Hero, seperti namanya tentulah dia seorang ‘hero’. Nakalnya tak terampun. Asyik keluar masuk jel. Sedang diangkut trak polis pun dia masih boleh mengurat anak dara orang. Dengan tangan yang masih bergari pula tu!
“Isy! Gatal betul mamat ni. Tak sedar ke yang dia kena angkut dengan trak polis?” - Fatiha
Fatiha rasa tak selesa dengan gangguan psikologi oleh banduan di atas trak polis di hadapannya. Ingatkan di situlah tempat terakhir mereka akan bertemu. Sewaktu hendak mengikat jamin abangnya, mereka bertemu lagi. Kali ini Hero berani ambil kesempatan ke atasnya. Di hadapan ayah tiri lelaki itu pula tu! Memang gila!!!
“Minta maaf sekarang!” – Inspektor Ismail
“Minta maaflah sebab dah tercium kat tempat yang salah. Next time, tepat dekat sini.” - Hero
Fatiha geram. Siapa sangka, rupanya Hero itu rakan abangnya, Izzul yang telah lama terpisah. Apa lagi, semakin keraplah mereka bertemu. Izzul dan Hero membuat keputusan untuk mengubah cara hidup mereka dengan mencari kerja.
Walaupun dilayan acuh tak acuh oleh Fatiha, Hero tetap gigih mendekati gadis idamannya dengan pelbagai cara. Tak kisahlah kalau Fatiha mahu menjelingnya sampai bila-bila. Dia suka jelingan gadis itu.
“Abang sebenarnya dapat nampak masa depan kita sebagai suami isteri. Ti’ah pilih barang, abang tolak troli. How sweet…” – Hero
Fatiha naik menyampah dengan angan-angan Hero itu.
Sebaliknya Hero pula serius dengan kata-katanya. Dia berusaha untuk mengubah hidup demi masa depannya dengan Fatiha. Namun satu demi satu masalah menimpa, menyebabkan semua orang yang dia sayang meragui kemampuannya untuk berubah.
Satu kejadian hitam telah berlaku menyebabkan Hero dipulaukan oleh semua orang, termasuk Fatiha sendiri. Hero yang terlalu kecewa bertindak untuk pergi demi kebaikan semua orang. Saat itu, barulah Fatiha tahu menghargai. Hero tidak pulang lagi...
tp... entahlah, aku meluat sikit dgn si Ti'ah tu. mungkin sbb dia x percayakan Hero masa terjdnya kejadian hitam tu. kan dia dah tahu yg si Aina tu minah psiko, tp still dia backup minah psiko sewel giler tu...
kalau aku jd Hero pun, aku blah dr kampung tu. yalah... siapa yg x terasa hati kan bila keluarga termasuk tunang sendiri pun tak percayakan kita kan? memang rasa terhina giler... heh.
dah lah Ti'ah tu x percayakan tunang sendiri, lepas tu nk letak kesalahan 100% kpd Hero sbb Hero tinggalkan dia selama 3 thn.
hello..! please lah! kau jugak yg buat hati dia terluka, ada hati nk slhkan org lain pulak...
(marah ni... marah!)
overall, jln cite ok laa. lawak pun lawak. cuma x puas hati dgn perangai Ti'ah tu aje.
dan... jujurnya aku lebih suka dgn sikap Hero yg nakal & kuat menyakat. aku x sukalah Hero versi serius tu! boring!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
N cukup terhibur dengan novel Dekna Lee kali ini, dari awal hingga akhir.
Suka dengan watak Hero yang tak berapa nak hero ni. Sebenarnya watak Hero ni, kalau in real life, memang dah kena terajang dengan orang awam. Kalau dia datang dekat, rasanya berterabur kaum Hawa lari.
act,nak bagi 5 star pada mulanya..Tpi bila sampai kat scene takde orang yang nak percayakan Hero bila Hero kena serang dgn Aina psiko tu,tiba2 menggelegak hati aku ni.Mane tak gelegak apabila semua org percayakan yang Herolah yang serang Aina psiko tu dan suruh Hero mengaku padahal Aina yg serang dulu.Kesian kat Hero sebab semua org yang dia sayang tak percaya kat dia esp,Tiah tu.Jalan cite ni ok je,lawak,nilai persahabatan pun ada tpi kurang kepercayaan skit and honestly,mse Hero bersikap serius tu rse boring skit,entahla..tpi aku lgi suka Hero yang suka menyakat dan nakal tu.
haa..... hero dalam novel ni memang best. Bukan lelaki idaman malaya tapi boleh dikategorikan adik beradik setan.. Ooppsss.... Nama Hero tapi perangai aduhai, keluar masuk lokap asyik kena naik trak polis. Yang best tu duduk dalam trak pun boleh gatal pi usha anak dara orang. Ditangkap ketika berjudi dan lawak jugakla sebab elok dok tunggu polis tangkap. Polis yang dok hambat dia pun dah kenal sangat dengan Hero yang tak semenggah langsung nih...
