Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta.
Mereka... Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.
Aku dapatkan buku ni sebab tajuknya yang agak lain sikit. Kevernya pun boleh tahan dan juga sebab blurb di belakangnya cakap heroin tu gadis buta. Jarang jumpa watak dalam novel yang buta. Jadi aku agak teruja sikit!
Tapi buku ni macam tak nak kawan dengan aku. Aku dan naskah ni macam tak serasi. Macam kak Ras cakap, buku ni tak nak bersahabat dengan dia. Aku main belek-belek dan kekadang main lompat katak. Aku tak enjoy walaupun buku ni tak lepas dari pengisian rohani dan bahasanya yang baik.
Owhh ya, aku tak suka nama IC watak-watak dalam ni. Anak-beranak guna huruf -CH depan nama ok. Chairel, Chamarul, Charmilla, Chalif. *pegang dahi* Nama timangan watak nampak cool walaupun banyak giler nama nak pakai. Nasib baik watak-watak dalam novel ni tak menangis sebab pening dengan nama sendiri dan tak tahu nak panggil apa. Nasib tak panggil bro-sis gak! *gelak!*
Qaisar Wardah ni gadis buta. Waris tunggal syarikat terkemuka dan harta banyak kat dalam bank. Tapi takde iktihar nak pulihkan mata. Just berharap dengan doktor Malaysia ke kak oii? Kata banyak duit, pusinglah satu dunia. Masalah duit boleh settle belakang kut! Lepas tu, dah lah buta, boleh pulak jalan tak pakai tongkat macam orang buta dan merayau sana sini macam normal person. Tongkat mana kak? Tongkat? Aiyoooo. Rasa macam terencat akal jek! Banyak lagi yang bermain dalam kepala otak, tapi cukuplah ini saja. Kang jadi viral pulak. Sekarang ni kan zaman tular. Sikit-sikit viral oiiii! Nanti naik nama Asmar Shah kat page kaki-kipas-susah-mati novel/penulis ni! Matiklah nak! *Cough!*
Apa-apa pun, lain orang lain citarasanya. Ulasan/ketidakpuasan hati ini hanyalah pandangan amatur dan hanya rasa peribadi sendiri saja. Kalian boleh dapat dan baca dulu. Manatau kalian akan suka kan?
Sejujurnya saya suka idea cerita ini, Kisah seorang lelaki terhukum dgn kesilapan lalu,kesilapan yg juga merosakkan masa depan orang-orang disekeliling.
Sedikit terganggu dgn pengunaan nama2 watak yg sgt unik. Jalan cerita bergerak perlahan sampai tertanya-tanya ke mana lah penulis nak bawak kita ni.Graf bacaan menaik pada muka surat 300 ke atas kemudian trus merundum, walaupun saya akui ada ketika saya menitiskan air mata tapi saya rasa penulis boleh buat lebih baik lagi dari ini. Entah mengapa saya rasa kali ni penulis seolah-olah malas nak kembangkan cerita mcm main tarik tali pula.
3.9* Firstly saya nak tanya, sebutan buat Tengku Cairul dan Tengku Chamarul ni macam mana..Cai as in Chai - sayur dalam bahasa cina or sebenarnya Khai dan Cha as in kaca in malay or Cha as in mocha in english? Ada satu novel ni tak ingat apa namanya masih pending pembacaan just because ejaan nama start with C. Like stylo ke nama ejaan pelik2 ni? Oh..dolu dolu di hospital pun banyak salah ejaan masa letak nama di birth cert. :-p
About the naming - No sweat but slightly irritate me. Jalan cerita boleh tahan..dari awal dah grabbed my attention. Nak kata hebat sangat tu takdelah..RM very consistent in her writing..saya boleh menghayati perjalanan hidup Kuca dan Mawar. Saling berkait dari mereka muda hingga ke alam rumahtangga. Rasa ingin tahu apa sebenarnya terjadi years ago sangat kuat. Kerana sikap recklessnya di usia yg amat muda, ada yg kehilangan keluarga, ada yg jadi buta, dan ada yg lumpuh. Kasih sayang juga diragut. Saya agak terkilan dgn sikap ibubapa Kuca yg meminggirkannya sebegitu lama dan bila dah pick up sikit the bond hampir musnah sekali lagi. Dan saya juga ingat Kuca meninggal..hehehe..suspense je. Kuca you are one sweet man. Overflowed with love and sense of guilt. Mawar beruntung in a way, sebelum terbongkar rahsia Kuca, bonding dua orang ni daebak. Angau jap. But after that sedih sikit..their marriage on the line..depending on whether forgivesness is worthwhile or not..Hard decision tough fate.
