Jump to ratings and reviews
Rate this book

Faridah Hanom

Rate this book
Hikayat Faridah Hanom adalah novel hasil karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1925. Novel ini menggunakan kata 'hikayat' sebagaimana 'Hikayat Abdullah' atau 'Hikayat Inderputera'. Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi.

Novel ini menggambarkan percintaan muda-mudi yang terhalang seperti yang digambarkan dalam cerita liput lara Melayu. Pertemuan pasangan yang bercinta itu adalah secara biasa dab tiada lagi diselitkan unsur-unsur khayalan seperti mimpi. Percintaan dalam karya ini bukanlah percintaan antara seorang wira yang mencari seorang wanita yang diilhamkan oleh mimpi, ataupun yang ditemui dalam pengembaraan seperti yang terdapat dalam kebanyakkan hikayat, tetapi percintaan dalam Faridah Hanum mempunyai nilai intelektual… percintaan antara keduanya lebih merupakan sebagai panduan spritual hasil daripada cita- cita yang sama. Tema percintaan seumpama ini adalah tema percintaan yang baru dalam kesusasteraan Melayu pada waktu ini.

Hikayat Faridah Hanum menampilkan perkahwinan paksa antara Faridah Hanum dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Sebagai tanda protes terhadap amalan ini, pengarang mengambarkan perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tua itu tidak membahagiakan. Tema seumpama ini terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanom dan Salah Asuhan.

Novel ini mengangkat emansipasi wanita yang menampilkan watak Faridah Hanum seorang perempuan yang berpendidikan. Yahya Ismail (1963: 438) meletakkan Syed Sheikh Al-Hadi sebagai pelopor tema emansipasi wanita dalam novel di Malaysia. Melalui watak Faridah Hanum wanita tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki malah wajar berdikari. Namun begitu wanita juga disarankan supaya menjaga batas-batas pergaulan agar tidak terkeluar dari nilai dan normal masyarakat pada ketika itu.

Hikayat Faridah Hanum melukiskan persoalan ini:
Bermula, menyekat akan perempuan daripada pelajaran itu suatu dosa yang maha besar di atas kaum dan bangsa dan negeri yang akan diperiksa kelak oleh Tuhan dihadapan-Nya di padang mahsyar dan dibalasi-Nya dengan penjara neraka jahanam bagaimana laki-laki itu penjara sekalian perempuan-perempuan di dalam api dapurnya sahaja di dunia ini. (Hikayat Faridah Hanum, 1985: 136)

288 pages, Paperback

First published January 1, 1925

16 people are currently reading
189 people want to read

About the author

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi

15 books2 followers
Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami, Yemen. Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana, Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan belajar di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir, Muhammad Abduh.

Kembali ke Malaya, beliau terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura. Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi.

Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Kemudian pada tahuin 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, dimana salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.

Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (36%)
4 stars
13 (26%)
3 stars
13 (26%)
2 stars
4 (8%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
February 7, 2017
Faridah Hanom atau naskah asalnya yang bertajuk ‘Setia Asyik Kepada Masyuknya’ atau ‘Shafik Afandi Dengan Faridah Hanom’ adalah sebuah karya klasik oleh pelopor Kaum Muda di Tanah Melayu sebelum merdeka yang kurang dikenali dan diangkat hari ini iaitu Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi. Karya klasik yang bersifat romantis ini bukan semata-mata berkisarkan percintaan Faridah Hanom dan kekasihnya Shafik Afandi tetapi juga turut diselitkan isu emansipasi wanita (proses pembebasan wanita dalam agama atau ekonomi untuk mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki) dalam pergelutan adat dan agama.

Di dalam karya ini, Faridah Hanom ditonjolkan sebagai watak seorang perempuan berbangsa Arab (Mesir) yang bukan sahaja cantik rupa parasnya malah juga beradab dan berpendidikan tinggi ; fasih Bahasa Perancis dan tinggi ilmu agamanya (kebolehan membaca kitab-kitab ulama). Dia juga mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia yakni ingin membebaskan wanita-wanita di Mesir daripada belenggu patriarki yang bukan sahaja mencengkam budaya dan adat Mesir malah turut mempengaruhi pemahaman agama Islam terhadap wanita. Ini dibuktikan melalui kata-katanya (semasa berbual bersama Shafik Afandi) yang mengkritik agamawan (dalam karya ini merujuk pada pak-pak lebai beserban besar) yang wewenang menegah perempuan daripada mempelajari ilmu agama dan dunia dengan menggunakan dalil bahawa wanita itu kurang satu tingkat daripada lelaki.

Faridah Hanom juga turut mengkritik pemikiran bangsanya yang patriarki (wanita dilihat sebagai objek; di dalam karya merujuk pada adat kebiasaan wanita di Mesir hanyalah sebagai ‘kuda tunggangan’ suaminya) dan membandingkan kemajuan bangsanya dan bangsa Inggeris; bahawa bangsa Inggeris itu berjaya kerana lelaki dan wanitanya diberi peluang yang sama rata terutama dalam proses menuntut ilmu, bahawa orang yang bodoh diperintah oleh orang yang pandai. Turut juga diselitkan isu kesusahan seorang wanita dalam penuntutan penceraian (Faridah Hanom terhadap bekas suaminya Badaruddin Afandi) dan kepentingan ketua keluarga yang perlu berbincang dahulu dengan ahli keluarga sebelum membuat keputusan yang besar (ayah Faridah Hanom yang menyetujui peminangan Badaruddin Afandi tanpa meminta persetujuan Faridah Hanom).

