“Let’s go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.” - Ed
Sepuluh kali date. Itu yang Ed minta daripada Kaysa Adara. Gadis yang dia pilih untuk dijadikan ‘tangga’ bagi mencapai matlamat hidupnya. Secebis rasa sayang mahupun cinta pun tiada dalam dirinya. Yang ada, hanyalah perasaan bersalah dan ragu-ragu kerana terpaksa mempergunakan gadis itu.
Hubungan mula terjalin. Kaysa Adara dilayan sebaik mungkin. Dia cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.
Tanpa sedar, hati mula terpaut pada gadis itu. Sikap Kaysa Adara yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia.
Ed mula dihimpit rasa bersalah dek rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, lelaki itu memutuskan untuk melepaskan Kaysa Adara dengan membongkar rahsianya sendiri. Gadis itu perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.
“Do you think we can create a happy ending?” – Kaysa Adara
“This is our happy ending.” – Ed
“Maksud you, ‘separation’ is our happy ending? I tak rasa macam tu. I rasa ‘together’ is our happy ending.” – Kaysa Adara
Walaupun Kaysa Adara sudah tahu Ed mempergunakannya, dia tetap ingin bersama dengan Ed. Dia faham kenapa Ed menjadikan dirinya sebagai tangga untuk mencapai matlamat lelaki itu.
Dia faham apa yang Ed terpaksa lalui. Sedikit rasa marah pun tidak ada. Dia cuma terkilan kerana selama ini dia fikir lelaki itu benar-benar menyintainya.
Mampukah Ed dan Kaysa Adara mencipta happy ending untuk kisah mereka?
Kenapa novel keluaran hujung tahun 2016/awal tahun 2017, majoriti buatkan yuni makin tension??? Mana penulis2 simpan karya yang boleh buatkan pembaca tak senang untuk duduk dan tak sabar nak tahu endingnya? Semua pakat tunggu PBAKL ke??????
Flat!
Tapi peliknya, how come Yuni lebih tertarik nak try baca novel2 dari Red berbanding Azura Rasiddin sendiri? Or is it penulis punya imagination KALAU2 buku ni sepopular novel2 dari Red?
I try so hard to reach that level tapi disebabkan flat nya cerita dan push penulis tak bersungguh2, so tak dapat juga even bila dah sampai muka surat terakhir.
Dendam Red tu dah kira ok. Yang buatkan mood yuni down adalah bila dia berhenti separuh jalan. Apa ni?
Dan tak faham yuni dengan pemikiran parents Kaysa ni. Masa mula2, punyalah marah kat Kaysa sebab berjalan tanpa kebenaran walaupun jalan dengan kawan2 perempuan dia yang berdua tu. Tapi benarkan pula Kaysa berjalan dengan Red ke Langkawi dan Sabah. Oh my God! Dan jalan ke Langkawi tu, rasanya masa tu baru lepas date ke 9. Seriously? Baru date ke 9, kau dah boleh ikut lelaki berjalan2? Berdua je pula tu. Yuni takdelah cakap, kena capai date ke sekian-sekian, baru boleh buat couple trip. Adoi... I really can't lah. Contradict gila.
something missing.... ok, terus terang, mungkin yang kali ni agak slow down dari yang sebelum sebab 9P1L (ke terbalik?) sangat mengujakan dari awal sehingga hujung kisah.. salah akak, sebab mengharapkan lebih untuk yang ini.. kali ni lebih santai, konflik pun taklah mencemaskan jiwa..
watak kasya adara, dibina sebagai seorang gadis yang kuat. ed pula wataknya batu. hehe.. yelah, kira macam manusia takde perasaanla.. bila ditemukan memang sangat menjadi. seorang riuh dan seorang lagi bila perlu saja bereaksi. date me. berani kan si kasya ni dok terima orang ajak dating. dia pun yakin mampu buat ed menerima dia untuk jadi istimewa.. tapi, sebenarnya ed punya agenda tersendiri dan kasya sebagai batu loncatan mahu menebus kembali apa yang dia hilang...