Walaupun selalu tertukar watak, Kuca sebagai perempuan dan Qais sebagai lelaki, beberapa kali termenangis la jugak baca kisah dorang ni. Haha. Tapi betul la, nama singkatan dorang ni sedikit sebanyak mengganggu pembacaan. Mujurlah mood membaca tak lari. Heh.
Sebenarnya, aku dah boleh agak dah kenapa Kuca dipinggirkan oleh parents dia. Dan hubung kait antara Kuca, Qais dan Cammy ada kena mengena dengan insiden lampau itu.
Sedih sebab selepas tahu kebenaran, Qais tak nak teruskan pembedahan mata dia tu. Sedih sebab Kuca terpaksa tinggalkan Qais kerana Qais rasa tertekan dengan apa yang dia dah tau. Apabila perasaan sayang sudah mulai cambah, ada pula masalah besar yang menimpa.
Apakah kebenaran itu, kenalah beli dan baca sendiri. Jangan asyik nak pinjam je! Ehh...! Haha.
p/s 1: Mujurlah cerita ini berjaya menarik mood membaca aku yang jatuh merudum gara-gara sebuah novel baru yang indah khabar dari rupa. Hmmm... Cuma, ada beberapa muka surat yang tulisannya berbalam dan comot. Ia menjadikan pembacaan sedikit sukar untuk dihayati. Jarang nak tengok buku dari KS ada masalah printing tapi kedua-dua buku yang aku baru beli ni ada masalah tersebut. Ingat nak bagi bintang penuh tapi disebabkan kualiti printing yang tak begitu memuaskan, terpaksa tolak bintang. Heh.
p/s 2: So, lepas ni tolong jaga kualiti printing ya. Jangan asyik kejar kuantiti pengeluaran je sampai mengabaikan kualiti printing. Hargai RM(duit) yang kami (pembaca) laburkan.
Pertemuan pertama mereka, Tengku Cairiel aka Kuca disirami air hijau, Qais pula tak sudah meminta maaf.
Kuca. seorang yang dingin, beku dan keras. ayat yang keluar dari mulut selalu sinis, dan mendatar, tapi hati Kuca berdetak hebat disebabkan seorang Qaiser Wardah aka Qais. dibuang keluarga disebabkan kesalahan masa lalu.ya, salah dia. dia mengaku. ha bila dah kahwin tu, merenyam juga macam si Qadr. boleh la jadi geng. mulut asyik nak menyengat Qais je.
Qais. diuji bukan sedikit, kehilangan kedua ibu bapanya 10 tahun lalu membawa hati dan matanya. ya, Qais tidaklah sempurna luar dalam, tapi hatinya suci. tidaklah kuat fizikalnya, tapi mental Qais sangatlah kuat. tetap teguh menjalani hidup yang dikurniakan, dengan sepenuh hati. Qais pun sama je dengan Kuca ni, dilayankan kepala senget Kuca.
Kuca dan Qais, mereka tidak sempurna, tetapi ketidaksempurnaan merekalah yang menyatukan.
naskah ini, tidaklah semanis madu, tapi it brings comfort to me. tak perlu ayat bunga terlebih gula, panggilan manja bagai nak rak, cukuplah, Mawar, cukuplah Puan Madu dan Encik Lebah.
kepada siapa yang bakal baca naskah ini, selamat menyelami kisah cinta Kuca dan Qais.
ps: yang mana cakap tak pain, jangan percaya. kita nangis sama macam kita nangis masa baca SUA.
ps 2: kak rehan! saya nak refund air mata saya balik! boleh pula dari menangis beria, ke gelak bagai nak rak! macam macam lah perangai Kuca ni 🙄
Cover - I like it! Tak perlu panjang lebar terangkan kenapa Yuni suka. Cukup sekadar pegang buku itu, bermula dengan melihat covernya dan diikuti dengan bacaan pada muka surat pertama dan seterusnya.
