Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kisah 25 Filsuf Barat

Rate this book
Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.

Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.

240 pages, Paperback

First published December 1, 2016

55 people are currently reading
329 people want to read

About the author

Mat Luthfi

4 books154 followers
Mat Luthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Bin Rohime merupakan seorang vlogger dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah. Saluran youtubenya disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Beliau meminati kumpulan Hujan dari Malaysia.

Walaupun lahir di Kedah tetepi beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Kangsar selama 3 tahun(2003-2005) sebelum ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (2006-2007). Sekarang beliau belajar di Curtin University di Perth, Australia.

Beliau menggunakan dialek utara pada hampir semua videonya di Youtube. Selain unsur humor di dalam videonya, Beliau turut memasukkan unsur nasihat di dalamnya.

Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2012), Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2013), dan Aksi di Youtube paling popular(Anugerah Bintang Poupular Berita Harian 2013)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
80 (29%)
4 stars
132 (49%)
3 stars
52 (19%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews41 followers
May 30, 2017
3.5/5

Nak bagi lima, tapi buku ini hanyalah buku alih bahasa dari karya original dalam bahasa Inggeris iaitu The School of Life.

Nak bagi empat, tapi ada juga yang aku skip sebab agak bosan terutama bahagian belakang. Perasaan dia bila baca buku ini kan.... rasa macam kau baca Wikipedia tentang biografi filsuf tersebut. Contoh: Wikipedia Emmanuel Kant, Wikipedia Friedrich Nietzsche etc.

Nak bagi tiga, tapi bagus apa buku ini. Kalau internet tak ada nak wiki biografi dan sumbangan filsuf tersebut, buku ini boleh jadi pengganti. Dia boleh bagi kau idea umum terhadap mereka-mereka semua. Oleh sebab banyak la juga aku belajar melalui buku ini. Maka aku naikkan 0.5 untuk bulan Ramadhan yang mulia ini.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
February 6, 2017
Konon nak baca nanti, tapi bila dah terbaca terhabis baca pula.

Saya suka penulisan dan karya-karya Mat Luthfi kerana karyanya punya mesej dan isi yang jelas dan berguna. Walau disampaikan dengan cara yang paling sempoi, santai dan kelakar. Walau saya yang sudah berumur 30-an dan bukanlah hidup segenarasi dengan gen-Y, X dan hipster semua ini, tapi masih lagi mampu menghadam karya-karya Mat termasuk yang sebelum-sebelum ini.

Karya yang terbaru ini ternyata lebih berat walaupun telah cuba disampaikan dengan cara dan bahasa yang mudah dan santai. Mat menggunakan nota kaki untuk menjelaskan perkataan-perkataan yang dirasakan beliau sukar difahami oleh orang awam. Ini adalah langkah yang sangat bagus yang paling saya suka dalam karya ini. Walau kadang-kadang penjelasannya di hujung-hujung mula merepek dan melalut, tapi tidaklah sehingga menimbulkan rasa menyampah bahkan membolehkan kita ketawa kecil. Contohnya :

"Pelana ialah tempat duduk yang diletakkan di atas belakang kuda. Celana ialah seluar. Kelana ialah perbuatan mengembara. Lara Alana ialah anak Awal Ashaari dan Scha Al Yahya". Hahaha.

Tetapi kebolehan Mat untuk menerangkan beberapa konsep dan perkataan yang agak sukar difahami adalah sangat baik dalam buku ini.

Selain itu, usaha untuk memperkenalkan tokoh-tokoh falsafah Barat ini kepada masyarakat awam adalah satu langkah yang baik. Mat seolah-olah menjadi Montaigne dalam usaha untuk mempermudahkan falsafah untuk diterima umum disamping tidaklah terus memperbodohkan pembaca. Diberi pengenalan dan fakta-fakta penting idea asas setiap tokoh.

Saya selepas membaca buku ini merasakan yang saya jauh lebih berminat dengan konsep dan idea-idea pelopor falsafah dari generasi awal seperti Sokrates, Plato, Aristotle, Epikurus, Descrates kerana idea-idea mereka lebih realistik dan mempunyai roh dan makna yang tersendiri berbanding dengan idea-idea ahli falsafah yang terkemudian yang dibincangkan dalam buku ini yang pada saya semakin mengarut dan kehilangan makna.

Saya sangat terkesan dengan idea, "Aku berfikir maka aku ada", Decrates. Pernah dengar dah sebelum ini tapi lepas membaca tentang Decrates, maka makinlah nampak. Saya juga telah berkenalan dengan Hegel, yang mana seperti kata Mat "kalau membaca filsuf lain pun kau tak faham, usahlah kau terHegel-hegel nak membaca Hegel". Hahahah.

Sebagai orang awam dan bukanlah pembaca dan pengkaji falsafah, buku ini baik sebagai pengenalan untuk pembacaan saya yang seterusnya. Malah semakin saya teruja untuk membaca tentang tokoh-tokoh dan idea-idea ahli falsafah Muslim pula.