ni novel tau. rekaan semata-mata. mungkin ada yang berpendapat, apalah cerita ni, pi dating lah.. pi cuti bersama lah.. dah itu jalan cerita yang di susun. tapi olahannya tidak melebihi apa yang tak sepatutnya. lagipun bukan kisah orang bercinta dalam erti kata sebenarnya. puan penulis Azura Rasiddin membawa pembaca berfikir kisah kekeluargaan dan kasih anak pada ibu bapa. kasya yang tidak rapat dengan ayahnya sendiri, bila berlaku satu masalah dia sanggup tidak mahu ayahnya dianiaya. rahsiakan kisah sebenar dari ed supaya ed akan terus hormat pada arwah ayah ed yang meninggal dalam kemalangan sewaktu ed masih kanak-kanak. ini yang menguatkan kisah...
ed tu penulis tau dengan nama pena red. secara tak langsung memberitahu pembaca kadang-kadang emosi penulis pun ada turun naik berpandu pada keadaan sekelilingnya.. hehe... jom bertemu janji... kot kita boleh kenal pasangan.. kalau dah kahwin lama kot boleh kenang-kenang zaman mula kenal..
Suka gaya penceritaan yang disampaikan penulis dalam Date Me ni. Namun pada awal-awal bab agak kurang umph. Masuk Bab 26, rasa teruja nak tau apa akan terjadi Ed dan Kaysa.
Satu persamaan saya dengan Ed, Ed tidak suka Korea. Sama jugalah dengan saya. Hehe. Apa-apapun kagum dengan ketabahan Kaysa Adara.
Again Yanie!! U did it again! Dlm few hours ko abiskan jgk baca novel ni ye...🤣 #DateMe
A MUST Buy Novel!! Superb
"When I said I'm not a good guy, I really mean it. I'm a bad guy. Really bad... To the extend that you can't imagine. I strongly advice you to run away from me..."
"I can't believe it just a game for you, Ed. The feeling was so real..."
Ed/Red aka Redza, novelist yg terkenal, penulis yg tulis novel2 misteri, he himself is mysterious & ada cafe...(Mr Red's Territory) "He's not a gentleman & he's Not A Good Guy"! Tak ada istilah cinta dalam kamus hidup Red... kononnya 😂... tapi sebenarnya there is something that he need to do! Elly...sape dia? Teman? Ex GF?
Pertemuan Kaysa Adara & Ed berlakunya small accident..Kaysa nak larikan diri dari 3ekor anjing, da hampir2 terlanggar motor Ed nasib Ed sempat mengelak, sampai terbabas Ed wei 😅Terjatuh motor tu! Da mcm cite "Main Hoon Na" pulak..sebab ape tau, sebab bila Kaysa bertemu or teringatkan Ed aje...Tetiba ada lagu Always dari Yoon Mi Rae ost DOTS berkumandang 🤣 Tapi lagu tu "jelma" untuk 3 kali aje....
Awal permulaan baca it seems like Kaysa & Ed pernah "kenal" in a way, kawan sepermainan but Kaysa tak ingat Ed langsung & Ed pulak beria2 mencari info about Kaysa...Why? 🤔🤔 Baca ok!
Hidup Kaysa ni nampak aje mcm ceria..gila2... tapi disebalik senyuman & ketawa, dia rasa terasing ngan family sendiri. She keep thinking yg Mama & Papa selalu sgt bandingkan Kaysa dengan abgnya, Khalil Asyraf and seems like abg dia selalu dpt layanan istimewa. Tat is Y Kaysa lebih suka sewa rumah & duduk ngan BFF dia, Syaz & Yara... They called themselve "SKY". (Syaz,Kaysa,Yara)
Ahmad Redza Bin Ahmad Rasyid ada agenda bila rapat diri dia dengan Kaysa Adara Binti Khairul Anuar...