Nama watak - Sepanjang tempoh pembacaan Yuni, maaf tetapi Yuni kerap tersalah anggap yang Kuca adalah heroin manakala Qais adalah heronya. Dan sepatutnya Cairel perlu disebut sebagai apa? Adakah sama seperti sebutan Khairil? Ataupu 'Cai' seperti motor kapcai?
Oh ye, lagi satu. Mungkin Qaiser Wardah ada maksud baik yang tersendiri. Tetapi mengikut nama penuhnya iaitu Qaiser atau Wardah. Bukan Qais kan? Kalau pun ada nama baik untuk bahasa lain seperti arab, tetapi seperti kata Kuca, Qais itu iras2 seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memanggil nama orang itu seperti doa. So rasanya adalah lebih baik in future, penulis2 atau parents nak buat nama timangan untuk anak2 itu, pilih lah yang elok2 sikit. Kalau tidak itu doa pun, untuk maruah budak2 itu sendiri. Sakit hati budak bila nama diejek, orang tua mereka tak rasa.
Cammy - Umur Cammy ini 8 tahun ataupun 18 tahun? Dia cacat jari kaki dan sebahagian muka/leher kan? Bukan cacat pada otak? Manja dan tidak boleh berfikir sendiri itu bezanya besar. Tolonglah, jangan malukan ahli2 persatuan anak2 bongsu/anak manja sedunia ye, Cammy!
Mawar - Yuni tak suka panggil nama panggilan Qaiser Wardah, atas sebab yang Yuni dah nyatakan di atas. So Yuni akan ikut Kuca, Mawar. Yuni confuse dengan watak Mawar ni sebenarnya. 10 tahun sudah menjadi buta. Tolong jangan beri alasan nak belajar berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Bila kamu sedar kamu ada kekurangan, pergi sendiri ke bandar. Itu tak menyusahkan orang lain ke? Bagi yuni, itu adalah satu tindakan yang bodoh. Maaf yuni gunakan bahasa yang kasar tetapi 10 tahun, Mawar. Kalau baru setahun, yuni boleh faham. Perasaan tidak terima kenyataan masih tinggi. Tetapi kamu sudah dewasa.
Menyusahkan orang lain. Sorry, yuni gelak besar masa baca part tu. Kamu adalah anak tunggal untuk hartawan di Malaysia. Harta parents kamu jatuh pada kamu seorang, and you talk about menyusahkan orang lain. Hired professional, habis cerita! Kamu pergi ke bandar naik teksi seorang diri, kalau pemandu teksi itu buat apa2 pada kamu? Gunalah sikit akal yang Allah masih kekalkan pada diri kamu itu!
Bagi Yuni, dalam masa 10 tahun itu, Mawar boleh pulih kalau itu adalah kemahuannya. Tetapi bila tak nak, seribu dalih diberi. Kalaulah Yuni adalah parents dia, mesti sedih. Mawar boleh gunakan duit yang ditinggalkan untuk buat pembedahan. Bila dah pulih, boleh dia sambung ambil alih syarikat ayahnya. Tetapi kerana sebuah cinta, baru dia nak bersungguh2 pulihkan penglihatannya itu. You love your parents less than your future love, Mawar?
Cukuplah setakat ini. Nanti dari review bertukar kepada sesi luahan perasaan pula.
Kalau dari Rehan Makhtar memang sentiasa terbaik. Setakat yang saya baca sebelum ini, 2 buah sahaja yang tidak memenuhi citarasa saya.
Untuk SBS ini, jujurnya, memang saya suka. Selayaknya boleh bagi 4*. Cuma, berapa kali pembacaan saya terganggu. Saya rasa susah nak tangkap apa yang penulis nak sampaikan. Berapa kali saya stop baca, lepas tu ulang balik frasa tu. Kedua, saya agak terganggu dengan nama Qais, Cammy. Kadang, dipejam matakan saja bila nampak nama-nama ni. Entah, saya lagi suka kalau nama-nama biasa je sebenarnya. Nama moden, classy dan sewaktu dengannya tidak menjadikan sesuatu cerita itu berjaya menjentik hati pembaca (teguran umum).