Terima kasih Mat!
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
October 22, 2018
Bila dah baca buku ni rasa nak jadi filsuf je haha tapi bak kata Mat apa yang kita fikir lepas baca buku ni dah difikirkan pun oleh ribuan filsuf sejak zaman Sokrates lagi. Banyak pandangan2 filsuf ni ada yang kena je dengan Quran Sunnah dalam Islam contohnya macam pesanan Plato untuk pandai memilih kawan, kena dengan hadis nabi pasal bersahabat dengan penjual minyak wangi bau wangi, dengan tukang besi bau besi dan banyak lagi yang agak tally dengan tradisi islam.

Ini menunjukkan tak salah pun belajar falsafah non-muslim asalkan basic islam kita dah (agak) kuat supaya kita tak tiba2 terfikir yang falsafah mereka lagi bagus dari quran sunnah (itu dah sesat falsampah?!).

Filsuf yang aku suka dalam ni ialah Sokrates, Plato, Aristotle,Epikurus, Montaigne, Descartes (ada kena mengena dengan Faisal Tehrani dia ni haha), Heidegger, Camus dan Foodcourt. Sebab mereka ni positif bagi aku berbanding Nietzche (Ceh, bajet pakar, baru baca ringkasan filsuf!).
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
January 1, 2017
Buku ini lain sedikit dengan apa yang Mat Luthfi tulis sebelum ini. Bagi sayalah, bagi orang lain, saya tak tahu.

Kali ini, beliau cukup teliti dan serius membahaskan falsafah 25 orang Filsuf Barat. Dari tak kenal kepada kenal dan beliau mengambil berat setiap apa yang beliau tegaskan. Adalah suka dan gembira sedikit. Itu memang wajah Mat Luthfi di mana-mana.

Dari awal beliau buat video, jadi popular dan kini menulis, kita tahu Mat Luthfi tak sama dengan orang lain. Dia ini istimewa bab berfikir di luar kotak. Jadi buku ini juga begitu.

Dia bukan copy paste dari wikipedia. Dia bahaskan satu-satu dengan ayat paling wajar dan senang untuk kau faham. Best. 5 bintang untuk tulisan beliau kali ini.

Dari kehebatan Socrates kemudian pening sedikit di Pascal dan kemudiannya selesa bercinta di halaman Schopenhauer, kau boleh menghabiskannya dengan menutup buku ini pada halaman 228 selepas membaca Faucault.

Power.

Kisah 25 Filsuf Barat (228 Halaman, RM25).
Mat Luthfi,
Terbitan Puteh Press.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
November 29, 2017
secara peribadi, aku kira matluthfi berjaya membuka minda orang2 macam aku yang malas menghadam ayat2 berbunga dan acah2 deep ni untuk mengenal filsuf2 barat dan idea2 mereka.

mostly buku2 yang dinyatakan tidak pernah dengar pun, tapi cukuplah untuk sekadar kau tahu, dari langsung tak ambil tahu.

mungkin, dengan sedikit inkuiri boleh membuka mata pembaca untuk mengkaji buku2 falsafah dengan dengan cara yang lebih santai dan menerusi persepsi yang berlainan.

untuk tujuan di atas, aku kira matluthfi berjaya mencapai matlamat buku ini, and 5* from me.
Profile Image for Zamir Mohyedin.
Author 9 books141 followers
May 13, 2017
Aku baru tadi habis baca buku ini. Sangat santai dan kelakar. Dia punya kelakar, kalau teringat balik mesti tergelak. Waktu mandi pun aku boleh gelak-gelak lagi.

Ini merupakan inisiatif yang baik daripada MatLuthfi. Pada pendahuluan, dia ada kata, kebanyakan kandungan dalam buku ini adalah hasil terjemahan video-video falsafah The School of Life. Dia ada buat penambahan supaya falsafah-falsafah itu tak terlalu kosong dan membuat relevansi dengan situasi masyarakat Malaysia.
Ini etika yang baik.

Tapi ada beberapa fakta yang aku nak betulkan. Aku ada tonton video-video itu. Kadanglala senang faham, kadangkala susah juga nak faham penyampaiannya. Mungkin kesukaran nak faham itu membuatkan terjemahannya lebih sukar.

Filsuf: Plato
Topik: Memikirkan Semula Demokrasi

Hal demokrasi ini sebenarnya dibincangkan oleh Socrates, bukan Plato. Tapi sebab banyak idea Socrates ditulis oleh Plato, kita tak dapat nak bezakan sangat antara idea Plato dan Socrates.

Filsuf: Plato
Topik: Maksud disebalik Alegori Gua

Dalam buku ini MatLuthfi terjemah idea Alegori Gua sebagai perbezaan antara golongan terpelajar dan tidak terpelajar. Golongan tidak terpelajar dilihat sebagai terikat dengan kongkongan dan meragui seruan orang berilmu.