Di akhir cerita juga turut dinyatakan kelebihan perempuan di dalam agama Islam serta sebab mengapa pembahagian harta pusaka melebihkan lelaki dan bukan wanita dan lagi menarik bilamana Faridah Hanom sendiri yang memahami hikmah ini dan menyetujuinya dan menyerahkan kesemua hartanya untuk dibelanjakan keatas wanita-wanita di Mesir untuk menuntut ilmu (agak kontradik kerana kebiasaan wanita yang inginkan kebebasan dan hak sama rata dilihat turut juga mengkritik proses pembahagian harta pusaka di dalam Islam).

Namun rasanya isu emansipasi wanita di dalam karya ini hanyalah 1/7 daripada keseluruhan cerita dan selebihnya banyak manis-manis percintaan di antara Faridah Hanom dan Shafik Afandi sehinggakan saya rasa jika diletakkan buku ini di dapur barangkali akan dihurungi semut yang keliru mana satu gula dan mana satu buku. Hahaha. Mungkin juga penulis sengaja merangka karyanya seperti ini bersesuaian dengan pemikiran masyarakat zaman buku ini diterbitkan (1925).
Profile Image for Maryam Hamidah  Zulkifli.
11 reviews4 followers
January 3, 2017
Faridah Hanom adalah seorang perempuan bijak yang mempunyai wawasan. Beliau adalah lambang seorang wanita yang tidak hanya berdiri atas kapasiti anak yang taat tetapi juga seorang kekasih yang setia. Dari satu sudut yang lain, beliau adalah simbolik emanaipasi wanita, baik di zaman itu mahupun sekarang.

Saya juga suka untuk menyamakan watak Faridah ini dengan Hayati (watak Tenggelamnya Kapal Van De Wicjk). Walaupun keduanya punyai persamaan dalam halnya bersangatan cintakan lelaki (dan ditentang kerana adat), namun Faridah lebih kuat dalam mempertahankan prinsip kesetiaan dan memperjuangkannya dengan cara tersendiri. Wanita harus lebih kuat dan bijak bukan?

Novel ini jelas memiat dan menggugah stigma kita menyatakan wanita hanya di dapur sahaja kerjanya, bahkan ia mengangkat status wanita lebih tinggi daripada seorang lelaki kerana wanita itu adalah pendidik dan pembangun anak-anak sekaligus bangsa kita. Berbanggalah tuan diri kerana menjadi seorang wanita. Tidak lah ia bermegah kerana konotasi wanita harus maju dan sebaris dengan lelaki, melainkan kerana dengan tangan ia, ia berupaya mengacu dan membentuk masa depan.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
November 24, 2022
“Pada pendapatan beta, adalah kejatuhan kita kaum Islam ini hingga kebanyakan negeri-negeri kita dimiliki ole bangsa-bangsa dan kaum yang lain-lain serta diperhambanya kita sekalian ini, ialah kerana sekalian laki-laki kita tidak memperhargakan kehidupan perempuannya dan tidak pula mereka itu menggunakan kehidupan sekalian perempuannya it melainkan sekadar hendak memuaskan nafsu yang sahaja seolah-olahnya sekalian perempuan in seumpama kuda tunggangnya sahaja, bila-bila terasa ianya ingin hendak menunggangnya dikeluarkannya daripada tannya (setalnya) dengan cukup pakaiannya yang disediakannya it. Dan apabila telah puaslah nafsunya dimasukkannya ke dalam tannya semula diberinya makan minum menunggu bila-bila bernafsu ia hendak menunggangnya lagi."
- Harga Perempuan atau mutiara kehidupannya : Hikayat Faridah Hanom by Syed Syaikh Al-Hadi
.
.
I have been wanting to read Hikayat Faridah Hanom ever since I finished reading ‘Feminisme dalam kesusasteraan Malaysia dan Asia Tenggara’ in May. The fact that both Malay Women authors (Rosnah Baharudin and Amida) disagree on whether this can be consider feminist text intrigued me more. Now that I have finished the book, here are my thoughts. For a book that was published in the year 1920s, featured Woman as a Main Character and on top of that, the character was opinionated, defy the standard of ‘docile and proper’ upper class lady that was written by man – I would say it is already progressive especially for early Malay Literature. However, we also have to establish the fact that the author is none other than Founder of ‘Kaum Muda’ in Malaya. Greatly opposed by ‘Kaum Tua’ due to its progressive idea, they are quite vocal in the emancipation of muslim women. Learning should not be restrictive and only belonged to one class, learning should be inclusive and that alone, the reason they fight for women’s education rights. I think that alone why Syed Syeikh Al-Hadi decided to write this book. On the page 179, we can read that the author actually throwing shade to these so called ‘agamawan’ on their misogynistic view towards muslim women :
“…sungguhpun anakanda menerima paluan yang maha besar ini, mengetahuikah anakanda akan keuzuran ayahanda melakukan demikian kelakuan ialah sebab I’tikad yang telah mesra di dalam darah daging ayahanda dengan pengajaran sekalian orang-orang yang bukan ahli menamakan dirinya guru-guru agama yang sebenar bahawa sekalian perempuan ini konon kurang akal dan agama.”
.
I don’t intend to analyse the whole book – afterall the story as a whole still read like a 70s/80s/90s Malay romance (way too dramatic) drama. I still got weirded out that despite both characters are religious but when they were meeting - they still touched and some scenes were almost erotic. Of course without the sex, but the intensity of their love was so passionate. The things that made it different from Malay drama is they featured non malay characters, set in Egypt and aside from sharing the same religion which is Islam and the society itself is patriarchal in nature, the entire story felt so foreign. Hence, why this book is so contentious to some malay literary experts. Some say, we should not consider this as Malay Novel based on the details mentioned above. I will consider this as Malay novel simply because he was born in Malaya and it is written in Malay. Lets move on to the story that started with the scene of Faridah Hanom and Shafik Afandi is in love with each other. Their love story is just an ordinary love story. Both are from the aristocratic and well to do family. Both were highly educated. However, what makes it stand out is Faridah Hanom is quite vocal and did not let anyone trampled upon her easily. Among many muslim women issues and rights that were raised is the importance of consent ( when Faridah Hanom's father agreed to Badaruddin Afandi's engagement without seeking Faridah Hanom's permission), Divorce process particularly when women are the one filing for it (Faridah Hanom versus her ex-husband Badaruddin Afandi), property division in the accord of Faraid System (When Faridah hanom’s father wanted to sort out his property and inheritance) and the oppression that women faces due to patriarchal values practiced by Egyptian society. Women are often seen as objects; in the book she refers that wife were perceived only as her husband's sexual object. Faridah Hanom praised British nation for at least, both women and man were given an equal opportunity. BUT, I have to remind everyone that intend to read this book that the talk about women’s rights / freedom is only covered in certain part of the book. If you expected 100 pages of social commentary of women liberation, its not. It is still a love story and this love story made up majority of the plot (UNFORTUNATELY). Because of this alone, it took me a bit longer than usual to finish it. The language also is another hurdle since it was written in classical Malay. Not that I dislike classical malay but they tended to be so ‘flowery’ and ‘long winded’. Overall, I would say this is a feminist text – considering all the highlighted factors. Of course, I wish the romance could have been reduced but after reading ‘sayang ustazah sayang’ by Salmi Manja – I felt that early malay literature were written in a way to attract people to read it. Hence why romance element is hugely devised in the plot. Whoever read Faridah Hanom at the time it was published might have felt how strong and courageous Faridah Hanom is. Of course the book has its problem - especially when Shafik Afandi was ecstatic to find out that Faridah Hanom is still virgin even though she’s already married since she did not allow her husband near her (like do you marry faridah or her hymen?) But i am willing to look the other way given the year of this book was published.
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
December 31, 2022
Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan dua anak bangsawan iaitu Faridah Hanom dan Shafik Afandi. Selain dikagumi oleh orang ramai kerana rupa paras yang cantik dan tampan, keduanya merupakan orang yang sangat berilmu. Masing-masing dilengkapkan dengan pelbagai ilmu berkaitan agama dan juga ilmu Barat. Keduanya juga mampu bertutur dalam Bahasa Perancis. Perhubungan kekasih ini bermula apabila pertama kali Shafik Afandi melihat Faridah Hanom, hatinya telah tertawan dan sering dia pergi ke depan rumah Faridah Hanom untuk melihat Faridah. Mereka mula mengutus surat dan akhirnya sering bertemu secara rahsia sambil ditemani hamba masing-masing.

