Jump to ratings and reviews
Rate this book

Roommate

Rate this book
ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka.

Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan permainan tersebut. Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda” terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering diganggu.

208 pages, Paperback

First published January 1, 2016

21 people want to read

About the author

Khaidir Helmi

2 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (48%)
4 stars
14 (31%)
3 stars
7 (15%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
January 17, 2018
hmmm menarik .. tapi ejaan sinki .. tu kena betulkan le .. bukan singki ... takpe perkara kecil

hmm baca siang hari, dihabiskan dalam few hours sebab today MC .. perut meragam jadi dari guling-guling sakit perut .. layan buku .. segala posisi dah keluar ..

so memula ingat Awira tu perempuan tapi kenapa macam pelik jer ... then kenapa Sofi layan Awira tu kasar semacam? then kenapa ada lelaki dalam dorm perempuan? eh rupanya Awira tu lelaki ... laaaaa tak tahu ler pula .. tak perasan bila dah suku buku baca ... maaf ler tuan penulis pembaca lambat trace part nama .. hahahah

nak kata seram ermm ok lah .. sebab ada scene terkejut cik jah .. apa da tengah berak kepala jatuh ke bawah .. cisss .. agaknya kepala jatuh ke lubang tandas cangkung .. yoikksss cannot imagine ...

tapi rasanya Awira ni memang ada masalah dalam sebab ending pun ermm .. eh spoiler spoiler ..

confuse juga ler kenapa la susah nak detect mana hantu mana manusia sejati sebab siang hari pun hantu kacau .. bukan hantu kacau time malam ke ... ke ni hantu zaman moden ... tapikan nak tahu ler macam mana jadinya Bloody Mary .. apa kaitan dengan Awira, siapa pakcik pakai kopiah tu dengan Bloody Mary? ayah dia ke? ke hantu tapi dah kira pangkat ayah so secara auto jadi ayah .. ke kena baca balik ...

tapikan kalau part pelik pelik boleh la sekampung dengan Stephen King ... tapi belum selevel .. cuma sekampung jer la ... novel Stephen King kan semua pelik gila ... sehinggakan wow .. very pelik and tak masuk akal ...

part gambar tu hampeh la ... mengong nasib tak campak sebab dah ralit baca tetiba ada gambar .. tapi itu boleh diabaikan ...

ok lah puas hati ...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 30, 2017
serius, akak ada masalah dengan novel ni. masalah utama ialah bila dia tarik emosi akak jauh untuk menghadam intipati cerita tapi sekejap kemudian dia lastik akak jauh naik balik ke permukaan. memang saja ya tuan penulis Khaidir Helmi nak mempermainkan emosi pembaca?

nope. pendapat akak bukan kisah seram. ni lebih pada mistik walaupun ada jugakla konon-konon hantu yang muncul. ntah, akak rasa bukan hantu pun. orang jadi hantu, tu baru sesuai. watak utama awira yang baru mendaftar di sebuah universiti di pantai timur sering terganggu. gangguan yang buatkan dia bingung, kenapa dalam ramai-ramai dia yang kena. sofi, room mate dia nyatakan tu perkara biasa bagi siswa yang baru masuk universiti tersebut. kalau tak kuat jiwa memang boleh gila!

akak suka bila sebenar akak dapat tangkap motif kisah ini bila dah habis baca secara keseluruhan. salah satunya buli. memang boleh rosak jiwa. duanya kasih sayang. kalau kurang memang adakala buat jiwa bermasalah. tiga, yang paling utama bila agama sekadar permainan harian bukan serius menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama. tahniah tuan penulis! walaupun bawak akak merry-go-round dan ending pun buat akak senak jiwa but overall kisah yang bagus jika dapat dihadam sepenuhnya...
Profile Image for Aishah Ecah.
1 review
January 29, 2017
Bkn sebarang seram...sntiasa ade rse nk tau ape yg akn jd lpas tu...lpas ni ape plak....npe jd cmtu...x sbar nk tgu sambungan nye....tq dik khaidir helmi
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
March 9, 2017
So sekarang siapa yang dah mati? Siapa masih hidup? Siapa yang gila? Siapa pulak masih waras? Kalau Sofi dengan Najmi dah mati, tak kisah. Tak penting. Qirin tu, kenapa Muqri tanya Awira ... "ko cakap dengan sape?" Takkan Qirin pun tak wujud kot sebenarnya? Eh... ke memang semua tak wujud cuma halusinasi, Awira dengan Muqri je wujud? Ke aku sebenarnya tak wujud?

Sekarang aku konpius... aku ni betul baca ke tak baca ni?