Dari segi plot cerita, di awalan, penulis berjaya menarik perhatian saya untuk bertanya 'kenapa Kuca, Qais dan Cammy macam tu?' 'apa yang terjadi?' 'apa yang disorokkan?' Di pertengahan saya rasa agak sedikit meleret namun mujurlah tidak lama. Akhirnya, saya lega dan gembira bila cerita ini ditamatkan dengan baik walaupun tertanya-tanya berapa lama garis masa setelah Qais dicelikkan semula. Hubungan kekeluargaan dipulihkan, rajuk Qais tidak lama dan Kuca, cukuplah bertahun-tahun dia menangisi dan menyesali tindakannya. Tidak ada orang yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dalam dunia ni. Mungkin sebesar-besar dosa yang Kuca lakukan diterima taubatnya.
Saya suka bila konflik dan jalan ceritanya tidak berat. Paling penting, tiada orang ketiga!
Fuhh, diam tidak berkutik baca SBS dan menitis air mata berkali-kali jugak la. Heh.
Perkembangan watak. Setelah saya dikecewakan oleh hero dalam Jodoh Untukku, saya kira Kuca berjaya mengubati luka di hati saya. Ahaks! Over sangat Afifah ni. Kuca, digambarkan seorang yang perengus, dibebankan oleh seberat-berat perkara yang dia tanggung, tapi sangat bertanggungjawab. Tengoklah, macam mana dia layan Cammy (selepas dihujani perasaan bersalah), macam mana sekeras-keras hati lelaki dileburkan dengan kehadiran Qais, dengan terus membuat keputusan untuk menjaga Qais. Saya suka bila dia merendahkan ego mengalah dengan ibu bapa sendiri.
Qais. Saya suka! Siapa yang tidak jatuh hati dengan watak Qais. Qais yang sangat positif, senyuman yang tidak lekang di bibir, pendek kata, kerana Qais lah, air batu rumah ibu bapa Kuca mencair. Kejutan besar yang diterima perihal 10 tahun lalu pun diselesaikan dengan tindakan rasional oleh Qais.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Kalau dah nama penulis pun Rehan Makhtar, memang agak tak masuk akal lar kalau kasik rating rendah, kan?
N baca novel ni tanpa membaca sinopsis di kulit belakang. So I was surprised to find out yang Qaiser Wardah seorang gadis buta.
Dengan hanya 504 muka surat, N expect sebuah cerita yang agak ringan. But I was wrong. Walaupun nipis, drama dan konflik yang diselit dapat disampaikan dengan jaya. Pelbagai emosi juga dapat dirasai walaupun ayat-ayat yang dikarang tidak berbunga-bunga.
Have a look at the title, doesn't it sound like you're being comforted? I seriously thought this was going to comfort me after my previous emotional ride but why do I always get fooled by RM's works?
SBS tells the story of a cold, grouchy guy with a past named Kuca, and a girl named Qaiser Wardah who had lost her vision due to an accident. Both met under an unfortunate incident and the story unfolded from there.
The intro was so not human-friendly. I said what I said. My heart legit dropped as soon as I opened the page. Sure, the first half of the story teases you with giddiness and all. Kuca's way of comforting... Whenever he said, “Aku kan ada,” my insides just get all gooey. I cannot.
But let me tell you something. The second half totally destroyed me. I cried, I sobbed, I bawled like no tomorrow. How can someone bear such pain and grief?? How can anyone withstand the pain?
My heart hurts for Qais, but hurts for Kuca even more. Both deserve happiness. But most importantly, they deserve each other!
best! dan sungguhlah karya RM kali ini memang amat kena dgn selera aku. sejujurnya aku x letakkan apa2 hrpan yg tinggi semasa sambar novel ni kat kedai. aku langsung x hrpkan 5 bintang utk SBS? setelah aku agak kecewa dgn #H dulu. tp sangkaan aku meleset, awal pembacaan saja aku memang dah suka sgt2 dgn watak Kuca dan Qais. ;)
Kuca yg dingin dan beku pd mulanya jd seorg lelaki yg sgt berlembut dgn Qais@Mawar. Setiap kali Kuca cakap, "aku kan ada..." kat Qais, dgn aku2 sekali rasa terharu tu. hahaha...
