Koleksi ratusan 'Kata Plato' cetusan Sinaganaga seperti bait-bait puisi mencerminkan realiti. Kadang-kadang menjentik, kadang-kadang mengajak kita termenung, satu koleksi falsafah paskamoden. ( Saharil Hasrin Sanin)
Bila Saharil tulis beberapa fakta penipuan tentang Plato di prakata, saya pun was-was nak percaya tentang apa yang Sinaganaga catat dalam buku ini.
Sesuai dibaca waktu minum petang sambil hirup kopi/teh dan makan biskut. A very very light reading. Cuma hal yang paling saya gemar sebab karakter buku dalam bentuk lipatan ala akordian (macam emakimono scroll yang dilipat zig-zag) dan percuma buku nota kecil dengan nama sendiri waktu pembelian.
Aku tak penah lagi jumpa buku yang berlipat-lipat macam alat muzik pastu setiap helaiannya tercetak mutiara kata yang unik dan adakalanya cam siot je. Maka disimpul di sini bahawa cambest lah buku pelik ni. Ahahaha..