253 hadis seputar doa-doa dan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti aqiqah pada hari ke-7, lazimi memberi salam supaya dapat menambahkan kasih sayang, membaca doa ketika memasuki tempat baharu (pohon kebaikan, elak kejahatan), menceritakan mimpi baik hanya kepada yang menyukainya, elakkan daripada menceritakan mimpi buruk, bertakbir ketika mendaki, bertasbih ketika menuruni tempat curam/bukit, nama yang disukai Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abd al-Rahman, seburuk-buruk nama ialah Harb dan Murrah serta ubat marah adalah wudhu’ (kerana marah daripada syaitan, syaitan daripada api, api dipadamkan dengan air).
[Buku ini dibeli daripada jualan buku terpakai di hadapan perpustakaan Dar al-Hikmah, UIA Gombak dan dibaca setelah disebutkan oleh Dr. al-Qaradawi dalam Al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa Madrasah Hasan al-Banna bahawa al-Banna menyadur kitab al-Mathurat daripada buku ini dan juga al-Azkar oleh al-Nawawi]