Qais pula seorg perempuan yg sangat baik utk Kuca. Memang kenangan tu menyakitkan, tp akhirnya dia tetap maafkan Kuca dan setia di sisi Kuca.
semua watak dlm SBS? best2. takde sorang pun yg menyakitkan hati.
btw, ramai yg kata novel ni sedih, tp aku xlah rasa novel ni sedih sgt2. syahdu tu ada, tp xlah sampai thp leleh air mata.
akhir kata, tahniah RM utk karya yg super best ini!
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni bagi aku lagi best drpd SUA dan TUA, don't come to me hahah masing2 punya opinion la kan 🤭
Aku suka buku ni sbb bg aku dua2 MC sangat mature. Karakter kuca tu bg aku menarik, sbb dia honest dan cara dia layan Qais tu rasa ketulusan dia. Qais pun sangatlah tabah dan soft orangnya. Jd, bila terjadinya conflict, aku rasa dorang bertindak secara matang ya. Sukaaa la senang cakap dengan pairing dua org ni. 🥰
Oklah, buku RM yang ini kurang sikit 'pain' nya 😌 #emptycanvashida
"Dan ditakdirkan bertemu dalam satu kisah hati yang amat mengasyikkan,"
"Kerana kisah hati antara Tengku Cairel dan Qaiser Wardah adalah kisah hati yang diberkati dan moga selamanya diberkati,"
"Amin..."
*****
Apa yang saya suka bila baca novel RM? Tentulah bahasanya. Boleh menyentuh ke dasar hati. Sejujurnya tak pernah baca kisah ni kat belog sbb saya bukan follower blog RM dari awal RM menulis. Mula kenal RM pun melalui novel BHK.
Kuca & Qais, masing2 ada corak hidup tersendiri. Qais, seorang gadis yatim piatu dan buta akibat kemalangan. Kuca, seorang jejaka yg hidup tanpa arah pada mulanya. Dipinggirkan oleh keluarga kerana satu kisah silam. Tanpa sedar, kisah mereka mempunyai perkaitan yang tidak siapa jangka. Bila cinta mula menguasai hati, mampukah ia tetap bertahan sehingga ke penghujungnya?
"Sanggupkah Mawar terus bersabar hidup dengan abang dalam dunia penuh ujian ni, sayang? - Kuca
Sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran dan kasih sayang yg melimpah ruah. Dari awal lagi saya dah suka watak Kuca, sekasar-kasar & iceberg dia tu, dia still tak leh tengok orang yg dia sayang susah. Dia sentiasa cuba untuk bahagiakan hati org lain terutama sekali adik dia Cammy. Yg pernah dia cederakan pada saat dia muda remaja. Dengan memikul rasa bersalah yg tak pernah padam.
Pertemuan dia dgn Qaiser Wardah 100% merubah hidup dia. Dan melalui Qais jugak dia dgn papa & mummy dia berbaik semula. Qais jugak buat dia jadi insan yang lebih bertanggungjawab dan mula mengajar dia erti cinta yg sebenar. Tapi kebahagiaan hidup bersama pasti akan teruji juga. Perkaitan kisah silam antara dua hati ni membuatkan mereka terpaksa memilih utk pergi. I cannotlah baca part ni. Sedih sangat. (Walaupun banyak je part sedih tapi part rahsia ini terbongkar lagi tambah sedih) Kalau nak tahu kena dpatkan seketul SBS ni tau. Konfem tak rugi.
Pokoknya, novel SBS cukup rencah dan buat saya rasa tak leh letak bila baca. Tahniah untuk RM atas kelahiran SBS dan teruskan menulis hasil karya yg best2 untuk peminat mu.