Arghhhh... aku jadi stress. Tiba-tiba aku rasa patut ada cerita Qirin Roommate 2. Masa dah kahwin hahaha pun sebilik kan... biar sekali lagi aku jadi gila satu jam baca cite ni... nahlah-nahlah ambik ☆☆☆☆☆ ni.

Terima kasih encik penulis berjaya buat aku jadi gila sekejap.
Profile Image for Fatin Amirah.
9 reviews1 follower
December 31, 2017
Penulis kedua cerita seram/misteri saya baca tahun 2017 beberapa jam dan sambung pada 1 Jan 2018 beberapa jam.

Pada permulaan tengok tajuk, sinopsis macam cerita seram ala-ala cerita Munafik tu. Dah akhir cerita baru la sampai yang ni bukan cerita seram. Ni cerita gila. Cerita tentang emosi. Saya pun keliru bila baca sebab tak tahu siapa manusia dan siapa bukan manusia. Geram dengan pengakhiran bab campur pulak epiloq dia. Aduh! Ada Roommate 2 tak ni?

Apa yang bermain difikiran adalah, punca dan akibat Awira sebegitu sebab tak nampak mana alam realiti dan mana alam halusinasi. Antara sebab yang boleh nampak adalah emosi bila dibuli, kurang kasih sayang. Mungkin betul sebab dua benda ni yang mengakibatkan Awira berhalusinasi. Qirin pula? Alahai.
19 reviews
December 22, 2018
I personally think that this book is one of the CREEPIEST books that I have ever read! The story is also kinda confusing, cos' macam ada plot twist. It was good nevertheless. I thought it made the story intelligently-written. Kudos on the effort! I hope there will be more books like this.
Profile Image for Farah Badardin.
20 reviews
March 10, 2017
Satu bintang harus diberikan pada babak-babak seram yang tak cliche dan tak tipikal. Idea penulis sangat unik dan berjaya membawa unsur seram ke dalam minda pembaca.

Namun, jalan cerita yang diolah nampak tidak begitu cantik dan lancar. Terlalu banyak kekeliruan apabila terlalu banyak watak yang sebenarnya tidak ada dalam kebanyakan situasi. Mana yang betul mana yang salah sebenarnya?

Penceritaannya tidak begitu jelas sehinggakan menimbulkan rasa kurang faham lebih-lebih lagi tentang garis masa cerita ini. Perkembangan dan perincian dalam setiap watak juga tidak berjaya ditonjolkan, sehinggakan tidak dapat menangkap perasaan pembaca apabila segala konflik berlaku kepada Awira terutamanya.

Gaya bahasa dalam dialog juga nampak sedikit janggal dan unnatural. Cuma apabila ada unsur lawak yang diselitkan terhiburlah juga untuk meneruskan pembacaan.

Overall, good try!
Profile Image for Haliza.
81 reviews
February 21, 2017
ROOMMATE - Khaidir Helmi

Tak seram sgt, cuma sentiasa dibayangi seriau sbb x pasti dia nie berckp dgn org yg betoi ker bkn org hahaha sbb dia asyik terkena jer keadaan mcm tu.

Arghhhh.... nmpknya penamat ditinggalkn dgn tanda tanya, adakah akn ada sambungan selps nie utk menjwp persoalan yg ditinggalkn.

Roommate nie membawa kita menyelami perasaan Awira yg mempunyai roommate yg pelik n sentiasa sinis seolah menyimpan rahsia besar ditmbh lg dgn gangguan yg terpaksa Awira hadapi ketika bertemu dgn kwn2nya krn adamasa mereka hanya menyerupai rupa kwn2nya.

Siapakah roommate Awira, apakah rahsia besar yg Awira tidak tahu n punca segala gangguan yg beliau hadapi, sehingga membuat beliau separuh sasau. Realitinya mmg memeranjatkan.

#bukupuris
#roommate
#khaidirhelmi
#seramlicious
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
July 22, 2017
Adoi... Psiko betul ceritanya.. Seram hingga meremang tengkuk dibuatnya.. Kesian Awira.. Terkurung dalam dendam yang mendalam..
3 reviews
July 21, 2025
Buku dia cuma boleh cakap macam "ok" sahaja. Dialog Dan perbualan antara karakter2 rasa natural dan lawak. Jalan ceritanya pada mula menarik, tetapi pertengahan dan akhir cerita dia weak sikit.

Wakta utama Awira, asyik tertipu dengan hantu secara terlampau berlebihan sehingga Ia tidak realistic. Hampir setiap 2 bab mungkin ditipu.

Flow story juga rasa sedikit pelik dan disjointed.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.