Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cikgu Kelas Sebelah

Rate this book
Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.

Aku mahu mengajar dengan gembira dan mahu murid belajar dengan seronok. Jadi ini yang sering aku lakukan. Aku suka bermain watak seorang kawan kepada murid. Watak guru di luar daripada kebiasaan. Watak yang paling kurang, menyeronokkan aku dan memberi semangat untuk terus bertahan di arena yang makin mencabar.

Saat kau bersama murid, sebenarnya masih sama seperti dulu-dulu. Kau dan murid. Di dalam kelas, kaulah Raja. Kalau kau raja yang bijak, kau tadbirlah negeri kecil kau dengan bijaksana. Persetankan segala bebanan yang menunggu. Saat melangkah masuk kelas, ingatlah. Kau Raja!

Jom join aku jadi guru di luar daripada kebiasaan. Jom jadi 'Raja' di dalam 'Negeri Kecil' yang penuh dengan kegembiraan.

183 pages, Paperback

First published December 1, 2016

10 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Fadli Salleh

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (45%)
4 stars
36 (40%)
3 stars
7 (7%)
2 stars
4 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
May 9, 2020
I personally, enjoyed every single pages dalam Cikgu Kelas Sebelah. Terasa dekat sangat dengan diri sebab semua orang pun pernah melalui alam persekolahan. Dan penulis sebagai cikgu menceritakan gelagat murid-murid. Rasa mcm kita la murid-murid yang penulis ceritakan sebabnya kita pernah buat benda tu.

Mengekek jugak masa baca cerita pertama. Dalam banyak-banyak buku, buku yang aneh aneh ya di bawanya ke sekolah sementara nak tunggu sesi pagi habis. Kelakar. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang penulis kongsikan. Pelajar Tahun 1 paling kelakar. Sebab baru lagi kan. Banyak benda yang dieorang nak explore.

Belum lagi masuk yang jenis suka nyakat cikgu balik. Yang kaki ngadu. Haha. Aduh bestnya rasa nak pergi sekolah balik tapi bukan utk belajar tapi utk main je. Boleh tak?

Walaupun pengisiannya serba ringkas tapi apa yang ingin disampaikan penulis, sampailah. Ah gitu ayat BM terabur. Dan cara bagaimana penulis solve masalah datangnya dari pelajar tu. Bijak dan penuh dengan trick. Jadi cikgu memang org kata kena pandai tackle situasi. Kadang rasa cikgu dengan anak murid sama naik. Taknak kalah. Tapi itu boleh dikatakan teacherstudentship. Mana nak dapat ship yang rapat dan best macamtu.

Goodjob penulis. ✌🏻
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 8, 2019
Buku yang ohsem.. Catatan seorang guru yang menyentuh hati, menggeletek jiwa dan menyentap perasaan.. Bukan mudah menjadi guru.. Berkorban masa dan tenaga demi mendidik kita dan anak-anak kita menjadi insan berjaya.. Tahniah buat penulis..
Profile Image for Lila.
43 reviews14 followers
May 22, 2018
“Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.” - Mohd Fadli Salleh, Cikgu Kelas Sebelah.

Buku ni dah terbit 2017 lagi, tapi kita baru berkesempatan beli waktu PBAKL lepas. Harini selesai baca dan Lila kasi 5⭐️sebab best dan solidariti untuk rakan guru! Hehehe Sebenarnya cikgu MFS ni selalu je kita boleh baca coretannya dalam muka buku. Tapi sejenis Lila Vee, mesti nak pegang buku baru ada feeling yang lebih untuk membaca.