Kalau kita baca kisah Alegori Gua, tafsiran MatLuthfi ini memang selari dengan kisahnya. Tetapi itu bukan apa yang nak disampaikan oleh Plato.

Tafsiran yang lebih tepat terdapat dalam tulisan dalam buku ini sendiri di bawah tajuk 'Acuan'. Idea 'acuan' ini pun MatLuthfi tak bawa ideanya yang paling utama.

'Acuan' yang dibawa oleh Plato bukan sekadar 'acuan' yang bersifat sejagat ataupun atau ia sekadar diketahui sejak sebelum kita lahir.

'Acuan' ini menurut Plato adalah dunia yang memang wujud di 'seberang sana' dipanggil sebagai Dunia Platonik. Kita boleh faham idea ini dengan Alegori Gua tadi. Apa yang kita lihat sekarang cumalah bayang daripada acuan Dunia Platonik.

Filsuf: Kant
Topik: Perintah Mutlak (Categorial Imperative)

Idea etika Kant yang dikarang dalam buku ini adalah memelihara etika kita dengan membuat satu disiplin kalau kita suka buang sampah merata, maka kita pun kena suka orang lain buat macam itu. Kalau kita suka mencuri, kita kena suka juga orang curi barang kita. Ini sebagai kaedah nak memelihara tingkah laku.

Tapi sebenarnya etika Kant langsung tak benarkan kita ada idea macam itu. Perintah Mutlak ini bermaksud moraliti mempunyai undang-undang yang bersifat 'divine' dan ia dapat 'dibaca' dengan penaakulan (reasoning).

Macam Quran, Muslim ada Perintah Mutlak yang datang daripada Tuhan. Dapat dibaca melalui wahyu.

Etika Kant membentuk deontogism yang mana perlakuan baik adalah magnus opus tanpa mengira akibat. Bagi Kant, akibat walaupun buruk tidak relevan.Tindakan yang betul adalah etika yang tertinggi walaupun akibatnya mengundang keburukan.

Filsuf: Hegel
Topik: Seni mempunyai Tujuan.

Idea Hegel ini tidak disampaikan dengan jelas oleh MatLuthfi. Dia mungkin tertinggal atau tersalah tafsir yang sebenarnya Hegel mahu seni dilihat sebagai kaedah penyebaran mesej dan idea. Itulah idea utamanya.

Tapi secara keseluruhan aku rekemen buku ini untul kau memahami falsafah secara mendasar. Bahasa sangat ringan. Best!
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
October 7, 2017
Dulu kalau belajar sejarah, ada la dua tiga orang tokoh yang disebut Mat Lutfi dalam buku ni. Bagi aku, ni lah buku yang santai untuk sesiapa yang baru mula nak baca tentang ahli falsafah. Penulisan yang tak berat dan mudah untuk sesiapa saja termasuklah budak sekolah. Aku yang dari tak minat pasal falsafah ni jadi terminat pulak.

Tahniah Mat, teruslah menulis sampai kiamat!
Profile Image for Imran Mustafa.
17 reviews6 followers
April 15, 2017
Tajuk buku ini sudah pun menjelaskan isi kandungannya. Kisah 25 Filsuf Barat dari zaman Greek hinggalah kini. Menurut penulis, banyak isinya diambil daripada The School of Life, jadi rujukannya boleh dikatakan sebagai berwibawa biarpun ianya medium massa.

Secara amnya, setiap bab menukilkan biografi dan asas-asas ringkas falsafah yang dipegang oleh setiap filsuf. Dan sebab Mat Lufti yang tulis, banyak diselitkan jenaka dalam buku ini. Isinya agak mudah untuk dibaca dan dihadam, tetapi mungkin sebahagian terjemahan petikan-petikan yang diambil itu boleh diperbaiki. Buku ini sesuai untuk pembaca permulaan dalam bidang falsafah ataupun untuk yang berminat mengenal tokoh-tokoh falsafah barat. Tetapi pada saya, kadang kala ianya agak kering, walaupun dengan penambahan jenaka gaya Mat Lutfi.

Karya-karya setiap filsuf diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan juga diberi tajuknya dalam bahasa Inggeris pada nota kaki, tetapi kurang rujukan-rujukan lain. Tetapi sebagai karya untuk yang baru nak belajar, ianya agak baik dan sebetulnya kita pun kekurangan karya-karya sebegini.

3* kerana kadang kala terlalu kering. Sebenarnya nak bagi 3 1/2*, tapi tak ada.
Profile Image for Azrul.
121 reviews16 followers
February 6, 2017
Buku pseudo-akademik berkenaan falsafah barat yang bagiku berjaya mencapai tujuan yang dikehendaki penulis. Thumbs up
Profile Image for Amirul Neezam.
8 reviews1 follower
September 11, 2017
Secara keseluruhan buku sangat menarik untuk dibaca. Mat berjaya dalam meringankan konten yang berat ke dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Berapa kali juga aku tergelak tergolek-golek dengan penggunaan bahasa Mat.

