Cerpen Hari Jumaat – Vol 2 menghimpunkan cerpen yang telah dimuatnaik di Wattpad BukuFixi dari Julai ke Disember 2016. Setiap cerpen ditulis oleh mereka yang pernah hasilkan buku Fixi. Ini bahagian kedua dan penamat kepada siri Cerpen Hari Jumaat.
Menampilkan cerpen oleh: Muhammad Fatrim, Syafiq Ghazali, Regina Ibrahim, Syaihan Syafiq, Fahmi Mustaffa, Adib Zaini, Faizal Sulaiman, Hilmi Loma, Syahmi Hafizuddin, Ikmal Ahmad, Noor Azlin, Irvan Affan, Syafiq Aizat, Wan Nor Azriq, Hani Suraya, Julie Anne, Anuar Shah, Hasrul Rizwan, Ridhwan Saidi dan Aiman Hazziq.
Buku kedua ini lagi menarik berbanding buku pertama. Kali ini cerpen-cerpen yang disajikan lebih matang dan baik. Banyak penulis cuba memberikan twist setiap cerpen yang disajikan dan percubaan itu menjadi. Tahniah.
Tapi seperti biasalah, dalam koleksi cerpen sudah pasti ada beberapa buah cerpen yang tidak mampu untuk menarik perhatian. Tapi masih tidak menjejaskan keseluruhan naskah. Yang lain boleh tahan! Tahniah sekali lagi buat semua penulis...
Korang tak nak cuba baca ke? Cubalah. Tapi segala risiko tanggung sendiri. Hiks!
Volume 2 ini lebih catchy dan menarik bagi aku. Walau ada antaranya agak klise dan senang diagak jalan cerita, namun penceritaannya lebih menghiburkan. Antara cerpen yang aku suka:
Roti Kapit Inti Daging (Syaihan Syafiq)-- tema jenayah dan misteri, agak unik sebab penceritaan cuma dalam bentuk balasan emel.
Pak Mat dan Mak Timah Pergi Makan Cendol (Anuar Shah)-- kisah harian pasangan berusia dengan twist yang tak aku jangka. Nakal dan 'witty'.
Surat Layang Ramadan (Muhammad Fatrim)-- surat rahsia untuk si bapa tentsng penghuni rumah sepanjang bulan Ramadan, misterius tapi sarkastik.
Kali Pertama Mehdad Membunuh (Hasrul Rizwan)-- punya latar negara asing dengan tema jenayah, agak dramatik tapi aku suka gaya penceritaan penulis dan twist di bahagian akhir.
Cinta (Julie Anne)-- definisi cinta dalam beberapa situasi, agak relatable sesuai dengan kisah-kisah cinta semasa.
Bola Mata (Wan Nor Azriq)-- tentang fetisy makanan kegemaran yang aneh-- "aku percaya mata adalah pintu ke dalam jiwa manusia." Penceritaan yang surreal tapi aku suka ideanya.
Ada beberapa cerpen punya plot biasa namun keseluruhannya aku suka dengan idea penulis dan gaya tulisan. Genre yang variasi dan tak tertumpu ke judul besar buku sahaja.
ada beberapa cerpen yang menarik minat aku, antaranya Surat Layang Ramadhan, suatu yang segar dari penulis Muhammad Fatrim, dalam mengungkapkan isu2 dalam sebuah keluarga.
cerpen2 mama regina yang sememangnya fav aku, begitu dekat dengan hakikat kehidupan kini, disusun dengan ayat2 santai tanpa berbelit2. paling ats, tentunya bahiyoh & mashitoh, begitu tajam sindiranya kepada golongan sebegitu. begitu juga Rashid mat Despatch, realiti kehidupan kini yang begitu teruja mempamerkan kemewahan, sengaja menunjuk konon dari golongan ada-ada. diakhiri cerpen Kak Noor, Perempuan Langkawi mengajar kita untuk berhenti bersungut, terima kekurangan diri dan fokus kepada perkara yang lebih bermanfaat. jangan biarkan diri diambil kesempatan.
Dalam Balang - cerpen yang aku baca begitu teliti, bimbang tersasar dari maksud asal penulis. memahami gaya penulis yang begitu simbolik, cerpen ini begitu mendalam maksudnya. begitu mengesankan (walaupun aku samar2 akan maksud di awalnya) namun masih mampu menangkap mesej tersirat diakhirnya.
sedikit fantasi - trevelog pulau kapas, antara cerepen yang memikat dalam antologi ini. aku sendiri bingung pada cerita2 seram yang disampaikan, dan tertanya2 di mana seramnya. namun, aku kira twistnya menjadi.
thriller - roti kapit inti daging, sweet revenge,housemate (misteri hatu), kali pertama mehdad membunuh, chime, bella -masing2 punya kekuatan sendiri, mengikut gaya penulis masing2.
satira - pak mat dan mak timah pergi makan cendol, daun keladi, gelegar buluh (aku suka yang ni), mari sertai aku - aku suka part ending yang ditwistkan, agak menjadi.
kisah biasa - biasa - memang aku sampai sekarang fikir apa motif cerpen ni? hahahah
persahabtan - tali (part 2), cinta dan galau antara fav aku, disajikan bersahaja dengan konflik masing2 dan pendirian masing2 yang berbeza.
Buku ni hanya mula jadi menarik daripada cerpen Julie Anne bertajuk Cinta. Cerita cinta tak semestinya tak bagus, terutama bila dikepilkan dengan komentar tentang perkahwinan dan kejujuran.
Daun Keladi Gelegar Buluh (Irvan Affan) sinis dan preachy tapi in a good way. Still dalam bentuk naratif daripada sekadar leteran penulis.
Pak Mat dan Mak Timah Pergi Makan Cendol (Anuar Shah) was surprisingly entertaining dan lucu.
Mari Sertai Aku (Aiman Hazziq) sangat on point.
Cerpen-cerpen lain yang berbentuk revenge, bunuh-membunuh lah paling membosankan sekali.
Lebih berkualiti dan menarik nak dibandingkan dengan Vol 1. Cerpen dengan jalan cerita yang umpph, tidak kurang juga yang berbentuk ilmiah dan berintelektual serta ada plot twist tak dijangka membuatkan aku berkata 'Oh, damn!' berulangkali.
Satu kumpulan cerpen yang baik. Banyak cerpen pilihan aku berbanding Vol 1. Antaranya:-
- Membawa Hati Untuk Diserah Sebagai Cinta - Dalam Balang - Bola Mata - Kali Pertama Mehdad Membunuh - Kabus Subuh
Honorable Mention:- - Roti Kapit Inti Daging - Cinta 10KM - Housemate - Rashid Mat Despatch
Ada yang ok, ada yang tak. Tapi keseluruhannya, bagus. Travelog Pulau Kapas (Ikmal Ahmad), Bola Mata (Wan Nor Azriq) dan Chime (Syahmi Hafizuddin) antara yang aku suka.
Pembukaan yang menarik oleh Mohd fatrim. Cover yang cantik. Apa yang membanggakan adalah gabungan para penulis penulis fixi di sini. Masing masing ada stail dan gaya anak muda yang menawan. Saya pula hanyalah ibu veteran yang ikut serta mahu mewarnai dunia cerpen. 3 cerpen saya ada di situ, jadi tidak bolehlah saya puji lebih lebih.