Buku ini ceritanya berkisar tentang perjalanan cikgu Fadli di sekolah setiap hari, tentang ragam anak murid yang pelbagai dan setiap kali baca ia akan sentiasa mengingatkan Lila pada anak-anak murid sendiri. Dan bila baca buku ni, lila salute pada guru-guru yang mengajar tahap 1, tahun 1,2,3. Mengajar anak-anak kecil bukannya mudah. Seribu satu kerenah di luar akal dan tak terduga boleh muncul.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books277 followers
April 19, 2018
Himpunan anekdot seorang guru sekolah rendah yang cukup resipinya; lucu dan syahdu. Sudah tentu tugas guru pada masa kini lebih mencabar, ditambah dengan gelombang media sosial yang selalunya bersifat tidak adil atau keras terhadap golongan pendidik, tetapi pengarang menampilkan bagaimana tanggungjawab itu digalas seperti 'seorang badut' yang memberikan keriangan dalam dunia anak-anak meskipun terpaksa mengunyah kesusahan.

Buku ini wajar dibaca oleh ibu bapa muda yang sebahagiannya terlupa bagaimana mereka dibesarkan oleh ibu bapa mereka ketika menjenggah dunia persekolahan. Semoga membaca buku ini dapat menambahkan apresiasi terhadap guru.
Profile Image for Sharifah Aswad.
7 reviews13 followers
September 1, 2017
Buku ini menyajikan kisah dan pengalaman Cikgu Fadli dalam menjalankan tugas sehariannya sebagai cikgu sekolah.

Ceritanya pendek-pendek sahaja. Paling panjang pun dua mukasurat. Santai. Sesuai dibaca di hari cuti yang tenang seperti hari ini. Mula baca pagi tadi, petang dah habis.

Pengalaman lucu, sedih dan menginsafkan. Samada kerana beliau menegur murid ataupun kerana ditegur oleh murid.

Sungguhpun ada ceritanya yang kurang saya setuju, saya rasa buku ini sasarannya dewasa dan bukannya murid. Kekurangan dan kekhilafan yang diceritakan membuktikan cikgu juga manusia biasa yang tidak lepas daripada buat kesilapan.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 13, 2022
Mula jadi guru sekolahh renddah 2 tahun lepas. Walaupun bukan guru sekolah kerajaan tapi terasa sangat dekat setiap catatannya. Benar, kita sendiri belajar sesuatu daripada anak murid kita sendiri. Selagi mana kita mahu belajar.

Setiap catatannya ada yang menghiburkan, gelak tawa, tapi ada juga yang sayu dan buat kita sebak. Menjadi seorang guru bukanlah mudah kerana kita berdepan dengan manusia yang punya berbagai emosi, perwatakan dan latarbelakang.

Apapun, tahniah kepada penulis kerana berjaya kongsikan serba sedikit pandang sisi seorang guru yang sangat menakjubkan.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
April 14, 2017
buku 18/2017
1. ada 101 catatan pengalaman dari seorang guru.
2. ada kisah suka yg boleh buat kita senyum dan gelak, dan juga yang menyentuh rasa dan mampu mengalirkan air mata.
3. catatan yg ringkas, bersahaja namun masih berbekas di hati.
4. teringat kenangan alam persekolahan yg indah, tak mampu untuk diulangi lagi.
5. apa yang kurang, tulisannya sangat halus. Tak berapa mesra mata yang dah tak berapa muda lagi. ha..ha..
terdetik di hati, mahu menulis catatan suka duka, pahit manis selama 14 tahun dlm tugas hakiki. ada yang mahu baca?
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
March 9, 2017
Buku Cikgu Kelas Sebelah ni memang seronok dibaca.
Buku ini mengandungi 102 anekdot yang ditulis sendiri oleh penulis. Setiap anekdot merupakan pengalaman penulis sendiri sepanjang menjadi guru untuk murid-murid tahun 1- 3. Bukan senang woi nak melayan kerenah murid-murid sekolah rendah.

Tak rugi baca buku ini sebab buku ini mampu menceriakan hidup anda.