Aku agak berminat dalam perbahasan falsafah dan beberapa filsuf dalam karya ini sememangnya aku kenali. Menarik untuk difahami pemikiran dan sudut pandang filsuf barat yang unik.

Sesuai untuk yang baru nak bermula dalam topik falsafah.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
December 30, 2017
Secara peribadi, saya lebih suka dengan Kisah 25 Filsuf Barat jika hendak dibandingkan dengan tulisan-tulisan Mat Luthfi yang lain seperti Catatan Mat Luthfi, Momen2 Mat Luthfi dan buku terbarunya iaitu Alegori Rumah Api. Walaupun beberapa kali terpaksa menghentikan pembacaan disebabkan subjek yang disampaikan tersebut agak berat, tetapi cara penyampaian yang ditampilkan oleh penulis sangat mengagumkan buat pembaca amatur seperti saya. Jika sebelum ini mungkin kita hanya sekadar mendengar nama-nama ahli falsafah seperti Socrates, Plato, Aristotle, Pascal, Descartes, Camus dan sebagainya, maka buku ini sedikit sebanyak membantu dalam memperkenalkan falsafah yang dibawa.

Kisah 25 Filsuf Barat merupakan sebuah buku yang menceritakan serba ringkas tentang 25 ahli falsafah (filsuf) barat dari sudut latar belakangnya, falsafah yang dibawa, buku-buku yang pernah ditulis dan pengajaran yang boleh diambil daripada mereka. Malah cara sebutan nama juga diajar di dalam buku ini seperti Epikurus (Epi-kiu-ri-yes), Augustine (U-gas-tin), Rene Descartes (Ray-nay Day-kard) dan sebagainya. Angka ‘25’ mungkin akan menimbulkan sedikit pertanyaan mengapa penulis mengambil 25 ahli falsafah sahaja. Kenapa tidak 20 atau 30? Bila difikirkan kembali, penulis mungkin cuba mengaitkan angka ‘25’ nabi atau rasul yang kita biasa dengar, hafal dan kenal.

Sebagai muslim, tidaklah menjadi kesalahan untuk mengenal ahli falsafah barat selagi mana berpegang kepada ajaran yang dianuti sekaligus menafikan bahawa apa-apa yang dibawa oleh barat tidaklah menjadikan seseorang itu sesat. Bahkan penulis sendiri menekankan bahawa falsafah yang dibawa oleh mereka ada membawa kebaikannya yang tersendiri dan masih diguna pakai sehingga ke hari ini, cuma kita sedar tidak sedar sahaja.

Sejarah juga telah mencatat bahawa dunia Islam juga melahirkan ahli falsafahnya tersendiri seperti Al-Farabi, Ibnu Rusyd, Al-Kindi dan sebagainya tetapi malangnya dengan adanya fahaman fanatik dalam beragama dan berlakunya penindasan, Islam menjadi dogmatik (berkeras memperjuangkan pandangan peribadinya tanpa menghiraukan bukti yang ada dan mempertimbangkan pandangan lain yang mungkin benar).

Yang menyedihkan lagi bahawa buku-buku Ibnu Rusyd dibakar dan diharamkan oleh khalifah pada waktu tersebut yang menyebabkan budaya intelektual Islam ketika itu menjadi tertutup dan terbantut. Situasi ini menyedarkan ahli falsafah barat ketika itu iaitu Thomas Aquinas yang berusaha untuk membudayakan ilmu dalam masyarakat Kristian sehinggakan mereka lebih terkehadapan berbanding masyarakat Islam ketika itu. Apa yang berlaku dahulu tidak mustahil akan berlaku (sudah berlaku) ketika ini.

Apabila berbincang tentang sesuatu falsafah, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk difahami di dalam masa sehari, seminggu, sebulan bahkan bertahun juga tidak menjamin untuk kita cerna sebaik mungkin(termasuklah diri saya sendiri). Tetapi apa yang cuba dibawa oleh penulis sangatlah dipuji dengan penyampaiannya yang cukup santai seolah-olah penulis sedang bersembang dengan rakannya dalam cuba untuk memahamkan topik (killer subject) yang disampaikan.
Profile Image for Amyrull Fazmi.
10 reviews5 followers
February 24, 2017
Buku ketiga Mat yang aku baca. Mat secara santai cerita pasal biografi 25 ahli falsafah barat dalam bahasa yang mudah difahami. Buku ni pendek boleh baca sekali harung, tapi aku baca 2-3 tokoh sehari. Ada 229 muka surat tapi tolak 50 muka surat untuk halaman potret setiap 25 filsuf kira kurang dari 180 muka la.

Aku memang dah lama nak baca pasal ahli falsafah barat ni tapi tak tahu nak mula kat mana. Jadi buku ni membantu aku untuk mula kenal depa semua ni.

