Aswad baru sahaja keluar dari Hospital Mental. Namun, dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia berazam untuk mengikut kehendak syaitan untuk menghidupkan ayahnya daripada kematian.
Aina, guru yang sudah memilih jalan gelap sudah jatuh cinta dengan Arja, seorang guru muda. Cinta berbeza umur bukan penghalang. Namun, adakah Aina mampu untuk menyimpan kisah gelapnya daripada sesiapa?
Syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dan apa kaitannya Aswad dan Aina? Ini cerita tentang dia!
Lama gila nak habiskan baca buku ni. Buku yang tebal daripada buku ni pun tak makan masa yang lama macam ni.
Perwatakan watak semuanya tak konsisten. Semuanya sepesen, lebih kurang je wataknya. Setakat nama je lain. Entah kenapalah semua watak kerja asyik nak melawak dan meloyar buruk je. Melemahkan jalan cerita dan merosakkan suasana yang mungkin boleh membuatkan cerita lebih menarik. Tengah babak serius, lepas dua tiga halaman akan muncullah lawak hambar. Banyak sangat babak melawak hambar dan remeh yang membuatkan bacaan menjadi memenatkan. Dan di bahagian terakhir buku ni juga, lepas ada kematian apa semua, sempat lagilah nak buat perangai miang, mengurat apa bagai. Apa benda entah.
Dengan ceramah dan syarahan bersepah-sepahnya lagi. Terlalu fokus kat situ, sampaikan jalan cerita tak dapat perhatian sepenuhnya. Terlalu banyak penjelasan melebih-lebih. Belum sempat nak tertanya-tanya apa motif dan tujuan sesuatu tu, dah pun diberitahu di halaman yang seterusnya. Jadi, takde langsung rasa misteri, seriau atau mendebarkan dalam buku ni.
pertama sekali yang sangat mengganggu sy baca novel ni, kekerapan penulis salah character watak , arja disebutnya aswad, yg aswad jadi arja, proofread tak di buat dengan teliti kah? ( muka surat 292). Jalan cerita yg ingin di sampaikan sangat menarik, tetapi eksekusi nya tidak menjadi. selepas semua kekejaman yg aswad dah lakukan, eh dia lemah semangat mcm tu je? ambil nyawa sendiri mcm tu je? dri awal cerita, cara dia bunuh mangsa dia tersangatlah kejam, setidaknya kekalkan konsistensi watak tersebut hingga ke akhir cerita, yg watak aina ni pun sy keliru, penulis perlu konsisten dgn trait bagi watak watak ini. kesinambungan watak polis mawar dan doctor ni pun tak kuat, like its too shallow, i tak dapat mendalami nya, dan sampai ke hujung cerita sy tak tahu apa kaitan pengetua sekolah tu hingga menjadi salah seorang yg aina letak dlm list yg dia nak lenyapkan. overall, its a good read to kill time.
Genre : psychological thriller, horror, mystery, gore
Dari awal sampai akhir, terasa jijik dengan beberapa babak dalam buku ni. Memang kau takkan rasa senang baca buku ni. Jalan cerita memang fitting ngan muka depan buku ni.
Tapi payah jugalah nak habiskan buku ni, macam mana nak cakap ea, almost semua watak dalam buku ni saya tak support. Mungkin untuk watak Arja jelah. Yang lain semua macam em....perwatakan mereka terlalu realistik. Tak nak cakap lebih²
Plot? Bolehlah Plot twist? Average Ending? Around 2/5. Open ending.
Lega rasanya dapat habiskan, 300 pages jer tapi sebab kan jalan ceritanya, dia jadi susah nak habiskan cepat.
I guess buku ni macam 50/50 ah. Just nak bagi trigger warning, ada gore, sexual assault dan animal cruelty dalam buku ni. So read with caution ya.
Setelah lama menunggu, akhirnya berjaya juga memiliki buku ini.. Bulu yang sangat menarik.. Watak yang terpengaruh dengan syaitan dan tersesat.. Watak yang terlalu berdendam sehingga memilih jalan yang salah.. Pembunuhan demi pembunuhan kerana satu kebangkitan.. Memang power.. #pesakit701 #khairulzamankhobin #dearnovels #thriller #seram #misteri #melayu #novelseram #horrornovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #bloggerbuku #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanoktober2017 #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Doktor saiful and inspector mawar tu instead of buat kerja diorang macam lebih banyak flirt with each other je. Tertukar watak tu memang spoil sikit. Part detail aswad bunuh mangsa dia memang kejam and meremang habis,sampai rasa ngilu sebab boleh bayangkan. Aina..hmm rasa macam dia deserve something atas perbuatan jahat dia. I mean,dia pun bersekongkol jugak(at least dipenjarakan)
Premis cerita menarik. Tetapi terlalu byk typo dalam buku ni menjadikan cerita agak terganggu. Typo bukan drpd ejaan, tp penulis byk kali tertukar nama watak dalam sesuatu scene. Pening kepala jadinya dan menyebabkan pembacaan aku terganggu. Overall jalam cerita menarik dan boleh dihadam.