Percayalah!
Profile Image for Khairul Shafee.
53 reviews2 followers
March 26, 2023
Antara buku yang saya baca tahun ni, buku inilah yang saya rasa paling menarik. Ada coretan yang kelakar, yang menginsafkan dan juga 'inspiring'. Apa yang saya rasa tentang mindset yang ada pada cikgu, ada pada Cikgu Fadli. Cikgu tak perlu terlalu garang atau demanding. Cikgu hanya perlu empathy. Daripada tulisan Cikgu Fadli ni saya boleh tahu dia pandai untuk connect dan engage dengan murid. Connection dan engagement tak perlu berlangsung dalam kelas, luar kelas pun boleh. Guru mendidik pelajar dan kalau cikgu seorang pendengar yang baik, dia juga boleh belajar dari pelajar pelajarnya sendiri walaupun pelajar hanya berumur 7,8 atau 9 tahun. You'd be surprise. Terbaik Cikgu Fadli. Thumbs up!
Profile Image for Dilla.
30 reviews
June 24, 2017
Penulisan santai. Berkisarkan kehidupan seorang guru. Tidak perlu risau sebarang jargon pelik kerana bahasa yang digunakan senang fahami.
Profile Image for Hisyam Ahmad.
5 reviews
April 2, 2018
Membaca buku ini seakan-akan membawa diri ini kembali kepada zaman mula mengenal sekolah, kurang lebih 23 tahun yang lepas. Zaman hidup sebagai seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa itu keserabutan hidup, apa itu masalah politik, apa itu putus cinta dan apatah lagi kafir-mengkafir sesama saudara Islam.

Penulis memulakan buku ini dengan penuh kerendahan hati, sebagai seorang badut yang harus bersedia jiwa dan raga bagi menerjunkan diri dalam profesion perguruan yang penuh dugaan dan cabaran. Walaupun hidup sendiri tidak sebahagia dan selancar yang diharapkan, namun demi anak bangsa, si Badut ini tidak pernah lokek untuk mengukir senyuman pada wajahnya bagi membahagiakan sekalian anak didiknya. Tidak pernah geli ketika bergaul dengan anak muridnya, walaupun secomot mana sekali pun penampilan mereka, si badut ini bersedia menerima dengan hati dan tangan yang terbuka.

Antara kisah menarik yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini adalah berkenaan perangai kanak-kanak (berusia 7-9 tahun) yang jujur dalam pertuturan, ikhlas dalam setiap ungkapan, menghiburkan hati dan sebagainya. Antaranya kisah seorang anak murid beliau yang begitu jujur dan lurus bila berkata-kata sampai menceritakan segala rahsia antara kedua orang tuanya pada beliau tanpa berlindung.

Namun, di sebalik keceriaan, terdapat juga banyak kisah yang mencabar dirinya sebagai seorang guru ketika berhadapan dengan anak murid yang pelbagai ini. Antaranya pemikiran luar kotak dikalangan anak murik beliau tiap kali berlakunya sesi soal jawab. Contohnya dalam buku ini bila mana berlangsungnya sesi latihan kebakaran di sekolah.

Di sebalik kelucuan, kegembiraan ketika membaca perkongsian dari penulis buku ini, sesekali mata berhabuk tanpa diduga ketika membaca kisah yang menyayat hati di kalangan murid beliau. Bagaimana seorang guru itu tidak hanya berkorban masa dan tenaga, namun emosi juga menjadi taruhan tika mana menjalankan tugasan yang mulia ini.

Secara umumnya, penulis ini tersangat enjoy dengan profesion guru yang dipilih ini, walaupun di luar sana tidak sedikit mereka yang merendahkan martabat seorang pendidik dengan pelbagai gelaran dan tohmahan, malahan rungutan juga lahir dikalangan pendidik sendiri atas cabaran profesion ini. Namun, beliau dengan berjiwa besar telah mencipta falsafah tersendiri dalam memastikan diri beliau terus gembira dengan profesion yang dipilihnya ini.

Tahniah buat Cikgu Fadli Salleh atas segala sumbangan dan jasa dalam mendidik anak-anak
102 reviews2 followers
May 19, 2020
Coretan seorang guru bersama dengan anak-anak muridnya. Ada yang mencuit hati ada juga yang meruntun hati. Bila baca seakan mengimbau kenangan di zaman sekolah dahulu kerana ada ragam yang terjadi pada diri sendiri. Terutamanya ketika awal persekolahan.