Konflik bermula apabila ayah Faridah, Kasim Bey hendak menjodohkan dia dengan sepupunya Badaruddin Afandi. Faridah tidak menyukai Badaruddin kerana Badaruddin seorang yang suka berseronok sahaja dan tidak bekerja. Bagaimana lelaki seperti ini hendak memimpin rumahtangga. Pinangan daripada Shafik telah ditolak kerana Kasim Bey sudah menerima peminangan daripada Badaruddin terlebih dahulu. Shafik yang kecewa mengambil keputusan untuk menyertai sekolah tentera yang telah lama dia idamkan. Ayahnya, Talak Bey yang sebelum ini tidak memberi kebenaran akhirnya melepaskan Shafik ke sekolah itu, kerana tidak mahu Shafik terus-terusan bersedih.

Selama tiga tahun lebih Shafik di sekolah tentera, Faridah jatuh sakit akibat terlalu sedih tidak dapat berjumpa dengan kekasihnya dan juga kerana terlampau membenci Badaruddin. Kasim Bey tidak peduli dengan keadaan anaknya dan merasakan sebagai ayah, dia berhak menikahkan anak perempuannya dengan siapa sahaja yang dimahukannya. Beberapa bulan sebelum Shafik kembali ke tanah airnya, Faridah telah menikah dengan Badaruddin. Takdir menentukan mereka terjumpa semula di Iskandariah. Perjumpaan semula dengan Shafik telah membuat Faridah kuat semangat untuk lari dari rumah Badaruddin dan balik ke rumah ayahnya. Faridah memberitahu bahawa pernikahannya dengan Badaruddin tidak sah kerana bersifat paksaan.

Melihat kesengsaraan yang dihadapi anak perempuannya, akhirnya Kasim Bey menyokong usaha supaya Faridah bercerai secara sah namun dirahsiakan kerana mahu menjaga nama baiknya sendiri. Faridah akhirnya menemui kebahagiaan apabila berkahwin dengan Shafik. Harta yang diberikan oleh ayahnya pula tidak diambil langsung tetapi digunakan untuk membuka sekolah untuk semua perempuan di Mesir. Dia mahu wanita di Mesir bangkit kerana mereka layak menerima ilmu sebagaimana yang diterima oleh lelaki.

Penulis pada hayatnya merupakan seorang pengasas Kaum Muda di Tanah Melayu. Antara matlamat penubuhan Kaum Muda ialah untuk meningkatkan kemajuan orang Melayu beragama Islam dan juga emansipasi wanita. Tahun 1925 merupakan tahun orang Melayu masih tidak peduli kepentingan menuntut ilmu, tetapi beliau sudah pun membawa perjuangan hak pendidikan wanita. Beliau seperti maju 100 tahun berbanding kaumnya. Tanpa ilmu dan pendedahan daripada luar, tidak mungkin beliau mampu berfikiran seperti ini.

