Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengantin Untuk Encik CEO

Rate this book
Cinta tidak akan hadir jika tidak memberi. Cinta tidak akan manis jika tiada pahitnya.

Ahmad Ziyaad Adfie tidak pernah menyangka hatinya akan terpaut kepada gadis polos itu. Gadis yang selalu buat dia marah dan gadis yang selalu mencaras kata-katanya. Gadis itu buat dia tengok bulan sambil tersenyum. Gadis itu buat dia angau macam orang sasau. Gadis itu buat dia lupa pada kekecewaannya suatu masa dahulu. Gadis itu ialah Tihany Lailatul Amelia.

“Encik Ziyaad nak jatuh cinta dengan aku? Mustahil. Kalau aku jadi perempuan terakhir dalam dunia ni pun belum tentu dia akan pandang aku.” Tihany.
“Ahmad Ziyaad Adfie adalah lelaki yang setia pada kata-katanya, Sekali saya lafaz cinta selamanya saya akan setia.” Ziyaad.

Saat Ziyaad lafaz cinta, jantung Tihany seakan-akan terhenti. Mana mungkin lelaki yang ada segalanya seperti Ziyaad jatuh cinta dengannya. Ziyaad pula susun strategi baik punya untuk menjadikan Tihany miliknya yang sah. Dalam kekeliruan itu, Tihany terpaksa akur.

“Awak… Awak rasa lima jam tu cukup ke untuk jinakkan kucing liar dari Kedah ni?” Tihany.

Kesungguhan dan kedegilan Ziyaad membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Mencintai tak semestinya memiliki dan memiliki tidak semestinya akan bahagia. Bila dugaan datang membadai, mereka hampir tumbang dalam lautan cemburu dan ego. Atas nama cinta, Ziyaad bangkit demi harga sebuah perkahwinan. Dia tidak akan benarkan kisah asmara mereka tersadai begitu sahaja

532 pages, Paperback

First published January 1, 2017

7 people are currently reading
149 people want to read

About the author

Aunie Ayunie

16 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (31%)
4 stars
18 (30%)
3 stars
13 (21%)
2 stars
7 (11%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
March 8, 2017
1st novel dari author saya baca. Nampaknya, telahan saya benar..kami tiada chemistry. Mungkin lebih sesuai untuk young adults. Tak dinafikan kemungkinan ada aje yg berumur 18, befikiran lebih matang dari watak dlm novel ini atau sebaliknya. Citarasa masing2.

Cover & title cantik. Jalan cerita dah ada tapi tiada rasa kepuasan. Tema dan jalan cerita tidak sehaluan. It started out great. But after that saya rasa macam ada yg tak kena atau kurang sempurna.

Yang buat saya bertambah bengang ialah, watak2 sukar mengaku salah sendiri. Apologised for the sake of gaining an apology as long as problem will not be prolong. That's it! Then buat lagi..Husband dan wife sama je. Apa yg suami buat isteri pun buat, yg berbeza hanyalah suami yg tak jaga batas dgn ex tunang. Tak suka tapi merelakan..Suami pun boleh temankan ex fiancee dirumahnya hingga ke pagi!!? Wife atas dasar apa boleh tidur di rumah Hariz? Dah letih balik jelah. Mel yg asyik mengendeng dgn ex tunang sebab masalah rumahtangga..Asyik nak jumpa..bila jumpa nak peluk dan pegang tangan tak kira waktu, siang ke, mlm ke atau pagi buta..Yg si jantan dah kahwin masih melayan atas dasar simpati. Mmglah tiada perasaan lagi tapi agak2lah..firstly she is or was a public figure. 2ndly, both of them are married.

Akhir sekali, pengajaran apalah yg author cuba sampaikan. Untuk org yg boleh cerakin mmglah ada pengajaran..but I think this book is really empty. Sakit hati mmg ada..but lain2 like love, emphathy and regrets..advise?? TOTALLY NIL. I seriously cant feel that emotions..

1.5* for the effort and storyline. I deeply apologised for not being able to luv this book.
6 reviews
February 6, 2017
It started out great! then the middle part was a disappointment. Towards the last part when there was conflict it was really good. But as it was about to be resolved, which honestly should have been resolved earlier and faster, it was a let down.

There is happy ending, but you are left with the question of what is the book all about really. I think the author starter with the title first, and the story was a cliche.

a two star.

Bought it and re-sold it at once. Not a keeper.
28 reviews4 followers
February 6, 2018
Mula2 ok, sangat kelakar. This author mmg pandai tulis novel berunsur komedi.
Bila dorang dah kawen, timbul conflict.
.
Memang salah Ziyaad sebab sembunyikan pertemuan dia dengan bekas tunangnya Mel. Walaupun tujuan Ziyaad nak jaga hati Tihany, xnak Tihany salah faham.
Tapi dlm perkahwinan, kalau boleh share walaupun benda kecik sbb tkt jadi fitnah dan salah faham.
Ziyaad pn boleh tinggalkan isteri dia tgh2 mlm, tinggalkan isteri dekat restaurant semata mata nak tenangkan si Mel. Mmg patut la Tihany salah sangka yg Ziyaad ni curang kat dia.
Dah tu Ziyaad pn tak jaga batas dgn Mel, pegang2 peluk2.
.
Ok bila part dah terbongkar rahsia, kesian sangat kat Ziyaad.
Honestly saya tak suka watak Tihany. Mmg seorang isteri yg tak tahu peranan sebagai isteri. Tak hormat suami, keluar tanpa izin suami, kuat melawan suami.
Yg paling terkejut, Tihany sanggup buat announcement dekat pejabat yg suami dia aka CEO syarikat tu, tgh jalinkan hubungan dgn ex tunang dia.
What? Takkan sanggup aibkan suami sendiri sampai mcm tu skali?
.
Still ziyaad sabar lagi dengan perangai dia.
.
Kecewa dengan karya author yg ni. Sy beli sebab suka sangat novel dia yg pertama tak sangka jatuh cinta, yg digalas dengan sangat baik.
Dan saya mmg tak suka sangat baca kalau heroin yg tak tahu hukum agama(dlm context cerita ni heroin xde adab dengan suami, dan bagi saya kurang ajar).
Displaying 1 - 5 of 5 reviews