Suka dengan ayat penulis "Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah kau cari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara".

Benar. Bukan mudah menjadi guru. Setiap hari perlu berhadapan dengan seribu satu ragam anak murid. Suka dengan cara penulis mencari keseronokan dan berkasih sayang dengan anak muridnya.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
November 7, 2018
Pengalaman menjadi pendidik di sekolah rendah melatari plot cerita naskhah ini. Sememangnya suatu memori yang indah buat guru yang bertugas di sekolah rendah kerana murid-muridnya sentiasa mewarnai setiap detik dan ketika. Sifat mereka yang manja, lurus, baik hati, pemurah dan pelbagai lagi menjadikan kehidupan guru sentiasa ceria. Malah guru seharusnya menyesuaikan diri untuk memastikan anak-anak murid berasa senang dan gembira apabila belajar dan berada dalam kelas tersebut. Secara tidak langsung ia akan menjadikan sekolah sebagai suatu tempat yang menarik dan sangat seronok untuk dikunjungi.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
March 28, 2020
BUKU:Cikgu kelas sebelah oleh fadli salleh.

Himpunan anekdot yang lucu dan menyentuh hati.Coretan pengalaman seorang guru bergelumang dengan murid.Pelbagai ragam dan aksi ditunjukkan oleh Murid.Di sebalik bebanan tugas yang dipikul oleh guru,cikgu mengambil pendekatan menonjolkan sisi keseronokan menjadi guru.

Setiap guru dapat menghayati apa yang disampaikan oleh cikgu fadli.Saya apabila membaca terus teringat pada anak-anak murid.Terutamanya musim-musim "sekolah cuti" ini,merindui murid-murid.

Anekdot seperti berguna sebagai catatan dalam sejarah perjalanan sebagai seorang guru.Segala pahit dan manis dirakamkan untuk digantung sebagai kenangan-kenangan hidup.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
September 17, 2020
Kelakar, macam-macam hal budak-budak sekolah ni. Lagilah budak-budak tahap 1 ( tahun 1 hingga 3). Ada sesetengah kisah tu buat saya teringat apa yang jadi pada anak saya sendiri - cerita stoking hilang, tapi anak saya hilang kasut terus, darjah 1 masa tu. Ada sesetengah tu membawa ingatan saya ke kembali ke zaman saya sekolah rendah. Cikgu kacak yang jadi pujaan budak-budak perempuan, kelakar bila teringat balik. Ringkasnya, betullah budak tetap budak, biarlah di mana-mana zaman pon.
Apa pon terima kasih kepada penulis sudi menulis berkongsi kisah beliau sebagai seorang guru. Bacalah, bahasanya ringkas, tapi sampai ke hati.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
January 16, 2022
Bacaan yang ringan dan santai. Sesuai untuk para guru, bakal guru dan juga mereka yang mahu menyelami serba sedikit dunia pendidikan di sekolah rendah.

Namun, saya agak kurang selesa dengan cerita bertajuk Peminat Rahsia dan Masihkah Ada Cinta. Anekdot ini setahu saya merupakan kisah benar penulis, yang saya juga ikuti di laman Facebook, jadi saya kira penulis sebagai salah seorang individu yang menulis mengenai isu jenayah seksual dan seumpamanya tidak sepatutnya memanggil, menamakan dan menyebut anak murid sebagai 'awek', 'kahwin' dan sebagainya.

Selebihnya saya kagum dengan cikgu Fadhli kerana berjaya menjadi seorang guru yang benar-benar cintakan kerjayanya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Fathinah.
129 reviews6 followers
June 14, 2022
Seronok betul baca buku ni. Boleh faham kenapa murid sayang betul cikgu Fadli. Aku yang baca cerita ni pun rasa nak jadi anak murid cikgu.

