Jika seorang wanita pernah memiliki dua orang suami di dunia, suami yang mana yang akan menjadi suaminya di akhirat? Mengapa kebanyakan penghuni syurga terdiri daripada orang miskin? Hinakah menjadi orang kaya sehingga orang miskin didahulukan masuk ke syurga? Jika persoalan ini pernah menjentik minda kita namun tidak pula kita ketemu jawapannya, jelas ada sesuatu tentang syurga yang masih belum kita tahu.
Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan . Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.
Buku ini memberi penjelasan yang ringkas dan mudah mengenai Syurga secara keseluruhan. Beberapa perkara menarik yang tidak diketahui ditemui sewaktu pembacaan. Bagi saya, yang paling terkesan sekali ialah di muka surat 134 - 137 yang terlalu panjang untuk saya taip semula dan kongsikan, iaitu berkenaan lelaki yang dipastikan masuk syurga. Rata-rata menganggap bahawa melakukan amal ibadah wajib dan sunat antara kriterianya, namun mengejutkan sekali, lelaki berkenaan ialah lelaki biasa, yang sekadar mengerjakan amalan wajib dan '... tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun.' MasyaAllah, saya amat terpukul mengenai perkara ini. Nilai-nilai sebegini sebenarnya lagi sukar untuk dipupuk dalam diri berbanding mengerjakan ibadah secara fizikal. Sesungguhnya peringatan yang amat baik datang daripada Allah SWT.
Sangat mudah rupanya untuk meraih syurga Allah. Namun, mengapa manusia akhir zaman ini tidak mahu berlumba-lumba merebut syurga ini? Kurang terujakah kita untuk masuk ke syurga? Mungkin kita kurang teruja, sebab kita tak mengenal & mengetahui perihal syurga yg sebenar. Syurga ada berapa tingkat? Apakah nama-nama syurga? Berapakah pintu yang terdapat di dalam syurga? Nikmat-nikmat apakah yang telah Allah sediakan buat ahli syurga? Betulkah di syurga tiada orang tua? Orang yang bujang, akan berkahwin kah di syurga nanti? Pelbagai persoalan tentang syurga, akan terjawab selepas anda membaca buku ini. Menambah keterujaan untuk semakin kuat mentaati Tuhan. Such an imaan booster! MasyaAllah. Selain itu, penulis turut berkongsi tentang perkara yang boleh dilakukan untuk dijadikan sebagai "kunci syurga" kita.
Antara isi yg berbekas adalah perihal 3 jenis cahaya di syurga, pertama utk mereka yg segera mendirikan solat bila dgr azan, kedua yg wajahnya sudah mengambil wudhuk sebelum azan dan yg ketiga yg sudah bersiap sedia di masjid sebelum azan. Kemudian tentang 11 golongan ke neraka, 1 golongan yg terselamat, tentang kemasyhuran, taubat, sedekah dan yang paling rasa perlu dibaca berulang kali adalah bab mengingati mati.
Jika selepas ni berfikir tentang mati, mahu mendalami dan muhasabah diri tentang mati, boleh ambil buku dan belek sehingga jumpa bab mengingati mati.
Buku yg sememangnya tidak akan hanya baca sekali sahaja.
Semoga memberi manfaat dan terinspirasi untuk lebih banyakkan bermuhasabah diri, reflek kembali kehidupan dan bertindak mengejar syurga yang mahal.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mungkin expectation saya terhadap buku ini terlalu tinggi. Masih tidak mampu mengenal syurga dengan lebih baik lagi. Apapun, buku ini tetap memberi input dan ilmu baru. Cuma, kalau diletakkan sumber rujukan untuk setiap isi lebih menarik. dan sumbernya mestilah sumber yang sahih.