dok terfikir waktu awal pembacaan, naperla cikgu segak ni dok sumbat banyak watak? Aishah, safiah, samad,mawar, muiz, humaira... ntah siapa lagila.. Dahla kisah lompat si arnab lompat. Ntah siapa yang jadi watak utama.. Teruskan pembacaan jugakla.. Bab memeningkan kepala pembaca memang kepakaran cikgu Khairul Zaman Khobin ni tapi anehnya pembaca boleh dok terima dan tambah teruja bila selak helai demi helai muka surat. Teruja nak tahu apa jadi? Siapa yang jahat? Siapa punya angkara? Whaaatt!!!????....
Aswad, si pesakit mental yang dibebaskan punya impian untuk melaksanakan sesuatu yang besar. Si doktor berbini dua, doktor saiful melepaskan aswad kerana baginya aswad punya kehidupan di luar dan segala ujian menunjukkan aswad lulus untuk hidup di dunia luar dari hospital mental. Dalam masa yang sama, aina seorang guru muda tersasar dalam memilih keputusan yang melibatkan kehidupannya. Keputusannya itu membuatkan dia berfikir banyak kali sama ada mahu menyatakan rasa hati yang dia jatuh cinta pada cikgu arja atau pun pendamkan saja.. suka dengan gaya penceritaan cikgu muda ini yang meletakkan banyak tanda tanya di awalan, cemas ditengah-tengah di samping menjawab satu persatu persoalan dan akhiran yang buat pembaca rasa, eehhhh???? belum habis ke??... yang ni memang geram pulak rasa..
Berjaya atau tidak impian aswad yang mahu menghidupkan kembali ayahnya? Apakah perkaitan dengan ramai watak tadi? Walaupun ada sedikit longgar kenapa dukun wali mulia mahu ditangkap polis dan apakah peranan amir dari awal tapi kisah yang tidak harus dipandang ringan sebenarnya. syaitan akan sentiasa menipu dan memperdayakan insan yang kosong dan lemah jiwanya. Bila berlakunya perjanjian dengan syaitan durjana ini memanglah buruk padahnya.. Allah ada dan kepadaNya sajalah patut kita manusia meletakkan pergantungan hidup... last cikgu, siapa yang apungkan bola mainan aisya tu? Dan, betul ke seri tu mati dibunuh?...
tamat pd 21:22pm PESAKIT 701 ~ Khairul Zaman Khobin
Beberapa siri pembunuhan kejam telah berlaku dgn cara yg berlainan, yg akhirnya dipercayai dilakukan oleh seorg bekas pesakit 701 tp tidak diketahui puncanya. Tanpa diketahui atau disedari sebenarnya pesakit ini bekerjasama dgn syaitan.
Dlm masa yg sama Aina menghadapi pelbagai masalah, dr satu, satu masalah yg dia hadapi sehingga menerbitkan dendam di hatinya. Sehinggalh dia dipertemukn dgn seseorg yg berjanji utk menolongnya n tanpa berpikir pnjg Aina pun bersetuju membalas budi dgn apa shj janji hatinya puas.
Perkenalan Aina dgn seorg guru baru di sek temp dia mengajar menerbitkan rasa cinta tp dia tersepit antara janji yg pernah dia buat dahulu dgn rasa cinta dia skrg.
Berjayakah Aina membina hidup baru ??? Siapakah pesakit 701 itu n apa motif dia bertindak nekad utk membunuh ??? Idea penulis nie bagus, cuma ada beberapa perkara yg kurang pd PENDAPAT sy shj, mudah2an dia akan menghasilkn karya yg lbh baik akn dtg, dgn izinnya, aminnnn
Mula baca mcm terabur je cerita dia..amik masa baca n fahamkan, bru rancak baca..mmg tak perasan langsung yg setiap kejadian berkaitan dgn aina..klu mawar x stroy aku pun x tau..blur btul aku ƗƗA̶̲̅ ƗƗA̶̲̅ ƗƗA̶̲̅ ƗƗA̶̲̅..dh hujung ada arror typing ke apa..masa watak aina dengan anak..sekjap aswad sekejap arja..kompius aku dekat situ..nama penuh arja ada aswad ke..???