Mungkin lepas ni mat boleh ceritakan pasal filsuf dari Middle East dan Far East
Profile Image for Luqman Din.
7 reviews
January 18, 2018
Walaupun tidak menghabiskan pembacaan dengan sekali harung kerna banyak juga penangguhannya dek kekangan masa, Mat Luthfi berjaya membawa idea dan konsep falsafah barat dalam bahasa yang cukup santai. Tambahan lagi, unsur humor yang diselitkan sekali sekala membuatkan pembacaan tidak terlalu bosan dan berat. Suatu pengenalan yang menarik untuk bidang falsafah. Kudos untuk Mat!
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
July 18, 2017
Saya tidak pasti sejak bila saya mula meminati bidang falsafah dan tergerak hati untuk membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan falsafah. Mungkin disebabkan saya ada mengikuti beberapa kelas di kampus saya yang berkaitan dengan akidah dan falsafah Islam (ilmu Kalam), jadi hal tersebut secara tidak langsung mendorong saya untuk mengambil tahu serba sedikit juga berkaitan fasafah Barat.

Buku ini seperti yang diberitahu oleh saudara Matluthfi pada bahagian pendahuluan hanyalah terjemahan daripada video-video dan tulisan-tulisan ‘The School of Life (TSoL)’, sebuah projek pendidikan pop oleh Alain de Botton, seorang filsuf kontemporari dan penulis British, namun diolah dengan gaya dan laras bahasa yang sesuai dan santai mengikut konteks masyarakat Malaysia zaman ini.

25 orang filsuf Barat yang dipilih oleh saudara pengarang untuk dimuatkan dalam naskhah ini bermula dari seawal zaman Tamadun Yunani hingga abad ke-20 masihi. Mungkin disebabkan kita biasa dengan bilangan 25 orang Rasul yang wajib diketahui, maka Matluthfi juga mengambil angka 25 orang filsuf sebagai pengenalan terhadap beberapa buah falsafah yang dibawa oleh mereka.

Karya ini sangat sesuai untuk orang seperti saya yang mahu berjinak-jinak dengan dunia falsafah Barat. Bahasanya juga mudah, santai, dan tidak terlalu berat. Bahkan, adakalanya terlalu santai juga hinggakan nota kaki pun dibuat secara berseloroh dan tidak berilmiah, haha.

Namun, walau buku ini telah cuba dikarang sesantai mungkin, terdapat juga beberapa bahagian tokoh tertentu yang memerlukan anda untuk duduk dan diam sebentar bagi menghadam lumat-lumat apa sebenarnya yang hendak dimaksudkan melalui kata-katanya. Jadi, pastikan anda mempunyai ruang dan masa yang betul-betul lapang bagi menikmati pembacaan buku ini sebaik mungkin. Kalau tidak, mungkin kepala anda juga boleh terasa bagai hendak pecah.

Tahniah saudara Matluthfi atas usaha ini! Tak sabar hendak membaca karya saudara yang seterusnya pula: ‘Alegori Rumah Api’
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
September 15, 2019
Mat Luthfi dalam buku ini membawakan kisah-kisah 25 ahli falsafah Barat. Isinya agak berat, namun berjaya disampaikan dalam bahasa paling mudah dan santai oleh penulis. Ada sesetengah ahli falsafah ini pernah saya dengar namanya, namun ada juga yang baru saya kenali.

Kisah Socrates, contohnya, walau selalu didengari namanya, namun baru saya ketahui perjalanan hidup di dalam buku ini. Falsafah "Aku tahu bahawa aku tidak tahu", lahirnya dari penelitian dan dialog Socrates terhadap bijak pandai.

Keistimewaan buku ini, penulis bijak mengaitkan falsafah dengan situasi masa kini.

Contohnya, dari kisah Socrates, penulis mengaitkan dengan situasi sikap yang sepatutnya ada dalam tradisi akademik.

"Pada tahap sarjana, pengajian menjadi lebih khusus dan pada peringkat doktor falsafah, pengkhususan itu menjadi lebih kecil dan mendalam. Ini adalah kerana untuk mengeluarkan satubtesis atau satu dakwaan akademik yang kuat, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyaknsumber dan pemboleh ubah yang perlu dirungkai dan dikaji dengan lumat. Sebab itu secara logiknya, orang yang lagi tinggi belajar lagi berhati-hati dalam berkata-kata"

(Kebijaksanaan Socrates, m/s 5)

Ini baru satu ahli falsafah. Ada lagi 24 ahli falsafah yang diceritakan oleh penulis, secara santai dan sangat mudah difahami.

Buku yang anda baca jika baru berjinak-jinak dengan medan falsafah Barat:)

-> Buku ini saya beli di kedai Perniagaan Fazhas, G41, PKNS Shah Alam
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
December 1, 2018
Buku falsafah yang baik dibaca untuk pemula -mengenangkan terlalu banyak sangat buku agama di luar sana- tak banyak buku falsafah yang dihasilkan untuk pemula dan dalam Bahasa Melayu, mengakibatkan idea Kanan (rasis/fasis) naik kepala. Untuk membanteras idea-idea Kanan ini, selain buku-buku Kiri, buku-buku bertemakan kemanusiaan, termasuk falsafah haruslah diperbanyakkan sebanyak-banyaknya (pelbagai tajuk/pendekatan) dan disebarkan seluas-luasnya (diskusi/forum/sekolah/universiti) dll lagi.