Penulis membangkitkan isu wanita yang tidak bebas bersuara lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan pernikahannya sendiri. Oleh kerana Faridah Hanom ini orang yang berilmu, maka dia dapat melepaskan diri daripada perkahwinan yang tidak disukainya. Apakah yang akan terjadi kepada wanita yang tidak berilmu di luar sana jika dipaksa berkahwin sebegini? Inilah yang dikatakan Faridah Hanom kepada bapanya.

“Benarlah bagaimana perkataan ayahanda itu di dalam hukum kita Islam wali mujbir (bapa atau datuk) itu boleh menikahkan anak atau cucunya dengan laki-laki yang kupu dengan dia dengan mahar missal dengan tiada payah mengambil izin daripada anak atau cucunya itu.

Tetapi selama bapa dan datuknya itu tidak mengetahui akan anak atau cucunya itu tidak suka atau tidak reda akan laki-laki itu, maka apabila diketahui oleh bapa atau datuk itu akan ketiadaan reda anak atau cucunya dengan tanda-tanda yang telah disebutkan oleh ulama’ fekah di dalam segala kitabnya hinggalah kekuasaannya boleh menikahkan dengan tiada mengambil izin itu. Dan jika dinikahkannya juga, maka nikah itu tidak sah sekali-kali.”

Undang-undang Islam itu tidak hanya berpihak kepada lelaki tetapi juga perempuan. Babak ini menunjukkan bahawa Islam sentiasa ada jalan keluar untuk perempuan yang terperangkap dalam pernikahan paksa dan tidak semestinya menerima dan redha sahaja dengan takdir. Ilmu jugalah yang diperlukan untuk penyelesaian masalah.

Ketika Faridah terserempak dengan Shafik di Iskandariah, hatinya meronta-ronta ingin bertemu dengan Shafik.

“Ada sejurus berjalanlah ia masuk ke dalam biliknya sambil berfikir di dalam hatinya – jika aku pergi pun sekarang kepada Shafik boleh juga, tetapi kurang eloklah pada peraturan tabiat perangai anak baik-baik sebab aku ini telah menjadi isteri orang pergi berjumpa dengan seorang laki-laki yang lain.”

Jika diikutkan hati, Faridah boleh sahaja pergi kepada Shafik memandangkan suaminya juga tiada di rumah, tetapi memandangkan rasa malu dan harga diri yang ada dalam dirinya, dia tidak berbuat demikian. Perempuan yang baik seharusnya sentiasa menjaga maruah diri.

Selain itu, penulis turut membangkitkan isu liberal dalam novel ini. Pada saat Kasim Bey hendak membahagikan hartanya kepada Faridah dan adik lelakinya Muhammad Afandi, berlaku pertelingkahan kecil. Muhammad Afandi meminta supaya dibahagikan sama rata harta ayahnya antara mereka berdua. Shafik Afandi pula menolak kerana bagi beliau, Faridah tidak memerlukan harta daripada ayahnya, kerana dia sendiri sudah mewarisi banyak harta. Hal itu tidak selesai dan Shafik Afandi pulang untuk meminta pendapat ayahnya.

Maka Talak Bey laki-isteri pun tertawa mendengar segala hal yang telah berlaku itu seraya berkata kepada Faridah Hanom, “Bagaimanakah fikiran tuan di dalam perkara ini, dan siapakah punya fikiran yang betul kepada tuan?”

Jawab Faridah Hanom,”Adapun fikiran anakanda kedua-dua orang ini salah belaka. Dan kedua-dua orang ini hendak memerangi akan Tuhannya Rabbul alamin dan memecahkan hikmatNya yang maha besar gunanya di dalam hukum agama Islam yang maha tinggi ni’”

Islam sudah memberi garis panduan untuk pembahagian harta pusaka melalui ilmu Faraid, tetapi orang Islam sering kali mengabaikan perkara ini dan membahagikan harta mengikut cara sendiri. Perkara ini boleh mengakibatkan kezaliman kepada pewaris harta.

“Bahagian pusaka ini dilebihkan oleh Tuhan akan anak laki-laki daripada anak perempuan, ialah sebab laki-laki itu terlebih banyak dan terlebih berat pikulannya daripada perempuan.”

Penulis turut membuat teguran kepada lelaki yang sudah berkahwin yang hanya suka berseronok dengan isteri sendiri dan tidak mahu membuat pekerjaan lain. Hal ini dapat dilihat dalam babak Faridah Hanom dengan tegasnya menegur suaminya agar tidak terus terpedaya dengan nafsu.

“Agaknya bukan kakanda tiada tahu akan segala perkara ini, tetapi kakanda sangat menurutkan nafsu laki-laki kakanda sahaja, lupalah kakanda akan pendapatan yang dibelakang hari. Tidakkah kakanda ketahui yang nafsu itu akan menerima jemu? Maka jikalau adinda turutkan sangat nafsu kakanda itu, duduk berseronok siang dan malam tidak bekerja dan tidak menjaga kewajipan adinda bagi kesenangan dan kesukaan kakanda di dalam rumah tangga sehingga biasa dan sedaplah adinda dengan tabiat pemalas itu ketika sampai masa kakanda telah rasa jemu kepada adinda lagi di dalam rumah ini jika tiada kakanda mendapat kesenangan dan kesukaan di dalamnya.”

