya. Apakah rahsia yg disimpan Atthif? Siapa Aisya? Apa kesudahan hidup Afia? .
Aku sukakan jln ceritanya. Memandangkan novel ini telah diadaptasi, setiap jln cerita pasti aku membayangkan pelakon2nya. Novel yg bertemakan cinta, kekeluargaan serta pengorbanan .
kisah yg lain. suka dgn plot citer ni.Ada twist yg saya tak sangka.teka lain, jadi lain. jodoh ni rahsia Allah.tak semestinya bercinta kita akn kawen dgn org yg kita cinta.kdg tak terjangka mcm afia kawen dgn wakeel dan athif... salin tikar. baca citer ni part sedih menangis beria. nsb baik tgh cuti.. puas hati