Ada banyak juga nada sindiran dalam buku ini. Tetapi itu tidaklah begitu penting. Isi-isi dalam buku ini, baik ia diterjemahkan atau olahan Mat Luthfi sendiri sesuatu yang harus direnung-renungkan.

Para pembaca akan lebih mudah diajak dan masuk ke dunia falsafah yang selalu dianggap berat, abstrak dan menjemukan dengan menelaah karya yang santai tapi berisi ini. Seterusnya, boleh memilih bacaan-bacaan filosofi yang lebih berat.

Aku tak tonton sangat (tak banyak atau tak ada kut) video Mat Luthfi baik dia sebagai Vlogger atau ML Studio. Mungkin sebab banyak berlawak, jadi aku tak tahu sangat. Juga dua buku Mat Luthfi yang awal. Alegori aku rasa, aku berminat. Tetapi buku ini sangat baik untuk pendedahan awal tentang falsafah.

Harus mula dibaca oleh adik-adik di sekolah dan universiti!
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
October 5, 2017
Perkara yang paling mujur adalah aku tak baca dengan suara Mat Luthfi saat menghabiskan buku ni.

Walaupun ini karya terjemahan tapi Mat main peranan penting dalam usaha nak memahamkan para pembaca. Jadinya ia bukan usaha syok sendiri.

Lagipun peminat tahu dia ni kelakar dan witty jadi kau tak bosan bila membacanya. Ini yang paling penting sebenarnya. Nak baca Hegel dari sumber primer memang haram tak faham. Aku hampir skip part Hegel sebab aku tahu betapa serabut dan peningnya Hegel tapi aku gagahkan juga baca. Walaupun masih pening-pening sikit tapi aku hargai usaha Mat yang gunakan contoh yg dekat dan mudah difahami oleh rakyat Malaysia.

Pujian patut diberi kepada team penerbitan buku ni atas usaha dan kesungguhan untuk menerbitkan buku falsafah dalam bentuk mudah baca dan faham ni.

Aku harap orang ramai beli dan bacalah buku ni supaya kita tahu idea-idea dan kata-kata best yang selalu kita dengar orang cakap tu ada akar umbinya.
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
December 24, 2020
Buku yang bagus untuk mereka² (seperti aku) yang baru hendak berjinak jinak dengan falsafah.

Bila baca satu satu falsafah setiap filsuf ni, sedikit sebanyak membantu pembaca untuk melihat perspektif hidup yang berbeza beza. Tapi macam Mat cakap, filsuf bukan nabi. Pemikiran mereka ada cacat celanya dan bukannya betul sangat pun.

Which brings me to this comment, alangkah bagusnya jika diperbanyakkan lagi perbandingan falsafah barat ini dengan falsafah Islam untuk counter balik.

Aku perasan Mat ada letak untuk sesetengah bab, tapi kalau dikupas dengan lebih lagi tang tu dan disesuaikan pula dengan isu gaya hidup/budaya orang Malaysia ni, memang buku ini akan perfect.

Akhir kata, buku ni lawak.

Recommended. 4 bintang.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
January 6, 2018
Pheww...Setelah beberapa kali jeda tamat jugak akhirnya.
.
.
Mungkin pengisiannya agak berat tapi Mat Luthfi berjaya menyampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan diselitkan dengan lawak jenaka yang buat aku gelak sorang-sorang tengah malam (nasib baik takde yang join).
.
.
"Khusnul khotimah bermaksud pengakhiran yang baik. Suul khotimah bermaksud pengakhiran yang tidak baik. Pukul Fatimah ialah keganasan rumah tangga."
.
.
Selain menerangkan fahaman dan pegangan setiap 25 filsuf barat, Mat Luthfi turut menarik pembaca dengan menyelitkan konsep Islam yang hampir maksudnya dengan idea2 filsuf barat yang diterangkan.
.
.
Secara peribadinya, buku ini berjaya mencapai matlamatnya untuk mendedahkan orang awam kepada filsuf barat dan idea-idea mereka. Ini satu kejayaan dalam usaha merakyatkan falsafah agar generasi seperti kami dapat meningkatkan aras pemikiran dan membuat keputusan dengan cermat serta terpimpin. Maybe lepas ni Mat Luthfi patut terbitkan buku yang memuatkan filsuf Islam pulak!
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
December 9, 2020
Pada dasarnya, buku ini boleh dikategorikan sebagai buku yang berat kerana melibatkan pemikiran falsafah. Tetapi penulis dengan gaya penulisan yang sangat santai dan ringan berjaya menyeronokkan perbincangan yang bosan.