Shafik Afandi menyedari isterinya bukan sekadar tempat melepaskan nafsu semata-mata. Faridah seorang perempuan berjiwa besar dan tinggi sifat kemanusiaan. Harta daripada ayahnya tidak diambil walau secebis, sebaliknya digunakan untuk membina sekolah untuk perempuan di Mesir serta memberi bantuan kepada sekolah yang sedia ada. Dia boleh berbicara dengan Faridah tentang apa-apa pun termasuk hal pekerjaannya yang sukar.

Penulis memberi kesedaran kepada pembaca bahawa wanita itu tempatnya bukan sekadar memasak dan menyediakan pakaian untuk suaminya, tetapi lebih daripada itu. Keputusan dalam keluarga sepatutnya datang daripada perbincangan suami dan isteri, bukannya hak mutlak seorang lelaki. Buah fikiran wanita itu diperlukan dalam banyak perkara seperti pembangunan keluarga dan masyarakat.

Walaubagaimanapun, beberapa babak dalam novel ini seperti tidak kena dan mungkin menimbulkan kekeliruan dan pertanyaan kepada pembaca. Penulis dikenali sebagai orang agama, tetapi dalam babak pertemuan antara Faridah Hanom dan Shafik Afandi sebelum berkahwin banyak memaparkan yang mereka sering bersentuhan secara fizikal. Bukankah hal ini dilarang dalam agama Islam?

Tulisan Syed Sheikh al-Hadi ini menggunakan bahasa klasik dan mungkin perlu dibaca beberapa kali untuk lebih difahami. Beberapa babak juga diselang-selikan dengan puisi daripada penulis. Walaubagaimanapun, jalan cerita buku ini tidak kompleks dan mudah difahami kerana plotnya berbentuk kronologi. Maksud sesetengah perkataan dan terma juga diletakkan di bahagian bawah muka surat untuk rujukan pembaca.

Kesimpulannya, Hikayat Faridah Hanom sesuai untuk pembaca yang boleh menerima gaya bahasa klasik dan juga yang sukakan tema perjuangan wanita. Banyak isu wanita yang ditonjolkan oleh penulis yang boleh dikupas dan dibincangkan. Biarpun bahasanya klasik, novel ini masih mendepani zaman kerana isu yang dibincangkan masih relevan hingga kini.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for 長谷川 純一郎.
27 reviews3 followers
September 30, 2013
Hikayat Faridah Hanom (seterusnya HFH) yang merupakan novel sulong karya Syed Syeikh Al-Hadi (seterusnya Al-Hadi), pertama kali diterbitkan dalam versi tulisan Jawi pada tahun 1925. Meskipun terdapat pertikaian, namun rata-rata pengkritik sastera Melayu bersepakat bahawa HFH merupakan novel Melayu pertama berdasarkan tema ceritanya yang dianggap lebih “berpijak di bumi nyata”, berbanding cerita-cerita dalam hikayat-hikayat Melayu klasik sebelumnya.

Pertikaian mengenai kedudukannya sebagai novel Melayu pertama timbul disebabkan oleh ceritanya yang berlatarkan kehidupan masyarakat Mesir, selain didukung oleh watak-watak bukan Melayu. Terlepas daripada pertikaian tersebut, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah HFH masih mendapat perhatian yang bukan sedikit, terutamanya resepsi kritis daripada kalangan pengkritik sastera Melayu sejak mula kehadirannya hingga ke hari ini.

Selain telah diulang cetak sebanyak tidak kurang daripada lima kali dalam tempoh 35 tahun,satu pencapaian yang boleh dianggap cemerlang bagi penerbitan sebuah karya cereka yang sezaman dengannya, kepentingan novel ini juga ketara apabila dunia kesusasteraan Melayu mengiktiraf sumbangan Al-Hadi dalam bidang kesusasteraan dengan memberikan beberapa gelaran dan jolokan, antaranya “Bapa Novel Melayu”, “Sasterawan Progresif Melayu” dan “Cendekia dan Sasterawan Ulung”.

Selain sukar untuk menemui satu kajian tentang sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu yang memadamkan fakta tentang kehadiran HFH, boleh dikatakan kesemua tulisan yang memperkatakan tentang sumbangan Al-Hadi sama ada terhadap dunia intelektual, mahupun penulisan kreatif, memperakukan HFH sebagai antara tulisan penting tokoh tersebut. Dalam hal ini, kebanyakan pengkritik berpendapat bahawa keistimewaan HFH rata-rata terletak pada tema cerita serta idea-idea Al-Hadi yang dianggap “mendahului zamannya”, dan justeru masih relevan untuk dibicarakan hingga ke hari ini.

Lanjutan daripada pandangan yang seumpama ini, makalah ini bertujuan meneroka cerita dan idea-idea dalam HFH, dengan meneliti aspek-aspek penting yang digembleng dalam pembikinan novel ini, guna mengenal pasti kekuatan yang memungkinkannya mendapat perhatian dan resepsi kritis yang luas dan berterusan.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
October 15, 2018
Hikayat Faridah Hanum atau nama lainnya Setia Asyik Kepada Masyuknya yang mengangkat tema emansipasi ini, saya beranggapan tidaklah begitu menonjol berbanding dengan adegan romantik di antara Shafik Afandi dan Faridah Hanum.

