What do you think?

35 Batu Nautika: Sebuah Travelog Women's Boat to Gaza
Perjalanan Zaytouna menuju pantai Gaza cuma berbaki 35 batu nautika (68.9 km) saja lagi. Ia umpama jarak di antara Zoo Negara di Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Perjalanan sejauh 1,715 batu nautika ini sudah amat dekat dengan destinasi yang dirinduinya.
“Zaytouna! Zaytouna! Ini tentera laut Israel! Anda mesti berhenti dan ubah haluan ke Ashdod, Israel, atau perahu layar anda akan dirampas!”

417 pages, Paperback
First published December 1, 2016
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
July 28, 2019
35 Batu Nautika
Sebuah Travelog Women's Boat To Ghaza
(By Rose2Rose & PenaWan)
Sebuah kapal layar yang kecil.
Membelah lautan samudera yang ganas.
Destinasi menuju ke Ghaza, Palestin.
Anak-anak kapalnya, sekumpulan wanita yang mana ada yang berumur 70 tahun.
Misi membuka mata dunia membantu Palestin agar terlepas dari kepungan kejam Israel Laknatullah.
Sebelum misi dijalankan, dugaan telah diberi kepada salah seorang peserta dari Malaysia.
Jihad suci ini bertindan dengan tawaran menunaikan haji pada waktu yang sama. Kedua-duanya ibadah.
Kedua-duanya perlukan mujahadah.
Kedua-duanya pasti mendapat ganjaran Allah yang melimpah ruah.
Namun tetap diteruskan misi suci untuk ummah ke Ghaza lalu diketepikan tawaran haji kali keduanya itu.
Pengorbanan demi pengorbanan.
Cabaran demi cabaran.
Namun keyakinan tidak sekali goyah.
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ.
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".
~Surah Fussilat : 30~
Sungguh!
Ada ketika tertahan nafas membaca travelog ini tatkala kapal layar yang kecil itu terolang oleng dipukul ombak ganas di laut lepas. Hampir keseluruhan krew mabuk laut. Mujur nakhodanya yang juga seorang wanita tetap bertahan.
Namun ada ketika hati terasa keindahan sewaktu membaca pengalaman peserta beribadat sujud di sepertiga malam dipayungi langit berbintang di tengah lautan mengadu perihal nasib kepada Pencipta Alam.
Ya Allah, nikmatnya menggetar di jiwa.
Itulah nikmat sebagai hamba.
Tatkala tiada lagi bantuan diharapkan melainkan pergantungan total kepada Yang Empunya Kuasa Pemegang jiwa dan raga serta seluruh cakrawala.
Namun, itulah pergantungan yang paling kukuh dan utuh.
رَبُّنَا اللَّهُ !

April 20, 2017
Pelbagai buku berkenaan kisah sukarelawan misi kemanusiaan yamg telah saya baca, namun tiada yang lebih sedih dan menginsafkan berbanding kesengsaraan saudara seagama kita di Palestin.
Buku ini mengisahkan kisah 2 wirawati kita yang terpilih untuk misi 'Women Boat to Gaza' yang mula belayar dari Sepanyol menuju ke perairan Gaza di Palestin. Misi kemanusiaan yang membabitkan pelbagai aktivis wanita dari pelbagai latarbelakang negara, agama dan kepakaran ini cuba untuk menebus sekatan kuat pihak Zionis Israel disepanjang perairan yang sepatutnya milik Palestin.
Pelbagai kisah suka dan duka yang dikongsi di dalam buku ini dapat dijadikan iktibar oleh pembaca. Namun secara peribadinya, sekiranya buku ini dinukilkan sendiri oleh wirawati Dr Fauziah & Puan Norsham sendiri pasti lebih menarik. Dapat kita selami bagaimana kisah luar dan dalam dari empunya diri sendiri, berbanding diceritakan oleh pihak ketiga seperti di dalam buku ini.
Walau bagaimanapun ini tetap buku wajib dibaca oleh anda yang sayangkan sesama manusia amnya serta saudara seagama khususnya. 'From river to the sea, Palestine will be free'.

March 24, 2019
Mula-mula ingat buku ini pasal Dr Jemilah Mahmood. Doktor yang kena tembak di punggung semasa misi keamanan. Rupa-rupanya satu lagi susuk tokoh yang patut dikagumi, Dr Fauziah Mohd Hassan. Bila buat kajian, rupa-rupanya misi ada kaitan dengan kapal mavi marmara. Gaya penulisan agak boring dan penceritaan dari pihak ketiga.
May 6, 2017
Very inspiring! From the way Dr Fauziah & Pn Norsham preparation before the trip, how people around the team supported them at every checkpoint. The best attitude shown as a muslim by dr fauziah despite of the hard conditions on Zaytuna-Olive.. Everything was perfect & no wonder they called dr Fauziah as Inspector Gadget!
Though it is very sad when israel overtook the ship when there's only 35 nautika to reach Gaza..
Really hope I can be like dr fauziah and pn norsham!