Selain daripada buat lawak2 kosong utk hiburan pembaca , penulisan ilmiahnya juga merangsang otak pembaca untuk berfikir . Penerangan setiap ayatnya adalah baik , ‘straight forward’ dan penulis banyak memberikan contoh yang mudah serta munasabah utk difahami oleh para pembaca. 👍🏽
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
August 10, 2017
Buku keempat dari Mat Luthfi, pertama yang bergenre berat dari beliau.

Buku pengenalan kepada para falsafah barat yang bagus. Cuma rasa agak kekok bila buku dengan ilmu berat sebegini ditulis dalam gaya santai & ada juga lawak-lawak selingan. Namun itu gaya Mat Luthfi sebenarnya, jadi tiada apa yang hendak dihairankan.

Berharap beliau akan keluarkan juga kisah para falsafah Islam pula selepas ini.

Permulaan yang bagus Mat Luthfi. Teruskan.
Profile Image for Ismaliza.
37 reviews
January 5, 2020
Walaupun ayat yang digunakan santai tapi ia adalah bahan bacaan yang agak berat..
Profile Image for Inche Faris.
2 reviews3 followers
March 21, 2017
Buku yang pada setiap helaiannya membuatku jatuh cinta pada falsafah dengan lebih mendalam.

Tahniah Mat Luthfi kerana berkorban masa dan tenaga menulis dan membawakan cerita-cerita ahli falsafah dalam bentuk yang santai dan mengasyikkan.

Salah satu mentaliti kita adalah kita tidak mahu unsur-unsur dari barat mempengaruhi hidup kita - sedangkan jika kita teliti pemikiran ahli-ahli falsafah barat ini, ada banyak perkara yang boleh kita ambil dan aplikasikan dalam hidup-hidup seharian.

Falsafah adalah salah satu asas dalam mencari diri dan Tuhan.
1 review
February 19, 2017
Buku yang bagus untuk orang2 yang ingin membaca falsafah dalam bentuk yang mudah faham. Buku mengenai latar belakang dan penerangan falsafah2 penting yang cuba disampaikan oleh 25 ahli falsafah barat yang dipilih oleh Mat Luthfi. Walaupun buku ini mengandungi lawak2 Mat Lutfi pada contoh, persoalan atau nota kaki, buku ini penuh dengan fakta falsafah, mungkin agak berat untuk sesetengah pembaca. Dan antara perkara yang saya suka tentang buku ini, Mat memberi contoh yang mudah difahami dan kaitkan falsafah dengan ajaran dan pandangan Islam. Bacalah buku ini, supaya kita tahu ahli2 falsafah barat tidaklah semuanya sesat dan berfikir mengenai tujuan & pandangan orang pandai mengenai kehidupan.
Profile Image for Siti Sundiwa.
4 reviews
June 20, 2017
Pengisian yang agak berat tetapi informatif dengan pengenalan ahli filsuf yang jarang didengar. penyampaian santai yang mengurangkan pemberat dalam bacaan. memantulkan soalan pada diri tentang orang berfalsafah zaman sekarang itu macam mana. dan benarlah, persediaan ilmu lain sebelum membaca buku ini adalah disarankan. jangan terjebak dengan pemikiran yang tidak selari dengan Islam. jadikan pengajaran.
147 reviews14 followers
February 15, 2017
Ohhhh dia olah balik isi kandungan The School of Life rupanya..

Terhibur jugak lah baca buku ni. Kandungan dia berat sebenarnya tapi bila ada diselitkan lawak-lawak gaya Matluthfi menjadikannya lebih santai dan mudah dibaca.

Pengenalan yang baik kepada falsafah barat. Two thumbs up.
Profile Image for FJ Habibie.
2 reviews
February 19, 2017
Selepas membaca buku ini, saya sedar bahawa sesuatu idea falsafah lahir daripada pengalaman filsuf itu sendiri, justeru kita memerlukan lebih daripada emosi dan logik akal bagi mencerap kebenaran yang sejati.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
October 18, 2021
"Hanya satu perkara yang aku tahu, iaitu yang aku tidak tahu." - Sokrates

Kisah 25 Filsuf Barat

Filsuf merujuk kepada ahli falsafah. Dan bukan sahaja buku ini penuh dengan humor yang buat kan diri tertawa dan tersenyum sinis, falsafah dahulunya yang sukar difahami kerana bahasa yang terlalu berat dan kompleks kini dapat difahami dengan mudah kerana tulisan Matluthfi. Nescaya, kalau korang tak pernah baca falsafah, buku ini ternyata 5⭐ untuk pemula.

Review:

Filsuf ni bukan dari golongan nabi mahupun rasul atau berpaksikan ajaran kitab. Kebanyakan mereka bergantung kepada pancaindera dan kemahiran berfikir (rasionalisme dan penaakulan) dalam menetapkan suatu batasan moraliti dan pandangan tertentu tentang apa kebahagiaan yang sebenarnya.