Walaupun kisah percintaan yang terhalang oleh keluarga mungkin dianggap klise, namun begitu perwatakan Faridah Hanum yang cuba ditonjolkan oleh penulis sangatlah dipuji memandangkan pada waktu tersebut wanita sering kali diletakkan pada taraf yang tidak sepatutnya. Misalnya wanita sering kali dianggap sebagai tempat melepaskan nafsunya sahaja sedangkan fungsi wanita tidak hanya terbatas pada ruang lingkup tersebut. Faridah Hanum menjelaskan pada kekasih hatinya Shafik Afandi bahawa lelaki dan wanita ini sangat memerlukan antara keduanya sekalipun lelaki diberi kelebihan darjat,

“Pada faham beta, adalah kelebihan yang dikehendaki oleh Tuhan itu ialah umpama kelebihan kepala seorang daripada perutnya, atau daripada kaki-tangannya. Iaitu sungguh pun di dalam anggota kita ini kepala kita dilebihkan daripada segala anggota yang lain, ertinya kepala itu tidak boleh hidup dengan tidak perut. Demikianlah kelebihan yang dikehendaki oleh Tuhan di antara laki-laki dengan perempuan itu. Sebab laki-laki itu tidak boleh hidup dengan tidak ada perempuan.” (halaman 121)

Penulis juga meletakkan kritikan pada watak Kasim Bey yang juga bapa kepada Faridah Hanum yang menyalahgunakan ‘kuasa’ sebagai ketua keluarga apabila cuba menikahkan anaknya dengan Badaruddin Afandi tanpa menyelidiki terlebih dahulu calon menantunya yang mempunyai tabiat buruk. Sedangkan apa-apa keputusan hendaklah dibawa bermesyuarah dan dipersetujui oleh empunya badan. Keputusan terburu-buru ini seolah-olah menggambarkan wanita ini boleh dibaling begitu sahaja.

“…sungguhpun anakanda menerima paluan yang maha besar ini, mengetahuikah anakanda akan keuzuran ayahanda melakukan demikian kelakuan ialah sebab I’tikad yang telah mesra di dalam darah daging ayahanda dengan pengajaran sekalian orang-orang yang bukan ahli menamakan dirinya guru-guru agama yang sebenar bahawa sekalian perempuan ini konon kurang akal dan agama..”(halaman 179)

Antara isu lain yang dibawa oleh penulis adalah seperti hukum pernikahan secara paksa, pembahagian harta secara faraid yang melebihkan lelaki berbanding wanita dan sebagainya.

Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
October 28, 2020
Terlalu banyak untuk diperkatakan dari sudut, seronok, puji dan kritik. Memaksa saya membuka kitab tarikh Mesir, geografi Mesir, sosio-masyarakat Mesir. Tambahan lagi, kitab fiqh, kamus perbendaharaan lama dan macam-macam yang mengganggu fikiran saya. Saya ringkaskan begini:

Wacana utama berkaitan emansipasi wanita. Wanita harus dibebaskan. Bebas dari segi apa?

Pendidikan kaum wanita harus diberi kesamarataanya seiring lelaki. Disebutkan bahawa pendidikan kaum wanita tidak sedikit pun merendahkan peranan dan kedudukan lelaki. Lelaki dan wanita diciptakan untuk saling menyempurnakan. Wanita bukanlah hamba yang hanya diperlukan ketika lelaki memerlukan. Bahkan pendidikan mampu menjadikan wanita menyumbang kepada agama, negara dan bangsa.

Wanita yang berpendidikan langsung tiada mengurangkan tanggungjawab terhadap suami. Bahkan mengimbangi semula peranan lelaki dan wanita yang telah diatur oleh tuhan.

Dalam karya penulis memulakan dengan unsur romantisme yang mengkhayalkan kita tentang percintaan dua insan. Namun, pada akhir peleraian dan penutup penulis mengembalikan kita ke dunia nyata. Membunuh terus khayalan palsu kita pada keindahan cinta syahwat. Hakikat sebenarnya cinta itu bukan sekadar memenuhi nafsu syahwat. Bahkan ianya tanggungjawab yang harus dipikul oleh pasangan bercinta. Merangkumi tanggungjawab suami isteri juga khidmat keluarga dan masyarakat.
Profile Image for Faiz • فائز.
362 reviews3 followers
March 1, 2025
Hikayat Faridah Hanom atau Setia Ashek kapada Maashok-nya (kebanyakan artikel kini menggunakan ejaan yang salah iaitu Setia Asyik kepada Masyuknya—saya berpendapat perubahan tajuk asal hikayat ini dengan menggunakan ejaan bahasa Melayu moden adalah jenayah keilmuan) ialah novel yang dikarang oleh Syeikh al-Hadi pada tahun 1925-26. Dalam sebuah artikel bertajuk “The Significance of the Arabic-Modelled Malay Novel Hikayat Faridah Hanum”, penulisnya menyatakan nama asal hikayat ini ialah Hikayat Taʿat al-Ashiq li Maʿashuqatuhu (The Story of the Lover’s Subservience to His Sweetheart). Hikayat ini sering ditanggapi sebagai novel Melayu pertama yang dihasilkan, sekali gus pelopor kepada genre sastera baharu di Tanah Melayu. Bahkan, gelaran “Bapa Novel Melayu” turut dinisbahkan kepada Syeikh al-Hadi asbab wujudnya hikayat ini.