Mengisahkan tentang Kuca & Qais/ Lebah & Madu🥰 masing-masing ada kisah silam yg takkan boleh dilupakan😣 Qais gadis manis yg buta mata tapi celik hati✨ macam mana Qais boleh buta penglihatan? 🤔Kuca, lelaki dingin yg berusaha untuk baiki kesilapan diri😞tapi auto jadi air bila dengan Qais🤭
Cara dorang jumpa eyyy lagi simple, terlanggar langgar je. Dari terlanggar tulah Si Kuca ni terus terpaut nak jaga Qais. Kuca ni memang buat perasaan Ad kucar kacir lahh🫠 Kuca bagi nickname 'Mawar' dekat Qais tau🌹 pon dah cair, the way Kuca protect Qais, sangat lovely, siap carik-carikan ayam tau! YA ALLAH MANA KUCA IRL?!!! habaq mai cepat😤
"𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚..."
ni dah jadi trademark Kuca tau, 3 perkataan tu je butterfly dah main drum dalam perut Ad😩 bukan Kuca je tau sweet, si Qais pon 2 x 5 jee!! dua-dua ni buat Ad rasa macam berdosa tengah curi-curi dengar conversation husband wife malu tau!
Ni jujur dari hati Ad terpaling dalam, this book really comfort me in many ways✨ the storyline, the characters, the words, the plot masyaAllah sangat tak cliche. Kalau diberi peluang Ad nak hug dua-dua, they deserve happiness😖 sayang sangat dekat KucaQais😞tolong beli! wajib ada dekat shelf korang! baca dan hayati✨ Ad susah nak move on ni🥲
Boleh tak kalau Zu kata Zu falling in love teruk dengan QAISER WARDAH ☝🏻 yes. Qais sangatlah comel dalam buku ni. Baik, sopan, tabah, penyayang, ha apa lagi 😭 Zu memang recommend sangat sangat lah buku ni 🫶🏼
Kuca dah berubah jadi matang selepas kejadian itu. Dikatakan anak terbuang, pembawa malang, anak tak sedar dek untung. Sudah sedekad bawa diri dari keluarganya, hanya mampu jadi pemerhati dari jauh. Kesalnya dia waktu zaman mudanya, darah nafsu muda yang membara telah buatkan dia tanggung seumur hidupnya. Dibenci keluarga.
Qais ditimpa kemalangan yang sangat teruk sekali meragut keindahan matanya telah buatkan Qais buta. Tapi jangan disangka Qais itu lemah, buta dimatanya tidak buta dihatinya. Sangat peka si bunga itu. Tabahnya dia harungi titian jalan cerita hidupnya yang ditakdirkan. Cukuplah ada Mak Teh dan Pak Din yang sentiasa ada bersamanya. Tidak mahu dia jadi bebanan orang lain.
Tapi datangnya Kuca dalam hidupnya, terjun ke dunia Qais. Ingin menjadi raja dalam hati Qais seperti maksud namanya ❤️ Nakal dia, tangis dia, marah dia, geram dia, sakat dia, nasihat dia hanya Qais sahaja tahu sisi Kuca yang lain.
Jalan cerita yang smooth bagi Zu after baca 😭 menangis sebab gembira. Cara Qais dengan Kuca towards each other, buat Zu yang cair bacanya. Memang Qaiser Wardah hanya untuk Tengku Cairel. Titik. Thats it. No other words.
Tabahnya Qais dan Sabarnya Kuca. Tolonglah baca. Pain yang sikit tapi Zu sendiri tak sangka itulah conflict nya 💔 Siapa yang belum beli or belum baca, sila. Silakan! Buku ni boleh dikatakan a comfort book for me dalam Rehan Makhtar punya list book.
Well, kalau dah nama penulisnya ialah RM, dah tentunya buku ni best. .
Tapinya, disebabkan ku dah baca Dengarlah Jeritan Hatiku, so, sedikit sebanyak, ku rasa 2 novel ni agak sama. .
Kalau dalam DJH, Yuga yang cacat pendengaran, dalam SBS, Qais yang buta penglihatan. Dalam DJH, keluarga Yuga ialah penyebab kepada kecacatan Yuga dan juga kehilangan orang tua Ashita. Dalam SBS, Kuca ialah penyebab kepada kecacatan dan kematian orang tua Qais. .
Tapi, SBS ada kelebihannya tersendiri. .
"Bagi aku jaga kau, Mawar. " .
"Bagi aku jaga kau siang malam 24 jam" .
