kalau ada orang tanya best tak novel ni?
"best kalau kau jenis yang tak mengharapkan dialog-dialog sweet."heh.
Apatah lagi dengan kehebatan inawza dalam menulis jalan cerita yang sentiasa bertemakan, kekeluargaan, cinta, persahabatan dengan menimbulkan kebanyakkannya, konflik persepsi anak muda tentang sebuah 'pencarian' dan kehidupan, sesuatu yang sedikit sinis dan sarkastik. tapi masih mampu menjadi panduan buat pembaca!
--
aku masih dapat menghayati gaya penulisan yang agak baku dan tersusun malah lebih tersusun dari odymb. syabas! kalau boleh, biar gaya penulisan ouat dijadikan benchmark untuk novel-novel seterusnya. masih dapat menghayati lenggok bahasa dalam penulisannya dan tidak terlalu boring untuk sebuah bacaan yang santai.
untuk setiap dialog yang tertulis, perjalanan cerita dari satu bab ke bab yang lain, sejak dulu tidak dapat disangkal lagi, aku memang jatuh cinta. gaya beku, selamba dan bersahaja itu sudah cukup buat aku tidak meninggalkan hatta satu bab pun.
memang tak boleh skip bab, oke? haha.
setiap kali baca, aku berjaya berada di dalam situasi mereka bertiga.
Bagi aku gabungan watak Jay, Lily, Ed , Bella dan semua yang ada di dalam cerita ini sangat hidup. dan aku tak tahu kenapa, satu telahan yang aku buat mengena. bila part affendi tak sampai hati nak kenakan Athirah (maybe nama aku athirah, so aku dapat rasakan. eceh. haha) dan tiba tak tiba, aku sayang gila watak affendi dan athirah, cuma aku tak suka ending seorang affendi. huuuu.
konflik yang di ketengahkan kurang satu level dari odybm, so tak berat sangat. cuma benda itu masih boleh relate dengan kita.
"kadang-kadang gurauan kita belum tentu dapat di terima oleh orang lain. berhati-hati semasa bergurau, melawak ke apa ke... boleh jadi kerana gurau yang kita anggap gurauan tu boleh jadi asbab untuk orang berdendam dengan kita. Kita tak kan pernah tahu kemampuan seseorang itu."
cuma cerita inawza tidak akan lari dari 'seseorang yang meninggalkan keluarga kerana terdesak atau tiada pilihan.' dulu odymb, cerita tentang ehsan. sekarang ouat, cerita tentang Jay. kalau dibandingkan, cerita ehsan lebih realistik berbanding Jay. haha. Kisah Jay ni kalau jadi dalam masyarakat melayu- tiada maaf bagimu dah aku rasa.