Jalan cerita novel ini ringkas sahaja: Faridah Hanom dan Shafik Afandi ialah anak bangsawan yang lahir dan membesar di Mesir. Kedua-duanya saling jatuh cinta, namun merahsiakannya demi memelihara air muka kedua ibu bapa mereka yang merupakan orang terhormat dalam kalangan bangsawan Mesir. Rahsia percintaan mereka ini turut dibantu oleh Sa’ad (pembantu Faridah) dan ‘Aliah (pembantuk Shafik) yang sering dijadikan perantara untuk menyampaikan surat serta mengkhabarkan pesanan masing-masing. Walau bagaimanapun, percintaan mereka terhalang oleh ayah Faridah Hanom, Kasim Bey yang ingin puterinya menikahi Badaruddin Afandi, sepupu Faridah sendiri. Muhammad Afandi, adik lelaki Faridah pula tidak berkeupayaan menidakkan suruhan ayah mereka. Kecewa dengan keputusan ini, Shafik Afandi menyertai tentera Mesir dalam peperangan Sudan-Mesir lantaran tidak tertanggung akan derita hatinya bahawa nyawanya (merujuk kepada Faridah) berkahwin dengan orang lain. Hasratnya yang begitu teguh menjadikan ayah Afandi, Tal’at Bey tidak mampu menghalangnya. Namun, setelah beberapa bulan berkahwin, Faridah Hanom menampakkan deritanya juga kerana sifat suaminya, Badaruddin yang kuat minum arak dan buruk sifatnya. Diceraikanlah mereka dan Faridah Hanom berkahwin pula dengan lelaki yang benar-benar dicintainya iaitu Shafik Afandi.

---

Versi novel yang berada dalam bacaan saya ini ialah cetakan yang ketiga dalam tulisan rumi; dijilidkan menjadi satu oleh Pustaka Antara Kuala Lumpur pada tahun 1964. Cetakan pertama dan kedua adalah dalam tulisan Jawi dan diterbitkan oleh Jelutong Press, sebuah syarikat yang dimiliki dan diusahakan sendiri oleh tuan penulis, Syeikh al-Hadi. Di manakah saya mendapatkan buku-buku langka sebegini? Tidak lain tidak bukan, pastilah dipinjam daripada Perpustakaan Utama Universiti Malaya.

---

Berbalik kepada perbincangan berkenaan novel, Hikayat Faridah Hanom sering digandingkan dengan satu terma dalam kebanyakan kajian yang berteraskan sastera dan nasionalisme iaitu “emansipasi wanita”. Saya meyakini bahawa terlalu banyak kajian dan tulisan yang membincangkan perkara ini, maka sudut pandang yang saya ingin nilai semua ialah: adakah ia benar-benar emansipasi yang didasari ajaran Islam atau dicedok daripada Barat? Apabila berbicara soal emansipasi wanita, konotasi yang sering ditepekkan ialah hak kesamarataan, kebebasan bersuara, hak pendidikan dan keupayaan untuk berbuat keputusan sendiri. Sungguh, perkara ini benar! Namun, adakah “emansipasi” yang digambarkan dalam novel ini sejajar dengan Islam?

Memadai untuk kita perhatikan perilaku Faridah dan Shafik dalam novel ini. Misalnya, perbuatan mereka berdua yang menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat pertemuan rahsia agar terlindung daripada mata orang lain ialah perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam. Meskipun pertemuan mereka ditemani oleh pembantu masing-masing, kebanyakan masa juga mereka hanya berdua-duaan. Kalau tidak, masakan mereka boleh tenggelam dalam pelukan masing-masing, mengucup tangan, kepala, dahi dan leher masing-masing. Selain itu, perbuatan Faridah yang beberapa kali menggoda Shafik seperti memakai pakaian yang seolah-olah bertelanjang (warna bajunya sama dengan warna kulit) untuk menguji sama ada Shafik berkehendakkan kepadanya kerana benar-benar cinta atau nafsu semata-mata. Barangkali ada yang melihat tindakan Faridah ini bijak, walhal hanya kebodohan yang terpancar. Belum pula dikira tindakan Faridah yang sudah bergelar isteri, namun mengutus surat kepada bekas kekasihnya. Bukankah ini bentuk kecurangan dan keaiban berumah tangga yang nyata? Adakah perbuatan ini diterima di sisi Islam? Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang secara nyata bercanggah dengan tatasusila manusia yang beradab. Adakah perbuatan ini terangkum dalam “emansipasi” juga?

Yang paling menarik bagi saya ialah pemilihan perkataan di dalam novel ini. Bahasa dan pemikiran ialah dua hal yang berhubung kait, maka perkataan-perkataan yang digunakan dalam novel ini juga wajar dicermati. Misalnya, “Dan kědua-dua orang ini hěn-dak měměrangi akan Tuhan-nya Rabbul 'alamin dan měměchah-kan hikmat-Nya yang maha běsar guna-nya di-dalam hukum ugama Islam yang maha tinggi ini.” (h. 320). Perkataan ini dituturkan oleh Faridah Hanom berkenaan kekurangan ilmu pengetahuan adik lelaki dan suaminya berhubung pembahagian harta pusaka. Adapun hakikatnya, tidaklah mereka ingkar sehingga ingin memerangi akan hukum Tuhan, hanya sahaja mereka khilaf kerana kurang arif akan hukum-hukum agama. Setiap tutur perkataan (bahasa) yang diucapkan oleh Faridah begitu berat timbangannya, seperti yang didapati pada peristiwa yang lain. Tidak berlebihan untuk saya mengatakan bahawa Faridah Hanom bukan hanya seorang wanita yang berpelajaran tinggi, namun juga berupaya memahami psikologi manusia sehingga mampu memanipulasi orang lain dengan perkataannya. Adakah ini juga tergolong dalam “emansipasi wanita”?