Kuca ni sejenis hero perengus, sejuk beku. Dulu, dia bukan begitu. Pengalaman silam yang mengubahnya. .
Sejauh Kuca berlari menjauhi dosa silamnya, namun takdir tetap menemukannya dengan Qais, si mangsa. .
"Sanggupkah Mawar terus bersabar hidup dengan abang dalam dunia penuh ujian ni, sayang? " .
Dan kalau dah namanya air tangan RM, memang tak sah kalau ku tak nangis.
Kuca tak minta banyak, yg dia mahukan hanya lah kesabaran Qais dlm cinta nya. Banyak org buang dia, dan dia harap Qais bukan salah satu darinya. _________________________________________ Qais,I love her, eh jarang tau nak syg heroin. Biasa kepoh dekat hero je, is it because i have a soft spot for someone disable like her..? senyuman nya mencairkan Kuca yg beku, she can’t see yet her eyes can melt him. Aku yg perempuan ni pn jatuh syg dkt Qais ni ♥️
She’s a smooth ✨flirty✨, Kuca ni kira mcm Tsundere 🙈😍 mereka saling ambil berat antara satu sama lain, yes aura Kuca ni lain dari yg lain, worth the hype. Terasa lebih hidup karakter dia, he called her by flowers name : Kuca selamba aje nak panggil dia Mawar, dah kenapa?
“𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗸𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮. 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗮𝗸𝘂 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗺𝗮𝘄𝗮𝗿 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵”. _________________________________________ And typical ayat kaq Rehan “aku kan ada” kali ni memang membuatkan jantung dup dap 💗 selalu nya tak ada rasa apa, bila Kuca yg ucap di situasi mcm tu, wahh✨ everything about this book is perfect, plot, character dan hikmahnya, tak flat ceritanya.
Novel kedua RM yang aku baca. Aku sukaaaaa sangat dengan jalan ceritanya. I don't know why, but I always love the story where the main characters ada kekurangan. Macam dalam novel ni, Qaiser buta. I just love the story dari mula sampai akhir.
#8 Okey selesai membaca naskhah RM yang satu ini. Agak nipis berbanding yang lain (kecuali Permata Hati sebab adaptasi). Tapi... nipis-nipis pun dia punya sentap tu memang makan dalam.
Untuk naskhah ini, saya sangat suka sebab RM bawa kelainan pada perwatakan si heroin. Kalau hero tak perlu nak komen lebih. Kasar tapi sweet.
Ya, untuk kali ini RM berjaya buatkan jantung saya berdegup kencang :p. Mana tidaknya, dia hampir menamatkan riwayat seekor lebah sedangkan si madu sangat memerlukannya.
Tahniah buat RM! Satu lagi karya yang penuh isi untuk kita, sebagai pembaca jadikan pengajaran.
p/s - Jangan pernah mengharapkan kesempurnaan andai diri kita sendiri masih ada cacat celanya.
Bagi saya, SBS ni boleh dimasukkan dalam senarai "bacaan santai" saya. Konflik tu ada, jujur kita dah boleh agak. Tapi masih juga mengalirkan air mata bila sampai part tu. Novel ni best, for me it's worth the hype.
Kuca ni dia punya perangai dan hati dia memang antara ciri-ciri husband mithali. Bukan setakat 'sweet' tapi kita dapat bayangkan tau dia punya karakter yang 'keras' tu. Qais pula, alahai lemah lembut dan sangat sopan santun. Disayangi oleh orang sekeliling tapi bukan kerana kekurangannya dalam melihat tapi disebabkan tutur katanya dan juga baik hatinya.
Kesimpulannya, best! HAHAHA lantaklah orang nak bagi rate rendah. Yang pasti, berbaloi. Bacaan yang santai dan tak henti senyum 😘
Its about gadis buta dgn lelaki yg dibuang keluarga.. kuca bukan jenis laki sweet ke ape..die kasar tapi bila die dah bg ayat beli jiwa tu…Allah..lemah jantung den.. arghh…sweet sgt.. soft hearted story la.. love how they handle dugaan bersama2.. kuca and qais.. mawar… madu and lebah.. abang and sayang..aduh..sweett…