malang berganda buat fatiha. Dahla abangnya izzul kena tahan lokap sebab bergaduh masa nak pergi jamin terserempak pulak dengan hero yang dibawa ke balai. Mana tak malang, hero boleh bantai pi cium telinga fatiha. Mengamuk fatiha dibuatnya.. Bapak tiri hero pun geleng kepala dibuatnya. Inspektor ismail tau sangat perangai hantu anak tirinya itu. Nak jadi baik adalah amat membosankan buat hero. Tapi bila hero dah tertarik dengan fatiha, ismail gunakan kesempatan yang ada memberi jalan dan syarat supaya hero dapat jadikan garis panduan untuk berubah.. tapinya, kalau dah nama budak nakal ada saja lah perkara yang menyakitkan hati. Cik penulis cantik Dekna Lee memang bijak mengolah situasi yang buat pembaca boleh dok gelak sorang-sorang baca. Tapi dalam masa yang sama inilah norma masyarakat. Bila yang jahat tu nak berubah ada saja perkara negatif yang keluar dari mulut. Suka sangat jatuh hukum. Hero tak peduli, dia tau apa yang dia perlu dan harus buat. Mengacau fatiha memang menjadi rutin nak pulak dia bekerja di stesen minyak. Ada jer gangguan, tapi fatiha ni pulak, sungguhpun menyampah taksuka meluat dalam masa yang sama hero tetap menjadi objek utama dalam pandangannya setiap hari..
Hantaran 30k?. Mampu ke hero sediakan?.. Dan lagi, bertahankah fatiha bila ada saja perkara nakal yang dilakukan oleh hero? Tambah pulak ada yang mencucuk. Aina, teman sekerja fatiha selalu memburukkan hero. Namun, fitnah ni ada bau. Fatiha jadi lega bila kawan-kawan hero menjelaskan perkara sebenar. Cuma itulah, gangguan dari aina menjadi-jadi. Mereka ambil keputusan untuk bertunang dan hero ambil keputusan untuk keluar dari Lipis untuk mencari rezeki. Malangnya, ada perkara besar terjadi, hero terkontang kanting sorang-sorang. Tunangnya pun hilang kepercayaan terhadapnya.. Kasihannya Hero.....
Memang cantik olahan cik penulis nih. Takde meleret. Ideanya yang amat menarik dan dialog yang dibina amat spontan dan bersahaja. Dekna lee tahu apa yang dimahukan pembaca dan setiap watak mainkan peranan masing-masing untuk menguatkan perjalanan kisah. Bahasa budak-budak nakal pun siap ada terjemahan. Memang manusia mudah nak jatuh hukum. Yang jahat amat payah untuk berubah jadi baik nak pulak ungkitan tentang kejahatan yang dilakukan jadi macam gula-gula kat mulut. Fitnah, hmmm... yang nampak dipandangan mata kadang-kadang tak sama dengan perkara yang sebenar. Nak pulak bila kepercayaan bagai kaca, terlanggar sikit pun boleh jatuh pecah berderai. Tahniah buat penulis..
Suka dgn watak Hero... Wlu pn dia bad boy..tapi dia awesome...hehehe
Yep setiap org berhak utk dpt peluang kedua.. kadang2 kebenaran tuh Lambat bru kita ketahui/muncul.. dn kita akan kecewa Bila org2 yg kita sayangi meragui kejujuran kita.. congrats Dekna Lee
Sy suka watak Hero. Walau nakal tapi bila dia nak berubah jadi baik, nampak kesungguhannya dalam ingin memikat Fatiha. Kawan2 Hero pun walau kaki lepak, kaki judi dll tapi mereka sangat mementingkan sikap brotherhood dan sy suka mereka buat gila2 ketika berborak sesama sendiri.
Di saat Hero dan Ti'ah dah mengikat tali pertunangan, ada kejadian buruk pulak berlaku yg menyebabkan semua org termasuk Ti'ah tak mempercayainya. Geram jugak dgn Ti'ah tu. Dia dah tau yg Aina tu psiko, takkan lah nak caya bulat2 dengan apa yg dh jadi. Sakit pulak hati ni. Dan bila dah terbukti Hero tak bersalah, Hero pergi membawa diri sbb malu dan sedih org sekeliling tak percaya pd dia sebelum ini. Masa tu barulah Ti'ah nak menangis2 dgn kesilapan diri tapi dh terlambat pun. Hero si hero kampung dah pergi membawa diri yg lara. Selepas 3 tahun barulah Hero kembali ke kg kerana rindu akan keluarga. Dan selepas itu barulah Hero dan Ti'ah bersama semula setelah Hero dpt tahu yg Ti'ah tak pernah pulangkan semula cincin pertunangan mereka. Happy ending !
Serius best novel ni. Cerita lain dr yang lain. Hero yang tiada masa depan berubah demi Ti'ah. Suka tgk watak Hero yang berubah secara beransur² dari lepas laku sampai akhirnya jadi tertib.