Rumusan akhir, walapun banyak peristiwa yang tidak molek dan tidak sejajar dengan Islam, novel ini masih sebuah karya yang baik. Baik—sekiranya ditilik dengan kaca mata zaman dahulu sekitar 1930-an kerana bahasa, idea-idea dan mesej yang dibawakan dalam novel ini dilihat mendahului zamannya.
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
February 26, 2021
Bahasa klasiknya mencabar kelajuan saya membaca buku ini. Setelah mendapat rentak bacaan dan keselesaan dengan bahasa yang digunakan, baru lah saya dapat menikmati kisah ini dengan lebih baik. Buku ini mengangkat watak Faridah Hanom yang cerdas, mempunyai harga diri dan cakna akan kaum perempuan sebangsanya. Secara keseluruhannya, kisah ini sekitar percintaan Faridah Hanom dengan kekasih hatinya, Shafik Afandi yang panjang. Pesanan akhir: Baca buku ini dengan sistem penapisan masing-masing. Yang baik diambil, yang kurang manis ditapis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
September 18, 2016
Selain terkenal dengan tema tentang wanita yang berpendidikan, novel ini juga bersifat erotik. Haha. Bahasanya klasik tapi masih boleh difahami cuma mengambil sedikit masa untuk menstruktur semula ayat dalam minda. Untuk novel yang ditulis pada zaman penulis, memang temanya mendahului zamannya. Walaubagaimanapun, novel ini buatku tertanya-tanya juga bagaimana sebenarnya pengamalan agama pada zaman penulis. Hmm...
Profile Image for Erlena.
17 reviews
September 10, 2019
Karya masyhur secocok ceritanya. Aku terkesan sekali membaca perihal seorang perempuan cantik nan terpelajar dan terdidik tingkah lakunya mengerti apa yang terbaik untuk diri dan orang-orang yang dikasihinya, tanpa mencacat cela Islam di hati nuraninya. Kisah menjadi seorang anak keluarga bangsawan, gadis yang bercinta kepada seorang wanita, isteri kepada suami yang hebat dan kesayangan semua yang terhormat.
22 reviews
March 4, 2019
Dimasyhurkan sebagai buku yang mengangkat emansipasi wanita, Hikayat Faridah Hanom mengisahkan tentang Faridah Hanom, anak dara golongan bangsawan yang mencintai Shafik Affandi namun dipaksa mengahwini Bahruddin, saudaranya. Biarpun plot kedengaran mudah, namun apa yang diketengahkan adalah cara jawapan Faridah Hanom terhadap laki-laki disekelilingnya, mengenai pandangannya akan peranan dan martabat wanita dalam Islam dan budaya.

Agak sarat dengan bahasa sastera, dan mungkin agak meleret bagi sesetengah, malah pada awalnya terasa sedikit jengkel akan kekerapan watak-watak menangis- boleh dikatakan selang satu muka surat -, tetapi masih ada isinya, terutama dalam perbahasan dan perbualan melibatkan Faridah Hanom.

Kurang untuk rasa saya, mungkin kerana saya bukan orang sastera.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Noornuzula.
38 reviews1 follower
September 2, 2021
Entah kenapa Hikayat Faridah Hanom tidak mampu mengikat ghairah untuk terus membaca tanpa letak , Alhamdulillah berjaya dihabiskan juga tapi memgambil masa yang lama.

Mengisahkan percintaan Faridah hanom yang merupakan seorang yang cantik , golongan bangsawan , dan bijak dengan Syafik Afendi yang juga sama tampan , sama bijak dan sama bangsawan

Sepanjang kisah percintaan dara dan Uda yang penuh masyuk penulis menyelitkan banyak persoalan tentang dominasi lelaki ke atas perempuan dan emansipasi perempuan atas tindakan patriaki tersebut .

Pertama Faridah hanom mempersoalkan pendidikan perempuan yang banyak terhalang terutamanya di negara bermajoriti muslim , kata Faridah hanom kemajuan negara barat kerana ramai orang bijak pandai yang menggerakkan negara tersebut , sebaliknya di negara Muslim kemunduran berlaku apabila golongan perempuan dihalang untuk berilmu mengakibkan peratusan bijak pandai di negara muslim sangat sedikit .

Walaupun Faridah Hanom mendapat pendidikan yang baik namun perempuan masih dianggap lemah berfikir oleh golongan lelaki dan tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya untuk membuat keputusan Walaupun keputusannya untuk dirinya sendiri , ini digambarkan pada babak pertunangan dan pernikahan Faridah hanom yang ditentukan oleh bapanya tanpa kerelaan hati dan persetujuan Faridah Hanom walaupun perkahwinan tanpa kerelaan tidak dibenarkan dalam agama .

Seterusnya setelah berkahwin , ada lelaki percaya atas nama suami ia boleh memperlakukan sesuka hati ke atas isterinya walaupun kelakuan tersebut berbentuk kezaliman .

Walaupun Faridah Hanom mengagumi kemajuan negara eropah tapi tidaklah dia sebagai seorang yang terpelajar pejam mata ambil segala apa yang datang dari barat sebagai tanda aras sebuah kemajuan , peristiwa ini ditulis ketika bapa Faridah hanom ingin mewasiatkan hartanya kepada anak lelaki dan anak perempuan , sebagai seorang wanita Faridah Hanom berkomentar tentang harta warisan dan kebaikan sistem faraid dalam Islam walaupun wanita diperuntukan sedikit.

Buku ini masih mengekalkan bahasa asal atau bahasa lama , penuh gurindam yang asyik ketika uda dan dara menyulam cinta .

Profile Image for ' Syamil.
238 reviews6 followers
May 13, 2021
Shafik afandi
Faridah hanom
Saad
Aliah
Karim bey
Talak bey
Muhammad afandi
Badaruddin afandi
Syeikh muhamad abduh
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.