Walau pun begitu, idea diorang ni ada yang sangat bernas dan digunapakai sehingga kini biarpun setelah beribu tahun berlalu kerana perdebatan mengenai masalah sosial, moraliti, keagamaan masih lagi berlaku sehinggalah zaman sekarang.

Buku ini membuka mata saya dan membuatkan saya berfikir: adakah kita sememangnya bangsa yang lebih bertamadun atau masih bangsa yang tidak bertamadun yang bersembunyi di sebalik topeng arus globalisasi. Kerana kita mungkin maju dari segi teknologi, namun tetap mundur dari segi mentaliti.

Mereka membincangkan tentang kunci kebahagiaan, erti kehidupan, tujuan hidup, kepentingan ilmu dan sebagainya. Macam Al-Quran, Sunnah tapi lebih kpd pandangan sendiri yang diangkat masyarakat.

Biarpun begitu, ada jua fahaman dan idealisme yang diketengahkan bertentangan dengan kefahaman Islam dan tuntutan Al-Quran, kerana kebanyakan filsuf menyokong fahaman pesimisme yang secara tidak langsung menolak kebergantungan dan sikap tawakal kepada Ilahi. Dan rasionalisme yang menentang apa² idea dan kefahaman yang tidak dapat di capai oleh pancaindera manusia yang dianggap karut dan tahyul seperti wahyu dan malaikat. Malah ada yang menentang konsep teologisme dan mengakat rasionalisme sebagai tunjang dan asas peradaban.

Tapi bak kata matluthfi buku ni tidak akan menyesatkan. Kita baca, kita tahu, kita tidur. Paling teruk pun kira mengigau, itu sahaja.
Profile Image for Zarifah Adilla Adilla Zulkiflee Laurcal.
18 reviews28 followers
May 4, 2017
Dalam hidupnya, Sokrates berpesan supaya jangan pernah takut dengan perkara yang kita tidak ketahui. Dan dia membuktikan akan perkara tersebut dengan meneguk racun kerana dia tidak gentar untuk bertemu dengan kematian, sesuatu yang belum pernah ditemui dan diketahuinya.
.
.
Kau janganlah tiru pula, menyusah orang nak menguruskan jenazah.
.
.
Kisah 25 Filsuf Barat. Matluthfi. Terbitan Puteh Press.
.
.
kisah 25 filsuf barat ini bukanlah seperti kisah 25 rasul.
.
.
dorang tidak lari dari sisi negatif yg mana semua manusia yg bukan maksum punya. tapi, dorang ada jugak sisi positifnya yg boleh kita jadikan contoh dan pengajaran dalam kehidupan sehari-hari kita.
.
.
contohnya seperti sokrates yg bersetuju dengan konsep bahawasanya ilmu itu jugak 'la adri'. tapi tidak bermakna kita terus perlu berhenti berusaha untuk menimba ilmu.
.
.
dan plato yg tidak bersetuju dengan konsep artisan dijadikan idola. yg mana perkara itu berulang kembali di zaman ini seperti idola anak muda kini ialah artis kpop, novelis cintan-cintun suamiku sotong konok ~ huhuhu😏
.
.
awalnya aku kira buku ini lebih berat daripada 2 buku mat yg terdahulu. sebab tebal sikit, dan pasal filsuf kann~ awalnya jugak aku kira buku ini mungkin macam ensiklopedia sikit. however, once i read it, hahaha~ you did well on this book also mat!~ 💐
Profile Image for Amirul Fitri.
7 reviews6 followers
February 26, 2017
Ada beberapa nama filsuf yang tidak asing bagi pembaca bahan falsafah amatur seperti saya namun tetap sahaja idea-idea mereka agak rumit untuk dihadamkan kerana kekurangan bahan bacaan yang menjelaskan dengan lebih santai dan kesimpulan yang tidak rumit. Banyak juga bahan berbahasa inggeris yang membicarakan idea-idea mereka dan seperti yang saya katakan, kesukaran memahami terma membataskan keseronokan membaca falsafah kerana ia perlu dibaca berulang-kali bahkan mungkin perlu juga dibuat nota supaya tidak hilang fokus kepada idea utama apabila membaca bahan sebegini.

Bagi saya, bagus juga ada buku seperti ini yang dapat merumuskan kembali idea-idea filsuf secara ringkas supaya buat pembaca yang ingin mengetahui lebih mendalam, sekurang-kurangnya mereka dapat mengenali apakah idea-idea yang familiar dengan filsuf tersebut.

Tambahan pula, selitan sejarah hidup sang filsuf walaupun sedikit sangat bagus untuk kita memahami mengapa dan bagaimana munculnya idea falsafah tersebut, sesuai dengan zaman ketika ia dikeluarkan contohnya mengapa ramai filsuf yang menuduh agama sebagai tidak releven ketika Zaman Pencerahan adalah kerana institusi keagamaan pada ketika itu yang mengongkong rakyat dari meluaskan ilmu pengetahuan.
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.