Teringat zaman sekolah rendah, zaman suka bermain.

Buku ni buat aku yang bukan profesion guru pun rasa bersemangat nak pergi mengajar murid². Memang aku cadangkan untuk mereka yang nak jadi guru atau sedang menjadi guru untuk baca buku ni.

Zaman sekarang cikgu muda dah tak banyak menulis di Facebook. Mereka banyak letak video di Tiktok. Mungkin lepas ni cikgu Fadli akan aktif di Tiktok pula.
66 reviews3 followers
January 15, 2019
Untuk semua cikgu di luar sana buku ini boleh jadi buku motivasi terbaik untuk anda dalam menghadapi hari muka. haha. Aku suka buku ni tapi sbb tak jumpa kt bookstore tempat aku. AKu beli versi digital. lagi pun senang, beg tak berat. semua baca dalam phone. HAHA. Tapi nice jalan cerita Cikgu Kelas Sebelah dan aku dah praktikkan.

Kalau korang cari yang versi digital, boleh try kat sini- https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Profile Image for Anie Alja.
7 reviews
December 21, 2020
Baca dalam kabin kapal terbang, saya terkekeh tergelak. Orang sebelah sekali-sekala menoleh kehairanan. Yup, naskhah yang mencuit hati. Paling kelakar, kisah duit raya. Semua nak jadi juara, sampai tak patut-patut menipu. Haha...itulah anak-anak. Jujur mahu menang. Jujur mahu dikagumi. Jujur mahu didengari. Dan Cikgu Fadli sudi menjadi pendengar kepada anak-anak kita. Syabas cikgu, disayangi anak-anak.
Profile Image for Norsakinah Yusoff.
24 reviews
July 29, 2017
Guru ini sangat menyayangi anak muridnya. Boleh rasa secebis perasaan menjadi guru, comel(dan memeningkan kepala) sungguh budak-budak ni!

Cuma ada sesetengah penceritaan kurang "deep" dan "feel", mungkin disebabkan stail penulisan yang santai dan ringkas. Anyway, terima kasih cikgu fadli kerana membuat saya ketawa, juga menangis.
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
April 19, 2018
Sebelum mula baca buku ini, saya fikir buku ni setakat cerita2 pendek biasa saje untuk bahan bacaan kanak2. Tapi yang sebenarnya bukan! Dari mula baca buku ni, tak boleh nak lepas. Kadang2 tersenyum sendiri, ada masa tersentap dan ada masa rasa terusik sebab kasihan dengan nasib pelajar yang kurang bernasib baik.
Profile Image for Amutha.
770 reviews6 followers
January 22, 2018
Its an easy to read book by a teacher who is sharing his experiences. I follow him on FB & almost all his writings will touch a reader's heart. As does this book. It is a compilation of his daily writing. Many teachers will agree with his views. Recommended...
Profile Image for Aisy.
16 reviews
June 14, 2023
Very inspiring and chilling content. Life as a primary teacher, 1001 stories in it. I read this years ago, maybe I can read again later as I've done with my practicum last year.. Think I can relate with it more hahaha.
4 reviews
October 20, 2017
Memang kelakar, ada sedihnya, ada ikhtibarnya. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Membawa kita ke alam pesekolahan dahulu. Itulah yang berlaku. Menunggu kalau ada sambungan buku kedua pula.
Profile Image for Izan Nasir.
1 review9 followers
February 25, 2020
To parents, u should read the book
To children, u must read the book
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
April 11, 2020
Buku yang sungguh menarik. Penuh dengan cerita cerita anak - anak kita yang pelbagai ragam di sekolah.
Profile Image for Zzati Alydrus.
123 reviews
Read
April 15, 2020
Penulisan yang lawak & santai, penuh dengan inspirasi dan kisah di sekolah. Salah satu pemikiran & pendekatan seorang guru yang kelihatan jarang ditunjukkan oleh guru-guru lain. syabas
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.