"Kaysa...Lets Date.. Lets give it a try.."
Motif Ed buat mcm tu sebab ingin mencapai matlamatnya. Without Kaysa, he wont get what he want, so he NEED to Make Use of Kaysa. 😑
"Lets go on a Date for Ten Times".... And the game begins 😏 Ed make use of Kaysa sebab Kaysa anak Khairul Anuar & siapa Khairul Anuar pada Ed? Adakah Ed menggunakan Kaysa untuk membalas dendam terhadap sesuatu atau untuk mendapatkan sesuatu? Sebab Khairul Anuar menganiya Ed sekeluarga dan Ed nak dptkan Hak keluarga dia balik! Hak yg Papa Kasya aniaya 20 tahun lepas...
Setiap DATE Kasya bagi nama 1. Park Date 2. Romantic Date 3. Cinema Date 4. Thai Date 5. Desserts Date 6. Picnic Date 7. Groceries Date 8. Ice Cream Date 9. Short & Sweet Vacation Date 10. Coffee Date
"Ini Date kita yg ke sepuluh. Date yg Terakhir. So let's end it nicely...."
"Every date that we spent together, semuanya tak bermakna untuk you...?" 😭
42 hari, 1008 jam, 60,480 minit dan 3,628,800 saat belum cukup untuk Kaysa Adara lupakan lelaki itu.
Kaysa hadiahkan balik notebook yg Ed kasi dia... tapi dlm notebook tu Kaysa catat semula kesemua keSepuluh Date & kenangan mereka... sehinggakan akhir nota itu Kaysa tanya... "Will You Date me?" "Let's Date Again and Forget about Everything..."
Agak2 Ed terima tak Date dari Kaysa and Forget about everything? 🤔🤔
Tats it!! I am stopping here...😂 seems like I am writing the whole story lak kalau tak stop... What can I say... novel ni TipTop!! Awesome!!!
Kisah pertemuan Ed dan Kaysa Adara secara tidak sengaja di Kundasang. Ed menyelamatkan Kaysa dari dikejar anjing ketika itu. Secara kebetulan pula Ed yang dikenali sebagai Red seorang penulis novel misteri mencari kawan aruah bapanya dan dia menyimpan dendam pada encik syukri.
Rupanya ayah Kaysa orang yang dicari selama ini. Dia mula merancang untuk membalas dendam dengan memperdaya Kaysa, tetapi hatinya tidak boleh menafikan perasaannya pada Kaysa, begitu juga dengan Kaysa, walaupun dia tahu yang Ed mahu memperdayakannya, dia masih memaafkan perbuatan Ed demi cintanya pada Ed.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak sehebat seperti yang diharapkan tapi masih tetap dirasakan berbaloi dengan masa. Cuma, kadang mendatar bacaannya. Tergopoh ditulis bagai mengejar sesuatu. Entahla, tapi masih berharap akan ada sesuatu yang lebih baik daripada penulis.
Jalan cerita tersusun. Walau kdg bnd tu mcm kurang sesuai. Tp pd sy acceptable. Sbb sy anggap ia hanya cerita rekaan. Masih menarik untuk dibaca. Ok. Mgkn sy bias sbb.. AR is one of my fav author..
I admit this book memang best. cumanya saya kurang pasti bila actually si ED ni jatuh hati pada si Dara ssii..personally saat jatuh cinta si ed pada heroin perlu lebih lagi sentuhannya. nama si heroin ni panjang sgt la sepanjang novel. penat nak baca. I just remember her as a dara ssi..or SKY. . at the end of the book, si dara nampak mcm beria-ia nak date sgt dgn ed. but ed so cold! rasa mcm ed pun suppose to do something? hahaha
author nak tulis simple story ajer..tapi aku yg lebih pk lebih complicated. tu sebab tak boleh jadi penulis! apapun I do enjoy the reading